Rabu, 22 Jun 2005

Satu topik pagi di Radio

Setiap kali aku n hubby nak gi kerja, hubby mesti nak dengar radio. Tapi yang peliknya hubby selalu tak heran pun nak kuatkan suara radio. Tapi hari nie tetiba jer hubby kuatkan suara radio, ooo..ada topik pagi yang menarik perhatian dia rupanya. Pasal tinggal serumah dengan mertua. Ahh..taknak ah mention siaran radio apa. Kalau yang tau tu taulah..yang tak tau tu, buat tak tau jer. Aku taknak bagi iklan percuma siaran radio tu.

Berbalik pada topik kat radio tuh. Tinggal dengan mertua. Aku salah seorang yang dok sama dengan mertua. Dah nak masuk tahun ke 2 dah. Tak dinafikan ada yang bercerai berai kerana tak tahan dengan kerenah mertua. Aku lak camner? Seronok ker dok dgn mertua nie? Yang seronoknya aku tak perlu risau apa yang berlaku pada baby Julia. Sebab Julia bukannya dihantar ke rumah pengasuh dan dia juga selalu mendapat perhatian dari kedua2 mertua aku tu. Sebenarnya mertua aku mempunyai 4 org cucu, tapi diorang jarang jumpa 3 cucu lain. Sebab tulah diorang nie macam baru dapat cucu pertama. Maklumla kakak ipar aku jarang2 dapat balik untuk berjumpa mertua aku nie.

Sebelum berkahwin lagi aku dah tau yang aku kena dok dengan mertua. Bila aku citer dgn kengkawan, kebanyakan mereka menasihati aku supaya tinggal di rumah sendiri atau dok menyewa shj kalau takde rumah sendiri. Bila aku dah dok serumah mertua, barulah aku faham. Tapi mertua aku baik sangat.  Aku jer yang rasa rimas. Alaa..lagipun, rasa rimas ni bukan selalu tapi kadang2 jer sebab kadangkala aku rasa mcm kurang privacy dan kebebasan.
Sikap yang paling utama bila berhadapan hal nie ialah SABAR, BERTOLAK-ANSUR dan tak lupa juga bersikap lebih terbuka untuk menangani hal2 yang remeh temeh.

Walau apapun, aku bersyukur kerana mertua aku tak banyak kerenah dan sering memberi kami ruang dan peluang kepada kami dlm membuat keputusan dlm semua hal.

Anyway, kalau ada sesapa yang sudi nak berkongsi bagi tip/panduan pasal nie aku alu2kan. Boleh gak aku jadikan panduan di masa depan.

2 ulasan :

  1. assalamualaikum kak..!

    kaseh pun ader dengar topik ni kat radio pagi tadi. seronok gak lah dengar citer2 dorg ni. ader yg kata dorg bercerai berai dek kerana mertu mereka. ni mesti kes bukan menantu pilihan. ader gak yg kata seronok dan mcm2 lagi.

    Walaupun kaseh lom lagi berkahwin, tapi mak selalu berpesan : "sok kalo dah kawin, cari umah sendiri. jgn duk ngan mertua,susah nanti!"

    sebab ape?? mcm2 sebab sebenarnya..

    BalasPadam
  2. w'salam

    kaseh,

    Byk sebabnya..kalau akak citer kat sini..tak cukup..

    Apa yg mak kaseh cakap mmg betul..

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails