Isnin, 28 November 2005

Hari itu (24/11/05)

Awal pagi Khamis 24 November 2005 bersamaan 22 Syawal 1426 tetiba Julia mengengek..selalunya bila dia begitu aku buatkan susu tapi kali nie jangan kata susu, apa sahaja yang aku lakukan jadi tak kena pada dia. Hampir hilang kesabaran aku pada Julia hinggakan akhirnya hubby memasang lampu dan dibiarkan aje si Julia bermain.

Tak lama lepas tu telefon berdering2 pula..hati aku berdetik, berita buruk apa pula kali ini..Cepat2 pulak hati aku menidakkan untuk berfikir perkara yang bebukan.
Hubby masuk ke bilik dan memandang tepat ke muka aku dan berkali2 dia meminta aku bersabar. Aaa..apa nie Yang? Tatkala hubby membuka mulut beritahu yang uwan (mak sebelah bapak aku) telah TIADA, ketika itulah air mata ini amat deras mengalir dan mulut ku hampir tak mampu untuk menyebut INALILLAH..

Bukankah Uwan sihat ajer..? Kenapa masa dia sakit kuat tak diberitahu? Timbul pula persoalan demi persoalan di fikiran aku nie.

Kalau sebelum nie hubby kehilangan Uwan dia..kini giliran aku pula. Badan aku terasa amat lemah sekali. Kali terakhir aku berjumpa arwah Uwan hari raya ketiga hari tu..dia mencium Julia berkali2 dan dipeluknya sambil berkata pada aku "Ntah bilalah nak jumpa lagi". Aku pujuk uwan dan aku katakan aku selalu balik tentulah dapat berjumpa. Mana tau..rupa2nya arwah Uwan sudah mengetahui bahawa dia takkan berjumpa lagi dengan cicit dan cucunya ini.

Kata Mak Usu (adik bapak) yang tinggal bersama Uwan beritahu aku yang Uwan tak sakit apapun. Dia cuma rasa tak selesa dan meminta air susu untuk diminumnya. Selepas Uwan minum air tu dia menadah tangan sambil mengucap dan diusapnya muka kemudian dia berbaring dengan mata terpejam. Mak Usu memanggil berkali2 tak dijawab. Selebihnya..? Tak sanggup untuk aku meneruskan ceritanya lagi..

Kehilangannya masih lagi terasa..Bertambah sedih bila melihat atuk seolah2 hilang arah. Selama lebih 50 tahun hidup bersama kini dia sendiri. Di satu kejadian yang membuat aku rasa pilu teramat, tak sempat jenazah dikebumikan Atuk sudah bangun dan meninggalkan tanah perkuburan. Tak sanggup dia nak melihat jenazah Uwan dikuburkan katanya.

Al-Fatihah buat arwah Uwan..semoga rohnya dirahmati.

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails