Jumaat, 29 April 2005

aku sambung cuti

Lepas nie aku akan bercuti sampai 4hb...yahooo...seronoknya...kalaula cuti besok..aku tentu cuti lagi panjang. Aku bercuti tak ke manapun..aku nak balik kampung jumpa mak, bapak dan adik2 yang lain...Diorang pun dah tak sabar nak jumpa aku...walaupun aku selalu balik jumpa diorang, kali nie tak sama sebab aku cuti lama dan dapatla aku meluangkan masa yang lebih sikit dengan diorang..

Hubby? Dia tak kisah pun...aku ajak dia tapi dia yang taknak...aku lagi tak kisah..sbb aku boleh merayau jumpa dengan kengkawan aku yang dah lama aku tak jumpa....

So, aku ucapkan Selamat Hari Pekerja dan selamat berhujung minggu yer...

Sampai jumpa lagi...bye...

Rabu, 20 April 2005

Perasaan

Aku dah tak mampu nak memikirkan perangai dia...Sakit hati nie Tuhan sahajala yang tahu..Aku rasa macam nak jerit atau maki jer tapi aku sabarkan hati, tenteramkan jiwa...Aku taknak terlalu memikirkan betapa geram dan marahnya aku kat dia...Bila aku ceritakan pada orang tentang dia, "Sabarjer la, jangan diikutkan sangat rasa sakit hati tu", ayat itulah yang sentiasa bermain dibibir mereka. Terima kasih tak terhingga ku ucapkan pada kalian kerana sudi mendengar keluhan hati aku..Tapi setiap manusia ada had sabarnya..sedangkan had laju pun ditetapkan walaupun kereta boleh pecut lebih dari 150km/j..Kenapa dulu aku tak perasan perangai dia dari dulu lagi? Betul kata orang, TAK KENAL MAKA TAK CINTA...Bila dah lama kenal dengan seseorang sama ada kita suka atau tidak kita sendiri yang tentukan..Tak suka, undurkan diri..Suka, bertahanlah dengan setiap perangai dan tingkah laku dia...

Sekarang nie jangan kata nak tengok muka dia..nak sebut nama pun aku rasa nak muntah...Benci? Mungkin juga tapi aku sedang mencuba menyukai dia walaupun aku tau aku sedang berpura2. Aku terpaksa suka walau hati geram dan meluat dengan dia..Menjauhkah diri? Kalaula aku dapat lakukannya tentu perasaan ini takkan wujud..aku tak boleh malah tak mampu melarikan diri dari dia..

Namun aku sentiasa berdoa agar dia berubah..kalau dia masih begitu, aku tak mampu berbuat apa2 tapi aku akan nekad untuk berterus terang sahaja dengannya..Biarlah..dia sakit hati..Akan aku katakan padanya, "sememangnya kenyataan itu pahit untuk ditelan". Selepas itu terpulang pada dia sama ada untuk membenci aku atau sebaliknya...

Isnin, 11 April 2005

kena saman..

Bila aku terbaca kisah Nasha Aziz disaman dek bapak kandung sendiri aku rasa sedih sangat. Yalah, kenapa bapak kandung dia sanggup buat dia camtu. Tak dapat aku bayangkan kalau aku di tempat Nasha. Sedih giler tu..Mana taknya, dulu kes rumah dipasang kamera dek anak tuan rumah..kat internet bersepah2 gambar yang memalukan diforward dek orang yang tak bertanggungjawab. Itulah dia nasib jadi celebrity..takde privacy langsung..

Kesian sungguh jadi manusia bernama Nasha Aziz nie kan..Dahla putus cinta, rumah dipasang kamera peh tu kena saman lak dek bapak sendiri...Heran lak aku dengan bapak Nasha nie..naper dia beria2 nak saman..kot ya malupun naper dia tak bela jer si Nasha tu kecik2? Naper diserahkan kat kakak dia? Agaknya dia nie nengok Nasha tu dah besar panjang, terkenal lak tu..diapun ngaku kat semua orang yang Nasha tu anak dia..tup tup bila Nasha cakap bapak angkat dia yang dianggap seperti bapak sendiri meninggal dunia, malu besar ler tu..Nak cover line punya pasal hah saman si Nasha..

Yang aku beria2 nak sebok pasal Nasha nie kenapa? Bukan apa, aku geram dengan sikap sesetengah orang lelaki yang tak bertanggungjawab nie...Masa anak tu kecik2 sebelah mata pun tak pandang peh tu jangan kata nak bagi duit belanja, bertanya khabar pun tak pernah..Bila dah besar dah boleh berdikari..tetiba jer nak ngaku anak..Tak baikla camtu..Aku bersyukur pada Allah SWT walaupun aku tak kaya tapi mak dan bapak aku senantiasa ada di sisi aku untuk mencurahkan kasih dan sayang.

Semoga suami aku pun begitu jua..takkan luak kasih dan sayangnya terhadap aku dan anak kami..Insya-Allah..

Haruskah aku mengerti?

Petang semalam dalam perjalanan nak balik rumah aku ternampak ada satu kumpulan pompuan yang berpakaian ketat, seluar lak warna putih yang boleh nampak warna seluar dalam yang dipakai..Sempat aku jeling kat suami aku..ooo...rupa2nya diapun boleh sempat toleh kepala tengok kumpulan tu..."Wah2 bukan main ayang yer..demam2 pun sempat lagi nak toleh ya", aku sound suami aku. Suami aku senyum balik kat aku sambil tangan dia di leher "Demamla, yang", kata dia konon nak mintak simpati dari aku..

Tapi aku tak marah cuma hati aku terbetik sedikit rasa cemburu..Naper ek? Ntahla..aku sendri kurang pasti..Kekadang tu aku pun bila nampak lelaki hensem dgn selamba mulut aku terlancar jer depan suami aku komen betapa hensemnya dia..Suami aku pun tak marah cemburu langsung takde kot..

Aku teringat ada sekali tu kat traffic light..ada satu teksi di sebelah keta kami..pemandu teksi tu sempat lagi tunjuk isyarat tangan goncang kat aku..aku cepat2 bagitau suami aku..pemandu tu boleh buat dek..konon2 takde benda..Naperla macam tu sekali sikap sesetengah lelaki nie..Macam mana agaknya kalau bini dia ker, anak dara dia ker orang buat camtu? Tak ke dia sakit hati? Malasla aku nak citer pasal perangai orang lelaki nie...Cukup dengan ego dia, gatal dia dan banyak lagila..tapi tak bermaksud aku anti lelaki tau..aku cuma tak faham samala bila diorang tak faham dengan perangai orang pompuan.

Pernah gak la aku berbahas dengan suami aku pasal lelaki dan pompuan..end up, kitorang ....hehehe..malasla nak citer...

Sabtu, 9 April 2005

Harapan

Dua tiga hari nie aku rasa boring jer...perasaan aku bercampuk aduk..kejab happy peh tu sedih lak Aku sendiri tak paham kenapa..mungkin ada kena mengena dengan menstrual tak..yalah kot...

Dua hari lepas aku terima perkhabaran yang sungguh gembira...Hubby aku naik gaji lagi and at the same time Grade dia pun naik..Alhamdulillah...rezeki anakla katakan...Taklehla hubby aku nak bagi alasan selalu tak cukup duit...Walaupun tak seberapa tapi cukupla utk kami sekeluarga makan dan pakai..

Semalam lak aku tolong kawan aku tepon kawan dia yang lagi sorang..siap menipu kekonon aku dah hilang no. tepon dia..mintak no. tepon ofis dgn h/phone mcmla otak aku ni biol sgt sampai no h/phone pun aku tak ingat..nasib baik dia tak perasan..lantakla..aku tolong ikhlas..harap2 nya kawan dia tak perasan sangat...

Hujung minggu nie aku harap sangat mood aku bertukar..aku nak happyler..aku taknak moody..hubby aku pun tak suka tengok muka tempoyak basi aku tu..hehehe..

Khamis, 7 April 2005

Sajer jer..

Malam tadi mertua aku, suami dan aku sendiri gi makan kat Royal Adelphi untuk menyambut besday adik ipar aku yang ke 22.

Buffet dinner tu..aduihh..berapa kali aku dok ulang makan..maklumla mertua aku yang belanja makan tu..bak kata orang rezeki jangan ditolak musuh jangan di cari..diet?takde istilah diet dalam kamus hidup aku buat masa nie..tak taula yang akan datang nanti..baru aku fikirkan fasal diet nie..

Si Julia baby kitorang pun punyala baik..pandai anak mak behave yer..
next time bolehla mak bawak lagi..ok?

Pagi nie pulak bos aku takde..yea, yea, yea..merdeka aku jab...tapi pagi2 buta pulak dia call ingatkan aku pasal kerja..macamla aku tak ingat pasal kerja..konon nak tunjuk kat MD dia follow-up kerja dia la tu konon..pigirah..nyampah..

okla..aku kena buat kerja nie..petang skit kang..aku datang jengah yer...buat kengkawan yang sudi membaca tu tima kasihler bebanyak..tak taulak aku ada orang sudi nak baca blog aku nie..:)

Rabu, 6 April 2005

Pengorbanan ini

Aku kekadang terharu bila ada orang yang sanggup bersusah payah demi menjaga hati dan perasaan orang yang tersayang..

Aku cukup respect dan tabik spring pada mereka yang sanggup berkorban bukan sahaja atas nama cinta tapi atas nama sahabat, keluarga dan negara tercinta tak lupa juga pada Tuhan.

Kekadang aku terfikir apakah pengorbanan yang telah aku lakukan selama ini? Ikhlas ker aku buat camtu? kalau aku ikhlas, boleh ker aku taknak mengungkit di kemudian hari? kenapa mesti mengungkit? Biarla orang lupa pengorbanan itu, bukankah Allah tahu dan nampak pengorbanan yang kita buat tu? kenapa aku nie banyak sangat persoalan? Buat dek ajerla..

Mulai dari hari ini aku taknak lagi mengenang pengorbanan yang telah aku lakukan...Aku mesti tanamkan rasa ikhlas dan aku buat bukan inginkan pembalasan. Aku tau aku bukan malaikat tapi aku ingin lakukan yang terbaik..aku nak jadi orang yang baik2..cewah...kekoyoan melanda diri..
doakanla aku jadi baik yer..aku taknak dengki, aku taknak membenci orang lain hanya kerana hal yang kecik..benci boleh jadi dendam..aku taknak sakitkan hati diri sendiri..

Ya Allah..ini doa insanMu yang lemah..yang inginkan yang terbaik dalam hidupnya..Perkenankanla doaku ini..amin ya rabal alamin..

Sensitif

Semua orang sensitif kalau orang mengata dia..Semua orang sensitif bila kawan taknak kawan lagi..Semua orang sensitif bila sebut pasal hutang, berat badan, sikap dan mcm2 lagila..

Orang pompuan terutamanya sensitif giler. Aku tak nafikan hal ini sebab aku pun memang sensitif. Sensitif tu kata omputeh..kata orang melayunya..cepat terasa hati, tersinggung atau makan hati kot..

Naper tetiba jer aku terfikir benda nie semua? Macamla takde benda lain yang nak aku fikirkan..Aku terfikirkan benda nie sebab baru2 nie suami aku kata yang aku nie sensitif giler..kekadang sampai buat dia pening kepala dan juga buat dia tak tahu apa yang aku hendak.

Kalau aku tak sensitif tak mungkin aku dapat berkongsi cerita dan masalah dengan orang lain..Kekadang ada gak kengkawan yang share problem diorang dengan aku..Sebab? Sebab aku suka mendengar and at the same time aku cuba beri nasihat, sokongan dan tak lupa juga galakan. The same thing yang aku harapkan dari kengkawan aku tak lupa juga suami tersayang..cewah...

Pada rakan2, sahabat-handai aku pinta janganla terasa hati dengan sikap aku kerana aku tak pandai nak berlakon atau berpura2. Aku adalah aku..Insya Allah aku akan cuba untuk menjadi kawan yang lebih memahami dan mengerti tapi kalian jua harus begitu..Tak adillah kalau aku sahaja yang berubah sedangkan kalian tidak..Bodek ker macam tu? kalau tak bodek camner kalian nak sayangkan aku kan?

Untuk suami tersayang janganla anggap I ni terlalu sensitif gitu. Kalau I tak sensitif i would not understand what are your feeling. takkan nak merajuk tak boleh kot..isteri you nie bermanja dengan saper kalau bukan dengan suaminya..

Apa-apa jerla

Kemaafan ku pohon pada mereka yang terasa jika aku menyinggung hati dan perasaan kalian..Bukan niat aku menyakiti mahupun menyinggung perasaan kalian..Aku pun manusia seperti kalian..ada kelemahan dan kekurangan yang pasti..

Aku mengharap pengertian daripada mereka yang mengerti..dan pada yang tak mengerti, sendiri mau ingatla...hehehe..aku tak pandaila nak atur susun setiap perkataan macam novel atau cerpen yang korang baca tu..Ini ruangan blog..so, suka ati akula nak susun perkataan macam mana sekalipun..hehehe..lagipun aku bukan penulis..

Aku taip apa yang teragak dalam kepala otak aku nie..aku memang tak pandai nak bemadah ker, bersajak ker..itu memang bukan bidang aku..

Baru jer sehari tak updet..adalak yang dok peringatkan aku..UPDET..amboi..kalau dia jadi editor..pengsan aku..bukan sebab nak kejar update line tapi sebab takut dia punya pasal..jangan mare beb..

Sebenarnya sejak semalam aku rasa takde mood nak menaip..jangan tanya naper, sebab aku sendiri tak tau naper..maklumla hati orang pompuanla katakan...moodnya senantiasa berubah2..pendek kata MOODY.

Hari nie besday adik ipar aku yang ke 22..HAPPY BESDAY ku ucapkan..Pagi tadi tak dapat nak wish sebab dia lum bangun tido..nak bagi hadiah apa ek? Ntahler..aku takut nanti hadiah aku tu takde standardla..biar suami aku yang decide nak bagi apa..aku ikut jer..

Anyway, bagi yang sambut besday Happy Besday jugak aku ucapkan..Tak silap aku, ada sorang kawan yang hilang kawan sambut besdaynya tak lama lagila...Harapnya hubungan diorang pulihla hendaknya..

Cukupla dulu...nanti bila ada apa2 yang ingin aku updet akan aku updetkan..sampai orang tu tak larat nak bacala nanti..

See ya soon...!

Isnin, 4 April 2005

Nak hilang stress jab..

Hari nie..aku nak share kisah yang berlaku masa aku di sekolah menengah dulu..Tak yah citerla dah berapa tahun..Kusedari diri nie dah pun berumur 30an...Mana yang perasan muda tu...Akan sampai jugak kalian ke angka tu..ok..

Mak aku surirumah biasala alasannya nak jaga anak2 dan makan pakai suami..Mak aku memang suka dengan budak kecik especially baby boy..
Actually, bukan setakat mak aku jer, ahli keluarga yang lain termasuk aku pun suka dengan bebudak nie...So, adalah sorang jiran nie mintak mak aku baby sitkan anak dia..Haziq namanya..comel n semangat bukan main lagi..Memang geram tengok pipi dia..Si baby Haziq nie masa tu baru umur 3-4 bulan..(sekarang anak teruna dah)

Aku sekolah sesi pagi..Balik jer sekolah aku mesti cari dia..Nak dijadikan ceritanya nie..Mak aku nak mandi..so, dia suruh aku tengokkan si Haziq..

Eh..lupalak aku nak citer..Jiran depan umah aku masa orang bujang..Hensem2 belaka cute miut pun ada..ada student UMla, ada cikgu sekolahla..Ok cikgu sekolah nie memang cute giler..putih melepak tapi slek skit..ketinggian dia 5'2" jer..Aku buat biasa jer dgn diorang nie..maklumla mak aku nie garang tau..

Apa kena-mengena jiran dengan baby Haziq nie? Aku nak citerla nie..
Sambung citer..Aku kena tengokkan si Haziq nie..Aku agak2 tentu jiran depan umah aku tu takde..takut nanti mak aku ingat aku nak jual muka kat diorang tu..aku tengok rumah depan tu pun tutup..
Tengah aku dok agah2 si Haziq..aku dengar bunyi enjin kereta..Alamak! cikgu yang cute tu dah balik dr sekolahla..takkan aku nak chow kot..lagipun line clear tu..mak akukan tengah mandi..aku pun ushala cikgu nie..(sori memang aku tak ingat langsung nama dia)..rupa2nya cikgu nie pun dok usha aku..amboi bertambah mengenyamla aku lawan mata dengan dia...

Dari dalam kereta sampaila kat depan pintu rumah dia asyik pandang jer kat aku..dia ingat aku nak malu konon..sori, dia tersilap orang, aku lawan balik..masa dia bukak tali kasut pun dok lagi pandang kat aku..aih..cikgu nie syok kat aku ker?..perasanlak aku jab..ntah macam mana silapnya..masa dia pusing kepala nak masuk rumah, BAM! kepala dia terhantuk kat dinding pintu..punyala kuat..aku apalagi dengan angkat si Haziq aku pun cakap.."alahai kesian kau Haziq..sakit tak?..Kesian cikgu tu langsung tak kuar rumah amek kasut dia..mungkin dia nak tunggu aku masuk umah..eh mana leh..mesti tunggu dia punya..agaknya dia nak cover line..dia kuar gak amek kasut sambil mata dia jeling kat aku..Aku? aku tak ketawakan dia tapi aku senyum kambing kat dia..kesian tu..sakit n malu..

Sampai sekarang aku masih terbayang kisah nie..yang aku terkilan kan..aku tak tau nama dia..

Hujung minggu yang best

Seronok tul hujung minggu ari tu...

Hari sabtu ari tu..aku gi Nilai 3..walaupun sekejab tapi dapatla jugak aku beli mainan si Julia..peh tu sampai dua jam suami aku dah tunjuk muka cekodok basi..ajak balik, sakit kakila..sakit lututla..letihla..bla bla..angin jugak aku..apo nak buek..org lelaki nie memang susah tul nak diajak shopping..

Esok tu pulak..Ingatkan penat hubby aku tu tak habis lagi..nak kena dok umah..rupa2nya pukul 12 tengah hari dia ajak kuar..Gi main bowling..horay..dah lama aku tak main bowling..

walaupun penat tapi seronoknya..hai..rasa macam nak main bowling sampai malam lak..

Lewat petang barula kitorang balik..sampai rumah hujan lebat selebat2nya..syukurla..

Ciuman di pipi ku hadiahkan pada suamiku yang amat memahami hati dan perasaan ini..Semoga bahagia ini berkekalan ke hujung hayat..Insya Allah..

Hujung minggu nie..aku balik KL pulak jumpa mak bapak dan adik2 aku yang lain..yea..yea..yea..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails