Rabu, 11 Mei 2005

Entahla..

Semalam aku berborak dengan member so called 'kamcing' giler dgn aku...Aku cakap kamcing sebab kami ada persamaan bukan sajer dari segi jantina malah minat yang sama jugak...Penat kitorang gi shopping bagai nak rak..Tak terasa lak masa berlalu begitu pantas..Diam tak diam kitorang dah kenal antara satu sama dekat 10tahun..hmm..boleh tahan gak lamanya tuh...

Aku suruh dia tulih pasal pengalaman dia kerja dengan orang Cina..Dia punyala takut..kata dia taknak amek risiko kena buang kerja..Ala..bukannya suruh dia tulis yang berbaur perkauman tapi untuk berkongsi pengalaman bekerja dengan orang Cina...Aku pernah kerja dengan orang Melayu dan aku juga dah bekerja dan masih lagi bekerja dengan orang Cina. First impression diorang kat aku adalah..pemalas dan lembab..tapi bila dah lelama tu barula diorang get the impression yang bukan semua orang Melayu nie pemalas dan lembab..Lagipun bukan semua orang Cina nie rajin dan kuat bekerja..Sebab pada hakikatnya...pemalas dan lembab nie bukan terletak pada bangsa sahaja tapi lebih kepada sikap dan perangai individu itu sendiri...

Peh tu aku tanyala pernah tak dia rasa nyampah dengan aku...dengan selamba dia cakap..pernah...ekleh hai..sabar jerla..rupanya ada gak perasaan nyampah kat aku walaupun kami berkawan rapat..terusik gak jiwa aku bila dia jawab camtu..peh tu cepat2 dia cakap dia gurau jer...tapi aku rasa dia tak gurau...mungkin nak jaga hati aku sebab tu dia cepat2 cakap dia gurau...'terlajak perahu bolehla undur tapi kalau dah terlajak kata camner nak undur'..so, dari situ taula aku bahawasanya tak semestinya kawan kita yang 'ngam' kepala tak ada perasaan nyampah kat kita...tapi dari dulu aku memang tau tu, sajer jer buat tak tau...

Memang betul...nak cari kawan yang betul2 ikhlas bersahabat nie bukan senang...Aku akui bahawa persahabatan itu penting...kita tak perlu nak cari kawan yang berciri amanah, jujur atau ikhlas tapi tanyala pada diri kita sendiri sama ada kita nie boleh dipercayai, amanah, jujur serta ikhlas dalam menjalin hubungan persahabatan...

Aku bukan sahabat yang baik tapi aku sedang cuba...sebab aku taknak hidup di dunia ini tanpa kengkawan nanti bila dalam kubur dah tentu aku sorang2 kat dalam tu....

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails