Selasa, 16 Ogos 2005

MC daaa..

Semalam aku tak dapat pegi kerja kerana ada 2 sebab. Sebab yang pertama aku tak sihat (disebabkan jerebu hari tu, aku diserang dek somput atau pun lebih tepat athma) manakala sebab yang kedua adalah kerana hubby telah kehilangan salah seorang ahli keluarga dia tersayang iaitu UWAN (nenek). Pada subuh Isnin (13 Ogos 2005) tepat jam 4.25pagi Uwan telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di sebuah hospital ditemani dek Mak Tam (mak sedara hubby) dan Mak Long Wati (sepupu Mak Tam). Alhamdulillah..segala acara pengebumian dijalankan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Jenazah uwan dikebumikan selepas waktu zohor. Majlis Tahlil diadakan selama 3 malam berturut2 bermula malam tadi.

Aku rasa mak mertua aku amat berbangga dengan aku (rasanyalah) sebab semasa memandikan jenazah arwah uwan, aku dengan tanpa rasa takut dan malu ikut sama memandikan jenazah. Air mata yang mengalir cepat2 aku kesat supaya tidak jatuh ke atas jenazah. Keinsafan menyelinap dihati tatkala menatap wajah mulus dan suci arwah uwan. Wajah yang seolah2 sedang tidur lena kutatapi dengan hati sayu dan pilu. Dan pada ketika jenazah arwah uwan hendak dikafankan sekali lagi airmata ini mengalir tapi cepat2 aku kesat dan aku mengucup wajah arwah uwan yang putih sejuk untuk kali yang terakhir.

Ketika van jenazah datang untuk membawa jenazah disembahyangkan dan dikebumikan kami sedekahkan Al-fatihah untuk uwan.

Semoga rohnya dikalangan orang2 yang beriman. Al-Fatihah..

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails