Sabtu, 7 Mei 2005

Cerita

Cerita nie berlaku masa aku berusia 12thn..Masa tu arwah nenek (sebelah mak) yang tinggal kat kampung di Perak tinggal dengan cucu sedara dia. Kitorang satu keluarga pegi melawat dan dalam masa yang sama meluangkan masa cuti sekolah di kampung sebelah mak. Almaklumlah kan masa tu kami nie bukan orang senang jadi kami jarang sangat berjumpa dengan arwah nenek..Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Aku masa tu baru jer pass lesen [ewah lesen konon] mengayuh basikal..Lambat kan? Almaklumla masa tu kami bukan orang senang..nak beli basikal memang tak mampu..tapi macam mana aku boleh pass lak kan?..Ada sedara sebelah bapak pinjamkan dan ajar aku macam mana nak mengayuh basikal..Thanks kak ita...Walaupun dia garang tapi kerana takutkan kayu api yang dipegang tu..aku dah boleh kayuh basikal dah...

Kat kampung tu (sebelah mak) basikal yang ada basikal besar..ala ala macam basikal arwah Sudirman dlm video klip lagu "basikal tua"...Boleh bayangkanlah budak pompuan 12thn yang cekeding nak kayuh basikal besar macam tu...

Nak dijadikan ceritanya...Aku ajak adik aku gi supermarket...sebab masa tu supermarket tu baru jer bukak..kebetulan pulak kalau nak jalan kaki memang jauh...so kenala pegi dengan basikal..aku kayuh di depan manakala adik aku lak dok kat belakang...Menggigil satu badan mengayuh basikal tu..mana taknya adik aku..nama jer adik tapi saiz dia lebih besar dari aku...dah la basikal tu berat ditambah pulak dia yang juga berat untuk aku bawak...

Masa pegi memang seronok...maklumla dapat gi round ke pekan dengan berbasikal..memang siok giler...walaupun aku tak berapa pandai dan dalam terhoyong hayang tu sampai jugak kami ke supermarket tu...Masa tu aiskrim "Feast" baru launch tu punyalah sedap..tak sempat balik rumah aku dah bukak pembalutnya..kang nak kayuh basikal kang..tak sempat makan dah cair lak aiskrim tu...

Boleh bayangkan tak..tangan sebelah pegang aiskrim sebelah lagi pegang 'handle' basikal tu..dahla baru pass mengayuh ada hati nak tunjuk terer mengayuh basikal dengan sebelah tangan...aku mula la rasa tak selesa..yala mana nak pegang aiskrim...basikal lagi aku nak handle...so, aku ambik keputusan suruh adik aku pegangkan aiskrim yang aku pegang...ingat nak pass kat adik camtu jer...tak teringat lak yang aku patut berhenti and habiskan dulu aiskrim tu..lecehler..makan aiskrim sambil mengayuh konon2nya lebih menyelerakan...

Ntah macam mana masa aku nak pass aiskrim kat adik aku tu...aku tak tengok depan...basikal yang besar tu tak dapat nak aku imbang..menonong jer terus masuk ke longkang besar sebelah kiri kami...kami berdua pun terjatuh masuk kat dalam longkang...tapi yang bestnya walaupun kami dua beradik di dalam longkang, tangan sebelah terangkat sebab nak selamatkan aiskrim daripada jatuh ke tanah...nasib baikla longkang tu tak berair...kalau tak, boleh bayangkanla betapa basah dan busuknya kami...

Masa kami terjatuh tu...ada motosikal lalu...tersenyum pakcik tu tengok kami berdua kat dalam longkang...ingatkan pakcik tu pegi camtu jer..rupa2nya dia patah balik n tanya kat kami...siap tanya sakit ke idak...Nak jer aku sepak pakcik tu...dah jatuh camtu takkanla tak sakit...mestila sakit..dah r sakit, malu dengan dia pun ada..

Dengan semangat yang kental kitorang bangkit dan aku masih taknak mengalah..aku suruh adik aku dok kat belakang..aku nak tunjuk kat pakcik tu yang aku nie kuat semangat...dengan selamba aku mengayuh basikal..walaupun hampir terjatuh untuk kali kedua..aku boleh imbang basikal tu...apa jadi dengan aiskrim tu? kami masih pegang dan menikmatinya...

Bila aku kenang dan citer balik dengan adik aku...dia tergelak terkekek...Dia pun cakap,"kenapala kita tak habihkan jer aiskrim tu sebelum balik". Aku jawab, "kalau kita fikir camtu..takdela kita jatuh kat dlm longkang tu".

So, itulah dia ceritanya...walaupun tak lucu pada orang lain tapi ianya menjadi kenangan abadi kami dua beradik...

Selamat berhujung minggu...

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails