Isnin, 31 Oktober 2005

UCAPAN

Hari nie aku masih bekerja. Start hari esok aku dah mula bercuti dan aku akan kembali bekerja pada 7 Nov nie.

So, dengan ini aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI dan aku nak mintak mahap pada sesapa yang terasa hati dengan kata2 yang aku luahkan kat sini.

Semoga hari yang mulia ini penuh bererti buat semua..

Jumpa lagi..

Jumaat, 28 Oktober 2005

aku pun kena gak..

Tak pepasal jer aku pun kena tag dah..nak kena budak nieh..sabarjerlah

Memandangkan dia dah wat camtu kenalah aku buat n jawab dgn selambanya..

[Q.01] Seven Things I Plan To Do Before I Die:

1. Punya rumah sendiri (sekurang2nya ada gak harta)
2. membesarkan anak2 dan didik diorang jadi org yg berjaya
3. ke Mekah mengerjakan haji
4. belajar cakap Arab & Mandarin
5. jadi isteri yang terbaik for my hubby
6. menjadi umat Islam yang taat melakukan segala kewajiban
7. ada orang nak ziarah bila terlantar sakit tenat (dpt gak diorang baca Yassin kat aku)

[Q.02] Seven Celebrity Crushes:
1. Keanu Reeves (the way he carries himself buat aku kekagungan)
2. Will Smith (IQ dia tinggi sama tinggi dgn orgnya)
3. Yusof Wahab (muka lelaki Melayu yang serius)
4. Kurt Russel (respek kat kesetiaan cinta dia kat Goldie Hawn)
5. Sir Sean Connery (suara dia ‘macho’ beb)
6. Hans Isaac (muka Melayu walaupun bukan Melayu)
7. Phua Chu Kang (ayat "don't play2" jer aku suka dgr )

7. [Q.03] Seven Often Repeated Words:

1. eleh…
2. bodoh bangang!!
3. hah?
4. yerlah tu..
5. tau takper..
6. otak ko
7. sabarjerlah

[Q.04] Why I Chose My Husband

1. Sebab dia sayangkan aku (tak sayang, harus kena penangan..tul tak?)
2. Dia tak bermisai (aku geli tengok orang bermisai walhal bapak aku bermisai)
3. Jarang naik angin (sense of humor dia selalu buat aku gelak sakan)
4. Sabar dengan peel aku yang ‘berangin’ selalu
5. pandai jaga hati aku
6. bertolak ansur & menghargai hubungan kami
7. makan apa saja yang aku masak..(sedap tak sedap belakang kira)

[Q.05] FIVE People This Tags Goes To:
1. izzy-cun (buat jgn tak buat)
2. azima (jgn mare)
3. slyn (#4. tukar ler jadik “Seven Traits I Look For In The Opposite Sex”)
4. same goes to devil angel
5. ex-wira cyborg (takde blog pun kena buat gak)

Kalau belum jodoh

Hari nieh aku tak nak citer pasal raya. Asik2 citer pasal raya, bosan ler. (Tak bosan pun..citer pasal raya mana leh bosan).

Kenapa tetiba aku terpanggil nak citer pasal jodoh nie? Dua tiga hari lepaih aku ada beborak dgn sorang adik nie. Umur dia dah 24thn (sori ek tak leh nak bagi tau nama dia takut nanti dia marah kat aku). Dia masih solo. Katanya dia bosan orang selalu tanya bila lagi? Aku bagi tau dia dulu aku pun camtu gak. Biasalah mulut orang nie, ada jerlah persoalan diorang.

Aku siap ajar dia lenkali jawab jer zaman sekarang nie nak carik jantan lagi senang dari carik lelaki(maaf yer kaum lelaki, jgn amek ati tau). Apsal suka ati aku nak kata camtu.. Sebab inilah kenyataannya. Memang ar kita tak leh nak terlalu memilih, tapi kita kan dah diberi hak untuk memilih jadi tak salah rasanya kalau kita gunakan hak tu. Ya..aku tau aku nie berbinti kan bapak aku tak lupa juga aku dah ada suami yg datang dari kaum lelaki gak. Ya aku tau orang pompuan pun ada yang berperangai yang tak elok.

Aku dulu pernah sampai ke satu tahap mak aku panggil aku anak dara tiang para. Aku cakap kat mak yang aku ada sebab aku sendiri kenapa aku belum nak berumahtangga. Mak aku dulu selalu bising pasal kahwin bila umur aku dah cecah 24..sampaikan aku cakap kat mak, mak dah suka ker Angah dok umah nie? Sejak pada tu mak tak pernah lagi tanya soklan pasal kahwin dah. (time aku kahwin dia gaklah yang menangis sedu sedan..hehehehe)

Jadi, pada sesiapa (org pompuan) kalau ada mulut2 yang sibuk tanya soklan BILA LAGI? Korang ada 2 pilihan iaitu sama ada dok diam dan tersengih ataupun korang menjawab dengan jawapan yang aku taip kat ataih tu.

Takpun korang jawab jer 'kalau ikan senang ler carik kat pasar, pasangan hidup mana ada kat pasar tu' (harus lepaih tu korang kena penampar dek orang tua korang..serius gila babai)

Tapi yang sebenar2nya orang yang menyibuk tanya nie bukannya tak tau ajal, maut dan jodoh di tangan yang Maha Esa, sajer jer diorang dok tanya. Tak pulak aku ketahui apa tujuan sebenar diorang..kot nak carik kan calon ker, kot nak buat calon ker..aku pun kurang pasti.

Oklah yer..cukup citer nie dulu..bai bai..

Khamis, 27 Oktober 2005

Raya dah dekat

Hah..barulah sekarang radio2 nak kuar lagu raya. Lambat pulak diorang kuarkan lagu raya kali nei ek..tak kisahlah tuh..janji ada gak lagu raya yg kuar drp takde langsung.

Raya kali nie for the first time ever..di hari raya pertama aku beraya di rumah keluarga suami aku. Tapi takper..raya kedua onwards aku balik KL. Ni apa kes lak..? Orang beraya kat kampung aku beraya kat KL. Nak wat camner dah mak, bapak, atok n wan dok KL. Seronok apa raya kat KL (ayat penyedap hati sendiri). Tapi sebenarnya..raya kat mana2 tetap beraya gak nak2nya kalau dah berkumpul reramai. Fuh..meriah tu.

Aku tak tau beraya kat sini camner. Hubby kata selalunya diorang selalu gi jalan beraya on 2nd raya onwards. Tapi memandangkan kitorang ke KL maka tak dapatlah dia gi jalan beraya dengan keluarga dia. Apapun, sib baiklah kali nie beraya di awal bulan..time gaji dah kuar..nak tunggu bonus? alamatnya berjawit la menunggu.

Dolu2 masa raya aku dok mengumpul duit raya peh tu bila dah bekerja aku lak bagi duit raya tapi sekarang aku kumpul duit raya (duit raya Julia ler apa lagi).

Tahun nie aku nak beraya sakan sebab tahun lepas aku beraya dalam pantang. Nak cuba makan tu tak leh..nak cuba makan nie tak leh. Last2 dok telan air liur jer nengok orang lain makan. (alamatnya niat nak kurus tinggal niat jerlah). Tahun nie orang tak leh nak marah aku makan apa aku nak makan. ehehehehe pinjam iklan kat TM tu uihh..sioknya raya...

Telinga aku dah terngiang2 lagu raya, hidung lak dah terbau2 la rendang n kuah kacang. Rasa dah tak sabar dah nie...Ada yang serupa cam nie tak? Hopefully bukan aku sorang la yg rasa camnie.

Okay..sambung besok lak..

Rabu, 26 Oktober 2005

Raya Time

Semalam aku sibuk hari nie pun camtu gak. Ingatkan lagi dekat hujung tahun nie lagi kurang kerja. Tapi yang heran tu aku masih boleh luangkan masa untuk menulis kat blog aku nie. Takde apa yang nak diherankan pun. Pandai2lah bajet masa..(koyo jer)

Hhhmmm..diam tak diam tinggal lagi 8 hari lagi puasa. So far, yang aku rasa aku tak gak kurus..tapi maintain ayu gitu..hahahahahaha (sesekali nak puji diri sendiri..selalu sebenarnya..saperlah nak puji aku kalau bukan diri aku sendiri..kahkahkahkah)

Kuih raya tak beli pun. Hubby kata membazir..selamat..baju raya sepasang jer sebab kain 2 pasang takde orang nak terima lagik dah..benci aku. Nak wat camner sabarjerlah.

Tahun nie yang lebihnya pun si Julia. Kasut dia jer dah dekat 10pasang belum baju dia lagi tuh. Maklumlah sehari sebelum raya genap umur dia setahun. Kali nie raya title aku bertambah dari isteri plus mak orang.

Opis aku lak dah kuarkan memo kata 2hb opis tutup tapi cuti kena potong. Aku tak kisah sebabnya aku memang dah plan nak amek cuti time tu pun.

Start minggu depan aku tak dpt nak hupdet sebab aku sibuk. Sibuk apa lagi. Sibuk beraya ler..hahahahahaha…

Isnin, 24 Oktober 2005

Aku dah kembali...

Setelah seminggu lamanya menanti akhirnya aku kembali.. Ada sesapa yang merindui aku tak? Saper yang rindu aku sila angkat 'mouse' korang..heheheehehe Terperasanla pulak..

Memula aku nak ucapkan terima kasih bebanyak pada Azima diatas kiriman blaus utk Julia. Cantik & comel tau..sorila yer gambar takleh nak letak sebab akunya digicam dah penuh. Blaus tu ngam jer utk Julia, sampaikan adik aku si Ateh mcm tak caya dijahit sendiri dia kata mcm kedai style. Fuyoh..terer gak si Azima nie punya skil ek..apa pun terima kasih bebanyak yer Azima. Aku gak yang dok penin pala memikirkan balasannya.

Peh tu aku gak nak berterima kasih pada cik Tiara kita tu (eh cik lagi ker?) kerana sudi men'cacat'kan blog aku nie. hehehee

Sempena hari raya yang tinggal lagi 10 hari nie..aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri pada semua umat Islam yang bakal meraikannya. Tak kiralah sama ada yang solo, yang dah berkeluarga dan semuanyalah..

Apa lagi ek? Oh ya..semalam aku balik KL, dah plan dah nak buat barbeque dgn adik beradik sepupu aku yg lain2 tu. Diorang dah setuju nak tong2(kongsi) duit utk bbq tu. Rasa cam tak sabar lak nak beraya ek?

Aku rasa cukuplah dulu kat sini..nanti bila ada masa aku akan bertandang dan bercerita sepanjang seminggu ketiadaan aku kat blog nie.

Khamis, 20 Oktober 2005

terjah..

MUEHEHEHEEEEEE...DENGAN INI TIARA NATASHA..DAPAT HAK MILIK PENUH KEPADA BLOG INI..

INI BLOG AKU YANG PUNYA...
HAHAHAHAHAHAH (ORANG JAHAT MUSTI KETAWA) HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAA

SEKARANG AKU NAK BUAT APA YA??!!!
HMM RUMAH DIA TAK DER MAKANAN, MAKANAN PUN DAH BASI
APA AKU NAK WAT,..KIPAS ANGIN PUN DAH TAK JALAN PANAS GILA SINI, AIR PUN AIR PAIP DAH BERHABUK - HABUK KERUSI KAT SINI..

HAHAHAAAA.

hikhik..jangan terkejut.. jangan panik.. aku on behalf of idahani jer. nak tolong updet kesian kat dia computer dia rosak, so dia x leh nk onlina..dia kata..tanpa internet hidup dia tak bermakna..kesian tul kat dia,

apa apa pun..bleh ar aku melepak kat sini.. lalalalalalaaa.syok jugaaaaaaaaaaa

Yang Membelanda Blog IDAHANI..
Tiara Natasha

Jumaat, 14 Oktober 2005

Yeay..!!

Yeay..yeay..besok balik KL..yeay..yeay..besok bukak posa dgn mak n bapak..yeay..yeay..

Hari nie aku taknak citer pasal berbuka lagi dah. Tapikan tadi bapak ada cakap dia teringin nak makan sardin roll. Takper, esok aku balik, boleh ar aku buat utk bapak. Hisk..tak sabar pulak nak balik KL rasanya.
Hhmm..hari nie 14hb Oktober kan? Besday adik aku no. 4 (ateh) yang ke 28. Happy Besday Ateh..Kul 12tgh malam tadi aku dah anta sms, takde balasan dari dia lak. Aku ingatkan dia dah tido. So, pagi tadi aku call tapi terus ke peti simpanan suara (voicemail). Eh..mana pulak Ateh nie? Aku call umah..bapak cakap dia tak balik umah sejak berbuka semalam. Eh..mana dia pegi nie. Laa..upanya gi tido umah Uwan. Apsal la tak bagi tau, bikin owang takut dan cemas jer.

Tadi masa bos sampai opis tetiba jer tanya besday aku dah lepaih lum. Ekleh..apa ke hal la bos nie? Aku pun cakap la lum lepaih bos. Peh tu bos cakap, "Nanti on that day i buy u a cake and share with your family". Cepat2 aku jawab kat bos. "Eh..eh tak payah..malu ar bos". Tapi orang kata rezeki jangan ditolak ek. So, aku nak tunggu masa besday aku tu nanti dia beli ke idak keknya. So, tunggu......

Cepatlah hari esok, aku nak balik ke KL nie.

Selamat Berhujung Minggu Semua!!!

Khamis, 13 Oktober 2005

Diri yang serba kekurangan

Semalam aku berbuka puasa dengan air sirap bandung dan bihun goreng. Aku nak buat air cincau hubby kata tak nak sebab sebelum tu dah minum air soya + cincau. So, mungkin hari nie ler aku buat air sirap + cincau kot takpun air sarsi + cincau.

Anyway, hari nie aku nak citer lain. Aku nak berterima kasih pada seorang sahabat yang menyedarkan aku betapa pentingnya kewajiban sebagai seorang Islam. Aku seorang yang suka merungut, suka mengeluh, cepat nak marah. Tapi semalam telah menyedarkan aku betapa teruknya aku. Kewajiban sebagai seorang Islam aku amek enteng. Alhamdulillah...aku tak sangka seorang sahabat yang dulu aku tau sangat akan perangainya dah berubah. Mulanya memang aku ter'sentap' dengan pertanyaan dia. Tapi aku sekarang dah sedar bahawa aku bukan seorang Islam yang baik. Macam mana Julia nak mencontohi perkara yang baik dari aku kalau aku sendiri tak betul?

Terima kasih sahabat..kau telah menyedarkan aku kini.

Rabu, 12 Oktober 2005

Apa2 aje..

Bila baca suratkhabar, tengok tv semuanya citer pasal bencana. Alhamdulillah..aku rasa bersyukur kerana perjanalan ibadah puasa di sini tak delah disulami dengan bencana menimpa. Untungkan dok kat Malaysia nie? Tapi kenapa masih ada yang cari alasan untuk tak berpuasa? Cewah...macamlah aku nie baik sangat. Dulu masa aku sekolah rendah selalu gak aku ponteng puasa. Tapi bila dah start bersekolah menengah aku tak pernah ponteng cuma jika terpaksa 'cuti' puasa. Tapi aku ganti tau. Lagipun masa aku kecik2 dulu mak n bapak strict betul pasal puasa nie. Tapi mak dan bapak taklah paksa sangat pun.

Semalam aku berbuka puasa dengan air soya + cincau. Perghhh...sedap tu. Dalam dok menahan diri daripada minum yang terlalu banyak tak menjadi lagi. Beli laksa pun tak habih makan. Apalah nak jadi dengan aku nie. Maklumlah semalam kat sini panas terik. Aku lak takleh nengok air sejuk depan mata. Walhal aku nie bukannya suka sangat minum air berais (konon jaga suaraler tuh..eleh ngalah penyanyi la pulak). Apalah yang susah sangat nak kawal diri tu, betul tak? Sepatutnya bulan puasa nie bukan setakat menahan lapar dan dahaga, aku sepatutnya kawal amarah aku. Kalau dah bulan puasa nie masih gak nak berangin, bulan tak puasa apatah lagi. Camner nak jadi penyabar camnei? Aduss..apalah nak jadik dengan aku nie.

Hari nie nak beli apa untuk berbuka puasa nanti? Laa...belum apa2 dah ingat berbuka dah. hehehheehehe Kenalah merancang kalau tak nanti, apa yang aku nampak semua aku nak makan. Aku ingat aku tunggu dalam kereta jerlah biar hubby belikan jer. Tapi kot nanti aku lak yang tak suka dengan apa yang dia belikan pulak. Hishhh..camner nieh? Ah..takper hari karipap ada balance lagi. Boleh ar aku goreng jer. Hhmm lagi jimat kan? Hah..ok kali nie berbuka dengan kuih karipap peh tu baru aku makan nasik. Lagipun sepanjang minggu puasa nie aku tak pernah pun berbuka dengan makan nasi. Mana taknya, kenyang dek air jer.

Ok, aku dah buat keputusan hari nie tak yah gi beli juadah tapi sure hubby gi beli air. Eh..tak yah ler, semalam aku ada beli cincau..hah boleh ler aku buat sirap + cincau, takpun air sarsi + cincau..orait..perghhhh..terliur la pulak.

Isnin, 10 Oktober 2005

Citer basi..hehehe

Hari nie aku lambat hupder ler..tak kisahlah janji aku menghupdet..tul tak? Aku baru ada masa pun sebab tadi aku ada benda yang nak dibuat.

Semalam macam tak caya jer..aku buat kuih karipap untuk juadah berbuka puasa. Fuyoo... Adik Ipar aku tolong buat klim. Mula2 tu dia tak tau buat, aku pun ajar dia. So, boleh la lagipun bukan untuk dijual. Kalau untuk dijual harus tak laku kot. Rasa ntah apa2 kelim lak orang amatur yang buat. Korang boleh imagine la camner bentuknya kan..hahahahahahaha

Semalam kan masa aku pegi Pasar Ramadan or PARAM (mcm yang Wirawan dok kata tu). Dalam aku dok tinjau juadah ada gak terselit orang jual bunga api dan mercun. Hubby siap cakap tu..nanti ayah beli untuk Julia yang lain..kat sini tak best. Amboi..yang nak main sebenarnya korang rasa sapa ek? Semestilah hubby kan. Cover line ler tuh.

Lagikan semalam disebabkan terlalu panas, masa berbuka ntah berapa gelas air aku teguk. Macam2 air lak tu. Start dari air belimbing, air tembikai sampai ker air cincau pun aku bantai. Teruk betul aku nie kan. Ntah apa punya nafsu agaknya aku nie. Kenalah aku belajar sabar. Kureng sungguh betul mak orang nie kan?

So, hari nie aku dah tekadkan diri untuk tidak bertindak sebegitu rupa. Perghhhhh...macam tak caya jer. Aku ker yang berkata begitu? Oh Tidak!! Apalah nak jadi dengan aku nie ..belum sampai seminggu puasa dah macam nie jadiknya..belum lagi sebulan tuh. Boleh dibayangkan selepas sebulan puasa nie aku jadik apa kan.

Dah..dah..aku tak nak lagi pikir yang bebukan. Aku mesti kontrol diri aku nieh. Macam wirawan control depan Putri Ketam tuh..Aku boleh!!! Semangat Hikmat Naga Syawal sudah mari..hahahahahaha

Jumaat, 7 Oktober 2005

Puasa lagi

Hari nie dah masuk hari ke 3 puasa ek? Dulu sebelum kahwin aku selalu call Ateh tunggu kat stesen komuter Pantai Dalam tuh. Peh tu sama2 gi beli juadah berbuka. Aku beli otak2 (kegemaran bangcik), mihun sup utara (kesukaan aku n ateh) peh tu kuih-muih tak lupa jugak kitorang pasti beli air soya takpun air tebu. Selalunya aku dan ateh time berbuka tak pernah makan nasik. Bapak jer yang makan nasik. Aku makan nasi time sahur jer tu pun kalau aku rajin bangun ler. Kalau tak, minum air sejuk ler. Maklumlah orang paling malas nak bangun sahur pun akulah orangnya. Ahli keluarga pun dah masak dah dengan peel aku tuh. Tapi sekarang manaleh buat camtu maluler mak bapak aku dicop tak ajar anak bangun sahur. Heheheehehehe

Selalunya bila time hari pertama puasa kitorang berbuka puasa kat rumah uwan. Tapi sekarang aku dah tak join lagi dah. Sedih gak ler. Apa nak buat...maklumlah aku sekarang nie kan dah dok kat Seremban. Ikut style orang Nogori ler jawabnya.

Aku sebenarnya tengah bengang giler dengan ada sorang umat yang bukan satu agama dan pastilah tak sebangsa dengan aku. Nasib baiklah aku nie puasa, kalau tak...tak taulah nak kata apa. Dia bagi banyak alasan bila aku tanya kenapa cawangan tempat aku kerja nie tak diberi peluang balik cepat. Sedangkan HQ kat KL tu boleh pulak. Tapi aku bernasib baik sebab bos aku tak kisah dan dia bagi pulak kebenaran aku balik cepat semalam. Fuhh..selamat aku.

Raya kali nie aku kena raya kat rumah mertuala pulak. Hopefully petang raya tu aku dah boleh balik ke KL. Harus menangis kalau hubby taknak balik. Silap2 aku call bapak suoh amek aku kat Seremban nie. Hubby bila aku tanya buat derk jer. Mungkin dia serba salah kot. Maklumlah last year tak dapat beraya sesangat sebab aku dalam pantang. Habih aku nie beraya sangat ker tahun lepas? Aku lagilah, yang dalam pantang nie dok umah jer. At least dapatla jugak dia gi beraya kat rumah kengkawan dia. Takper, nanti aku nak pinjam hikmat dari Wirawan Terulung tuh. Eh..En Wirawan tak malu ek mintak duit raya kat oghang. Puasa baru 3 hari tau.

Ada sorang umat nie lak bercadang nak buat gathering. Aku dgn Azima cadangkan lepaih raya. Takpun bulan Disember sebab besday aku dalam bulan tu gak. Kira celebrate skalilah. Azima, besday aku 16hb Dec nie, ko lak biler? Boleh ar kita exchange present. Si Wirawan nak join tak? Kalau nak join kenalah beli extra hadiah besday tu. Sebab Besday Wirawan 1hb Nov. nak dekat raya tuh. Ok tak wirawan? Din, besday din dah lepaih tapi kalau nak sambut sekali leh gak. Alah sekali ler dgn si Tiara tuh. Kot kang dia majuk lak kang.

Rabu, 5 Oktober 2005

Bila Ramadhan Menjelma

Hari nie dah 1st day Ramadhan ek? Cepat tul masa berlalu kan? Kejab lagi kang dah berbuka. Masa nielah ramai orang amek kesempatan berniaga. Maklumla nak carik duit raya..tul tak? hehehheehehe..

Masa nielah orang yang balik dari kerja bergegas ke bazaar ramadhan. Meriah betul bazaar ramadhan kan? Masa nie kalau nak carik segala jenis kuih pun ada. Yang aku suka otak2, bihun sup utara dan murtabak. Hubby lak masa nie dia akan suruh mak dia buat air asam sebab dia suka beli ikan bakar. Masa nie jugak aku tengok kawasan rumah aku tu kurang bau asap rokok. Harapnya hubby dapatlah berhenti hendaknya. Teringat tahun lepas hubby beria2 mencarik bubur lambuk untuk aku, maklumlah masa tu aku sarat mengandungkan Julia. Nasib baik aku tak mintak bubur lambuk kat Kg Baru tu, jenuhlah dia nak travel ke KL beratur semata2 nak dapatkan bubur lambuk yang aku mintak sesangat tu.

Masa bulan puasa terutamanya bila seminggu nak raya..masa nielah kejadian kemalangan di jalanraya menjadi2. Risau dan ngeri aku bila memikirkannya. Masa nie jugaklah bas-bas ekspress sudah mula menjual tiket sempena Syawal nanti. Tak lupa jugak yang balik kampung dengan keretapi. Seronok ker kali nie balik kampung? Yang berkenderaan sendiri tu aku cadangkan balik kampung dengan pengangkutan awam. Taklah mahal sesangat. Betul tak? Yerlah dengan minyak petrol dan tol tu dah boleh dibuat duit raya untuk bebudak. Ntah2 ada yang tak balik kampung tak sebab bajet dah lari. Hah tu dia..biar betik..

Anyway, aku tetap bersyukur kerana masih boleh memikirkan apa yang nak dimakan bila berbuka puasa nanti. Yalah..dibandingkan dengan negara2 yang sedang bergolak dengan bermacam2 ancaman. Tapi puasa tu puasa jugak jangan lupa bayar zakat fitrah tau. Jangan nak mengada2 nak buat 'last minute'. Buat sekarang lebih baik daripada kemudian kot kang terlupa lak. Ehh..aku tak yah bayar ler. Hubby kena bayarkan aku zakat..hehehehe untung jadi pompuan ek. Sebelum kahwin bapak bayarkan, dah kahwin suami lak yang bayarkan.

Okay, aku pun nak chow nie. Pada yang tinggal or kerja di Kedah, Johor dan Melaka, aku ucapkan Selamat Bercuti hari nie. Seronok ek..leh bangun lambat pada 1st Ramadhan nie.

Selasa, 4 Oktober 2005

3 in 1

Sabtu (1/10) – T/hari gi umah pak ngah hubby ada kenduri doa selamat dan tahlil utk arwah wan (sebelah hubby). Petang balik ke KL jumpa parents. Mama (mak sedara aku) ikut sekali. Julia tak tido nyeyak mlm tu. Tak tau naper. Hubby dok ralit nak nengok final Piala Malaysia yang dah pasti milik Selangor. Apa nak heran, sebab memang aku dah agak dah. Aku ajak bapak gi Terminal 3 Subang esok, bapak ngangguk sesaja. Aku lak, senyum ler apa lagi.

Ahad (2/10) – Bangun lewat skit. Gi pasar beli ayam dan segala keperluan nak masak. Mak kirim memacam sebab dia yang nak masak. Terus beli nasi lemak. Brunch nasik lemak ler apa lagi. Lepas zohor gi Terminal 3 Subang tu. Alang belikan aku kasut. Dia pun belikan Julia cermin mata hitam. Julia pun bila aku cakap cantiknya dia..amboi tersengih jer dia. Kebetulan pulak hari nie genap Julia 11 bulan dan kebetulan jugak hari nie ulangtahun perkahwinan mak n bapak aku yang ke 34.

Isnin (3/10) – Aku amek cuti untuk jaga Julia sebab mak mertua aku mengikut ayah mertua aku ke Kuantan. Hubby bawak aku ke Jaya Jusco Seremban 2 petang tu. Aku sempat lagi bershopping minyak wangi kat Body Shop. Ada diskaun separuh harga tu dan kebetulan pulak aku dah kehabisan minyak wangi pun. Lewat petang balik umah. Seronok betul Julia berjalan 3 hari berturut2. Dia taknak dok dalam babystroller terpaksalah aku bawak dia jalan. Hubby nak pegang tangan dia sebelah pun dia taknak. Macam pandai sangat nak jalan. Sabarjerlah..

Hari nie (4/10) bila aku nak gi kerja Julia dah bergayut kat kaki aku dah. Alahai..kesian anak mak. Biasanya dia buat derk jer bila aku nak pegi kerja. Dia dah seronok berulit dan pegi berjalan dengan mak dia itu sebablah dia menangis bila aku nak pegi kerja pagi tadi. Esok dah start berpuasa kan?

So, SELAMAT BERPUASA dan juga semoga dimudahkan olehNya untuk kalian mengerjakan ibadah puasa di bulan yang penuh keberkatan dan kemuliaan ini. Insya ALLAH.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails