Isnin, 11 April 2005

Haruskah aku mengerti?

Petang semalam dalam perjalanan nak balik rumah aku ternampak ada satu kumpulan pompuan yang berpakaian ketat, seluar lak warna putih yang boleh nampak warna seluar dalam yang dipakai..Sempat aku jeling kat suami aku..ooo...rupa2nya diapun boleh sempat toleh kepala tengok kumpulan tu..."Wah2 bukan main ayang yer..demam2 pun sempat lagi nak toleh ya", aku sound suami aku. Suami aku senyum balik kat aku sambil tangan dia di leher "Demamla, yang", kata dia konon nak mintak simpati dari aku..

Tapi aku tak marah cuma hati aku terbetik sedikit rasa cemburu..Naper ek? Ntahla..aku sendri kurang pasti..Kekadang tu aku pun bila nampak lelaki hensem dgn selamba mulut aku terlancar jer depan suami aku komen betapa hensemnya dia..Suami aku pun tak marah cemburu langsung takde kot..

Aku teringat ada sekali tu kat traffic light..ada satu teksi di sebelah keta kami..pemandu teksi tu sempat lagi tunjuk isyarat tangan goncang kat aku..aku cepat2 bagitau suami aku..pemandu tu boleh buat dek..konon2 takde benda..Naperla macam tu sekali sikap sesetengah lelaki nie..Macam mana agaknya kalau bini dia ker, anak dara dia ker orang buat camtu? Tak ke dia sakit hati? Malasla aku nak citer pasal perangai orang lelaki nie...Cukup dengan ego dia, gatal dia dan banyak lagila..tapi tak bermaksud aku anti lelaki tau..aku cuma tak faham samala bila diorang tak faham dengan perangai orang pompuan.

Pernah gak la aku berbahas dengan suami aku pasal lelaki dan pompuan..end up, kitorang ....hehehe..malasla nak citer...

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails