Rabu, 20 April 2005

Perasaan

Aku dah tak mampu nak memikirkan perangai dia...Sakit hati nie Tuhan sahajala yang tahu..Aku rasa macam nak jerit atau maki jer tapi aku sabarkan hati, tenteramkan jiwa...Aku taknak terlalu memikirkan betapa geram dan marahnya aku kat dia...Bila aku ceritakan pada orang tentang dia, "Sabarjer la, jangan diikutkan sangat rasa sakit hati tu", ayat itulah yang sentiasa bermain dibibir mereka. Terima kasih tak terhingga ku ucapkan pada kalian kerana sudi mendengar keluhan hati aku..Tapi setiap manusia ada had sabarnya..sedangkan had laju pun ditetapkan walaupun kereta boleh pecut lebih dari 150km/j..Kenapa dulu aku tak perasan perangai dia dari dulu lagi? Betul kata orang, TAK KENAL MAKA TAK CINTA...Bila dah lama kenal dengan seseorang sama ada kita suka atau tidak kita sendiri yang tentukan..Tak suka, undurkan diri..Suka, bertahanlah dengan setiap perangai dan tingkah laku dia...

Sekarang nie jangan kata nak tengok muka dia..nak sebut nama pun aku rasa nak muntah...Benci? Mungkin juga tapi aku sedang mencuba menyukai dia walaupun aku tau aku sedang berpura2. Aku terpaksa suka walau hati geram dan meluat dengan dia..Menjauhkah diri? Kalaula aku dapat lakukannya tentu perasaan ini takkan wujud..aku tak boleh malah tak mampu melarikan diri dari dia..

Namun aku sentiasa berdoa agar dia berubah..kalau dia masih begitu, aku tak mampu berbuat apa2 tapi aku akan nekad untuk berterus terang sahaja dengannya..Biarlah..dia sakit hati..Akan aku katakan padanya, "sememangnya kenyataan itu pahit untuk ditelan". Selepas itu terpulang pada dia sama ada untuk membenci aku atau sebaliknya...

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails