Jumaat, 5 Ogos 2005

Pasal duit lagi

Sebelum aku mulakan menaip pasal duit nie, cara ini akan berkesan kalau kita betul2 berDISIPLIN. Memang sepatutnya kita kena tau ke mana pegi duit gaji yang kita dapat setiap bulan. Fikirkan betapa teruknya kita berkerja (sampai kena maki dek bosla, clientla, supervisor la..dan sumernyalah).

Sebenarnya aku cerita nie pernah aku taip dulu. Kalau nak tau, klik sini.
Tapi disebabkan aku memang nak tolong kawan aku, aku buat jugak lagi sekali. Aku harap dia hargailah apa yang aku buat nie. Maksud aku tu menhargai bukan dengan memberi pujian atau bagi aku hadiah tapi aku harap dia praktikkan. Kalau setakat seronok nak baca, penat sajerlah usaha aku nak menolong dia.

Okay, Kita mulakan setiap pekerjaan yang bakal dibuat dengan bismillah....

1- Catatkan dengan terperinci setiap sen yang kita keluarkan. Bunyi macam mengarutkan? Tapi dari situ kit a leh tahu apa yang kita belanja setiap bulan. Sama ada kita suka atau tidak, aku boleh confirm yang perrbelanjaan yang kita buat tu kekadang melebihi dari yang kita mampu. Jangan tunggu sehingga kita dapat gaji bulan depan. Buat dari sekarang. Kalau kita tak suka orang buat kerja bertangguh kenapa kita nak tangguh lagi.

2- Beli tunai. Jangan beli secara kredit (hutang) kecuali kereta, rumah dan motor. Kalau boleh, perabot seperti TV, Radio dan barang kelengkapan rumah tu belilah secara tunai. Mungkin ramai yang tak sedar kadar faedah yang dikenakan kalau dikira jangka panjang adalah lebih dari harga yang kita beli tunai. Kalau takde, kita boleh kumpul duit dengan membayangkan seolah kita sedang membayar ansuran barangan yang dihajati.

3- Pembayaran balik kad kredit kalau boleh dibayar lebih dari 10% dari kadar minima yang dikenakan. Dengan ini kita telah menjimatkan kadar faedah yang dikenakan.

4- Jikalau kita hendak memohon kad kredit, carilah yang menawarkan yuran langganan percuma sehingga 2-4 tahun (pun ada yang menawarkan sehingga seumur hidup).

5- Pada masa ini (Mega Sale) adalah masa terbaik untuk membeli barangan yang diperlukan. Pada masa ini harga yang ditawarkan jauh lebih murah tapi berhati2 kerana ada juga penjual yang mengambil kesempatan menaikkan harga asal kemudian memberi potongan istimewa. Harus diingat juga bahawa barangan yang hendak dibeli itu haruslah barangan yang kita pakai bukan hanya sekadar untuk menambah koleksi.

6- Urus duit dengan lebih bijak. Kita haruslah pandai menilai atau menguruskan duit kita dengan lebih bijak. Pengurusan kewangan peribadi yang bijak adalah datang dari sikap disiplin yang kuat. Bak kata pepatah "nak seribu daya, tak nak seribu dalih". Kalau kita bersungguh2 tak mustahil kita boleh malah mampu menjadi seorang jutawan dimasa akan datang.

7- Melabur untuk masa depan. Ramai yang ingat melabur bermaksud duit yang dilaburkan di pasaran saham. Melabur duit boleh juga dibuat melalui pembelian insurans, menyimpan dalam tabung amanah, menyimpan di Tabung Haji (pada yang ingin ke Mekah) atau kita boleh memohon di KWSP untuk membuat potongan gaji sehingga 20% setiap bulan. Sekarang pulak Bank Negara ada menawarkan penjualan BON yang boleh didapati dimana2 cawangan bank. Cara begini ada amat baik pada mereka yang susah untuk menyimpan tunai di akaun simpanan.

8- Pada yang memiliki taraf bumiputera (beruntung betul), ASB menawarkan pulangan yang lebih baik dari tabung amanah yang lain. Penyimpanan boleh juga dibuat melalui pemotongan gaji setiap bulan.

9- Sentiasa memberi peluang kepada diri sendiri untuk mempelajari cara pengurusan wang yang lebih bijak tak kira sama ada dari internet, brochure atau daripada pihak bank sendiri.

10- Sentiasa bersemangat untuk menyimpan kerana kita juga yang mengeluh bila kehabisan duit perbelanjaan sebelum tempoh gaji baru bermula. Kalau dulu kita bersemangat ketika memulakan blog kita kenapa tidak dengan perkara yang berkaitan dengan masa depan kita.

Ini dahulu yang dapat aku berikan buat masa nie. Aku harap dengan ini kawan aku lebih bersemangat untuk memulakan sesuatu yang baru.

Kita sudahi segala kerja dengan Alhamdulillah....

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails