Jumaat, 29 Julai 2005

Cinta ini..

Pernah tak korang ditanya dek seseorang jikalau si dia dan mak kita ditengah laut, saper yang kita pilih dulu? Si dia atau mak kita? Aku pernah disoal dek hubby dan pernah juga disoal dek orang lain. Aku sebenarnya tak suka soalan nie. Rasa macam dipaksa untuk memilih. Nak jer aku cakap mak aku satu jerk takleh diduplicate, takleh di copy. Tapi nanti si dia ingat aku tak sayang dia lak. Bukan tak sayang, tapi itu jawapan jujur aku. Mak aku adalah segalanya. Dia yang melahirkan aku ke dunia yang fana ini. Si dia @ hubby yang aku cinta yang aku kasihi tetap aku sayangi tapi kalau dia berubah hati, cinta aku itu akan hancur dan pada mak tempat aku mencurah perasaan.

Aku bukan bermaksud nak sakitkan hati dia. Tapi tak seharusnya soalan tu ditanya. Tak adil tau. Kalaulah sekeping hati nie boleh ditambah jadi dua ker tiga ker. Takper jugak. Inilah jawapan jujur aku. Sejujurnya dari hati aku sendiri. Kenapa mesti kita persoalkan hati dan perasaan si dia kalau dah kita tau hati manusia senantiasa berubah2.

Pada kawan aku tu, maafkan aku. Inilah jawapan yang boleh aku berikan. Aku taknak beri penjelasan panjang lebar sebab persoalan sebegini boleh menyinggung hati dan perasaan. Silap2 boleh menjejaskan hubungan yang akrab. Tapi apa yang pasti cinta dan kasih sayang tak boleh dijual beli. Jangan lupa juga hati dan perasaan tak boleh dipaksa untuk membuat pilihan antara si dia dan mak (atau keluarga rapat kita).

Selamat berhujung minggu sumer...

Khamis, 28 Julai 2005

Pantang larang

Korang tau tak pantang larang nenek moyang kita? Sekarang ada tapi tak macam dulu. Pantang larang nie ada yang boleh dipercayai dan ada yang kekadang tu kita rasa tak dimasuk dek akal langsung. Contohnya kalau nak bergambar tak leh angka ganjil, nanti salah sorang akan ditimpa malang. Orang Cina pun camtu gak. Tapi aku rasa orang Cina lagi banyak pantang dari bangsa lain.

Diorang yang berbangsa Cina nie kalau boleh nombor plet kereta, nombor rumah, h/phone seboleh2nya takde angka 4. 4 nie bermaksukd "sie" atau "sei" (mati) sebab tulah diorang nie tak suka dengan nombor 4, tapi sejak adanya 'feng shui' ada yang terpaksa guna angka 4 sebagai tangkal.

Orang India pulak, kalau kita kali pertama datang ke rumah dia. Jangan nak tunjuk rajin (esp. org pompuan) basuh cawan dan pinggan. Kenapa? Sebab tuan rumah taknak 'suwey' nanti. Aku rasa bukan apa, malu ar tuan rumah kalau tetamu dok basuh cawan kat umah dia. Betul tak?

Orang Melayu pulak pantang apa ek? Kalau akula kan...aku nie cukup kepantangan nampak makanan. Pantang aku makanan tu pulak hanya untuk tatapan mata jer. Benda makan mestilah dimakan tul tak? Takkan nak tengok jer. Nanti aku kempunan sebab tak makan makanan yang terhidang tu. Tu yang badan aku nie semakin comel nie...heheheheeh..Peduli apa aku. Kat Afrika tu punyalah banyak orang kebulur sebab tak makan. Apsal aku nak sekat lak apa yang aku nak makan. Tapi aku makan pun ada had gak. Kot kang datang penyakit darah tinggi, kencing manis etc etc (sib baik dah beli insurans) saper nak bayar duit obatnya?

Rabu, 27 Julai 2005

Apa nie..?

Aku sajer letak tajuk cam tu..sebab aku tak tau nak letak tajuk apa...hehheheeh.. Semalam balik dari kerja si Julia masih demam tapi masih boleh tersenyum dan bermain. So, pagi nie aku gi kerja dengan hati yang tenang dah.

Aku dapat tau dari seseorang pasal sorang artis nie yang terkenal dengan sikap sopan santunnya tapi disimpan dek sorang datuk nie dan juga merokok. Macam tak caya jerk, kata member aku nie. Alaah..aku lagilah tak terkejut. Anyway, aku maleh nak ambik port pun..buat derk jer. Lagipun, kalau dah lumrah jadi artis, dorang nie pun manusia macam kita. Dahla..tak yah amek tau hal dorang nie.

Hujung minggu nie hubby ada bowling tournament. Aku cuma hadir disisi hubby untuk memberi sokongan. (uwaaa..tak aci aku pun nak main gak..). Takper..dah habih game aku nak main lak, aku tak kira. Ada sesapa nak challenge aku? Cewahh...macam bagus jerk aku nie. Tak kisahla tu, janji aku nak enjoy main bowling tu nanti. hehehehhe..

Tak lama lagi dah masuk bulan Ogos kan? Cepat tul masa berlalu. Aku rasa macam tak terkejar. Dah tua ker? Alaa..aku tak heran. Umur tu cuma angka. (ya ker?) Yang penting hati kita. (Betul ker cam tu?) Kalau kita rasa kita muda..mudalah kita..kalau kita rasa tua..tua la kita. Boleh pulak nak pikir camtu ek.. Ahh..Aku rasa macam banyak lagi benda yang aku nak buat tapi takut tak sempat jer. (mana leh bagi tau..nanti malu ar kot tak tercapai nanti). Buat masa nie aku rasa macam belum lengkap lagi. Tapi aku bersyukur dengan apa yang ada sekarang. Aku ada suami yang sayang kat aku dan ada anak yang comel serta keluarga yang senantiasa disisi aku. Alhamdulillah...

Isnin, 25 Julai 2005

Boleh ker ?

Hujung minggu berlalu tapi aku rasa macam tak berehat langsung. Julia masih belum baik dari demam sepenuhnya. Hubby pun kurang sihat gak. Mak mertua aku lak sakit gigi. Tapi aku tetap gi kerja sebab hari Jumaat hari tu aku dah ambik cuti EL (emergency leave).

Pagi tadi aku terima panggilan dari HQ (JB). Ada sorang kerani di CCD nak cakap dengan aku. Aku pun tak kisah. Mula2 tu memang cakap pasal kerja. Peh tu meleret citer pasal rumahtangga. Dia nie baru jer berkahwin lagipun kami ni sebaya. Dia mintak tips alam rumahtangga. Alamak dik non, aku pun baru berkahwin daaa..Walaubagaimanapun, aku tetap bagi dia tips. Sebelum aku taip tip2 tu. Pihak lelaki harapnya jangan marah kat aku yerk. Ini adalah pendapat aku. Korang (kaum lelaki) kalau tak suka, aku tak kisah langsung. Benda nie cuma sebagai persediaan, sama ada nak ikut (for ladies) atau tidak, aku langsung tak paksa.

Antara tips yang aku bagitau kat dia..

1- Jangan Percaya dia 100% (aku taknak hurai panjang lebar cukup aku katakan manusia boleh berubah sekelip mata)

2- Simpan duit tanpa pengetahuan dia (sebagai duit back-up jika berlaku penceraian atau apa sahaja kes2 kecemasan)

3- Lembut tapi tegas. (Jangan bagi muka sangat..sebab kalau dia dah biasa diberi muka, dia akan ambil kesempatan)

4- Berkorban ada batasan. (Sama2 carik makan, sama2 bekerja so, kita pun ada hak untuk membeli barang yang kita suka, masa bercinta boleh lak ajak gi dating takkan dah kahwin nak dok terperap kat umah lak)

5- Jangan terlalu memendam perasaan.. (berbincang bukan sampai berperang)

6- Sabar (inilah yang paling penting..sebab cabaran rumahtangga nie sentiasa wujud tanpa kita sedari)

Ada banyak lagi tapi aku taknak cakap lebih2 sebab aku pun masih baru dan sedang belajar erti alam rumahtangga.

Kalau ada sesapa yang tak puas hati tu, aku mintak maaf. Bukan aku nak sakitkan hati sesapa pun. Tips yang aku bagi pun bukan sebab aku anti lelaki tau. Pengalaman orang lain membuatkan aku sedar, perkara yang tak terduga dek kita boleh berlaku pada sesiapapun tak kira darjat atau pangkat.

Jumaat, 22 Julai 2005

Julia demam lagi..

Hari nie aku terpaksa amek emergency leave..Julia demam lagi..badan dia panas, dia pun asyik mengengek dari malam tadi.. Malam tadi pun aku tak tido dibuatnya. Kesian Julia, sib baik ubat demam ada lagi. Agaknya dia nak beralih bulan kot sebab tu dia demam tu. Tengah hari tadi hubby balik umah siap check badan Julia panas ke tidak. Peh tu hubby gi semayang Jumaat and direct back to office.

Aku tengah tunggu dia balik nie. Nak ajak dia bawak Julia gi klinik. Tapi rasanya tak yah kot. Sebab sure doktor tu bagi ubat yang sama. Tapi Julia nie demam tak pulak dia melepek lembik, lasak jugak, dok manjat tanggala, kerusilah..adusss..pening pala dibuatnya..but then peh tu sure dia mengengek..alahai..aku lagi suka dia lasak dari mengengek..rimas telinga dengar dia ..hekhekeehek..adusss..sib baik ada pengalaman..tidak, memang hilang sabar aku dibuatnya.

Esok pulak ada final soccer game Negeri Sembilan vs Selangor. Hubby dah siap2 beli tiket dah nie. Camner nie, Julia tetiba lak demam..takkan nak bawak pulak..aduss..Aku sebenarnya maleh nak pegi sebab aku nak nengok Konsert AF3 tu. Boring tul lar..

Aku pun bukannya minat sangat bolasepak nie. Hubby jerk yang beria2 nak gi tengok. Tengoklah besok, kalau Julia masih demam gak, tak dapek la nak gi Stadium Paroi tu. (Hah..lagi bagus, dapatla aku nengok Konsert AF..hehehehehe) Jangan ditanya kenapa aku tak minat bola sepak. Aku bukan tak minat langsung. Aku tak minat sebab aku tak tau rules soccer nie..tetiba jerk kang offside..boring jerk nengok..pas tu tetiba lak kang foul...lagilah aku boring..elok tengah bersemangat terus hilang mood nak nengok...tapi orang kata itulah yang seronok pasal bola sepak nie. Lagipun time gol sumer orang faham..sebab takde bahse lain untuk perkataan GOL nie..aahh..malasla citer pasal bolasepak nie..

Aku sebenarnya tengah sedih nie...minggu nie tak dapat balik KL jumpa famili aku..minggu depan pun camtu gak..minggu nie pasal bolasepak tu..minggu depan lak sebab hubby ada bowling tournament inter industry. Sedihnya...

Takperlah...hubby dah janji dia nak amek coti minggu lagi satu (Isnin). Boleh ar aku lepak lelama skit dengan famili aku tu..yeay..syoknyaaa...

So, dapatlah aku nengok FINAL konsert AF dengan family..Itulah dia sebalik duka ada suka rupanya...bestnya...

Anyway...selamat berhujung minggu sumer...babaiiii....

Khamis, 21 Julai 2005

Nah ambik..

Hah..kau ambik nie..masuk nie dah 3 kali aku dok menghupdet dah..Kot tak gak cukup tak taula aku. Kotla dia cakap aku tak sayang kat dia jugak tak taula aku nak kata apa lagi...

Tamak betul dia nie..dah bagi betis dia nak peha, dah bagi peha dia naik kepala. Dusyumm...(sound efek ala citer hindustan bertumbuk). Nak tau saper orang tu tak? Ahh..tak payah..aku maleh nak promote nama dia kat sini. Mentang2 dia buat 4 entri hari nie...siap cakap dia nengok blog aku dah dekat 70 kali dah..Saper suruh? Akak suruh ker dik non oi?...hah kau..Marah? Akak tak marah..Nak tunjuk ek jer nie..kot kang ada yang majuk lak kat akak kang...cewahhh...

Ok..tak yah citer bebanyak...cuma kekadang aku terfikir..apa tujuan aku masuk blog nie? Tujuan yang sebenar pun aku dah lupa dah..mana taknya hari2 dok nengok statistik..macamlah ramai naa..nak nengok blog aku nie. Padahal tujuan aku cuma nak meluahkan perasaan (tak semua) kat sini. Kot aku letak semua kang..perkataan yang tak sepatutnya kuar ..terkeluar kang. Peh tu, sibuk merayap tangan nie dok klik sana klik sini blog orang lain..eeeii..tak malu betul aku nie..tapi kata nak low profile tapi dok melawat blog orang. Habih tu camno? Aku sorang jer ke macam nie? Ada tak orang lain macam aku nie?..hhhmmmmalahai...betul ke idak otak aku nie?

Hah..lantaklah..janji aku menghupdet...betul tak dik non? So, kalau macam nie Sayang akak banyak tak? Tak banyak jugak..tak hingin akak menghupdet dah..cerehh...konon nak merajuk la pulak..

Apapun...terima kasih yang tak terhingga pada yang sudi membaca dan kalau boleh tu tinggai le nama...leh ar jadi kengkawan aku...cereh...macamlah ramai yang nak kawan aku..tak cukup ker dengan Azima, dk, Wirawan, Tiara, Slyn, Kaseh tu..(yg tak sebut nama tu sori ek, tak cukup nak taip sumer...koyo lagi aku nie)

CINTA II

Untuk kesekian kalinya...aku suka bila sebut nama dia..aku gembira bila kenangkan dia..jadi, aku nak tujukan ucapan ini untuk dia...(kalau nak tau, baca sampai habis tau)

Kerana dia...aku terasa diawang-awangan
Kerana dia...aku belajar erti rindu
Kerana dia...aku kenal si dia
Kerana dia...aku pernah rasa benci si dia
Kerana dia...perasaan ini tak kalah dek akal ku
Kerana dia...aku sering termimpikan si dia
Kerana dia...aku paham erti derita
Kerana dia...aku lebih matang
Kerana dia...aku pandai bermain kata
Kerana dia...aku sering tersenyum sendiri
Kerana dia...airmata ini pernah mengalir
Kerana dia...aku tak bisa lupakan sidia
Kerana dia...aku ingin selalu bersama sidia
Kerana dia...aku tak mungkin di sini

Siapa dia..? Dialah Cinta.. Terima Kasih CINTA.. kerana kaulah aku kini BAHAGIA...

Bahagianya aku...

Sebenarnya masa aku cuti hari tu (Isnin), hubby pun coti gak. Hujan lebat dari pagi sampai lewat tengahari. Mak mertua aku ada cakap dia nak gi potong rambut. Hubby lak kata nak gi updet buku simpanan bank dia. Tulah orang suoh buat online jerk, dia taknak. Hissh..payah citer kat orang buta IT nie. EEiii..tak baik tul aku nie dok ngata hubby cam gitu. (tapi hubby pun ngaku gak)heheehehe. Sebelum mak mertua aku nak gi potong rambut tu, dia masak dulu. Aku ingat nak tolong peh tu tetiba jerk hubby cakap muka dia dah lama tak buat facial. Haa..inilah peluang nak escape dari tolong mak mertua aku tu...muahahahaahaha Aku pun apa lagi pegi la dok amek pencuci muka, toner, pelembab dan facial mask dan aku pun mulalah dengan proses facial utk hubby. Masa nak tunggu mask muka kat hubby kering, hubby rupanya dah terlelap. Aku pun sementara tu dok jengok2 kat dapur..kot nak tolong la mak mertua aku tu. Rupa2nya dia pun dah settle dah masak..fuh selamat aku. heheheheh (jahatkan aku..)

By the time mask tu kering, aku pun kejutkan hubby suruh dia gi cuci muka dia dengan air sejuk. Perut dia dah mula keroncong. hehehehee..cian dia. Tapi dia puji aku, siap suoh aku bukak salon kecantikan lagi..ehh kalau aku nak buka salun kecantikan tu nanti kenalah aku setkan satu hari khas untuk dia jerk. Hissh..hubby nie I buat facial untuk you sorang jerk..mana leh untuk lelaki lain. Hubby pun angguk sesajer.

Oklah..aku pun maleh nak citer lebih2 kot kang ada yang jeles kang. heheheheh Anyway, aku nak share satu insiden yang berlaku di depan ofis aku. Masa tu aku dah nak balik umah. Bos lak awal2 lagi dah bagi tau dia tak balik ofis so, kenalah aku yang tutup ofis. Sementara tunggu hubby datang jemput aku pun siap2 apa yang patut. Memang aku perasan ada satu kereta kancil depan ofis sebelah. Pemandu pompuan. Aku pun buat derk jerlah. Peh tu aku nampak satu kereta wira datang kat situ. Maka kuarlah pompuan nie dari kereta dia dan terus dia gi kat kereta wira nie. Masa pompuan nie masuk keta nielah aku terkesima sekejab. aku terkesima bukan sebab tengok insiden kissing tapi sebab pemandu kereta wira tu Indian dan pompuan tu Melayu. Tapi aku taknakla pikir yang bebukan sebab sekarang nie banyak yang muka Melayu tapi bukan Melayu. Aku citer kat hubby, selamba jerk hubby jawab..Aiseh..miss peluang Abang nak nengok. Sabarjerlah..

Rabu, 20 Julai 2005

Cinta

Bila sebut pasal benda nie sumer yang pernah bercinta, sure tersenyum..tapi yang pernah putus cinta sure nyampah dengar perkataan nie.

Naper tetiba jerk aku nak cakap pasal benda nie? Ntahla, aku pun tak berapa pasti. Tetiba jerk aku nak menulis pasal nie. Tak dinafikan aku pernah bercinta pernah gak putus cinta. Orang yang kena panahan cinta nie (termasuk aku) macam orang angau jerk kan..kan..kan..? Sehari tak dengar suara tak sah. Tak pun kalau boleh mesti nak jumpa..tak jumpa rasa macam nak pengsan.

Kalau nak cakap pasal cinta nie, boleh jadi panjang lebar. Aku pendekkan ajer lah yer..Dunia cinta nie akan lebih indah bila memasing menjadi suami isteri tapi yang terputus tu camner lak? Ada yang dendam, ada yang benci tak kurang yang sedih sesangat sampaikan sanggup menjalin cinta sesama jenis semata2 sakit hati dengan cinta yang tak kesampaian dengan yang berlawanan jantina tu. Kalau kita matang dalam membuat keputusan, InsyaAllah kita takkan biarkan perasaan kecewa itu menghantui diri kita sampai bebila pun.

Cinta nie tak seharusnya pada insan lain tapi pada diri sendiri pun harus diambil kira. Berapa kali kita tanya pada diri kita nie yang kita benar2 sayangkan atau cintakan diri kita sendiri? Berapa kerap kita luangkan masa untuk diri sendiri dibandingkan dengan kekasih hati kita? Apa yang telah kita hadiahkan pada diri kita kerana cinta kita tu? Aku tinggalkan persoalan ini di sini...

Macam tak caya jerk..

Pepagi tadi aku sampai jerk kat ofis..terus jerk aku buat kerja..(macam tak caya jer..sebab selalunya pc nie dulu aku dok buka peh tu terus jerk online). Heheeheheehe..

Bos aku pun sampai..maklumla hari Isnin hari tu dia kerja akulak cuti..Dia ada call aku pasal kerja, halfway cakap si Julia dah menjerit menangis (fuhhh..nasib baik, tidak membazir masa aku jerk cakap ngan dia)

Hari nie dia sampai jerk..terus dia bagi aku keropok dari Terengganu. Amboi2..baik pulak bos aku nie. Bos, bila bos nak gi cuti lagi? Nanti belila apa2 utk I yerk? muahahahaha..

PC aku lak hari nie pepagi lagi dah buat hal dah..hangin aku satu badan nie..tapi masih boleh masuk internet..jab gi aku nak defrag pc nie..kalau lembab lagi..aku nak mintak pc baru kat bos for next year. Kotla dapat..tak dapat takper..janji gaji naik..hehehehhe..boleh bos?

Wokaylah..kang aku datang lagi..aku nak kena buat satu kerja jerk lagi..peh tu aku free. Macam biasa, kalau aku free kang aku merayau2 melawat blog kengkawan aku yang len..ok? set...

Selasa, 19 Julai 2005

Nangka Goreng?

Tadi aku dok berborak dengan sorang kawan aku nie... Taknak ar mention nama dia. Kot kang dia jugak yang malu nanti. Dia bagi tau kat aku balik kerja kang dia nak masak lauk sardin n ikan bilis goreng..fuh.sedap tuh..Seronok tul dia dapat masak untuk hubby dia sebab katanya masakan macam gitu memang kegemaran hubby dia. Kebetulan pulak hubby dia mintak masakkan utk makan malam nanti. Aku pun rasa happy sangat utk dia. Yelah..sekali sekala masak utk hubby, tak sedap pun jadik sedap kat hubby dia. Tu maknanya hubby dia sayangkan kat dia tuh.

Peh tu..tetiba jerk dia tanya kat aku "camner nak buat nangka goreng?" Halamak dik non..tak pernah aku dengar orang buat nangka goreng. Kot ada sesapa yang pernah buat tu, leh tak tolong bagi aku cara buat. Setahu akula kan..cempedak goreng tu adalah. Nangka goreng? mana ada..kalau ada pun, nangka muda org dok buat gulai takpun nangka masak tu orang dok buat pengat. Kot ada sesapa yang tau mana2 gerai dok jual nangka goreng..tolong inform aku leh tak..? Boleh ar aku bagi tau kat dia mana nak beli..

Cuti

So, amacam weekend? Seronok tak? Hhmm...aku? Mestilah seronok giler. Petang Sabtu aku balik jumpa mak n bapak dan adik2 yang lain.

The next day (Ahad) petang tu kitorang gi umah Wancu (mak sedara sebelah bapak). Macam2 yang kami dok bualkan. Dari citer pasal buah sehinggalah kisah arwah cucu Wancu yang meninggal dunia 7 bulan yang lalu. Kisah dia menyayatkan hati, takde sakit tiba2 dia pergi dijemput Ilahi. Aku masa tu dalam berpantang ketika dapat berita kematian adik sedara aku tu. Umur dia baru mencecah 10 tahun, arwah yang kami panggil Yana, seorang sihat dan sentiasa tersenyum.

Ketika dia hampir ke ajalnya dia telah menunjukkan sikap atau tabiat yang ganjil. Sesiapa pun tak perasan akan keganjilan sikapnya itu. Aku mendengar cerita dari mulut ibu arwah tanpa sedar airmata aku pun mengalir sama. Tak dapat aku bayangkan jikalau aku ditempat ibu arwah Yana. Dia kelihatan lemah dan lesu kini. Seolah2 sebahagian dari dirinya telah hilang. Aku mati akal untuk memujuk hatinya yang sedih. Kebetulan nama anak aku Julia Adriana, dia berkeras supaya Julia jangan dipanggil Yana kerana itu akan menyebabkan dia mengingatkan nama arwah anaknya itu. Aku faham keadaannya namun aku tak mampu melakukan apa2 apatah lagi untuk memberi kata2 perangsang. Lidah aku kelu untuk berkata apa2 padanya. Aku tahu dia redha dengan pemergian anaknya itu, namun masa yang diperlukan untuk mengubat hati yang sedih bukan sekejab. Arwah anaknya pergi tanpa diketahui sebab sakitnya amat sukar untuk dia terima.

Aku cuma dapat berdoa dalam hatiku berdoa semoga ibu arwah Yana (Ayong) tabah dalam menghadapi kehidupan tanpa arwah Yana. Dia masih punya anak yang berusia 6tahun. Betapa berat memandang berat lagi bahu yang memikul. Semoga roh arwah Yana dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama roh2 orang yang beriman. Insya Allah..

Semalam aku cuti, takde apa yang aku buat selain dok kat umah sebab hujan lebat melanda di sini. Hari ni pulak adalah hari cuti bagi Negeri Sembilan. (oooppss..alamak kantoi! orang dah tau aku dok kat mana dah...) Pagi lagi dah hujan. Lagilah aku rasa malas nak bangun pagi. Hubby pulak terpaksa pegi kerja. Muahahaha...Hangin jerk dia sebab dia jeles tengok isteri dia dok sedap tarik selimut lagi...hehehehe...

So, korang jangan jeles yerk..aku kat umah nie..muahahaahaha...

Jumaat, 15 Julai 2005

Bowling

Malam tadi aku gi main bowling, guna kupon game percuma yang aku menang tu. Pencapaian yang membanggakan aku dengan 194 pinfall di game terakhir. Hubby jeles, walaupun dia tak main. Tulah, ajak main katanya minggu depan dia ada training.

Ada sesapa nak cabar aku..cewahh...baru jerk dapat point cam tu dah eksen dah..Sajerlah tu kan. Kot ada yang nak challenge aku, boleh..tapi bukan sekarang sebab sekarang nie kan aku tengah bajet. Main bowling nie mahal tau..mana leh main selalu.

Sempat lagi gi beli baju untuk Julia kat Reject Shop. Asyik beli baju Julia jerk. Baju aku ntah bila nak beli ntah. Inilah dia sejak dah ada baby nie, asyik nak beli baju baby jerk. Especially baby gal, nampak gaun tulah..gaun inilah. Geram jerk nengok. hhmmm..aku dok cari stokin panjang yang bebelang utk Julia sampai sekarang tak jumpa lagi. Boleh Julia pakai dengan skirt jeans...eeisshhh tak sabar nak nengok dia berjalan kedek2 dengan pakaian camtu. Sure comel kan..? Julia pun tengah belajar berdiri tuh..kejab kang tau2 jerk dia dah berdiri tegak..seram sejuk aku dibuatnya..kot kang jatuh..aku jugak yang kena marah dek ayah dia kang. Malam tadi punyalah susah nak tidokan dia. Dah tutup suis lampu pun dia tak heran..laju jerk dia merangkak nak kuar bilik. Julia..Julia..nama jerk pompuan..lasaknya ngalahkan dak lelaki.

Hari nie aku free nie...yeaaayyy..yeaayyy..bos takde, dia kat Trengganu. Hari nie nak curik2 kuar ofis awal maklumlah tinggai sorang nieh..heheheheheheeh...Online jerlah keja aku.

Okay..aku nak kena buat kerja tu..kerja rerajin ek..muahaahaha..

Khamis, 14 Julai 2005

Kesedaran itu..

Kenapa manusia sesama manusia yang pernah berkongsi rasa suka duka boleh jadi musuh? Sudah lupakah mereka saat2 mereka gembira..disaat mereka memerlukan antara satu sama lain..air mata yang jatuh sama2 hilangkan dengan ketawa yang berpanjangan. Kenapa ini yang terjadi? Kenapa manusia mudah lupa bila diingatkan dikatakan mengungkit. Entahlah..aku sendiri kurang pasti. Hubungan yang akrab bisa terancam silap2 boleh jadi musnah hanya dengan sepatah dua kata yang keluar dari mulut. Sudah hilangkah sikap tolak ansur sesama sendiri? Ego kah atau bodoh sombong? Peluang hidup yang Allah bagi hanya sekali, tiada kali ke-2..kalau ada pun bukan pada semua..cuma terjadi pada insan yang terpilih.

Masing2 ada kelemahan yang pastinya bukan dariNya tapi kelemahan dari hati yang tidak dibersihkan dengan zikir kepada yang Esa. Apa guna sembahyang 5 waktu jika sekiranya sembahyang itu sekadar melepaskan batuk ditangga. Aku pun ada kelemahan yang pasti...sentiasa memerlukan orang lain membantu aku menyedarkan diri supaya tidak alpa. Terima kasih pada yang sudi membantu malah menghulurkan tangan tika aku berasa kesunyian dan keseorangan. Syukur pada Ilahi atas kurnianNya ini.

Aku pernah membuat kesilapan dan kesalahan yang membuat aku sedar dan kadang2 menyesal. Apa yang aku boleh buat adalah jadikan ia kenangan pahit dan dlm waktu yang sama jadikan teladan di masa2 akan datang. Tak semua manusia ada kesedaran dalam diri melainkan ada orang lain yang menyedarkan. Dan tak semua kata2 yang kita keluarkan itu boleh diterima dek hati dan perasaan orang lain. Dan juga tak semua orang boleh terima cara kita berbicara.

Aku pernah menyakiti hati orang lain yang begitu rapat dengan walaupun dia tak pernah mengakuinya. Aku tahu dia buat begitu supaya aku tidak merasa bersalah. Kejujuran dan keikhlasan penting dalam menjalin apa jua hubungan, tak kiralah sama ada persahabatan, perkahwinan dan percintaan. Namun tak semua orang boleh terima kata2 jujur walaupun kata2 itu selembut kain sutera. Hati manusia terlalu mudah terasa..terutamanya hati orang perempuan. Tapi kita harus ingat kita punya akal fikiran yang tidak ada pada makhluk lain. Gunakanlah sebaik2nya akal fikiran itu. Kenalilah hati orang lain sebelum kita berbicara. Fahamilah dahulu sikap dan sifat orang lain sebelum kita meluahkan kata2 yang boleh membuat orang yang kita sayangi terasa. Ingatlah kata2 peribahasa yang mengatakan "terlajak perahu boleh diundur tapi terlajak kata buruk padahnya". Kita hidup dalam masyarakat yang punyai pelbagai tingkah dan laku serta sifat yang berlainan.

Aku pernah tersinggung dan aku juga pernah menyinggung hati dan perasaan orang lain. Kesudahannya aku dan dia seolah2 dua insan yang tidak mengenali antara satu sama lain. Sesungguhnya aku rasa menyesal kerana dia antara insan yang pernah rapat dengan aku dan aku telah aku anggap sebahagian dari ahli keluarga ku sendiri.

Tak mengapalah...sekurang2nya selepas itu aku lebih berhati2 untuk berbicara. Hhhmmm...semoga mereka yang pernah tersinggung dan pernah menyinggung hati dan perasaan orang lain, fikirkanlah secara orang dewasa dan matang. Tak usah dipanjangkan lagi tentang hati dan perasaan siapa yang tersinggung, fikirkan betapa bodohnya kita kerana membiarkan tali persahabatan yang dulunya penuh kemesraan kini panas dek api yang membakar dihati masing2. Beralah bukan bermakna kalah...mengaku salah pun bukan bermakna kita yang bersalah. Fikirkanlah..dengan jiwa yang tenang dan fikiran yang matang..

Rabu, 13 Julai 2005

Sajer cari pasal nie..

Tengah hari tadi si TS tetiba call aku..ishh..dia nie baru jerk aku dok sebut2 pasal dia..tup tup dia call aku tanpa sebab..sajer katanya..dah lama tak dengar berita siap tanya Julia sihat ke tidak. Hhmm..tepon dari Penang lak tu. Peh tu tak pepasal tanya aku ok ke tidak..ishh..apa yang dia dok dengar nie? aku happy apa..cuma boring jerk..kerja tetiba jerk selambak dibagi dek bos..Mentang2 dia nak gi trip ke Awana Kijal dua malam, macam2 kerja dok lambak kat aku..lempang kang bos nie..hah baru dia tau..takperlah..pada aku dok ternganga takde buat apa tu baik gak buat kerja..takdelah dok amek gambar itu amek gambar ini kat ofis..(ehem..ehem mcm seseorang tu kan..wakakakaka Izzy, jgn mare nanti cepat tua..)

Tadi aku call ex-schoolmate aku yg dah lama gak aku tak dengar citer dari dia. Laaa...mengandung lagi rupanya dia..baru jerk aku rasa dia gi cuti bersalin tahun lepas..dah rezeki dia..Alhamdulillah..Aku? belum rezeki lagi ..dah ada pun ok gak..hehehehehe..

Blog semalam tu bukan tujuan nak sakitkan hati kaum lelaki, lagipun bapak aku pun lelaki gak..aku cuma nak sedarkan pada mereka yang masih dok mengeluh dok gundah gulana kerana jadi lelaki. Tak kira sama ada lelaki atau perempuan cabaran hidup tetap ada..tengok pada tuan punya badan camner nak settlekan masalah atau cabaran yang dihadapi. Apapun aku bersyukur jadi seorang perempuan cuma kekadang aku jeles dengan kehidupan seorang lelaki yang begitu mudah. Anyway, pada yang terasa tu aku mintak mahap le bebanyak. Kot kang korang ingat aku nie anti lelaki. Lepaih nie aku cakap pasal pompuan lak ek..tak acilah kalau lelaki jerk yang terkena..Esok lah..lusa ker..sebab hari Jumaat dan Sabtu aku free ler sesangat sebab semua bos takde, diorang gi ke Terengganu...yeeaaahoooooo...tak sabar lak rasanya nak tunggu hari Jumaat...silap2 petang besok aku dah free dah..wakakakakaka...

Oklah..dah lewat nie..aku nak balik nie..sambung lak esok ..chiow chin choww....

Isnin, 11 Julai 2005

Senangkan jadi lelaki..?

Senangkan jadi lelaki..dari kecik mak layan macam raja, makan dan pakai dah tersedia bila dah kahwin isteri pulak take over.

Senangkan jadi lelaki..keluar malam balik pagi tak saper nak marah, dok ngata atau memang x de istilah "jantan jalang" pun.

Senangkan jadi lelaki..dah kahwin nanti, masih boleh keluar jumpa kengkawan sedangkan isteri dok kat umah jaga anak, kot kalau bini buat camtu dah lama kena cerai, padahal sama2 carik makan, sama2 buat anak..

Senangkan jadi lelaki..bila bercerai atau rumahtangga bergolak isteri dipersalahkan tak pandai pasang badan, tak pandai nak jadi isteri yang setia..

Senangkan jadi lelaki..bila isteri buat hal senang jerk jatuh talak tapi kalau dia yg buat hal..isteri lak yang teruk kena turun naik mahkamah

Senangkan jadi lelaki..tak pernah rasa sakit bersalin walaupun anak sepuluh..

Senangkan jadi lelaki..kalau jadi bos orang takut dan hormat

Senangkan jadi lelaki..kalau dok kat umah mertua tak yah tolong basuh kain atau pinggan, dok tolong tengok pun tak payah

Senangkan jadi lelaki..tiap2 bulan tak rasa senggugut, tak yah beli sanitary pad..

Senangkan jadi lelaki..tak yah beli lipstik, tak yah beli kasut tinggi, tak yah beli barang make up pun..

Senangkan jadi lelaki..tak yah nak jaga badan sangat..

Senangkan jadi lelaki ? senangkan ? kan..kan..kan?

Monday Bluesla pulak..

Dah habih penyakit malas datang pulak penyakit lain.. MONDAY BLUESZZ..cerehh..koyo jer aku nie..cari alasan utk gantikan penyakit MALAS aku tuh..nak wat camner.. orang pemalas memang cam gitu..ada jer alasan kan.?..heehheehehe..

Okaylah tu..sekurang2nya aku secara jujur aku ngaku daripada orang yang depan bos berlakon kekonon banyak naa kerja nak dibuat. Tapi aku sebenarnya memang ada kerja nak dibuat..sibuk giler nie..tapi sempat gi ngular masuk internet siap hupdet blog lagi..hehhhheheeeheh..

Aku sebenarnya dah tak tau nak citer apa lagi kat blog (kes kering idea la nie). Aku buntuler..kot kang aku ingat, aku tulihler..kalau tak, korang baca takat nie jerlah yer..muahhahahahaaha...

Chiow....jab gi kang aku datang balik..aku nak gi buat kerja skit lagi nieh..

Jumaat, 8 Julai 2005

Penyakit datang balik..

Tiap kali datang jerk hari Jumaat sure penyakit aku datang balik. Dari dulu sampai sekarang tak pernah hilang kalau hilang pun sekejab jerk. Naper la penyakit tu mesti datang. Penyakit yang datang bukan dari alahan makanan, bukan dari persekitaran. Penyakit yang aku sendiri tak tahu dari mana asalnya. Bila dah kena penyakit nie, mulalah mata aku jadi berair peh tu kepala rasa berat. Puas jugak aku cari ubat, hilangnya sekejab peh tu datang balik.

Nak kata betapa bahayanya penyakit nie. Memang tersangatlah bahaya. Silap2 aku leh kena buang kerja.

Aku dah kena penyakit M A L A S..hahahahaha..buat gempak jer kan..

Aku MALAS nak buat kerja..
Aku MALAS nak update blog (tapi dah update..part nie sure aku rajinnyalah..hehhehe)
Aku MALAS nak jawap tepon (tapi bila h/phone bunyi jawab jerk)
Aku MALAS ...sebab hujung minggu dah dekat dah nie..

Khamis, 7 Julai 2005

Julia kena injek..

Semalam balik jer kerja terus bagi Julia makan (balik lambat hubby OT). Fuhhh..kelam kabut aku dibuatnya. Semalam bawak Julia gi cucuk lagi. Masa masuk kat klinik tu, muka Julia dah semacam jerk. Baru 8 bulan pun dah tau dah naper dia kat klinik tu. Jumpa jerk doktor lagila Julia takut. Masa nak baringkan Julia, punyalah melalak tapi Alhamdulillah, dia nangih kejab jerk. Bagus tul anak mak. Yang kelakar tu lepaih jek diinjek aku terus dukung Julia, boleh pulak si Julia nie daring kat doktor tu semacam. Hubby takde sebab dia gi tapau mee hailam (mak hubby kirim). On the way balik gi amek gambar passport adik ipar nak gi anta resume.

Sampai umah dah kul lapan (masih sempat lagi nak tengok diara AF & CSI). Kul sepuluh Julia nak tido, mcm2 perangai yg dia dok buat. Masa tidokan Julia dgn aku skali tetido. Tau2 jerk dah kul 12 tengah malam. Itupun sebab hubby masuk bilik baru lepaih nengok diari AF (hubby dah demam AF tapi tak pernah vote pun). Dialah yang dok citer kat aku pasal sumer pelajar AF. Aku x yah nengok dah. Biar dia jerk yg citer kat aku.

Pagi tadi on the way ke ofis hubby dok citer pasal AF. Pasal Ameliala, Ekin n Yazer la..Aku dok dengar jerk cuma sekali sekala aku nyampuk nanya itu ini. Hubby...hubby..tak pernah pulak dia cakap kat aku pelajar AF yang mana satu dia dok minat. Aku pun maleh nak tanya sebenarnya. Nak kata boring tu tak jugak tapi konsert diorang aku tak pernah miss sebab nak tengok nyanyian dan persembahan diorang. Undi? Aku tak pernah undi lagi sejak dari AF2 lagik...Taknak ah..rugi ar... satu vote 65sen, mahal tu..hishh..sayang ar..lenkali jerlah..

Pada yang minat AF tu..habih AF nanti korang nak nengok citer apa lak?..heheheeh..apalagi..Malaysian Idol laa kan..?

Rabu, 6 Julai 2005

Malu ker jadi MELAYU?

Pernah dulu masa aku mula2 kerja. Ada sorang officemate (Cina) nie dok sound aku, "U untung tau jadi Melayu sebab ada banyak advantage from government". Yer ker? Dah lama tu barulah aku tau naper dia cakap mcm tu. Tapi dia tak tau yang kitorang nie terpaksa bersaing takpun mesti ada 'kabel' utk dptkan sumer tu. Kalau dpt pun tanpa bantuan 'kabel' tu dah kira bertuah ler tuh.

Tapi bukan tu jerk. Dia cakap ramai org Melayu suka makan suap. Aku jawabla semua orang makan bersuap mana ada cara lain.. org yang tenat jerk pakai tiub kat badan. (Panas gak tinga masa tu, tapi leh control sebab orang Melayu kan tinggi adabnya?) (nak cover ler tu)

Kekadang aku pikir gak betul ker org Melayu nie sama dengan maksudnya (melayu)? Aduss.. Bila dok pikir2 tu hah betulla tu. Bukan semua orang Melayu cam tuh (tapi kebanyakannya cam tuh) termasuk gak aku. (Aku terkena ker nie)

Aku cukup marah kalau ada org dok mengata org Melayu sombongla bongkak la. Tapi itulah kenyataannya. Aku dok sombong dok mengata org langsung tak perasan. Bak kata orang tu GAJAH DEPAN MATA TAK NAMPAK TAPI KUMAN DISEBERANG NAMPAK ajer.

Aku ngakula bila ada orang Melayu yang maju, sure aku cakap itulah inilah. Ada jerk yang tak kena..Alah..dia dilahirkan kaya memang ar dia. Ala..itulah..alah inilah. Ada jer alasan aku. Padahal aku patut pikir walaupun ada yang dilahirkan kaya boleh jadi miskin kalau diorang tak pandai nak jaga harta diorang. Hish..naperlah aku dengki sesangat. Ada jerk yang tak kena bila ada orang lebih berjaya dari aku. Patutnya aku jadikan benda nie sumer satu inspirasi utk lebih maju.. Kalau mcm nie bilala orang Melayu macam aku nak maju agaknya.

Kalau cam tu penatlah Pak Lah dok suruh rakyat terutamanya bangsa kita nie jadi bangsa yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang. Aku nak berubahlah kalau cam tu. Aku nak jadi orang Melayu yang macam Pak Lah dok sebut tu. Masih lum terlambat kot. Perubahan mestilah dibuat dengan penuh azam. Cewah..bersemangat jerk aku nie. Nanti last2 dok melanguk kerja dgn org.

Aku nak mulakan dengan perkataan AKU BANGGA JADI MELAYU. Tapi aku nak mulakan dari mana? kat mana? apa yang nak aku mulakan? kena join politik ker? tak semestinya kan? Tulah orang Melayu pandai cakap jerk tapi tak pandai nak buat. Takde sistem langsung. Adusss...Melayu apa aku nie..?

Isnin, 4 Julai 2005

Apa-apa jerlah..

Aku sebenarnya bukan taknak menghupdet blog aku hari nie. Tapi aku banyak kerja nak dibuat. Ini pun dok curi2 menghupdet. Apalah aku nie kalau kerja aku buat camnie kan bagus. Sabarjerlah.

Semalam rupanya mak n bapak ada kenduri nak pegi, aku tak dapat nak pegi sebab aku nak gi tengok atuk n wan (sebelah bapak) aku tu. Peh tu aku nak gi ker Puchong tengok Uwan sebelah hubby pulak. Uwan tu dah uzur ler. Dia dah cakap yg bebukan. Tapi sekali sekala dia ingat dengan semuar orang. Kesian aku nengok. Nak nangih rasanya.

Balik kerja kang nak singgah kat kedai gambar, nak cuci gambar Julia 8R 3kpg (alah..free punya). Dah siap pesan dgn hubby dah tadi.

Jumaat, 1 Julai 2005

Bila dah gaji..

Bila dah awal bulan nie..aku tengok mulalah mesin ATM dikerumuni dek orang termasuk aku ler tu. Senyum pun melebar jerk..Almaklumlah..dah gajilah katakan. Yang dok lum dapat gaji tu..dok tengok gak, manalah tau kot duit gaji dah masuk. Yang masih belajar pun cam tu gak (tak kirala yg dpt biasiswa atau mak bapak tanggung).

Dapat gaji jerk (dah tak kira lelaki atau pompuan) memasing masuk kuar shopping kompleks takpun gi hypermarket. Ada yang beli barang keperluan dan ada yang dok window shopping jerk (maklumla budget lari, dapat tengok pun jadiklah). Masa nielah panggung wayang pun penuh dek orang. Citer tak best tak per janji dapat tengok (yang kaki wayang ler).

Tak ramai rasanya (termasuk aku) bila dpt jerk gaji, terus masuk buku simpanan (tak kiralah RM10ker, RM20ker). Aku dah tanamkan azam mulai tahun nie aku mesti simpan duit RM2/ sehari, memang nampak sikit tapi bila dikali dengan 365hari dapat dalam RM730/- eeh..banyak tu..lepas duit raya aku..kalau dicampur dengan bonus..wuih..lepas duit insuran kereta n road tax tu. Aku dah buat dah sejak bulan Januari hari tu, tapi hubby manjang jerk kopak, terpaksalah aku korek balik duit tu. Tapi kali nie tidak lagi, hubby dah beri sepenuh kepercayaan kat aku utk menguruskan duit gaji dia. So, mungkin kali nie aku dapat lakukan. Dia nak tengok aku boleh buat ke tidak. Ini satu challenge nie. Aku mesti boleh!! Cewah...bersemangat jerk aku nie. Korang doakan aku yer. Kot korang nak cuba, hah cubalah. Jadik nanti share la hasil kejayaan tu dengan aku. (Share citerla kot nak share duit tu pun leh gak) ..koyo jerk aku nie kan. Anyway, aku harap aku berjaya. Kalau dulu aku leh buat, sure kali nie aku boleh gak.

Insya Allah, bila dah sukses nanti aku citer kat kengkawan sumer.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails