Sabtu, 14 Mei 2005

Cerita lagi....

Aku memang banyak kenangan yang tersimpan..kenangan yang macam2...yang sedih, manis dan lucu pun ada...Seperti yang aku cerita sebelum niela kan...

Kali nie aku nak share citer yang berlaku masa malam raya...Sebenarnya kenangan malam raya semasa aku kecik2, remaja dan dewasa nie memang banyak...Di antaranya masa aku berumur 7 tahun...alahai...cepatnya masa berlalu..rasa macam nak pusing balik masa tu...tihihihi...

Yalah...bebudakla katakan..hari raya memang hari yang paling best buat mereka..inilah masa nak kumpul duit raya sebanyak yang mungkin...Aku pun tak terlepas dari perasaan macam tu gak...Baju raya lak kalau boleh nak beberapa pasang yang boleh...Alhamdulillah...mak dan bapak aku nie..walaupun susah, mereka tetap cuba sedaya upaya mewahkan kami empat beradik...walaupun tak seberapa...sekurang2nya baju raya kami bertukar gak la....Baju kurung sorang sepasang, gaun untuk perempuan manakala untuk abang aku tu..baju dan seluar sepasang...kira okla tu..sebab tahun 80an adalah tahun paling sukar buat bapak aku tu...yalah masa tu dia baru pencen 10thn askar peh tu nak cari kerja memang susah...kelulusan dia pun cuma LCE jer...
Alhamdulillah..selama kami dibawah tanggungan dia, tak pernah kitorang adik beradik nie kebulur tak makan...aku jer yang cekeding sesangat..ntah naper ntah..sampaikan aku dapat susu percumala kat sekolah masa tu...

Okay...sambung citer pasal malam raya ek...malam raya nie paling seronok sebab masa tulah orang kampung bertakbir dari rumah ke rumah...masa tulah adik beradik, sepupu sepapat berkumpul..main bunga api dan mercun...Masa tu mercun paling popular tak lain tak bukan mercun katak...ala...mercun bila dibakar tu dia lompat2 mcm katakler...

Aku antara yang paling tak sabar nak pakai baju raya...mak aku dah siapkan sepasang baju kurung warna merah hati untuk pagi raya nanti...wuih..seronoknya tak leh nak cakap..mak aku lak suruh simpan sebab dia dah gosok..yalah nanti keronyok..saper nak gosok lak kan?..masa nak simpan tu...aku macam dipukau dek baju tu...baju tu lak macam meminta2 dipakai masa tu gak..aku pun bawak masuk bilik..konon2 nak simpanla tapi aku cuba gak nak pakai...wow..cantikla..perasan aku jab...dan dengan perasaan yang teramat gembira tulah aku berlari keluar..konon2 nak show off kat sepupu sepapat aku..betapa cantiknya baju raya aku...

Masa aku dok tercari2 sepupu2 aku tu...aku dengar kakak sepupu aku, kak In dok panggil aku...ooo diorang tengah lepak kat bawah rumah rupanya...maklumlah rumah kampung kan tinggi2 belaka..aku pun dengan gaya macam model tu pegi kat diorang..dengan kedua tangan yang terangkat ke atas dan senyuman yang konon2 manis tu...diorang pun cakap...fuyooo...dia pakai dah pakai baju raya ar...aku mestila bangga n perasan giler..kembang hidung aku dibuatnya..belum sempat aku nak tanya apa diorang dok buat...pom pom pom..rupa2nya diorang memang nak kenakan aku..patutlah senyum semacam dengan aku...aku apalagi..terlompat lompatla...sebab mercun katak yang diorang nyalakan tu memang betul2 sebelah kaki aku..aku jer yang tak perasan sebab nak menunjuk baju raya aku tu...

wa..wa..wa..aku menangis bagai nak rak..bila mercun dah tak meletup lagi...aku terus berlari balik ke rumah...huhuhuhu..mengongoi aku nangis..aku ingatkan mak nak pujuk rupa2nya dia tambah lagi dengan berdas2 ayunan rotan di tangan sebab baju kurung yang aku pakai tu dah ada lubang kesan terbakar...mak aku siap cakap..."hah lantakla ko..orang suruh simpan, ko pakai...besok, ko pakaila baju tu.." Bertambah2 sedih aku dibuatnya...yalah..besok kan raya...takkan aku nak pakai kain yang koyak tu...

Pagi raya tu...aku nak tak nak pakai gakla baju kurung tu...ingat nak sedih..tapi aku happy giler..sebab orang kesian tengok aku pakai kain koyak camtu..diorang tambah lagi duit raya kat aku...sesungguhnya pakcik and makcik aku memang sayangla kat aku..alah...aku ingatkan nak tukar jer pakai gaun..tapi dah baju kurung tu bawak tuah kat aku..aku pakai ler sampai ke petang...heheheehhe

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails