Selasa, 31 Mei 2005

Pegi gak sudahnya...

Kalau takde aral melintang, akan berangkatlah aku, hubby, bb Julia dan in-laws (termasuk adik ipar) ke Penang pada 8hb - 10hb June nie. Tiket (MAS) dah confirm, kitorang akan dok kat Hotel Sheraton Penang sepanjang 3 hari tu. Bak kata orang kan..rezeki jgn ditolak, musuh jgn sekali2 kita cari. Semuanya ditaja kecuali satu tiket hubby kena bayar. Kira orait la tu..

Risau sebenarnya sebab Julia tu baru jer baik dari demam. Semoga dia tak per2 sampai dan balik nanti. Minggu nie gi balik jumpa parents aku dulu..Bagi tau diorang pasal trip nie..Sure adik aku marah kat aku. Dia pun risaukan Julia tu. Apa nak buat..sabar jerlah..

Oklah..aku nak kena siapkan kerja nie. maklumlah hari nie kan month end closing. Kenalah buat..tak kang aku gak yang kena marah...

Sabtu, 28 Mei 2005

Julia demam

Petang Khamis hubby jemput dari opis awal sebab dia kata dia kena balik opis, ada kerja katanya. Sampai jer kat umah, adik ipar aku bagi tau badan Julia panas...mengengek jer dia..Hati aku terdetik sayu. Kesian anak mak. Nasib baik ubat demam yang doktor bagi hari tu ada lagi. Tiba2 hubby call dari ofis. Oh rupa2 nya adik ipar aku ada call handphone hubby, dia nak bagi tau pasal Julia demam tu. Tapi naper tak call handphone aku? Takkan dia tak tau no handphone aku.. Peh dia cakap dengan adik ipar aku tu dia nak cakap dengan aku lak. "Cam ner?" tanya hubby kat aku. "Tak perlah, ayang settle kan kerja ayang dulu, kang balik kita tengokla camner", jawab aku lak.

Malamnya badan Julia paaanas bangat. Aku dah bagi ubat demam sebelum tu. Tengah malam tu tetiba jer Julia menggigil kesejukan, tangan dan kaki dia sejuk pulak tu. Aku pun suruh hubby gi amek jacket dan selimut dia. Mana tau, hubby rupanya dok panggil mak dan ayah dia suruh tengok Julia yang tengah menggigil tu. Mak mertua suruh aku bawak dia tidur kat ruang tamu tapi aku buat dunno jer. Aku suruh gak hubby amek jacket dan selimut Julia. Aku pun sapu minyak telon di dada, kaki n tangan Julia. Tak sampai sepuluh minit tangan dan kaki dia panas balik. Aku pun call bapak aku tanya dia nak buat camner, bapak suruh bawak gi klinik. Tapi kalau gi klinik pun ubat yang sama gak yang doktor bagi. Aku tak panik..aku suruh hubby basahkan towel untuk aku tekapkan kat kepala Julia. Pengalaman menjaga bebudak sebelum kahwin aku gunakan sepenuhnya.... Alhamdulillah..Panas dia pun kurang sikit. Tapi one thing for sure dia asyik meragam, mengengek jer..tak cukup tido aku dibuatnya..Hubby lak tetiba jer nak rasa sedih..aku tengok mata dia dah merah..Aku cakap kat hubby jangan terlalu sedih..Demam nie demam biasa jer.. Julia nak besar sebab tu dia demam pujuk aku pada hubby. Padahal aku pun risau gak..cuma aku taknak panik..tu jer...

Hari Jumaat, aku amek emergency leave..hubby nak gak bawak dia gi klinik..ok aku pun setuju jer...Dah sedia maklum doktor tanya apa yang aku buat kat Julia...Aku cakapla aku tekapka towel basah peh tu aku pun ada gak letak yang mcm koyok tu "cool fever" namanya. Doktor kata jangan pakaikan dia pakaian yang terlalu tebal ketika suhu badan yang panas sbb badan dia akan jadi lebih panas..Seelok-eloknya tuamkan dengan air suam..Hah kan betul...Takperlah...janji hubby puas hati..Balik dari jumpa doktor terus aku mandikan Julia dengan air suam, semata2 nak kurangkan lagi badan panas dia. Alhamdulillah..panas badan dia pun dah kurang skit..

Malam tadi dia tak meragam dah tapi dia bangun pukul lima pagi tadi siap cekau muka aku nak ajak bergurau.. Aku ingatkan hubby yang cekau...hehehee..takperlah Julia punya pasal aku layan gak dia..Seronok aku tengok dia dah nak gelak2 camtu. Anak mak dah ok yer...kata hati aku.. Aku tak risau sangat dah..Tapi boleh ker aku bawak dia gi Penang nanti? Kang demam balik anak tu kang..

Itulah dia cabaran ada anak...menguji tahap kesabaran dan mengajar erti tanggungjawab dan juga mematangkan pemikiran kita.

Khamis, 26 Mei 2005

Citer lucu lagi..

Dah berapa hari dah aku dok janji nak bercerita..hari nie baru la aku ada mood nak citer.. Sebelum nie aku rasa malas sangat sebab aku tak berapa sihat..

Tak lama lagi dah cuti sekolah kan...Bila sebut pasal cuti sekolah nie..teringat aku tentang satu kisah.

Kisah nie kisah benar yang pernah berlaku berpuluh2 tahun yang lampau...aku tak ingatla sebab dah lama sangat dah...Kisah nie pun berlaku di kawasan kampung..dan kisah ini tidak berlaku kat aku nie...diulang sekali lagi..kisah TIDAK berlaku pada aku tau...Lagipun kisah nie aku baca dari pengalamam seorang pompuan yang dihantarkannya ke sebuah majalah...tak yahla aku citer secara detail yer dari majalah mana sebab citer nie pun dah lama sangat..aku pun dah tak ingat dah majalah mana satu...

Kisah dia camnie...Ada budak pompuan nie (masih bersekolah masa tu), setiap pagi pergi ke sekolah yang lebih kurang sebatu dua jauhnya dengan mengayuh basikal... Memang dah rutin dia camtu.. Bangun pagi siap2 peh tu terus gi sekolah... aku pun kurang pasti sama ada dia nie anak tunggal atau ada adik beradik yang lain...tak kisahla yer...ok sambung citer...

Bapak dia pulak setiap pagi mesti ke kebun dengan motosikalnya yang buruk tu...yalah orang dok kat kampung la katakan... Bapak dia garang tau, maklumla askar pencen.. Walaupun garang bapak dia nie baik tau... Kasih sayang tetap dicurahkan kat anak dan isteri... Mak dia pulak seorang surirumah yang setiap pagi menyediakan sarapan dan bekalan utk dibawa dek suami tercinta ke kebun.

Budak pompuan nie pepagi lagi dah bangun dah walaupun time cuti sekolah..Kita letak jerla nama dia Atie..Walaupun bapak Atie nie garang tapi Atie tetap sayang kat bapak dia.. Tiap2 pagi bila bapak dia nak ke mana2 pun, Atie mesti nak salam..begitu jugak la dgn mak si Atie nie...Siap melambai lagi...Keluarga bahagia la katakan..

Pagi tu bapak si Atie nak ke pekan, nak beli barang keperluan rumah yang hampir kehabisan..Atie pulak tak dibenarkan ikut..Takperlah Atie pun tak kisah sangat..Macam biasa Atie dan mak dia beriringan ke muka pintu untuk melambai bapak kesayangan dia nie..

Bapak pun siapla pakai helmet capai basikal terus jer mengayuh..Eh..Eh bapak nie, takkan gi pekan naik basikal tapi helmet kat kepala tu camna pulak? Atie pandang muka mak dia dan kebetulan pulak masing2 berpandangan antara satu sama lain.. Tak sempat nak panggil, bapak Atie dah berpatah balik dengan tersenyum simpul, dengan selamba letakkan basikal tu balik..capai motor terus jer pegi..Dan pagi yang indah tu bertambah ceria dengan gelak ketawa yang berderai dari Atie sekeluarga....

Rabu, 25 Mei 2005

Nak pegi ke tak nak nie?

Aku baru jer tepon kawan aku yang baru balik bercuti dari Penang. Aku ingatkan dia begitu seronok pegi bercuti tu. Rupa2nya dia tak seronok sebab anak dia yang baru berusia 10 bulan tu demam sampaikan dia terpaksa amek emergency leave hari nie. Katanya kat sana punyala panas, mungkin anak dia tak biasa berjalan jauh. Aduihh.. nie yang tak best nie... Mana taknya, aku lak akan mengikut mertua aku ke sana bulan depan.. Anak aku lak muda empat bulan dengan anak kawan aku tu... Hubby lak bila aku tanya macam tak nak jawab. Takkan aku dengan anakku jer yang ikut.. Ayah mertua aku dah booking tiket flight hari nie.. Aku tak yah nak risau pasal duit tiket sebab mertua aku belanja. Hissshh...adik aku lak marahkan kat aku.. Katanya, "Anak kau tu kecik lagi, antibodi dia tak kuat" "Kot kang dia demam kau jugak yang susah" katanya lagi. Lagila aku risau..

Kalau aku tak nak ikut, apa alasan aku nak bagi kat mertua aku tu? Diorang tu dah berangan nak bawak cucu diorang gi makan angin.. Yang hubby aku pun diam jer macam takde benda.. Dia siap sound kat aku orang dah bawak awak gi jenjalan pun awak tak nak ker? Bukan aku taknak tapi kalau aku dgn anak jer, baik tak yah pegi..

Fening kapla..fening dibuatnya...

Khamis, 19 Mei 2005

kentut dia yang busuk...

Aku nie asyik citer benda lucu jer kan..macamla aku takde rasa sedih langsung kan..ntahla aku tak suka sedih..sebab bila aku sedih..mood aku tak baik..bila mood aku tak baik...semua orang kena laser dengan aku...So, lebih baik aku happy jer..terlebih happy pun tak leh gak kan..berpada2lah..semuanya mesti ada batasan..bukan batas ubi yer..

sambung citer..naper aku nak citer pasal kentut busuk nie?...sebab aku ternampak si Tiara cakap kat aku nie kentut busuk...Tima kasih la Tiara kerana sudi mencium bau kentut akak...tak ramai yang sanggup nak cium kentut akak nie...kakakkakaka...Lagipun kalaula kentut aku wangi..jangan kata hubby aku tu..si Brad Pitt tu mesti cari aku jam jam tu gak..hehehehe..perasanla pulak..

ok..ok..sambung citer..pengalaman nie sekali lagi aku nak terangkan bukan berniat nak sakitkan hati sesiapa pun..citer nie bermula dengan syarikat tempat aku kerja tu ada trip ke Pulau Redang atau Pulau Pangkor..bila tu? dah lama dah..ala aku malas la nak kira berapa tahun dah..tapi kira dah lama gaklah..Ke Pulau Redang aku cuma kena tambah RM120 jer manakala ke Pulau Pangkor FOC..wuihh..FOC? agh..aku nekad aku bagi tau kat member ofis (junior aku) yang aku nak gi ke Pulau Redang..

Aku rasa seronok sangat..sebab aku memang tak pernah pegi ke sana...Tak sangka dua sahabat nie pun nak pegi ke Pulau Redang tu..hehehe..makan pujuk gak korang yer..kata hati aku masa tu...tapi yang tak bestnya Supervisor aku (chinese) pulak nak satu bilik dgn aku...alahai..baru jer bercadang nak bertiga jer dgn dua org member tu..hiss kacau daun tul la dia nie..takperlah..satu malam jer sebilik..lagipun bila kat sana nanti masing2 buat hal masing2 ar...eh..lupa 2 org kawan aku tu sorang nama Mona dan sorang lagi tu nama dia Kathy...
Kat ofis aku tu takde citer lain asyik citer pasal nak pegi Pulau Redang jer....Diorang nie tak tau ker kena naik bot laju peh tu silap2 boleh kena mabuk laut...? cewah..macamla aku pernah pegi..aku dapat tau pun dari member yang pernah pegi..

Tak sabar aku nak pegi..aku betul2 excited nak pegi termasukla 2 org ofismate aku nie...Memo pun dah kuar..kitorang akan bertolak dengan menaiki bas pada waktu malam so that kitorang akan sampai di jeti awal pagi...

Pada malam bertolak tu..kawan aku yang sorang nie (Kathy) dah mengadu kat Mona yang dia nie sakit perut....tapi dia masih boleh bertahan lagi..okla tu..aku pulak memang tak tau pasal tu...
Sampai jer kat jeti kitorang kena tuko pakaian yang lebih pendek sebab nanti sampai kat sana kena terus turun ke pantai sebab masa tu lum ada jeti lagi..

Sampailah kitorang kat Pulau Redang...fuhh..lawanya laut yang terbentang luas..boleh nampak dengan jelas ikan2 berenang ...mcm tengok kat aquarium jer...punyala seronok sampaikan merentas air laut di pantai pun aku tak sedar...tau2 jer aku dah ada kat pantai dgn kebasahan...Excited punya pasalla tu...

Kitorang pun check-in...kerja aku ler tu..aku amek kunci bilik..peh tu terus nak berbaring sebab terlihatkan tilam yang terbentang kemas...aku terus booked mana satu katil aku..memandangkan si Mona dan Kathy ni nak tido sekatil maka nak tak nak aku terpaksala tido dengan supervisor aku tu...hiss..boring tulla...

Masa tu supervisor aku lum masuk ke bilik...datang si Mona dan Kathy melepak atas katil yang bakal aku dan supervisor aku tido....Mula2 aku tak perasan..tiba2 jer aku rasa loya..kembang kempis hidung aku dibuatnya..aku bangun check toilet..toilet dia ok jer..peh tu aku tengok si Mona dah lari keluar yang tinggal si Kathy atas katil sambil menarik selimut...siap tersengih2 kat aku..."sakit perutla kak ida"...kata si Kathy tanpa menunggu soklan dari aku...Kot ya pun nak melepas janganla atas katil org nak tido..enko nie tak senonoh tul la..dah berapa hari ko dok peram nie...sambil jari aku menutup hidung...Si Mona kat luar bilik menyambut.."dari malam tadi dia sakit perut"..

Aku dok bayangkan kalaula dia melepas kat dlm laut tu..jangan kata ikan buntal..ikan jaws pun terus timbul..sbb terlalu busuk...tak lama lepaih tu supervisor aku pun masuk tapi terus jer dia check toilet sebab dia ingat bau tu datang dari toilet dan dia pun ingat toilet tu dah rosak...

Kathy..kathy...korang jangan ingat citer tu habih kat situ tau...masa balik pun dia buat hal..tapi bukan kat dalam bas la..tiap kali bas berhenti..tiap kali tulah dia turun..konon nak luruskan pinggang tapi dok membuang angin...aku siap sound kat dia..jangan naik selagi bas lum jalan...

Anyway, itu antara kenangan aku first time ke Redang..sebab lepaih tu aku ada pegi lagi...tapi last sekali aku pegi tahun 2003..dah tak best sangat sebab banyak jugak coral yg dah mati..ikan pun dah tak banyak macam dulu..

Rabu, 18 Mei 2005

Ketawa mengubat duka...

Hari ni kawan aku yang tersayang nie..sedang dalam kesedihan...kesian aku dengar citer dia..As usual, aku hadiahkan kata2 hikmat dan semangat..semoga kesedihan yang ditanggung tu dah pun berakhir..Kalau belum berakhir gak..hah ni dia..aku nak citer kat dia satu lagi pengalaman yang sememangnya buat aku ketawa dan senyum sendirian bila mengingatinya.. Kalau dia masih lum happy gak..hilang dah idea aku..tak taula nak buat apa lagi...

Anyway, citer yang nak aku sampaikan nie...bukan citer tipu..citer yang betul2 berlaku kat aku masa aku bujang..berlaku kira2 sepuluh tahun dulu...hhmm..haii..aku pulak yang tangkap sadis..mana taknya..buat aku rasa lebih tua jer...takperla..demi kawan aku tu...aku citer gak..

Hah..sambung citer..Kisah nie berlaku masa aku dgn adik aku dalam perjalanan nak balik dari kerja..Maklumla aku dgn adik aku masa tu kerja di satu tempat kerja...Lagipun masa tu dia belum ada pakwe dan aku pulak dah takde pakwe...

Di tempat kerja kami ada sorang awek tu baru join kerja..kebetulan pulak dia nie ex-classmate adik aku...Adik aku pun tak menyangka ex-classmate dia nie join tempat kitorang kerja tu..Maklumla dia nie memang cun n ada style lak tu...Hidung dia mancung, kulit dia putih melepak..hhmm..memang jadi sebutan kat tempat kerja kitorangla..jeles? hishh..tak baik tau..aku dan adik aku buat biasa jer..sebab ex-classmate dia nie pun jenis selamba dan tak meyombong ...

Eh lupa lak nak bagi tau nama dia..nama dia Amy...Amy nie memang pandai bergaya....Mungkin sebab masa tu dia ada amek course secretary secara sambilan...

Masa tu masing2 pegi n balik kerja dgn bas mini...alahai teringat aku..betapa sesak dan padatnya bas mini nie..pada yang tak tau apa dia bas mini tu..gi Muzium Negara kat KL tu..ada sebuah bas mini no. 55 dijadikan pameran kat Muzium tu..

Ok..sambung citer...Di satu hari petang..masa kitorang (aku dan adik aku) kat perhentian bas..yalah nak tunggu bas mini tulah...Dari kejauhan kitorang nampakla si Amy nie..Huih..jalan punyala laju...yelah mungkin dia takut ketinggalan sebab rutin bas mini ni tak menentu lagipun kalau kitorang cepat maka merasalah kitorang duduk...kalau tak, berdirila sampai umah...

Biasalah..kat perhentian bas tu pun ada ramai orang termasuklah satu kumpulan lelaki yang bolehla tahan baik dari segi rupa dan pemakaian pulak segak betul...Group lelaki (adala dalam 3-4 orang) nie di sebelah aku dgn adik aku berdiri...

Aku tak taulah sama ada adik aku perasan ke tidak..Si Amy nie bila ternampakkan group tu..tetiba jer dia nak catwalk...Tadi aku tengok punyala laju jalan tetiba jer nak catwalk..nak control cunla tu..kata hati aku...Secara2 tetiba dan tak semena2 dlm dia dok catwalk tu, kaki dia terpeletok betul2 depan group nie siap melatah lak tu...Oh mak kau!...Aku dan adik aku apalagi, masa tu gak kitorang ketawa berdekah2...Rupa2nya adik aku pun dok perhatikan si Amy, so apalagi...bukannya niat kitorang nak ejek dia tapi kitorang nie memang takleh nak control...Sememangnya aku kesiankan si Amy nie tapi apa nak buat benda dah terjadi...Nasib si Amy sungguh baik..tak lama lepas tu bas pun sampai...sambil nak naik bas tu sempat dia cakap kat kitorang..malunya wei...aku dan adik aku apalagi sambung ketawa yang belum reda dari tadi..

Isnin, 16 Mei 2005

kisah lucu orang lain la pulak...

Ok..Atas permintaan kawan aku yang sorang nie...mengengek ngengek mcm budak kecik..Aku tunaikan jugak permintaan untuk bercerita pengalaman2 lucu untuk dikongsi bersama pembaca2 blog sekelian..cewah..macamla ramai pembaca blog aku nie...

Aku memang gemar membaca...tak kirala apa bahan bacaannya pun..aku mesti nak baca..tapi masa sekolah dulu tak pulak rajin membaca...baca majalah hiburan laju jer...

Aku cerita nie bukan nak menyakiti hati sesiapa..tapi aku cuma nak berkongsi pengalaman2 memalukan tak kurang juga lucunya...sekali sekala nak lepaskan tekanan...kita nie pun asyik serius jer pun tak boleh gak..nak jugak ketawa..bak kata orang kawan ketawa senang nak cari tapi bila sedih tu..sorang2 jerlah..

Ok..antara pengalaman yang aku terbaca tu..Kisah dua orang aweks yang memang suka gelak..bak kata orang memang happy go lucky kinda people...diorang nie masih muda belia gitu..so, not much of problemla kata omputeh lagi..tapi diorang nie dah bekerja tak pulak diorang nie sebut kerja kat mana..dok pulak menyewa ramai2..orang yang pernah dok menyewa ramai2 jer yang tahu keletah dan perangai penyewa reramai nie..

Dah dok bujang nie..biasala..mana bisa memasak..dah letih bekerja tu..mesti tangkap 'tapau' nasi campur takpun order jer pizza ker tapi pizza tu time dah bergajiler..ok sambung citer pasal 2 orang aweks nie..Biar aku namakan 2 orang aweks nie 'dua T'. Dua sahabat T nie memang ngam giler..kalau gelak..tak retila nak tengok kiri kanan..selamba jer..gelak terbahak2..Anak dara mana leh ketawa camtu..kena ketawa perlahan2...eleh cakap kat orang..akupun dulu gelak terbahak2 gak..macam orang giler jer...

So, nak dijadikan cerita, diorang nie baru jer balik dari kerja..Masing2 konon2nya letihla..tak larat nak masak...apatah lagi masak mi Maggi..kalau tak tu, berasapla dapur dek dua sahabat T nie..sebab yang paling rajin memasak pun diorang gak...Maka, berpakatlah dua sahabat 'T' ni untuk 'tapau' jer di gerai yang biasa diorang pegi bila diorang tak memasak..

Masa dalam perjalanan tu, macam citer2la yang keluar..pok pek sana pok pek sini..biasalakan orang pompuan kalau bercerita..memang tak ingat dunia...Sampai jer kat gerai makan yang biasa tu..diorang pun pesanla makanan yang nak di'tapau' tu. Sambil menunggu pesanan diorang tu siap, diorang nie pun dokla melepak di meja makan tapi mulut tak habis lagi dok bercerita....

Diorang nie dok pok pek bercerita dalam masa yang tangan diorang nie pun tak reti nak dok diam...Entah macam mana ntah..tangan salah sorang 'T' nie terpicit punat payung besar tempat duduk diorang..hah apalagi..terkuncup la payung tu...Hah..bayangkanla macam mana menggelabahnya dua 'T' nie nak keluarkan diri dari payung yang dah terkuncup..Nasib baikla salah seorang pekerja gerai tu tolong diorang..kalau tak, mesti kita dah terbaca suratkhabar yang bertajuk "dua orang sahabat lemas dibawah payung besar kerana tangan tak reti dok diam". Apa yang terjadi selepas tu..aku tak pasti..tapi bayangkanla sendiri...betapa malunya diorang nie..yalah orang sekeliling dok perhatikan diorang nie struggle keluar dari payung kuncup tu...aku tak taula sama ada diorang nie masih menunggu pesanan atau terus balik..tapi kalau akula kan..tak hingin aku tunggu dah..blah jer..malu beb..malu..

Aku berjaya...

Hari niekan hari Isnin...memang kebanyakan org takde mood nak buat kerja. Tapi aku terlebih bersemangat pulak...Kenapa mood aku baik?..Hah kalau nak tau semalamkan aku menang dalam tournament bowling tu...JUARA lagi...jangan jeles..hehehe..

Dahla aku nie bukan staff diorang peh tu jadi CHAMPION lak tu...berangin member ofis hubby aku..mana taknya 3 strike in the row pun hubby sapu..peh tu hubby pun menang gak..walaupun bukan champion tapi menang tempat kedua...hahahaha...ada 8 hamper yang disediakan utk pemenang tapi 3 darinya kitorang sapu...heee...sioknyaaaaa..

So, hari nie..hubby bawak sebahagian dari hamper ke ofis utk member tak dapat tu...tapi yang tak best tu..penganjur bagi tau kat aku yang mungkin next year takde dah, sebab nak bagi chance pada staff untuk menang lak..eleh..bukannya aku terer main pun point pun seratus lebih jer..cuma diorang yang tak biasa main..takperlah janji aku menang banyak..mana taknya hadiah high score pun aku sapu..free 4 games tu...ahahaaha..seronokla...

Walaupun penat tapi berbaloi la...kembang hidung tak habis lagi nie...hehehehe

oklah, nanti bila ada gambar nanti aku nak tampal kat sini...hmph...hmph..

Sabtu, 14 Mei 2005

Cerita lagi....

Aku memang banyak kenangan yang tersimpan..kenangan yang macam2...yang sedih, manis dan lucu pun ada...Seperti yang aku cerita sebelum niela kan...

Kali nie aku nak share citer yang berlaku masa malam raya...Sebenarnya kenangan malam raya semasa aku kecik2, remaja dan dewasa nie memang banyak...Di antaranya masa aku berumur 7 tahun...alahai...cepatnya masa berlalu..rasa macam nak pusing balik masa tu...tihihihi...

Yalah...bebudakla katakan..hari raya memang hari yang paling best buat mereka..inilah masa nak kumpul duit raya sebanyak yang mungkin...Aku pun tak terlepas dari perasaan macam tu gak...Baju raya lak kalau boleh nak beberapa pasang yang boleh...Alhamdulillah...mak dan bapak aku nie..walaupun susah, mereka tetap cuba sedaya upaya mewahkan kami empat beradik...walaupun tak seberapa...sekurang2nya baju raya kami bertukar gak la....Baju kurung sorang sepasang, gaun untuk perempuan manakala untuk abang aku tu..baju dan seluar sepasang...kira okla tu..sebab tahun 80an adalah tahun paling sukar buat bapak aku tu...yalah masa tu dia baru pencen 10thn askar peh tu nak cari kerja memang susah...kelulusan dia pun cuma LCE jer...
Alhamdulillah..selama kami dibawah tanggungan dia, tak pernah kitorang adik beradik nie kebulur tak makan...aku jer yang cekeding sesangat..ntah naper ntah..sampaikan aku dapat susu percumala kat sekolah masa tu...

Okay...sambung citer pasal malam raya ek...malam raya nie paling seronok sebab masa tulah orang kampung bertakbir dari rumah ke rumah...masa tulah adik beradik, sepupu sepapat berkumpul..main bunga api dan mercun...Masa tu mercun paling popular tak lain tak bukan mercun katak...ala...mercun bila dibakar tu dia lompat2 mcm katakler...

Aku antara yang paling tak sabar nak pakai baju raya...mak aku dah siapkan sepasang baju kurung warna merah hati untuk pagi raya nanti...wuih..seronoknya tak leh nak cakap..mak aku lak suruh simpan sebab dia dah gosok..yalah nanti keronyok..saper nak gosok lak kan?..masa nak simpan tu...aku macam dipukau dek baju tu...baju tu lak macam meminta2 dipakai masa tu gak..aku pun bawak masuk bilik..konon2 nak simpanla tapi aku cuba gak nak pakai...wow..cantikla..perasan aku jab...dan dengan perasaan yang teramat gembira tulah aku berlari keluar..konon2 nak show off kat sepupu sepapat aku..betapa cantiknya baju raya aku...

Masa aku dok tercari2 sepupu2 aku tu...aku dengar kakak sepupu aku, kak In dok panggil aku...ooo diorang tengah lepak kat bawah rumah rupanya...maklumlah rumah kampung kan tinggi2 belaka..aku pun dengan gaya macam model tu pegi kat diorang..dengan kedua tangan yang terangkat ke atas dan senyuman yang konon2 manis tu...diorang pun cakap...fuyooo...dia pakai dah pakai baju raya ar...aku mestila bangga n perasan giler..kembang hidung aku dibuatnya..belum sempat aku nak tanya apa diorang dok buat...pom pom pom..rupa2nya diorang memang nak kenakan aku..patutlah senyum semacam dengan aku...aku apalagi..terlompat lompatla...sebab mercun katak yang diorang nyalakan tu memang betul2 sebelah kaki aku..aku jer yang tak perasan sebab nak menunjuk baju raya aku tu...

wa..wa..wa..aku menangis bagai nak rak..bila mercun dah tak meletup lagi...aku terus berlari balik ke rumah...huhuhuhu..mengongoi aku nangis..aku ingatkan mak nak pujuk rupa2nya dia tambah lagi dengan berdas2 ayunan rotan di tangan sebab baju kurung yang aku pakai tu dah ada lubang kesan terbakar...mak aku siap cakap..."hah lantakla ko..orang suruh simpan, ko pakai...besok, ko pakaila baju tu.." Bertambah2 sedih aku dibuatnya...yalah..besok kan raya...takkan aku nak pakai kain yang koyak tu...

Pagi raya tu...aku nak tak nak pakai gakla baju kurung tu...ingat nak sedih..tapi aku happy giler..sebab orang kesian tengok aku pakai kain koyak camtu..diorang tambah lagi duit raya kat aku...sesungguhnya pakcik and makcik aku memang sayangla kat aku..alah...aku ingatkan nak tukar jer pakai gaun..tapi dah baju kurung tu bawak tuah kat aku..aku pakai ler sampai ke petang...heheheehhe

Jumaat, 13 Mei 2005

Dia kawan yang best giler...

Aku nak citer pasal kawan yang best giler...Nama dia DIANA[bukan nama sebenar]..Aku dah lama kenal dia..Sejak dari dia umur belasan tahun lagi...Camner leh kenal? Tak yah citer camner leh kenal sebab kitorang berkawan pun dah lama dah..dah berpuluh puluh tahun pun...walaupun jarang berjumpa tapi hati kami terasa sungguh dekat...Psst..dia tak tau pun yang aku sekarang nie dah join blog nie..kalaula dia dapat tau...camner ek..? Kitorang memang 'ngam' giler..mana taknya akula yang dok ajar dia shopping bebarang make-up yang branded...boleh bayangkanla kitorang pernah shopping sama2 habiskan RM400/ sehari...mengalahkan anak orang kaya..pedulilah..janji kitoranga happy dgn barang yang kitorang beli tu..Aku gakla yang ajar dia berchatting...dia lak terlebih..siap gi blind date lagi...hah..yang pasal blog nie jer aku lum bagi tau kat dia...nanti kalau dia tau..silap2 dia boleh buat group sendiri nanti..Dok citer pasal dia nie..aku teringatla masa dia mula nak mengenal erti cinta..


Adala kan satu masa tu...dia dok jatuh cintan dengan sorang jantan di tempat kerja aku..Dia tanya kat aku "Ok ke kalau berkawan dgn si Atan (bukan nama betul gak ni) tu?" Aku jawabla.."Ala..kalau kawan apala salahnya..". Rupa2nya Diana nie dah siok lak kat Atan nie..Walhal bukannya dia tak tau betapa playboyanya si Atan nie..Then satu hari tu...Diana call aku untuk memberitahu yang si Atan nie nak pinjam dia duit..Nak buat apa? aku tanya..Diana jawab yang si Atan nie nak pinjam sebab dia tengah sesak...aa' eleh..takkan baru berkawan dah pandai pinjam kot...So, aku tak tau sama ada Diana bagi pinjam atau tidak..Sebabnya bukan aku taknak amek tahu tapi sebab masa tu pun aku sedang dalam krisis yang teruk..Diana tak perasan kot sebab aku nie jenis "happy go lucky" lagipun kitorang ngam pun bukan bermakna kitorang selalu berkepit...

Selepas seminggu atau dua minggu aku dapat tau Si Atan nie dah siok giler dengan pompuan lain...Nama dia aku dah lupa tapi Intan kot..Aku punya 'beng' masa tu...Sebab Si Atan nie terang2 layan baik giler kat di Intan nie depan aku masa kitorang gi rombongan ke Langkawi...kebetulan lak si Diana nie tak dapat nak pergi..nasib baik tak pegi..kalau tak, dah tentu..dia tangkap syahdu..aku tak tahu naper lak si Diana nie tak nak ikut aku gi rombongan...

Si Intan nie pun macam suka lak...Iyala pompuan mana yang tak happy bila dilayan bagai puteri...Si Intan nie tak tau yang Si Atan nie dok berkawan..eh berkawan..bercinton dengan si Diana...Masa kat Langkawi tu, sempatla aku menemuramah Intan, si Intan nie pun citer dgn aku yang si Atan nie rajin tul bagi bunga kat dia...boleh kata hari2 lak tu..Mang hai..mana si Atan nie dapat duit beli bunga?..hah kau..bukan takat terkezut beruk..rasa nak pengsan pun ada bila aku dengar citer betapa romantiknya si Atan nie..

Aku tak nak berlengah lagi dah...terusla aku citer kat si Diana..Aku dah tak kisah Diana nak marah ker nak apa ker..asalkan si Diana tau citer yang sebenarnya..aku tau Diana frust tapi takla seteruk mana kot..yang si Atan nie..rupa2nya bukan setakat Intan jer dia layan ada pompuan lain gak yang dia layan...Patutla Diana tak terkezut sangat bila aku citer pasal Atan Si playboya tu...Si Atan nie ingat muka hensem orang siok kat dia agaknya...

Nasib si Diana nie kira okla..dia frust tak lama...Sebab lepaih tu dia jatuh cinta lagi tapi kali nie dia sungguh bertuah..cinta kedua nie walaupun penuh onak dan duri...kini berjaya dikukuhkan dengan ikatan perkahwinan...aku pegi wedding dia..diwajah dia tu penuh dengan warna kebahagiaan...Aku bersyukur dan gembira dengan hidup dia sekarang...

Jauh disudut hati..betapa aku ingin sekali berjumpa dengan dia namun apakan daya jarak dan masa memisahkan kami..terpaksalah aku hanya 'berjumpa' dengannya ditalian ataupun bertukar2 e-mail...Kalaula dia tau aku menulis di blog...mampus aku kena marah..harapnya tidakla...nantilah..suatu hari nanti aku akan suruh dia join blog nie...

Khamis, 12 Mei 2005

Sakitnya....

Malam tadi aku gi main bowling dengan kengkawan hubby aku...Punyalah lama tak main dah...Pagi tadi bangun terasa lenguh satu badan...Konon2 nak practice dulu sebelum nak bertanding...adusss...sakit tul...especially tangan kiri aku nie...dah lama tak main bowlingla katakan...baru bola 11paun tu...kalau si Shalin tu hari2 dok hayun bola 15paun..tak dapat nak aku bayangkan tulla...

Anyway, aku dah tukar layout...memang tak cantik pun..tapi sekali sekala nak tukar color...dulu masa first time aku nak tukar layout aku tak sengaja 'terdelete' semua blog...takperla..we are learning from our mistake..aku pun bukannya suka sangat dok ngadap pc nie...berpinar2 biji mata aku dibuatnya..kepala pun jadi sakit...

Dulu masa sebelum kahwin...pernah sehari suntuk aku kat depan pc...apalagi..chatting ler...Parents aku punyala marah..tapi marah sayang...diorang pun lama2 jadi tak heran dah...

Terima kasihla Tiara, tak kerana ko tak kenalla aku dunia blog nie...

Rabu, 11 Mei 2005

Entahla..

Semalam aku berborak dengan member so called 'kamcing' giler dgn aku...Aku cakap kamcing sebab kami ada persamaan bukan sajer dari segi jantina malah minat yang sama jugak...Penat kitorang gi shopping bagai nak rak..Tak terasa lak masa berlalu begitu pantas..Diam tak diam kitorang dah kenal antara satu sama dekat 10tahun..hmm..boleh tahan gak lamanya tuh...

Aku suruh dia tulih pasal pengalaman dia kerja dengan orang Cina..Dia punyala takut..kata dia taknak amek risiko kena buang kerja..Ala..bukannya suruh dia tulis yang berbaur perkauman tapi untuk berkongsi pengalaman bekerja dengan orang Cina...Aku pernah kerja dengan orang Melayu dan aku juga dah bekerja dan masih lagi bekerja dengan orang Cina. First impression diorang kat aku adalah..pemalas dan lembab..tapi bila dah lelama tu barula diorang get the impression yang bukan semua orang Melayu nie pemalas dan lembab..Lagipun bukan semua orang Cina nie rajin dan kuat bekerja..Sebab pada hakikatnya...pemalas dan lembab nie bukan terletak pada bangsa sahaja tapi lebih kepada sikap dan perangai individu itu sendiri...

Peh tu aku tanyala pernah tak dia rasa nyampah dengan aku...dengan selamba dia cakap..pernah...ekleh hai..sabar jerla..rupanya ada gak perasaan nyampah kat aku walaupun kami berkawan rapat..terusik gak jiwa aku bila dia jawab camtu..peh tu cepat2 dia cakap dia gurau jer...tapi aku rasa dia tak gurau...mungkin nak jaga hati aku sebab tu dia cepat2 cakap dia gurau...'terlajak perahu bolehla undur tapi kalau dah terlajak kata camner nak undur'..so, dari situ taula aku bahawasanya tak semestinya kawan kita yang 'ngam' kepala tak ada perasaan nyampah kat kita...tapi dari dulu aku memang tau tu, sajer jer buat tak tau...

Memang betul...nak cari kawan yang betul2 ikhlas bersahabat nie bukan senang...Aku akui bahawa persahabatan itu penting...kita tak perlu nak cari kawan yang berciri amanah, jujur atau ikhlas tapi tanyala pada diri kita sendiri sama ada kita nie boleh dipercayai, amanah, jujur serta ikhlas dalam menjalin hubungan persahabatan...

Aku bukan sahabat yang baik tapi aku sedang cuba...sebab aku taknak hidup di dunia ini tanpa kengkawan nanti bila dalam kubur dah tentu aku sorang2 kat dalam tu....

Selasa, 10 Mei 2005

Cemas Jer...

Tadi masa lunch break aku sempat call mak mertua tanya pasal baby Julia. Alhamdulillah, dia tak meragam atau menangis macam petang semalam.

Masa lunch semalam ayah mertua aku call bagi tau pasal Julia meragam dan menangis yang tak pernah didengari dek kami sebelum nie..Cemas aku dibuatnya..Mana taknya seharian hujung minggu tu, tak pulak dia meragam...Okay jer..

So, aku pun minta kebenaran dari manager aku untuk pulang awal dari biasa sebab nak bawak Julia check dengan doktor. Alhamdulillah...Takde yang serius pun..Mungkin perut dia masuk angin ataupun punggung dia melecet sebab dia kerap sangat buang air besar..

Petang semalam jugak aku mandikan dia..Dah pandai nak meragam anak mak nie yer..Mak babab kang baru tau...

Malam tadi mak mertua aku sebelum nak pegi berlatih berzanji, berhajat nak bawak baby Julia ke Puchong hujung minggu nie untuk melawat moyang Julia. Tapi cepat2 pula hubby aku membantah dan tak benarkan dengan alasan adik aku nak datang jumpa kami, lagipun minggu depan kami pun memang nak ke sana. Kesian aku tengok perubahan muka mak mertua aku tu...

Hujung minggu nie memang adik aku nak datang rumah pun...bukan sebab apa, dia nak melawat kakak kesayangan dia and at the same time nak join aku main bowling...

Sabtu, 7 Mei 2005

Cerita

Cerita nie berlaku masa aku berusia 12thn..Masa tu arwah nenek (sebelah mak) yang tinggal kat kampung di Perak tinggal dengan cucu sedara dia. Kitorang satu keluarga pegi melawat dan dalam masa yang sama meluangkan masa cuti sekolah di kampung sebelah mak. Almaklumlah kan masa tu kami nie bukan orang senang jadi kami jarang sangat berjumpa dengan arwah nenek..Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Aku masa tu baru jer pass lesen [ewah lesen konon] mengayuh basikal..Lambat kan? Almaklumla masa tu kami bukan orang senang..nak beli basikal memang tak mampu..tapi macam mana aku boleh pass lak kan?..Ada sedara sebelah bapak pinjamkan dan ajar aku macam mana nak mengayuh basikal..Thanks kak ita...Walaupun dia garang tapi kerana takutkan kayu api yang dipegang tu..aku dah boleh kayuh basikal dah...

Kat kampung tu (sebelah mak) basikal yang ada basikal besar..ala ala macam basikal arwah Sudirman dlm video klip lagu "basikal tua"...Boleh bayangkanlah budak pompuan 12thn yang cekeding nak kayuh basikal besar macam tu...

Nak dijadikan ceritanya...Aku ajak adik aku gi supermarket...sebab masa tu supermarket tu baru jer bukak..kebetulan pulak kalau nak jalan kaki memang jauh...so kenala pegi dengan basikal..aku kayuh di depan manakala adik aku lak dok kat belakang...Menggigil satu badan mengayuh basikal tu..mana taknya adik aku..nama jer adik tapi saiz dia lebih besar dari aku...dah la basikal tu berat ditambah pulak dia yang juga berat untuk aku bawak...

Masa pegi memang seronok...maklumla dapat gi round ke pekan dengan berbasikal..memang siok giler...walaupun aku tak berapa pandai dan dalam terhoyong hayang tu sampai jugak kami ke supermarket tu...Masa tu aiskrim "Feast" baru launch tu punyalah sedap..tak sempat balik rumah aku dah bukak pembalutnya..kang nak kayuh basikal kang..tak sempat makan dah cair lak aiskrim tu...

Boleh bayangkan tak..tangan sebelah pegang aiskrim sebelah lagi pegang 'handle' basikal tu..dahla baru pass mengayuh ada hati nak tunjuk terer mengayuh basikal dengan sebelah tangan...aku mula la rasa tak selesa..yala mana nak pegang aiskrim...basikal lagi aku nak handle...so, aku ambik keputusan suruh adik aku pegangkan aiskrim yang aku pegang...ingat nak pass kat adik camtu jer...tak teringat lak yang aku patut berhenti and habiskan dulu aiskrim tu..lecehler..makan aiskrim sambil mengayuh konon2nya lebih menyelerakan...

Ntah macam mana masa aku nak pass aiskrim kat adik aku tu...aku tak tengok depan...basikal yang besar tu tak dapat nak aku imbang..menonong jer terus masuk ke longkang besar sebelah kiri kami...kami berdua pun terjatuh masuk kat dalam longkang...tapi yang bestnya walaupun kami dua beradik di dalam longkang, tangan sebelah terangkat sebab nak selamatkan aiskrim daripada jatuh ke tanah...nasib baikla longkang tu tak berair...kalau tak, boleh bayangkanla betapa basah dan busuknya kami...

Masa kami terjatuh tu...ada motosikal lalu...tersenyum pakcik tu tengok kami berdua kat dalam longkang...ingatkan pakcik tu pegi camtu jer..rupa2nya dia patah balik n tanya kat kami...siap tanya sakit ke idak...Nak jer aku sepak pakcik tu...dah jatuh camtu takkanla tak sakit...mestila sakit..dah r sakit, malu dengan dia pun ada..

Dengan semangat yang kental kitorang bangkit dan aku masih taknak mengalah..aku suruh adik aku dok kat belakang..aku nak tunjuk kat pakcik tu yang aku nie kuat semangat...dengan selamba aku mengayuh basikal..walaupun hampir terjatuh untuk kali kedua..aku boleh imbang basikal tu...apa jadi dengan aiskrim tu? kami masih pegang dan menikmatinya...

Bila aku kenang dan citer balik dengan adik aku...dia tergelak terkekek...Dia pun cakap,"kenapala kita tak habihkan jer aiskrim tu sebelum balik". Aku jawab, "kalau kita fikir camtu..takdela kita jatuh kat dlm longkang tu".

So, itulah dia ceritanya...walaupun tak lucu pada orang lain tapi ianya menjadi kenangan abadi kami dua beradik...

Selamat berhujung minggu...

Jumaat, 6 Mei 2005

Balik dr bercuti

Aku ingat memang nak updet dari semalam...Mana tau..masuk jer ofis..terus kena buat kerja, tak sempat nak buat air minum langsung...So, pada orang yang dok peringatkan aku updet tu..paham2 la yer...

Masa aku bercuti tu sempatla aku gi ke Terminal 3, Subang..maklumla ada jualan gudang..dapatla aku membeli belah sikit..dah gajila katakan...peh tu aku tak kemana dah..dok jer kat umah..berulit dgn si baby Julia..seronok gak melayan dia sampai naik mengada2 la dia...

Bila cuti aku dah nak abih terasa sedih gak sebab ntah bila lagila aku dapat menghabiskan masa dengan Julia lagi dan terutamanya mak n bapak aku tu...huhuhuhu..

Ok, sampai sini dulu..jab lagi kang bos aku nak balik ofis..nak tengok sales figure..peh tu aku sambung lagi citer..Memang aku ada citer pun...tunggu....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails