Khamis, 26 Mei 2005

Citer lucu lagi..

Dah berapa hari dah aku dok janji nak bercerita..hari nie baru la aku ada mood nak citer.. Sebelum nie aku rasa malas sangat sebab aku tak berapa sihat..

Tak lama lagi dah cuti sekolah kan...Bila sebut pasal cuti sekolah nie..teringat aku tentang satu kisah.

Kisah nie kisah benar yang pernah berlaku berpuluh2 tahun yang lampau...aku tak ingatla sebab dah lama sangat dah...Kisah nie pun berlaku di kawasan kampung..dan kisah ini tidak berlaku kat aku nie...diulang sekali lagi..kisah TIDAK berlaku pada aku tau...Lagipun kisah nie aku baca dari pengalamam seorang pompuan yang dihantarkannya ke sebuah majalah...tak yahla aku citer secara detail yer dari majalah mana sebab citer nie pun dah lama sangat..aku pun dah tak ingat dah majalah mana satu...

Kisah dia camnie...Ada budak pompuan nie (masih bersekolah masa tu), setiap pagi pergi ke sekolah yang lebih kurang sebatu dua jauhnya dengan mengayuh basikal... Memang dah rutin dia camtu.. Bangun pagi siap2 peh tu terus gi sekolah... aku pun kurang pasti sama ada dia nie anak tunggal atau ada adik beradik yang lain...tak kisahla yer...ok sambung citer...

Bapak dia pulak setiap pagi mesti ke kebun dengan motosikalnya yang buruk tu...yalah orang dok kat kampung la katakan... Bapak dia garang tau, maklumla askar pencen.. Walaupun garang bapak dia nie baik tau... Kasih sayang tetap dicurahkan kat anak dan isteri... Mak dia pulak seorang surirumah yang setiap pagi menyediakan sarapan dan bekalan utk dibawa dek suami tercinta ke kebun.

Budak pompuan nie pepagi lagi dah bangun dah walaupun time cuti sekolah..Kita letak jerla nama dia Atie..Walaupun bapak Atie nie garang tapi Atie tetap sayang kat bapak dia.. Tiap2 pagi bila bapak dia nak ke mana2 pun, Atie mesti nak salam..begitu jugak la dgn mak si Atie nie...Siap melambai lagi...Keluarga bahagia la katakan..

Pagi tu bapak si Atie nak ke pekan, nak beli barang keperluan rumah yang hampir kehabisan..Atie pulak tak dibenarkan ikut..Takperlah Atie pun tak kisah sangat..Macam biasa Atie dan mak dia beriringan ke muka pintu untuk melambai bapak kesayangan dia nie..

Bapak pun siapla pakai helmet capai basikal terus jer mengayuh..Eh..Eh bapak nie, takkan gi pekan naik basikal tapi helmet kat kepala tu camna pulak? Atie pandang muka mak dia dan kebetulan pulak masing2 berpandangan antara satu sama lain.. Tak sempat nak panggil, bapak Atie dah berpatah balik dengan tersenyum simpul, dengan selamba letakkan basikal tu balik..capai motor terus jer pegi..Dan pagi yang indah tu bertambah ceria dengan gelak ketawa yang berderai dari Atie sekeluarga....

2 ulasan :

  1. akak gelak lambat sikit sebab dah berpuluh tahun berlalu.. :D

    BalasPadam
  2. takperlah kak..janji akak gelak..

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails