Khamis, 24 Mac 2005

Semua Kerana Julia

Sejak Julia hadir dalam hidup kami, suamiku terus berubah. Perhatiannya terhadap diriku sudah berkurangan.

Julia memang manis. Senyumannya mencairkan hati sesiapa yang melihat dia. Mata dia bersinar dengan pancaran kasih sayang yang tidak berbelah bahagi. Kulitnya halus dan putih bersih sesuci embun pagi. Dia tak perlu memakai minyak wangi atau bersolek tebal untuk menarik perhatian. Dia juga tak perlu berhias untuk menarik perhatian suamiku atau sesiapa jua.

Aku dipandang sepi kini bukan seperti dahulu lagi. Aku terpaksa berhempas pulas untuk menarik perhatian suamiku. Aku kini ada pesaing yang sungguh hebat. Aku selalu tewas dengannya.

Namanya cukup menarik perhatian JULIA ADRIANA.

Ya, dialah anak kami yang lahir November lalu.

Semakin comel dan keletah kini.

Wahai Julia anakku, semoga kau bakal menjadi anak yang soleh. Amin ya Rabbal-Alamin.

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails