Khamis, 11 Ogos 2005

Tajuk???

Sebelum aku citer panjang lebar lagi. Aku nak wish Happy Besday kat Din. Hah..dah bertambah usia dah yer anak teruna sorang tu. Sori yer din, no present at the moment. Kot kang jeles lak adik akak yang sorang kalau dapat tau akak bagi hadiah kat din tapi kat dia takde. Anyway, akak ucapkan selamat panjang umur dah dimurahkan rezeki selalu. Bila balik sini jangan lupa jengok2la akak kat sini yer.

Aku tak tau nak letak tajuk daaa..aahh...lantaklah janji aku ada gak menghupdet blog aku nie. Pagi tadi ayah bagi tau aku uwan hubby dah dimasukkan wad di Hospital Putrajaya. Hubby pun tak leh nak buat apa2. Kitorang bukan taknak pegi nengok tapi kitorang taknak bawak Julia keluar di keadaan yang berjerebu nie. Itupun si Julia pun dah kena selsema dah. Aku pulak terasa kering jer tekak nie (termasuk poket aku ehehehe). Sejak semalam ntah berapa kali dah asik ke tandas, maklumla kan cuaca macam nie kenalah minum air banyak2.

Bos lak awal2 dah sound kat aku kata nak amek cuti besok or lusa. Aku pun iakan jerlah, lagipun bukan aku yang approvekan cuti dia tu. Aku pun malas nak amek tau. Tadi aku dok call JB office berangin jer aku takde orang angkat tepon. Laaa...rupa2nya JB hari nie Public Holiday, sabarjer lah.

Aku nak tanya kat korang la kan. Kalau korang marah kat seseorang tu peh tu dengan hati yang panas giler mulut pun terlepasla perkataan atau ayat2 yang tak sepatutnya. Dah lama benda tu berlalu and korang pun pikir betapa teruknya korang marah kat orang tu then timbul lak rasa menyesal. Pernah tak rasa macam tu? Aku pernah. Sampai sekarang aku rasa menyesal sesangat. Aku rasa macam nak pusingkan balik masa tu. Nak buat camner things already happened. Apa lagi nak dikata. Takperlah ..yang penting aku dah belajar dari kesilapan dulu tu.

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails