Selasa, 9 Ogos 2005

Apa kes?

Hari nie aku n hubby terkezut bila sampai kat ofis pagi tadi ofis dah terbuka. Sebab selalunya hubby yang tolong bukakan ofis.

Pukul 9lebih hubby call, tanya kat aku saper yang dah masuk awal. Aku pun bagi tau kat hubby orang tu ialah bos aku sendiri. Macam tak caya jer. Selalunya dia lewat nak masuk ofis pulak. Tetiba pulak member ofis kat KL tepon bagi tau yang tea lady (Cina) dah meninggal dunia hari Sabtu hari tu. Dia sakit barah otak. Kesiannya. Nak buat camner, dah ajal dia. Barulah aku tau rupa2nya yang dia dok selalu sakit kepala, selalu tumpahkan air atas meja tu dan selalu silap bagi cawan tu adalah petunjuk simptom barah otak.

Mana2 pegi orang asik citer pasal AF. Fuh...dasat betul penangan AF nie kan? Entah berapa juta RM la Astro dapat ek? Bila difikirkan, dasat jugak penangan AF nie. Mana taknya si Mawi yang sepatutnya pegi kursus Bilal boleh pulak pilih AF. Tak sesia lak tu dia pilih AF, yelah terus jadi Juara lak tu. Dah rezeki Mawi la katakan. Aku dok ingat pesaing terdekat si CT tu orang pompuan tapi rupa2nya lelaki. Kira oklah tu sebab dunia hiburan
kita pun terlalu kureng artis/penyanyi lelaki.

Dari sudut positif rancangan yang macam nie merapatkan lagi hubungan kekeluargaan. Yelah, mana taknya, ada member hubby tu adik beradik diorang siap buat rotate makan malam berkumpul reramai sambil tengok konsert nie. Hhhmm..ok gak kan?

Oklah..aku taknak citer pasal AF nie. Aku nak citer pasal lain. Citer pasal apa ek? Aku pun tak taula..korang bagi aku idea skit. Boleh gak aku masukkan kat dalam blog nie. Aku tengah cari idea nie. Kot takde gak, hah..sampai sinila citernya yer. hahhahaha..kot ada kang, aku letak utk esok jerlah..boleh camtu? (sure ada orang hentak meja marah kat aku..nak buat camner dik non oi..akak ada kerja nak dibuat nie hah..)

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails