Rabu, 20 April 2011

Pada yang kecewa..

Sorry yer kengkawan takde citer terbaru nak dikongsikan..asik citer anak2 jer boring gak.   So, meh aku nak kongsikan apa yang pernah aku tulis di awal aku menulis di blog..tahun 2005..perghh..masih relevan dipakai sehingga kini..cewwwaah..[aku pun macam tak caya aku pandai tulis benda cenggini].  Bercakap mang pandai, bila nak praktikkan ..serabai jer ko..kakakakaka...



Takde manusia di dalam dunia ini yang tak pernah rasa kecewa. Aku tak terkecuali. Tak kiralah kecewa yang bagaimana. Kecewa dalam percintaan, pelajaran, perkerjaan dan semuanyalah. Aku pernah rasa kecewa. Kecewa dengan orang, kerja aku, hidup aku. Peh tu aku cuba sedaya upaya cari semangat. Alhamdulillah..kekecewaan yang aku alami tu dapat aku atasi.

So, aku nak share pandangan dan nasihat kepada yang kecewa.

1- Jangan menyesal dengan apa yang terjadi. Cuba jadikan ia pengalaman yang amat berharga. Kekecewaan yang dialami dirasai memang perit tapi kita perlu kuat dan tabah.  Orang yang beragama tak kiralah apa agama sekalipun diajar untuk percaya bahawa Tuhan mengatur perjalanan hidup kita bukan untuk sentiasa bersedih sentiasa ada jugak masa untuk gembira. 

2- Jangan berkawan dengan orang yang selalu mengecewakan kita. Mereka ini sebenarnya bukan tak pernah rasa kecewa dan sakit hati. Diorang nie mengecewakan orang lain sebagai salah satu langkah utk tidak dikecewakan. Tak usah dilayan orang begini kerana mereka ini bagaikan parasit yang mementingkan diri sendiri.

3- Cuba isi masa dengan pelbagai aktiviti (termasuk menulis dalam blog) ehehehe..menambah kenalan dan pengalaman orang lain untuk kita jadikan pedoman. Kita beruntung sebab di zaman sekarang nie kita ada banyak pilihan untuk mengisi masa lapang dibandingkan zaman datuk nenek kita.

4- Pandang ke hadapan. Ajal dan maut di tanganNya. Tak perlu kita nak menangisi perkara yang telah lepas. Ianya direnung utk dijadikan renungan dan pedoman tapi bukan untuk ditangisi.  Menangis sepuas2nya kemudian teruskan kehidupan dengan semangat baru, anggap kekecewaan itu adalah pengajaran untuk mematangkan kita di masa hadapan.

5- Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Tapi ingat..ringan sama dijinjing berat sama dipikul. Maksud aku tu bila kita kecewa, bersyukurla kita masih ada orang yang menyayangi dan mengambil berat kat diri kita nie. Kita ada akal dan fikiran, kita bukan binatang. Jangan biarkan kekecewaan terus menerus menghantui kita. Kalau kita boleh menjadi kawan yang ketawa dan menangis bersama, tak mustahil kita juga ada kawan yang ketawa dan menangis bersama.

6- Bila senang kita mudah lupa tapi dah susah barulah kita sedar. So, setiap kejadian yang menimpa adalah peringatan dariNya supaya kita tidak lalai dan mudah lupa.

7- Senyumlah walaupun kita berduka. Sekurang2nya kita mampu tersenyum walaupun dugaan yang hebat melanda. Hati yang gundah terlerai bila melihat senyuman. Bukan bermaksud kita tersenyum kita gila tapi sekurang2nya kita tabah dan redha dengan ketetapan dari Nya.

8- Tak usah peduli dengan apa yang orang kata mengenai kita. Kerana manusia seringkali membuat manusia lain tak senang duduk dengan tohmahan dan fitnah mereka.

9- Inilah masa untuk kita menilai dan memahami diri kita. Kekurangan diri dapat kita kenali dan diperbaiki ketika ini.

Mungkin banyak lagi..tapi ini sahaja yang dapat aku kongsikan. Jika ada yang nak menambah..silakan..aku alu-alukan.

2 ulasan :

  1. menulis blog salah satu cara lepaskan stress...hehehe

    BalasPadam
  2. Ila, betul3..baca blog org len pun ilangkan stress gak..hehehe

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails