Selasa, 9 Ogos 2005

xtvt hujung minggu

Sabtu - 6/8/2005
Lepas chat skit dengan Azima. Tau2 dah pukul 12lebih. Buat back up file for office. Maklumlah nak balik KL.  Hubby terpaksa drive slow sebab kat highway keadaan berjerebu sesangat. Singgah kat R&R minum petang. Peh tu terus ke KL. Sampai kat umah jer dah ramai orang dah. Maklumla depan rumah aku tu ada kenduri kahwin. Masa tu pulak baru jer habih kenduri doa selamat sebab pengantin selamat dinikahkan di Masjid As-Siddiq di Bangsar, KL. Aku lak macam memalu nak gi umah pengantin. Lagipun aku tetiba jer sakit kepala. Sekali sekala jer aku gi umah pengantin tu. Hubby pun tengok aku lain macam jer. Aku bagi tau aku sakit kepala sesangat. Julia pulak dah meragam. Makcik2 dan pakcik dia ramai yang dok layan dia. Dia pun suka reramai tu.

Ahad - 7/8/2005
Pepagi lagi aku dah bangun sebab nak cepat2 siap. Ingatkan sakit kepala dah kurang. Lagi teruk ada la. Puas aku dok tahan, tak jugak ok. Mood nak gi tengok pengantin pun hilang terus. Tapi lewat petang sakit kepala aku pun dah kurang. Tapi masa diorang buat majlis potong kek aku tak pegi sebab aku tau diorang ada bukak hadiah diorang ada selitkan sekali hadiah ‘istimewa’. Aku tau dorang letak lipas n katak, lagilah aku taknak pegi. Dok dengar orang terjerit2 tu kang buat aku lagi sakit kepala jerk.

Isnin - 8/8/2005
Aku cuti, hubby dah cakap nak balik Seremban lepas breakfast. Tapi disebabkan perkara2 yang tak dapat dielakkan, kami bertolak selepas makan tengahari. Anak sedara aku si Farah (anak adik) pun mengikut kami sama ke Seremban. Kesian pulak aku tengok dia mengengek nak ikut aku. Tak bagi takut dia menangis. Malam tadi pukul 11 lebih bapak sampai dari Kajang untuk menjemput si Farah. Kesian bapak ke hulu hilir dia. Maafkan Angah bapak, menyusahkan bapak sampai macam nie sekali.

Antara aktiviti hujung minggu aku dan semalam.

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails