Sabtu, 28 Mei 2005

Julia demam

Petang Khamis hubby jemput dari opis awal sebab dia kata dia kena balik opis, ada kerja katanya. Sampai jer kat umah, adik ipar aku bagi tau badan Julia panas...mengengek jer dia..Hati aku terdetik sayu. Kesian anak mak. Nasib baik ubat demam yang doktor bagi hari tu ada lagi. Tiba2 hubby call dari ofis. Oh rupa2 nya adik ipar aku ada call handphone hubby, dia nak bagi tau pasal Julia demam tu. Tapi naper tak call handphone aku? Takkan dia tak tau no handphone aku.. Peh dia cakap dengan adik ipar aku tu dia nak cakap dengan aku lak. "Cam ner?" tanya hubby kat aku. "Tak perlah, ayang settle kan kerja ayang dulu, kang balik kita tengokla camner", jawab aku lak.

Malamnya badan Julia paaanas bangat. Aku dah bagi ubat demam sebelum tu. Tengah malam tu tetiba jer Julia menggigil kesejukan, tangan dan kaki dia sejuk pulak tu. Aku pun suruh hubby gi amek jacket dan selimut dia. Mana tau, hubby rupanya dok panggil mak dan ayah dia suruh tengok Julia yang tengah menggigil tu. Mak mertua suruh aku bawak dia tidur kat ruang tamu tapi aku buat dunno jer. Aku suruh gak hubby amek jacket dan selimut Julia. Aku pun sapu minyak telon di dada, kaki n tangan Julia. Tak sampai sepuluh minit tangan dan kaki dia panas balik. Aku pun call bapak aku tanya dia nak buat camner, bapak suruh bawak gi klinik. Tapi kalau gi klinik pun ubat yang sama gak yang doktor bagi. Aku tak panik..aku suruh hubby basahkan towel untuk aku tekapkan kat kepala Julia. Pengalaman menjaga bebudak sebelum kahwin aku gunakan sepenuhnya.... Alhamdulillah..Panas dia pun kurang sikit. Tapi one thing for sure dia asyik meragam, mengengek jer..tak cukup tido aku dibuatnya..Hubby lak tetiba jer nak rasa sedih..aku tengok mata dia dah merah..Aku cakap kat hubby jangan terlalu sedih..Demam nie demam biasa jer.. Julia nak besar sebab tu dia demam pujuk aku pada hubby. Padahal aku pun risau gak..cuma aku taknak panik..tu jer...

Hari Jumaat, aku amek emergency leave..hubby nak gak bawak dia gi klinik..ok aku pun setuju jer...Dah sedia maklum doktor tanya apa yang aku buat kat Julia...Aku cakapla aku tekapka towel basah peh tu aku pun ada gak letak yang mcm koyok tu "cool fever" namanya. Doktor kata jangan pakaikan dia pakaian yang terlalu tebal ketika suhu badan yang panas sbb badan dia akan jadi lebih panas..Seelok-eloknya tuamkan dengan air suam..Hah kan betul...Takperlah...janji hubby puas hati..Balik dari jumpa doktor terus aku mandikan Julia dengan air suam, semata2 nak kurangkan lagi badan panas dia. Alhamdulillah..panas badan dia pun dah kurang skit..

Malam tadi dia tak meragam dah tapi dia bangun pukul lima pagi tadi siap cekau muka aku nak ajak bergurau.. Aku ingatkan hubby yang cekau...hehehee..takperlah Julia punya pasal aku layan gak dia..Seronok aku tengok dia dah nak gelak2 camtu. Anak mak dah ok yer...kata hati aku.. Aku tak risau sangat dah..Tapi boleh ker aku bawak dia gi Penang nanti? Kang demam balik anak tu kang..

Itulah dia cabaran ada anak...menguji tahap kesabaran dan mengajar erti tanggungjawab dan juga mematangkan pemikiran kita.

2 ulasan :

  1. bila anak demam, kita terlebih sakitnya.. yalah... kurang tidur, kurang rehat dan kurang mood jugak.. :)

    BalasPadam
  2. ya betul...hilang mood dibuatnya

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails