Jumaat, 24 Jun 2005

Yeaay..

Petang semalam masa aku dok ralit dengar radio, terdengar berita bayi yang diculik tu dah pun dijumpai. Syukur Alhamdulillah..doaku termakbul. Mak baby tu pastinya dah boleh makan dah. Aku tunggu berita waktu malam sebab nak tengok berita penuhnya. Comelnya babay boy tu. Aku tengok muka mak baby boy tu dah ceria skit masa reporters interview dia. Masa reporters tanya tu dia lum jumpa baby dia. Yang menculik tu jururawat kat hospital tu. Jururawat tu umurnya 25thn, dah berkahwin 2 thn. Patutla sesenang jer dia culik baby tu. Anyway, pada bakal2 ibu jgnlah pulak kerana benda nie berlaku ambik keputusan drastik nak bersalin kat umah. Kes yang berlaku nie adalah peringatan kepada pihak hospital agar lebih berhati2 di masa2 akan datang. So, bakal2 ibu tak perlu risau sesangat yer. Jaga kesihatan dan pemakanan tau. Toksah nak risau yang bebukan tu.

Anyway, hujung minggu nie aku dah agenda sendiri. Ada kenduri cukur jambul yang harus aku hadiri dan aku nak gi jenjalan kat shopping kompleks. Ala, window shopping jer..(Boleh caya ker?) Takde nak shopping2 mcm masa bujang dulu. Dulu masa bujang sekali sekala jer masuk sebab nak beli hadiah utk kengkawan yang baru bersalin. Sekarang nie tiap kali masuk shopping kompleks sure gi kat bahagian baby. Baby gal memang banyak tul pilihan bajunya dibandingkan dgn baby boy (Ko jgn jeles yer Azima, hehehee).


Peh tu leh ar gi main bowling lak. Nak challenge dengan hubby, sure hubby nak sebab ari tu dia kalah dgn aku. hahahaah..
Selamat Berhujung Minggu!

4 ulasan :

  1. Alhamdulillah..

    saya pun gembira gak bila dgr baby tu dah dijumpai.

    Mmg saya dah agak,mesti org dalam yg punya angkara! Mana bleh org awam suka2 masuk kat bilik baby..

    Bestnya, dah ader xtvt hujung minngu ni.. kaseh? melopong je duk kat umah! hehe...lom gaji!

    BalasPadam
  2. dok umah pun ok gak.. Leh tengok konsert Akademi Fantasia..hehehe

    BalasPadam
  3. main bowling???
    bestt tuh....

    kalo nak terror gunakanlar HIKMAt GULINGAn NAGa PELANGi (hikmat terulng).....hehehhe

    BalasPadam
  4. alahai..tak reti la..kot kang badan nie yg terguling kang..

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails