Isnin, 16 Mei 2005

kisah lucu orang lain la pulak...

Ok..Atas permintaan kawan aku yang sorang nie...mengengek ngengek mcm budak kecik..Aku tunaikan jugak permintaan untuk bercerita pengalaman2 lucu untuk dikongsi bersama pembaca2 blog sekelian..cewah..macamla ramai pembaca blog aku nie...

Aku memang gemar membaca...tak kirala apa bahan bacaannya pun..aku mesti nak baca..tapi masa sekolah dulu tak pulak rajin membaca...baca majalah hiburan laju jer...

Aku cerita nie bukan nak menyakiti hati sesiapa..tapi aku cuma nak berkongsi pengalaman2 memalukan tak kurang juga lucunya...sekali sekala nak lepaskan tekanan...kita nie pun asyik serius jer pun tak boleh gak..nak jugak ketawa..bak kata orang kawan ketawa senang nak cari tapi bila sedih tu..sorang2 jerlah..

Ok..antara pengalaman yang aku terbaca tu..Kisah dua orang aweks yang memang suka gelak..bak kata orang memang happy go lucky kinda people...diorang nie masih muda belia gitu..so, not much of problemla kata omputeh lagi..tapi diorang nie dah bekerja tak pulak diorang nie sebut kerja kat mana..dok pulak menyewa ramai2..orang yang pernah dok menyewa ramai2 jer yang tahu keletah dan perangai penyewa reramai nie..

Dah dok bujang nie..biasala..mana bisa memasak..dah letih bekerja tu..mesti tangkap 'tapau' nasi campur takpun order jer pizza ker tapi pizza tu time dah bergajiler..ok sambung citer pasal 2 orang aweks nie..Biar aku namakan 2 orang aweks nie 'dua T'. Dua sahabat T nie memang ngam giler..kalau gelak..tak retila nak tengok kiri kanan..selamba jer..gelak terbahak2..Anak dara mana leh ketawa camtu..kena ketawa perlahan2...eleh cakap kat orang..akupun dulu gelak terbahak2 gak..macam orang giler jer...

So, nak dijadikan cerita, diorang nie baru jer balik dari kerja..Masing2 konon2nya letihla..tak larat nak masak...apatah lagi masak mi Maggi..kalau tak tu, berasapla dapur dek dua sahabat T nie..sebab yang paling rajin memasak pun diorang gak...Maka, berpakatlah dua sahabat 'T' ni untuk 'tapau' jer di gerai yang biasa diorang pegi bila diorang tak memasak..

Masa dalam perjalanan tu, macam citer2la yang keluar..pok pek sana pok pek sini..biasalakan orang pompuan kalau bercerita..memang tak ingat dunia...Sampai jer kat gerai makan yang biasa tu..diorang pun pesanla makanan yang nak di'tapau' tu. Sambil menunggu pesanan diorang tu siap, diorang nie pun dokla melepak di meja makan tapi mulut tak habis lagi dok bercerita....

Diorang nie dok pok pek bercerita dalam masa yang tangan diorang nie pun tak reti nak dok diam...Entah macam mana ntah..tangan salah sorang 'T' nie terpicit punat payung besar tempat duduk diorang..hah apalagi..terkuncup la payung tu...Hah..bayangkanla macam mana menggelabahnya dua 'T' nie nak keluarkan diri dari payung yang dah terkuncup..Nasib baikla salah seorang pekerja gerai tu tolong diorang..kalau tak, mesti kita dah terbaca suratkhabar yang bertajuk "dua orang sahabat lemas dibawah payung besar kerana tangan tak reti dok diam". Apa yang terjadi selepas tu..aku tak pasti..tapi bayangkanla sendiri...betapa malunya diorang nie..yalah orang sekeliling dok perhatikan diorang nie struggle keluar dari payung kuncup tu...aku tak taula sama ada diorang nie masih menunggu pesanan atau terus balik..tapi kalau akula kan..tak hingin aku tunggu dah..blah jer..malu beb..malu..

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails