Rabu, 3 Ogos 2005

Abangcik

Hari nie aku datang kerja lewat skit. Mak mertua aku gi hospital nak amek obat. Peh tu siap bawak bekal nasi lemak lagi. Isshh..cam tak caya jerk.. Dahlah tak masak, selamba jer aku 'tapau' bawak gi opis. So, hari nie aku tak kuar gi makan tengahari ngan hubby. (Jimat skit duit.) Koyo jer aku nie. Baru bawak bekal skali dah pikir macam tu skali.

Anyway, kali nie aku nak share satu citer yang berlaku kat aku masa aku lum kahwin. Masa tu adik lelaki (bangcik) baru umur 8-9 tahun. Tapi sekarang dah anak bujang dah. Sebayala dengan si din tu. Besday dia next month. (ala akak tau besday din bulan Ogos nie kan?). Next week ker ? ok ok sambung citer. Bangcik nie dari kecik memang aku yang jaga dia. Maklumla aku kakak yang paling tua. Kekadang tu aku hangin gak sebab adik2 len kuar gi memain, aku gak kena dok umah jaga dia. Tapi bila dah tua nie aku rasa beruntung lak sebab pengalaman aku jaga budak aku praktikkan sementelah aku dah ada Julia nie.

Bangcik nie masa kecik2 suka betul buat perangai yang pelik2. Peh tu dia suka tengok ALONG, DORAEMON (siap leh hafal lagu Jepun tu), KESATRI BAJA HITAM (betul ker spelling aku tu?). Biasalah bebudak memang cam tu kan? Ok ok..citer yang aku nak sampaikan bukan pasal citer yang dia suka tengok tu.
Kekadang bila orang tengah sembahyang, selamba jer dia julurkan kaki la, panjat belakang la. Yang selalu jadi mangsa tu bapak aku takpun aku sendiri.

Bangcik nie suka tengok gelagat kitorang peh tu sure dia akan tiru. So, satu hari tu citer Doraemon dah nak start. Bapak amek kesempatan tu gi masuk bilik dan bercukur peh tu siap2 nak mandi dan sembahyang. Bapak tak perasan lak si bangcik nie dok ikut dari belakang. Masa bapak kat dalam bilik air, aku lak dok tengok TV dan aku pun dok la panggil dia ajak nengok Doraemon. Padahal aku tak nak dia kacau bapak sembahyang nanti. Dia pun kuar dari bilik. Memula memang aku tak perasan.

Dah habih nengok Doraemon tu barulah aku perasan kening bangcik yang lebat tu dah tinggai separuh. Masya Allah ..rupa2nya dia dok diam dalam bilik tu dia dok cukur kening dia. Bapak habih jer sembahyang aku tanya kat bapak mana dia letak pisau cukur dia. Bapak cakap dia tinggaikan kat atas lemari solek. Hhhmm patutlah kening dia dah separuh..rupa2nya dia nampak bapak dok cukur misai. Bangcik boleh pulak cakap kat aku dia takde misai sebab tu dia cukur kening. Aku cakap kat dia muka dia dah jadi macam Nobita yang dalam kartun Doraemon tu. Mak dan bapak gelak terkekek nengok muka dia.

Pas tu aku tanya kat bangcik..habih tu besok nak gi sekolah camner? Muka dah jadi macam Nobita tu. Terus muka bangcik berubah dan tak pepasal dia nangih sekuat hati. Malu !!! nanti orang ejek dia Nobita. Puas lak aku dan mak nak pujuk dia gi ke sekolah besok.

Itu baru skit citer pasal bangcik. Belum citer yang len len tu. Nantilah bila ada kesempatan aku citer yer. Masakla aku kot bangcik baca blog nie.

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails