Khamis, 14 Julai 2005

Kesedaran itu..

Kenapa manusia sesama manusia yang pernah berkongsi rasa suka duka boleh jadi musuh? Sudah lupakah mereka saat2 mereka gembira..disaat mereka memerlukan antara satu sama lain..air mata yang jatuh sama2 hilangkan dengan ketawa yang berpanjangan. Kenapa ini yang terjadi? Kenapa manusia mudah lupa bila diingatkan dikatakan mengungkit. Entahlah..aku sendiri kurang pasti. Hubungan yang akrab bisa terancam silap2 boleh jadi musnah hanya dengan sepatah dua kata yang keluar dari mulut. Sudah hilangkah sikap tolak ansur sesama sendiri? Ego kah atau bodoh sombong? Peluang hidup yang Allah bagi hanya sekali, tiada kali ke-2..kalau ada pun bukan pada semua..cuma terjadi pada insan yang terpilih.

Masing2 ada kelemahan yang pastinya bukan dariNya tapi kelemahan dari hati yang tidak dibersihkan dengan zikir kepada yang Esa. Apa guna sembahyang 5 waktu jika sekiranya sembahyang itu sekadar melepaskan batuk ditangga. Aku pun ada kelemahan yang pasti...sentiasa memerlukan orang lain membantu aku menyedarkan diri supaya tidak alpa. Terima kasih pada yang sudi membantu malah menghulurkan tangan tika aku berasa kesunyian dan keseorangan. Syukur pada Ilahi atas kurnianNya ini.

Aku pernah membuat kesilapan dan kesalahan yang membuat aku sedar dan kadang2 menyesal. Apa yang aku boleh buat adalah jadikan ia kenangan pahit dan dlm waktu yang sama jadikan teladan di masa2 akan datang. Tak semua manusia ada kesedaran dalam diri melainkan ada orang lain yang menyedarkan. Dan tak semua kata2 yang kita keluarkan itu boleh diterima dek hati dan perasaan orang lain. Dan juga tak semua orang boleh terima cara kita berbicara.

Aku pernah menyakiti hati orang lain yang begitu rapat dengan walaupun dia tak pernah mengakuinya. Aku tahu dia buat begitu supaya aku tidak merasa bersalah. Kejujuran dan keikhlasan penting dalam menjalin apa jua hubungan, tak kiralah sama ada persahabatan, perkahwinan dan percintaan. Namun tak semua orang boleh terima kata2 jujur walaupun kata2 itu selembut kain sutera. Hati manusia terlalu mudah terasa..terutamanya hati orang perempuan. Tapi kita harus ingat kita punya akal fikiran yang tidak ada pada makhluk lain. Gunakanlah sebaik2nya akal fikiran itu. Kenalilah hati orang lain sebelum kita berbicara. Fahamilah dahulu sikap dan sifat orang lain sebelum kita meluahkan kata2 yang boleh membuat orang yang kita sayangi terasa. Ingatlah kata2 peribahasa yang mengatakan "terlajak perahu boleh diundur tapi terlajak kata buruk padahnya". Kita hidup dalam masyarakat yang punyai pelbagai tingkah dan laku serta sifat yang berlainan.

Aku pernah tersinggung dan aku juga pernah menyinggung hati dan perasaan orang lain. Kesudahannya aku dan dia seolah2 dua insan yang tidak mengenali antara satu sama lain. Sesungguhnya aku rasa menyesal kerana dia antara insan yang pernah rapat dengan aku dan aku telah aku anggap sebahagian dari ahli keluarga ku sendiri.

Tak mengapalah...sekurang2nya selepas itu aku lebih berhati2 untuk berbicara. Hhhmmm...semoga mereka yang pernah tersinggung dan pernah menyinggung hati dan perasaan orang lain, fikirkanlah secara orang dewasa dan matang. Tak usah dipanjangkan lagi tentang hati dan perasaan siapa yang tersinggung, fikirkan betapa bodohnya kita kerana membiarkan tali persahabatan yang dulunya penuh kemesraan kini panas dek api yang membakar dihati masing2. Beralah bukan bermakna kalah...mengaku salah pun bukan bermakna kita yang bersalah. Fikirkanlah..dengan jiwa yang tenang dan fikiran yang matang..

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails