Jumaat, 22 Disember 2006

16 Disember hari tu..

haah..kalau nak tau tarikh tu adalah tarikh birthday aku.. Alhamdulillah..Allah swt masih memberi aku peluang untuk melihat anak2 membesar.

Takdelah yang istimewa sangatkan? Nak citer panjang lebar pun tak guna. Hubby hampir terlupa sebenarnya tapi tepat jam 12tghmlm dia bangun dan ucapkan HAPPY BIRTHDAY kat aku. Adik2 lak tepon henpon aku dan nyanyi ramai2 buat aku.

Abang hadiahkan aku sekeping kad (tak seberapa katanya) tapi membuatkan Alang jealous giler. Katanya masa birthday dia bulan Julai tu Abang langsung tak bagi dia apa2. Aku gelak2 kan Alang bagi dia lagi jeles.

Ada jugak beberapa kawan yang masih ingat dan hantar sms kat aku. Kira ok lah tu ada gak orang yang ingat selain dari keluarga aku sendiri.

Yang paling best tu aku share birthdate dengan pelakon Hollywood (macamlah dia tau) Benjamin Bratt.

Jumaat, 15 Disember 2006

Alahai..

Aku bukan ler nak kutuk tapi aku rasa geram giler dah nie..(sib baik tak giler). Tak abih2 citer pasal nak naikkan harga. Peh tu alasan kadar yang dinaikkan kat sini masih lagi yang paling rendah di dunia. Haloo..kalau nak dibandingkan dengan Thailand n Indonesia tu..kiralah berapa pulak penduduk dia. Dahler gaji payah nak naik, kot naik pun ciput jer. Eeeeii..bikin panas jer aku dibuatnyalah.

Tapi bukan itu yang menjadi hal penting untuk aku sekarang nie. Aku sebenarnya menanti dengan penuh debar. Sesuatu yang aku sendiri belum pasti. Setakat nie dia buat derk jer. Dibuatnya dia betul2 lupa...tak dapat aku nak gambarkan perasaan aku tu nanti.

Tentu yang membaca kali nie mesti heran dengan catatan aku kali nie. Aku bukan tak nak cakap tapi tak thrill kalau bagi tau hari nie. Esok pulak aku akan bercuti sehinggalah pada 21hb nie.

Tunggulah citernya nanti ek...

Khamis, 14 Disember 2006

Cabar aku?

Ada ar seorang umat nie kan..mencabar aku. Dia cabar aku untuk bercerita hari2 sehingga hari esok ler. Aku kan nak bercuti minggu depan, dia nak ler aku 'update' apa2 dalam blog aku nie. Apa kes aku nak sahut cabaran dia. Alangkan dia tu kan setakat 2-3 ayat peh tu dah. Dia ingat aku nie takde kerja lain gamaknya. Eeeii..berbulu roma jer aku dengan dia tau. Eh..bukan aku memang berbulu roma ker? kahkahkahkah..

Yang aku geram tu kan dia boleh pulak merungut kat aku betapa lecehnya nak klik 'butang' itu ini semata nak letak 2-3 ayat tu hari2. Abih aku nie tak yah nak klik ker 'bebutang' tu semua. Apa punya tur ler dia nie kan. Sape sokong aku sila angkat tetikus memasing. Hah..tengok hampir semua orang setuju dengan aku kan? (Macam ramai jer yang baca blog aku nie ek?)

Berpuluh kali dah aku bagi tau dia blog nie aku punya..suka hatiler aku nak 'update' ker tak nak ker. Nak kata dia tak paham, sesama cakap bahasa yang sama nieh. (Berangin ler sorang umat tu bila baca blog aku kali nie).

Ok dah..maleh dah aku nak cerita panjang lebar pasal benda nie. Tak pepasal jer kang aku kena pujuk umat tu kang. Yang sebenarnya aku nak bercerita pasal 'handphone' aku yang dah berjasa dekat 4 tahun. 4 tahun? Weiih...lama tu. Dulu belum sempat setahun usia handphone aku tu sure aku dah tukar yang baru dah. Sejak dah kahwin nie kan..keutamaan bukan pada handphone lagi dah. Biasalah tentulah keperluan anak2 jadi keutamaan.

Tapikan sejak akhir2 nie handphone aku dah 'sakit' pulak. Sebelum nie aku susah nak tekan butang '*', lepas kena service manjang lak dia 'mati' tetiba. Nak kata bateri dah 'kong', aku dah tukar dah bateri yang baru. Nie aku dok lah 'usha' handphone baru. Aku dah tak tahan dengan 'peel' handphone aku tu. Belum aku jawab 'helo' tup dia mati. Bila aku 'on' kan dia tak sempat apa2 dah mati balik.

Aku pengguna setia handphone 'Nokia'. Tak kiralah member aku suruh aku pakai handphone 'sonyericsson' ker. Aku tetap gak nak pakai 'Nokia'. Aku dah bajet dah. Harga kurang dari 1k takde 3G pun takper janji aku boleh 'sms' dan boleh buat call. Tu yang penting sekarang nie. Mestilah aku nak yang baru..taknak lah pakai 2ndhand (berlagak macam banyak duit jer aku nie).

Tapi yang tak bestnya masalah 'fulus' nie. Handphone aku tu macam dah merajuk jer dengan aku. Aku bajet nak beli tahun depan. Dah problem nya pulak buatkan aku jadi tak sabar jer nak beli. Tengok jerlah nanti.

Rabu, 13 Disember 2006

Dah mula dah..

Bila dah rajin tu..terlebih2 pulak aku nie kan? Aku bukan apa, kesian pulak rasanya pada member aku yang katanya hari2 melawat blog aku tapi asyik baca benda yang sama. Aku maleh nak bagitau nama dia tu. Dia baca nie kang dia tauler sendiri...hehehehehhe

Minggu depan aku akan bercuti. Cuti tak panjang tapi dekat seminggu jugak lah..Cuti dekat seminggu tu tak panjang? Aku rasa tak panjang cuti sebab aku kan dah rasa cuti 2bulan (cuti bersalin)..hahahahahaha Best woo cuti 2 bulan peh tu gaji masyuk lak tu. Orang lelaki sure jealous kan? Maklumlah..dorang takkan dapek raso cuti nie..kihkihkihkih. Hah..pada yang belum merasa tu (perempuan dah berkahwin) copek2 lah mengandung (ehem ehem) ek.

Aku bercuti pun tak kemana. Aku nak balik Pantai Dalam. Aku nak lepak dengan adik beradik aku. Aku nie macam tak kesian langsung kat hubby kan? Ahhh..hubby pun tak kesian pada diri sendiri. Dah tau diri tu tak sihat..semput lak tu, masih lagi nak merokok. Dah penat dan berbuih dah mulut aku cakap bak kata orang Cina tu bermaksud 'muntah darah'. Tak koser dah aku nak nasihat panjang lebar. Lagipun orang lelaki dah berkahwin nie memang jarang nar nak dengar apatah lagi ikut nasihat isteri dorang. Bila dah jadi sesuatu barulah faham, lepas tu bila isteri 'kan dah cakap dulu dah' tau lak nak marah.

Lidya dah semakin bulat (gambar belum gak nak upload), dah pandai nak angkat2 punggung dia.  Silap2 si Lidya nie merangkak cepat dari kakak dia dulu. Tak kisah lah tu janji dia sihat dan tak banyak ragam. Kekadang tu ada rungutan bukan dari MIL saje malah hubby sendiri pasal si Lidya bangun tidur setiap setengah jam. Macam mana aku nak percaya, Lidya dengan aku tak pulak banyak ragam. Nak tidur pun senang jer. Si kakak pulak tak boleh langsung tengok aku dok mengagah atau bermain dengan adik dia. Mesti dia nak aku angkat dia sama. Nasib baiklah si kakak nie cekeding, tidak tu pengsan jugak aku nak angkat dia.

Masalah si kakak nie kan..susah betul nak bagi dia makan. Tak kiralah nasi ker, kuih ker memang payah. MIL dah belikan 'Appeton' untuk dia berselera makan. Aku bukan tak nak bagi tapi aku dapat tau dari adik sepupu yang pernah bagi anak dia 'appeton' nie, bukan sajer berselera badan anak dia pun bagai dipam2. Kalau dah bukan aku yang membelinya, aku nak buat camner kan. Biar jerlah.

Selasa, 12 Disember 2006

Lagu favourite baru

Apalah nak jadi dgn aku nieh..seminggu sekali jer update blog. Nak kata aku nie sibuk sangat tu takdelah jugak. Dok menyibuk 'blog hopping' ler nieh. Maklumlah sekarang kan dah banyak blog kan.. tu yang asik 'melangut' tu sampaikan lupa kat blog sendiri.

Sejak kebelakangan nie aku dah tangkap siok dengan satu lagu cinton nie. Nak kata sedap pun taklah sangat. Macam nielah aku, kalau lagu satu tu sedap aku dengar, aku akan dengar banyak kali sampai aku hafal lirik dia. Then siaplah radio jari tembam aku nie dok tekan2 carik saluran yang kuarkan lagu tu. Dulu aku suka lagu Dayang Nurfaizah..Erti Hidup..hah sekarang nie lagu apa tau, lagu 'My Heart'. Buat masa sekarang aku dok menghafal lirik dia.

Tapi aku rasa sekejab jerlah aku siok kat lagu nie. Ceritanya aku belum tonton lagi. Ada orang kata ceritanya sebijik cerita Kuch Kuch Hota Hai. Tengoklah nanti aku tengok ceritanya. Lagu satu lagu aku dok siok, alamak lirik aku dah lupa la pulak. Tapi sekarang nie Misha Omar dan Jaclyn Victor berduet menyanyi lagu nie. Sebelum nie Krisdayanti dan Melly Goeslow nyanyi.

Hubby belum dengar lagu 'My Heart' nie. Tapi dia tau lagu nie dah top kat radio ER@ tu. Hubby suka lagu Glenn, Januari. Itulah satu2nya lagu slow yang dia minat. Yang aku tengok dia siap hafal liriknya. Sesekali bila lagu tu kuar jer, aku tengok dia pastinya menyanyi sama. Siap tersengih2 tengok aku. Tah apa yang kelakar aku pun tak tau.

Rabu, 6 Disember 2006

Ulangtahun

Semalam ulangtahun perkahwinan kami yang ke3. Tak ada apa yang menarik sebab kami masing bekerja hari tu. Nak meraikan pun tak tau kat mana. (cari alasan nak hilang rasa sedih)

Pagi semalam sedang hubby enak tidur aku hadiahkan ciuman di pipi sambil mengucapkan 'Happy Anniverssary'. Dia tersenyum jer..takde pun nak terus bangun dan cium aku balik. (Elok gak..dia pun belum gosok gigi..bucuk!)

Malam tadi sambil menonton tv aku cakap kat hubby, 'ini gayanya orang celebrate annivessary ek?'  Hubby pulak jawab, 'oklah tu, banyak masa lagi nak celebrate' Aku diam bila dia jawab macam tu. Orang lelaki memang tuler. (tak usah kata dia lah, aku nie tarikh pertunangan kami pun aku tak ingat..hehehhehe) Memang betul pun..usia perkahwinan kami masih muda. Kami nie jer yang dah berusia..hahahahahaha

Hari Isnin hari tu kami (aku, hubby dan Julia) pergi ke kedai salun untuk memotong rambut. Ketiga2 kami potong rambut. Julia punyalah gelak tengok rambut aku penuh dengan syampu. Kemudian bila giliran Julia, lagilah dia seronok. Selesai jer kami terus balik rumah. Tak sampai hati nak biarkan Lidya di rumah dengan uwannya.

Malam tu aku 'basuh' hubby. Aku tanya kenapa tiap kali aku potong rambut tak pernah dia puji atau beri komen. Tapi pasal rambut Julia pandai pulak dia pesan jangan potong rambut belakang sebab nak biarkan dia berambut panjang (macamlah Julia tu pandai bergaya dengan rambut panjang nanti). Dulu masa aku berambut pendek pun dia tak komen apa2, berambut panjang apatah lagi. Aku dengan selambanya cakap sebab dia dah tak peduli kan aku lagi. Hubby terus diam.

Aku bukannya apa, hubby kot nak puji aku cantik memang tak pernah. (Aku taulah aku tak cantik tapi manis tu ada..pinjam ayat P.Ramlee..hehehehhe) Apalah salahnya dia puji aku. Bukannya jadi kudis pun. Eh..aku nie pun satu takkan sebab hubby tak puji pun aku nak sedih atau bengang. Dia tak puji bukan dia tak sayang, dia berat mulut jer (berat sangat ker mulut tu nak kata aku cantik?).

Dahlah lupakanlah bab puji memuji nie. Aku pun jarang puji hubby hensem (dah dia memang tak hensem..kahkahkahkah). Yang penting sekali apa yang terkandung dalam hati masing2. Ecewahh..dah mula nak emo lak aku nie.

Anyway, pada yang sama2 tarikh perkahwinannya jatuh pada 5hb Disember, aku ucapkan Selamat Ulangtahun dan Semoga Berbahgia sokmo..hehehehhe

Rabu, 29 November 2006

Julia & Lidya

Sejak Julia ada adik nie..perangai dia sedikit 'ganas'..hehehehe selamba jer aku kata dia 'ganas' ek. Perasaan kanak2 kecil nie tak dapat diluahkan macam orang dewasa. Diluahkan dengan perangai yang tak terduga. Sejak dia dah pandai bercakap nie. Pening kepala aku melayan dia ditambah pulak dengan perangai yang betul2 menguji kesabaran aku dan hubby.

Yang kelakar ada..tak kurang juga yang menyentap hati aku. (time2 camnielah datang keinsafan betapa mak aku terpaksa nak tahan kerenah kami enam adik beradik.) Aku baru 2 nie pun dah rasa pening2 lalat dah. Tu pun aku bekerja, kalau tak bekerja tu tak taulah. Tapi orang kata kalau ibu yang tak bekerja yang mengasuh anak2 lebih elok perangai dan disiplin anak2 tu. Iyer ker?

Lydia dah mula angkat punggung dan untuk kali pertama semalam dia menjerit menangis sebab kepala dia tertunam ke lantai. Nak kata tilam kecik..mungkinlah kot. Maklumlah si Lydia nie 'tembam' (bila nak upload gambar dorang pun aku tak tau).

Julia pandai nyanyi lagi 'twinkle-twinkle' (irama jer sama..ayat lintang pukang) belum dia nyanyi lagi iklan 'Adabi' tu. "Adabi..menyelerakan"..Julia nyanyi "ba..bi" keh keh keh..Dahler tu bila pasang Astro jer mula ar..'mak, nak aton (cartoon) mak'. Takde chance langsung aku nak tengok citer favourite aku.

Orang selalu tanya aku..Julia jelous tak dengan adik dia? Hah..maunya tak jealous..ada jer dia buat kat adik dia. Adik dia tidur dia jerit kat telinga adik dia peh tu kekadang sajer jer dia tutup mulut adik dia suruh adik dia diam. Tapi kalau orang lain dok pegang adik dia tau pulak suruh aku ambil balik adik dia tu. Kalau dulu aku marah kat Julia hubby selalu marah aku balik, sekarang nie hubby lagi garang dari aku.

Dulu Julia tak takut langsung kalau bilik gelap tapi sekarang nie dia dah takut pulak. Heran aku dibuatnya. Tak tau siapa yang dok takutkan dia. Macam kes malam tadi..

Dia masuk bilik tidur adik ipar aku. Aku panggil 'Julia..buat apa dalam bilik Acik tu?'. 'Keluar..hah kang kena kang, keluar cepat'. Dia tak gak keluar dari bilik tu. Last2 aku aku cakap 'hah...Ju-on tangkap budak dalam bilik tu' Dia pun cepat2 keluar..eh eh mak mertua aku ada belakang dia. hehehehehe..aku ingatkan Julia sorang2 jer dalam bilik tu. Uwan dia ada sama rupanya.

Hah tu baru Julia tu. Belum lagi si adiknya si Lidya. Camner ler agaknya ek?

Rabu, 22 November 2006

Aku merapu.

Kita dah pun menghampiri ambang 2007. Makna kata kita dah pun lebih setengah dekad di alaf baru. Ada yang rasa dirinya berubah dan ada juga yang merasa dirinya langsung tak berubah. Ada jer kenangan untuk kita simpan. <-nie apa daa..citer apa nie?

Aku yang sebenarnya cuba nak lupa perkara2 sedih yang berlaku dalam hidup aku selama nie. Perkara2 sedih nie membuatkan aku akan lebih2 sedih. Walhal aku nie sorang yang ceria bak kata Faizal AF4 tu, senyum sokmo. Apa yang boleh membuatkan aku lupa cerita sedih? Sudah tentunya dengan mengingati kenangan2 lucu tak kiralah kepunyaan orang lain ker, aku ker.

So, pada yang sedih bersedih tu meh ler join baca cerita yang bakal aku nak cerita kan nie. Tapi ada syaratnya tau. Syaratnya kena kesat airmata, air hingus dan segala muka masam di muka. Ok? Dah sedia? Kita mulakan dari sekarang...

Di suatu hari..taiiibbb..(macam citer panglima bujang lapuk la pulak). Masa tu aku masih remaja, sekarang nie hati jer remaja muka nampak ler dewasanya. Remaja yang berusia 13tahun (remaja ker?). Adik lelaki aku si Bangcik pulak masa tu berusia 5 tahun. Manja giler dia nie.

Memandangkan aku kakak paling tua, akulah jadi mangsa babysit dia. Bosan betul aku dibuatnya. Tapi dek kerana sayang buat jugaklah. Bangcik nie comel dan dia ada tahi lalat (bukan lalat berak ek) di bahagian bawah bibir. Kalau gi klinik ker, kedai ker sure orang usik dagu dia. Menjaga adik lelaki sorang nie taklah susah mana pun. Tapi bangcik nie banyak cekadak atau lebih tepat lagi banyak kerenah. Almaklumlah dia adik lelaki yang bongsu. Apa nak, dapat ajer. Dia kuat merajuk (sampai sekarang pun kuat merajuk) dan tak lupa cengeng (cepat jer nak mengalir air mata). Kekadang tu aku sound gak, budak lelaki tak leh nangih. Nampak lembik dan buruk, mesti dia jeling kat aku. Konon2 marah kat aku ler tuh. Tapi walaupun dia yang bongsu (sebenarnya second last, yang bongsu meninggal masa umur tiga bulan), dia boleh diharap untuk menolong aku dan mengemas rumah or membasuh pinggan. Dia ndak la jugak menolong kami di dapur. Eiii..lebih2 puji adik aku nie kot dia baca..kembang hidung n punggung (macam sopan) dia kang.

Masa dia berumur 2-3 tahun (time lasak giler) suka betul kacau bapak sembahyang. Bila dia tengok bapak tengah sujud dia paut kat leher, bila bapak tengah berdiri tegak dia dok tengah2 (camner bapak nak rukuk & sujud?). Kekadang sampai bapak sendiri tak tahan dengan keletah dia. Pernah bapak gelar dia 'kreko'. Aku tak la tau apa maksudnya.

Masa dia berumur 5 tahun pun boleh tahan gak lasaknya. Kalau time mandi, dialah paling lama dalam bilik air. Biasalah..main air ler tuh. Ntah apa yang dia buat lelama pun aku tak tau. Aku kekadang sampai kena tumbuk pintu bilik air suruh dia mandi cepat. Bila aku tanya buat apa lelama dalam bilik, dia sengih jer. Ada satu hari tu, aku nak mandi, dengar dia dalam bilik air. Kacau betul budak nieh ler. Aku (kakak kan ada kuasa veto) pun panggil dia keluar cepat. Dia pun keluar dengan muka yang tersengih2. Tak heran dek aku tengok muka sengih dia tu. Aku pun masuk bilik air, mandi terus capai syampu. Eh..apsal syampu rambut nie bau tengik nie..kata aku dalam hati. Aaaagghhhhh...ni mesti kerja bangcik nie. Aku dengan basah kuyup (berkemban ler takkan bogel lak) meluru cari bangcik kat depan umah. Ko buat apa dengan syampu ni haah?! jerkah aku kat bangcik. Hah..nak tau tak apa dalam botol syampu tu?

Air kencing dia...!! Macam mana lah aku nak cam tu bukan syampu (saper yang tau warna syampu rambut baby Johnson tu taulah naper aku tak cam).  Sampai sekarang bila diingat balik aku senyum tapi aku jadi hangin sebab sorang pun tak marah kat bangcik. Dorang gelakkan aku lagi ada.

Sekarang nie bangcik pun dah 23tahun. Dah jadi anak bujang dah. Lebih tinggi dari aku pun. Tinggi dia lagi dari bapak dan abang. Tapi sayang sampai sekarang dia masih menganggur. Memilih sangat ar dia tuh.

p/s: ada yang masih sedih? buat2 gelak jerlah ek..hehehehhee

Selasa, 21 November 2006

Hujan..

Dekat dua minggu tak menulis nie..hati rasa gundah gulana. Setiap hari yang berlaku tu rasa nak tulih jer kat sini. Tapi bila ada peluang nak menaip..segala idea tu hilang. Jari dok tekan huruf peh tu 'delete'..tu jerlah kejanya. Kesudahannya nilah dia nyaa....

Hari nie 21hb November bersamaan 29 Syawal..maknanya sendiri tau la ek. Aiseh..open house pun takde la ek. Tapi dah ganti dengan kenduri kahwin. Maklumlah cuti sekolah pun dah mula. Ada gak umah yang aku tak pegi beraya. No wonderlah aku kena perli dek adik sepupu aku tuh rupanya raya dah abih pun aku belum gak pegi beraya ke rumah dia. Bila bagi alasan hujan tiap2 petang, dia condemn aku cukup2, katanya aku bagi alasan macam taknak datang jer. Adusss..pedih beb pedih kena sound camtu. Nak ikutkan aku selalu gak melawat dia, tak raya pun aku pegi. Nak buat camner..bagi apa alasan pun dia taknak terima. Diam jerlah.

Jangan kata umah adik sepupu aku tu, umah makcik aku tu pun aku tak pegi. Makcik aku siap pesan telefon ar dia. Tentu dia ingat aku sengaja taknak beraya ke umah dia. Bila aku cakap kat hubby..member diam jer. Kalau umah sedara dia tu, ingat jer dia. Hah..aku dah start nak mengungkit ler ni.

Hujung minggu nie lak hubby OT, ada stockcheck katanya. Bosannya..Nak pulak petang2 dah hujan lagi ler aku jadi bosan. Minggu lepas dah janji dgn parents aku nak balik KL pun tak jadi balik. Minggu nie nak balik KL, takkan nak soh dorang amek aku lak. Minggu sebelum nie bangcik dah datang amek dah. Kot nanti ada yang tak suka lak kang aku buat camtu.

Kesian betul Julia..masa hari Ahad hari tu siap ambil kasut ditunjukkan kat hubby. Siap cakap "Ayah, jom ar jalan". Hubby yang baru balik keja keletihan pulak cakap "yerlah, kejab lagi kita gi jalan yer". Hhhmm..tak sampai 15minit hujan lebat sampai lewat petang. Ingat kot semalam nak bawak ler Julia gi jenjalan..hhmm sampai jer umah hujan lebat turun lagi. Tengoklah hari nie camner pulak. Kot hujan petang kang, kenalah Julia tunggu minggu depan. Minggu depan terus ler balik KL. Eh..balik KL mana leh alasan hujan. heh heh heh..

Khamis, 9 November 2006

Sibuk..

Dua tiga hari nie aku sibuk betul..sibuk dengan kerja..sibuk gaduh dengan bos..sibuk dengan menyibuk..hheheheheehe Pehtu lak segala rancangan hujung minggu dengan hubby langsung tak menjadi sebab aku dengan terpaksanya mengikut MIL ke KL. Nak wat camner kan..dah nama pun terpaksa. Tak banyak tempat pegi pun, rumah pak sedara hubby di Subang Jaya dan kakak ipar di Taman Melawati (hantar dia balik). Tapi MIL ke spital melawat abang dia yang dibedah hari tu. Aku tak pegi sebab aku tak nak bawak sikecik dan kakaknya ke hospital. Jadinya aku dan hubby serta dua orang anak sedara hubby terus ke Taman Melawati tu.

Hari yang sepatutnya aku ke open house adik sepupu pun tak menjadi. Tulah padan dengan muka aku, ingat nak makan jer. Kesudahannya..sendiri mau ingat. Sampaikan adik sepupu aku tu menelefon aku takkan gi KL nak datang umah dia pun payah. Nak wat camner, sampai jer umah, jiran2 pulak datang beraya. Takkan aku nak terus keluar umah kejarkan open house tu. Takper .. takper Raya Haji hujung bulan depan boleh pegi beraya nanti. Tak sama pun takper ..janji raya jugak. (macam sedih jer aku nie)

Hujung minggu nie harapnya rancangan balik ke KL menjadi. Hari tu sengaja aku taknak singgah sebab aku tau hujung minggu nie aku balik jumpa mak n bapak. Dorang sure rindu dengan si kecik yang tak kecik tu..hehehehehe Lidya dah pun 3 bulan usianya. Dah pandai menangkup dah. Alhamdulillah walaupun dia 'sihat', dia tak 'berat' untuk buat perkara yang sepatut baby tiga bulan sepatut buat.

Tentunya adik beradik aku pun rindu sakan dengan anak2 sedara dorang. Aku pulak tak sabar2 nak balik dan berjumpa dengan dorang. Tentunya banyak citer yang nak diceritakan. Bila berkumpul reramai takde lain ler 'gossip' ler apa lagi.

Alamak ai..lupa ar nak pegi umah mak sedara aku kat Tmn Sri Kasih tu. Tentunya dia terasa hati aku belum beraya dengan dia. Takperlah petang kang aku cuba call n beraya ke umah dia. Mana tau kot dapat lagi menambah collection duit raya Julia n Lidya. Biasa ar..bila ada anak kecik nie collection sure adanya. Tapi kali nie Lidya kurang collectionnya tak macam Julia. Yerlah kan..Julia tu dulu anak pertama, Lidya yang kedua nie tentulah tak sama.

Jumaat, 3 November 2006

Besday Julia

Semalam besday Julia. Hubby belikan kek kecik. Esok kakak ipar aku lak akan balik ke Seremban dan hubby akan beli kek lain lak. Sambutan besday Julia adalah untuk 'kita-kita' bak kata hubby dan yang lain. Aku? Ikut jerlah. (macam sedih jer kan?)

Dulu aku tak pernah langsung membuat sambutan hari lahir. Sehinggalah ketika aku berusia 21tahun dan officemate yang buat kejutan untuk aku. Siap hadiah loket kunci lagi. Aiseh..yang aku dok kenang besday aku tu buat apa, tauler besday aku bulan depan..kahkahkahkahkah.

2 November jugak adalah tarikh lahir Shah Rukh Khan & Esha Deol wuih..sama birthdate dengan artis Bollywood lagik..Patutlah anak aku berjoget tiap kali dengar lagu Hindi n Tamil..poyo jer aku nie. hah..sorang lagi celebriti besday dia 2hb November gak Nelly (penyanyi Rap US tu). Ada sesapa lagi nak join birth date sama dengan Julia tak? hehehehheehehe..

Pepagi semalam aku dah wish dia happy birthday dan cium dia. Budak kecik tu apa la yang dia tau. Malam tadi masa dalam bilik, Julia tetiba jer.."mak, yu..yu..jom". Memula tu aku tak perasan apa yang dia dok cakap. Kemudian barulah aku dapat tangkap apa yang dia nak sampaikan. Setiap kali dia nampak kek dengan lilin bernyala..hah..dia mesti nyanyi "yu..yu".

Cepatnya masa berlalu..dulu dok pegang2 dok dukung2. Tau2 si Julia dah pun 2 tahun, siap dah ada adik umur 3bulan lagi..heheheheheehehe hah..apa? tambah adik lagi? bukan taknak..tapi rasanya kena tunggu 2-3 tahun lagi..

Hari tu aku cakap nak pencen kat hubby, dia cakap nanti 2 beradik tu bosan sebab adik beradik tak ramai. Dia dulu camtu ler, adik beradik tak ramai. Dia dengan adik dia pun jarak 15tahun.

Halo..yang tahan sakit nya saper? Dia boleh ar cakap sebab yang menanggung sakitnya bukan dia. kang cakap kasar lak aku kang..cewah..garangler tu konon. (abaikan ayat nie sebab ayat2 tu semua cuma dalam hati aku jer)

Sebelum aku merapu meraban..aku pull stop sini jer. Happy weekend u all and selamat beraya ke 'open house'.

Rabu, 1 November 2006

Dah lepas dah..

wuiaii..hongeh ey ai..eceeh speaking nogori lagi aku ek..mana tak hongeh..sepanjang raya asik makan nasi himpit, lemang even nasi lomak pun ado yo..bulan puasa turun 2 kilo, time raya sehari jer dah naik 2-3kilo..how to kurus like that?

Dah ler time mengandung aku kembang semangkuk..yang nie kembang bermangkuk2 ler jawabnya. Well, hubby never komplen..kalau dia komplen tauler aku nak jawabnya nanti. Dah tentulah aku mintak dia modal untuk kurus. Ingat nak kurus nie senang ker..especially time dah beranak pinak. eceeh..alasan taknak kurus. Tapi kenyataannya camtulah. Lepas anak satu, ok lagi sikit senang to diet tapi kalau dah lepas anak ke 2 dan seterusnya terasa amatlah payah to kurus.

Aku rasalah kan, time bulan Syawal terasa amat payah betul untuk kurus. Yerlah so many 'open house' to go. Masing2 masakan or hidang the makanan yang berat2 gitu. Nak ikutkan aku memang berpantang. Tapi pantang aku lain yakni "PANTANG JUMPA". Asalkan nampak sedap aku ngap, tau2 kang dah senak perut. Nak pulak pegi umah sedara mara yang rapat lagilah selamba jer aku makan kat umah dorang.

Jadinya diet untuk aku hanya timbul lepaih raya nanti. Bila semua baju aku dah sempit nanti barulah aku diet. Macam mana baju nak sempit, semua baju aku baju kurung. Kain dia lak pakai getah, kembang jerlah getah tu nanti. Muahhahahahaha..

Lagipun aku rasa macam tak berbaloi jer dok kat Malaysia nie dengan berdiet. Kalau dok kat Afrika ker, Euthopia ker takperlah sebab kat sana memang kurang makan. Kat Malaysia nie kalau diet2 rugi beb. Tapi jangan berlebih ler.

Hhhmmm..sure kengkawan aku yang dok jemput aku gi 'open house' dorang takut dah bila baca nie..hahahahahahaha

Rabu, 18 Oktober 2006

dah dekat dah..

Tinggal lagi 2hari aku akan bercuti selama seminggu..fuyooohh..lamanya coti. Tapi tak best ar aku cuma dpt beraya dgn family aku di KL pada hari raya pertama. Hari raya kedua dan seterusnya aku dah kena balik ke Seremban. Bosan tul. Time coti panjang jer mesti kat Seremban. Hubby macam dah plan2 jer camtu.

Persiapan raya kali nie ala kadar jer..yang lebih pun untuk anak2. Bulan depan Julia bakal menyambut hari lahirnya yang ke-2. Tahun lepas aku belikan dia gelang emas. Tahun nie aku tak tau nak belikan apa pulak. Aku ingat nak hadiahkan dia set mainan alat dapur. Nanti taklah dia kekok buat kerja2 dapur...ahahahaha..as if!

Masa aku berpantang di KL perangai Julia boleh dikatakan baik. Tapi bila dah balik Seremban nie, macam2 perangai yang dia buat. Siap gigit tangan adik dia. Nasib baiklah adik dia si Lidya tak banyak ragam. Bangun pagi jer dah gelak2 dah. Itupun mak mertua aku dah heboh nak beli buaian dah. Katanya si Lidya setiap 1/2 jam akan bangun dan susah dia nak wat keja dapur. Tapi hujung minggu time aku jaga takdepun dia bangun setiap 1/2 jam. Dulu Julia di soh beli punting sbb katanya Julia taknak hisap susu botol (tapi punting Julia hisap lak, pelik aku). Peh tu time Julia dulu dia taknak pakai buai sebab susah nanti bila bawak Julia kemana2. Sekarang nie bila aku tak bagi punting dah lain pulak. Abih tu camno...sabarjerlah..

Tapi one thing la kan..aku takyah risau bila gi kerja sbb yang jaga anak2 aku tu bukan orang lain, nenek dorang. Yang tak syoknya..terlebih manjala pulak. Buat apapun, orang tak marah. Aku sendiri pun kekadang takleh nak kata apa, maklumlah aku kan dok menumpang rumah dia. Tapi nasib aku tak lah seburuk mana..mana taknya, raya tahun nie aku tak yah kuar modal untuk beli baju raya. Sepasang mak mertua aku sponsor dan sepasang lagi hubby sponsor..hehehehee

And satu lagi..tahun nie suasana hari raya di rumah atok aku sure muram..dan aku tak dapat nak bayangkan suasana tu nanti. Tahun nie buat kali pertama kami beraya tanpa uwan disisi. Walaupun begitu dengan kehadiran orang baru si Lidya tentunya menceriakan kami.

SELAMAT HARI RAYA to all my friends out there!.

Khamis, 12 Oktober 2006

Di saat itu...

Aku sebenarnya maleh nak citer pasal hari aku bersalin hari tu. Maklumlah citer dah basi. Dah hampir 3 bulan ianya berlalu. fuuh..cepat tul masa berlalu kan? Cam tak caya jer kan?

Tapi aku terpaksa cerita atas permintaan ramai (eh..ramai ker?..hahahahahaha).

25/7/2006
Aku masih bekerja sedangkan tarikh dijangka adalah keesokan harinya. Sengaja aku tak bercuti awal sebabnya dulu masa aku mengandungkan Julia aku lewat hampir 11hari dari tarikh jangkaan bersalin. Bos dah tanya itu ini dan pengganti aku sepatutnya sudah mengetahui apa yang perlu dibuat belum diambil pun. Aku malas nak risau, tak koser aku dah.

26/7/2006
Pegi check-up. Doktor dah pun bertanya sama ada aku ndak bersalin hari ni or just tunggu sehingga ada tanda. Kesudahannya doktor jugak cadangkan aku tunggu jer sampai ada tanda bersalin tiba. Aku mintak MC, doktor pun beri aku MC seminggu. Takut gak aku kot aku terbersalin kat ofis nanti.

Lewat petang bos aku call, soh aku datang opis utk settlekan few things katanya. Kepala otak dia berbiul kata aku dalam hati. Dengan nada marah aku katakan masa aku kat ofis takde benda pun nak disuruh, alih2 soh aku dtg opis lak. Siap cakap dengan aku jangan risau pasal hal opis nie.

Aku pun cakap kat hubby aku terpaksa pegi keja the next day. Hubby memula tak setuju tapi bila aku terangkan yang aku belum pengganti dan aku terpaksa barulah hubby kata ok.

27/7/2006
Sepatutnya aku ke opis..tapi ntah macam mana hubby dah terlewat ke opis dia. Makanya aku tangguhkan untuk pegi keesokkan harinya. Tapi aku sempat berinternet di rumah tapi sekejab sahaja.

28/7/2006
Awal pagi selepas Subuh, aku mintak hubby jangan pegi keja. Aku tetiba dah rasa sakit. Memula hubby macam mamai jer. Tak pepasal dia terus bangkit dan mandi. Agaknya baru teringat nak bawak isteri tersayang ke hospital kot..hehehehehe. Okay, lepas hubby mandi aku sempat mintak sediakan telur separuh masak. Aku dengar orang kata kalau nak senang bersalin makan telur ayam kampung dgn madu. Memandangkan kat umah tu takde telur ayam kampung, aku tukar menu telur ayam separuh masak. Jadilah kan..telur ar jugak. Dalam dok menahan sakit.. isk.. isk.. makan tetap tidak dilupa.

Dalam perjalanan ke hospital mulut aku tak henti2 membaca ayat2 Al-Quran. Apa saja ayat yang terlintas di fikiran, aku baca jer. Hubby kejab2 pusing belakang tengok aku. Aku sound dia jangan kerap sangat tengok aku, kang accident kang haah..lagi susah kang.

Sampai kat hospital aku terus check-in ke labor room. Jururawat2 tanya ada tanda tak? Tanda apa? Rasa sakit adalah..so, dorang pun masukkan ubat untuk buang air besar. Punyalah lama aku dalam tandas sampaikan jururawat datang dok ketuk pintu takut kot aku dah tak larat nak berjalan. Masa di atas katil rasa sakit tu datang kerap. Dah buka 4-5cm kata bidan. Salah sorang jururawat berbangsa India pula menyabarkan aku sambil mengurut dan tak lupa menyuruh aku membaca ayat2 suci Al-Quran. Aku bersyukur sesangat walaupun dia bukan seagama (dahi dia ada tanda merah), dia mengetahui untuk menenangkan aku.

Tepat jam 8.54pagi lahir seorang bayi perempuan yang sangat comel seberat 3.45kg yang namanya aku berikan selepas berusia dua minggu ..LIDIA CAMELIA..

hah..tulah serba skit citer pasal hari aku nak bersalin anak kedua kami..

Rabu, 11 Oktober 2006

Bukan malas tau..

Semenjak aku ada blog nie kan..asal ada jer hal or benda yang terlintas di fikiran, kepala otak aku ligat menyusun ayat. Tapi bila mengadap komputer semuanya blank. Taip padam peh tu taip balik tak lama lepas tu padam balik. Hmm..kekadang rasa nak pecah kepala otak memikirkan apa yang tak kena dengan aku yang tetiba jer 'blank'. (Cewah..sajer carik alasan naper tak updet ler tuh..). Kekadang tu aku rasa nak jer luahkan apa yang aku tak puas hati aku kat sini. Tapi takutlak nanti orang salah faham apa yang aku cuba luahkan.

Aku sorang jer ker macam nie? Atau aku sebenarnya seorang yang tak reti nak bersyukur dengan keadaan aku sekarang. Itulah dia selagi kita bernama 'manusia' kita takkan lepas dari perasaan yang begitu. Betul tak? Betul..(Aii..sendiri tanya sendiri jawab?)

Okay..macam sekarang nie aku betul2 tak puas hati dengan hubby aku. Kenapa? Walhal hubby tak pernah marah2 aku. Jangan kata marah, merungut pun tak pernah. Aku nie jer yang selalu marah2 kat dia. Dia kekadang bila kena komplen tu, terus jer muka dia sedih (buat2 kot). Entahlah..mungkin aku nak dia layan aku lelebih kot. Maklumlah sekarang nie dah tambah lagi sorang 'perempuan' dalam hidup dia. Lagi lah dia pening kepala.

Takper..raya nie aku nak mintak maaf sambil tu cium dia depan family aku. Kena ejek pun lantaklah, janji aku mintak maaf kat dia. hehehehee..(Orang mintak maaf takyah ler tunggu raya)  Eh..saper dok sound aku tu? Saper lagi kalau bukan si Ateh..dia kalau sound aku memang straight jer. Ikut saper lah pulak kalau bukan dari akaknya.

psssttt...sila abaikan apa yang tertulis di atas..perasaan aku libang libu..cenggitulah jadiknya..

Rabu, 4 Oktober 2006

Dok kira2

Hah..kira2 jangan tak kira..Korang tau tak apa yang aku dok kira? Apa lagi cuti umum 2007 ler...hehehehehe..Setelah dikira N9 ada 19 hari thn depan. Siap kira baper hari cuti nak ambil untuk Raya tahun depan. Memang tak semenggah perangai aku nie kan..puasa tahun nie lum abih dah 'usha' tahun depan punya raya. Pergghh..tahun depan cuti tahun aku memang save ler sesangat.

Eh..halo..kan kita digalakkan merancang..hah yerlah cik puan hani oii..orang merancang kewangan, ko dok rancang coti..Dah duitnya dah tau hala ke mana..nak rancang apa lagi..muahahahaha

Kebetulan pulak tahun nie Raya Haji kan 2kali, hah..awal tahun aku ikut hubby hujung tahun nie lak balik KL ler aku. hah..tengok tu tak sudah2 dengan cuti lagi. Nasiblah..aku nie memang sah sah pemalas..tau nak coti jer..keja? Sendiri mau ingat ar..hehehehehe

Ada gak kawan aku soh aku bercoti hanya dengan hubby. Issh..kekok ar rasanya. Aku tau niat dia soh aku bercoti berdua dgn hubby utk mengeratkan lagi hubungan kami. Tapi pada aku kan time nak bercoti berdua tu bukan sekarang. Bila anak2 kami dah besar ler. Buat masa nie biarlah dulu coti berdua2an tu. Maklumlah masa kan berlalu pantas, nanti rasa tak puas bersama anak2 tu. Ecewaahh..look who's talking. (Eleh..sebenarnya keadaan kewangan yang tak mengizinkan, carilah alasan lain dulu..heehehehehe)

Jumaat, 29 September 2006

Sakit apa?

Sebelum nie aku pernah citer pasal hubby yang kurang sihat semenjak aku mengandung. Mulanya aku sangkakan sakit sebab pembawakan budak. Mana taknya, dia dah cuba ubat hospital, keadaan dia tak berubah.

Masa aku berpantang di KL, hubby telah pergi ke pelbagai tempat untuk berubat secara kampung. Sehinggalah aku balik semula ke Seremban, keadaan hubby tak jugak berubah. Aku pun cuba tanyakan adik sepupu yang juga tinggal di Seremban kot2 dia kenal mana2 orang yang boleh ubatkan hubby. Adik sepupu aku nie pun cadangkanlah seseorang yang dikatakan boleh mengubat secara kampung nie.

So, minggu lepas selama 3 malam berturut aku menemankan hubby berubat secara kampung. Seram gak aku bila tetiba aku disergah dek bomoh yang dikatakan bukan dirinya memarahi aku membawa suami aku berubat.

Ketika dia meletakkan limau nipis di tapak kaki kemudiannya di tapak tangan, tetiba aku rasa meremang. Malah ketika hendak membuang limau tersebut secara tetiba bahu aku sakit yang amat sangat. Namun sakit bahu hilang setelah hubby habis berubat selama 3 malam tersebut.

Setelah hampir seminggu berlalu, bila aku tanya hubby keadaan dia. Hubby kata belum ada kurangnya lagi. Aku memujuk dia dengan kata2 'biasalah, bila sakit datang macam kilat, nak baiknya pergi macam semut'. Harapnya hubby tak berputus asa untuk berubat.

Aku senantiasa doakan agar dia cepat sembuh. Bukankah doa orang teraniaya nie termakbul olehNya?

Selasa, 26 September 2006

LIDYA CAMELIA..

Terima kasih buat mereka yang ucapkan tahniah tu..

Alhamdulillah..Anak perempuan yang dianugerah olehNya aku letakkan nama LIDYA CAMELIA. hah..ko glamer tak? Nama mak tak glamer..ganti nama anak ler..hehehee

Si Lydia dah mencecah usia 2 bulan semalam. Sebelum nie aku ada gak tengok2 blog tapi rasa malas lak nak bercerita.

Lydia dilahirkan pada 28 Julai lalu dengan beratnya 3.45kg dan semasa aku bawak dia untuk diinjek pada 17hb September hari tu beratnya dah pun mencecah 5.5kg. Memang dia kusss..semangat. Aku pun suka peluk dia. Kuat menyusu tapi tak banyak ragam.

Seronok aku dapat berblog semula...Belum terlambat aku ucapkan SELAMAT BERPUASA kepada rakan blog semua. Insya-Allah bila ada kesempatan nanti aku kembali lagi.

Khamis, 20 Julai 2006

Masih "kembung"

jeng..jeng..jeng..

heheheehehehe..

aku masih di sini..masih belum bersalin..hmm..nampak gayanya samalah seperti anak pertama dulu aku lewat bersalin sehingga 11hari. Tanda2 belum ada..tapi ketidaklaratan aku dah terserlah..

apapun pada rakan2 bloggers..terima kasih kerana kunjungan tak lupa dengan doa kalian..

bila dah bersalin nanti..insya Allah..akan ada orang yang beritahu disini..

Jumaat, 7 Julai 2006

Perihatin & Sayang?

Nak citer pasal keadaan aku sekarang nieh takut orang jemu lak. Macamlah ini kali pertama aku mengandung. Entahlah..pada aku kan mengandung kali kedua nie ada kelainannya. Kelainan tu takdelah ketara sangat. Eh..dalam dok taknak citer pasal keadaan mengandung nie, aku dok gak citer ek. Sebenarnya aku nak citer pasal kejadian yang membuatkan aku rasa gembira sangat.

Citer nie adalah kena mengena dengan keadaan aku yang tengah sarat nie. Baru jer berlaku dua minggu lepaih. Masa tu hubby nak isi minyak kereta, kebetulan pulak aku rasa kepanasan. So, sementara hubby isi minyak kereta tu aku pun cakap kat hubby aku nak gi beli aiskrim. Konon2 jalan cepat ler tuh. Yang sebenarnya aku menapak perlahan untuk masuk ke dalam kedai. Belum sempat aku nak bukak pintu, keluar seorang budak lelaki yang masih bersekolah rendah. Aku tak sangkalah budak lelaki tu sanggup pegang pintu dan tunggu sehingga aku masuk kedai tu. Aku senyum kat dia sambil ucap terima kasih. Memang aku tak sangka ada budak sekolah (lelaki pulak tu) yang begitu sopan dan berhemat. Taulah kan, bebudak sekarang nie takdelah pandai nak begitu perihatin. Tentu mak bapak dia bangga ada anak yang begitu kan. Yerlah..sekarang nie bukan setakat bebudak, kekadang orang dewasa pun tak perihatin sebegitu.

Okay..nie citer malam tadi pulak. Sambil dok tengok tv kuar iklan Pizza Hut pasal pizza yang terbaru. Tetiba meluncur jer mulut aku cakap.."Wuuiih..sedapnya pizza tu". Jam tu jugaklah MIL aku masuk bilik dia ambik duit soh order pizza hut. Aku ingatkan dia bergurau. Aku lak selamba jer dok dalam bilik. Tetiba hubby panggil aku dan tanya naper aku tak call pizza hut lagi. Laa..aku ingat kot hubby nak gi beli. Aku pun tanpa berlengah capai tepon call ler. Hah..malam tadi aku tak makan nasik..aku makan pizza. Sedaapnya..

Tulah..asik dok pikir betapa bosannya dok dengan MIL (walhal dia tak pernah pun merungut dengan sesapa pasal aku, aku tak de pun dengar dari mulut orang lain dia merungut pasal aku). Tengok betapa perihatin dan sayangnya dia kat aku nie. Aku jer yang asik pikir yang bebukan. Asik dok merungut jer. Teruk betul aku nie kan.

p/s: bukankah kita selalu diberitahu setiap kejadian ada hikmah disebaliknya?

Isnin, 3 Julai 2006

Lagiler penat..

Aku rasa lemau jer nak menaip entri hari nie. Bos aku tak abih2 tanya itu ini. Bosan pulak aku jadiknya. Hari Jumaat hari tu aku balik lambat, dalam dok terkocoh2 nak balik tu aku tertinggal handphone. Hah..kau hari Sabtu dan Ahad aku di rumah tanpa handphone. Aku punyalah mengagau..tak yah cakap. Asyik dok ingat saperlah dok call aku..saperlah dok sms aku. Peh tu dok pikir sendiri..tulah dolu2 takde handphone tak heran pun. Sekarang nie takde handphone..iskkk rasa serba tak kena betul jadiknya. Ker aku sorang jer rasa camtu?

Semalam aku pegi check-up lagi. Alhamdulillah..blood pressure, ok..baby pun dah pusing dah (kepala dia kat bawah). Doktor cakap lagi tiga minggu, lepaih nie check-up seminggu sekali lak. Aku ingat lagi masa Julia dulu beria2lah aku dok packing baju dalam beg, siap ambik coti awal seminggu sebab aku ingat kot aku nie bersalin awal dari tarikh due tu. Tup2 aku bersalin lewat sebelas hari dari tarikh sepatutnya. So, sekarang nie aku takdelah nak packing sangat. Kotlah nanti yang nie aku 'terbersalin' awal..tak taulah..

Lagi nak dekat bersalin nie kan..lagi murah ler rezeki. Hari Sabtu petang aku ikut hubby gi beli burger kat Paroi. Almaklumlah..dia cakap nak makan time tengok Brazil lwn Peranchis nanti. Lalu sebelah gerai durian. Si Penjual siap ler cakap.."kak, kalau akak beli durian nie, saya bagi harga special". Aku bukan taknak beli durian dia. Tapi ayah mertua aku dah beli dah. Lagipun tak ramai yang nak makan sangat durian kat umah. Lainlah family aku kat KL nun..letak satu raga pun belum tentu cukup..sebabnya memasing memang suka makan durian.

Lepas tu aku lalu pulak kat gerai apam balik. Aku memang suka makan apam balik, tak kiralah yang kecik atau yang besar tu. Tapi aku lagi suka yang kecik2 tu. Harga 3keping RM1. Okaylah aku pun mintak ler singgit jer, sebab hubby dah beli burger dan pisang goreng. Mak mertua lak dah kirim mee goreng mamak. Dalam dok penjual tu kira 3 keping, dia tambah satu lagi..katanya untuk baby dalam perut. Alhamdulillah..rezeki orang mengandung. On the way balik umah, aku tersenyum jer. Inilah kelebihan jadik orang perempuan yang orang lelaki tak mungkin dapat. Jangan jeles ek..orang lelaki. wink*wink*

Hah..semalam lepaih gi check-up aku gi Giant Senawang..punyalah ramainya umat yang membeli barang. Almaklumlah..awal bulan kan. Siap beli belut sekor. Belum apa2 aku dah kecur air liur dah..hehehehehehe. Nak ikutkan aku takdelah teringin sangat nak makan belut nieh tapi ada satu hari tu aku dok berborak dengan sorang jiran nie peh tu tak pepasal aku ternampak belut dalam longkang depan umah..tetiba jer aku cakap kat jiran "wuih..belut nie kalau goreng garing berlada sedap nieh"..jam2 tu gak aku terkecur air liur. Terus ler jiran aku sound.."hah kak, sampai dah terliur camtu kan kak..akak kenalah makan..tak nanti akak kempunan".. So, tercapailah hajat aku nak makan belut.

p/s: Julia sebut 'kepala'..'palo'..membuatkan hubby suka giler. Maklumlah orang nogori kan.

Khamis, 29 Jun 2006

Nak watcamner..

Aku memang nak sangat citer pasal opismate aku yang seringkali 'membakar darah' jer. Tapi aku pikir..lagi aku tulih lagi sakit hati nanti. Dia nie bukan sebangsa tapi bangsa yang kita kenali sebagai yang lebih bijak, lebih rajin dari bangsa aku. Nak kata aku terkejut tu takdelah sangatkan. Jadinya, aku amek keputusan untuk tidak berciter pasal dia dalam blog aku. Bak kata orang Nogori tu kan..mengabihkan boreh yo..

Bermula dari minggu ini setiap 2minggu aku kena gi check-up. Sebelum nie doktor scan kata baby dah berpusing. So, kali nie surelah doktor nak tengok sama ada baby dah pusing balik or not. Risau gak nie. Tapi nasib baik hubby ada..family pun doakan aku selamat..Memang time2 camnie sokongan hubby n family penting buat aku.

Dulu masa aku mengandungkan Julia..due date pun dah over...dorang ler dok sibuk tanya itu ini. soh aku 'potong' jer. Amboi..dorang nie dah lupa ker..yang mengandung tu aku..tentulah aku lagi risau. Tapi doktor kata aku ok..aku pun rileks jerlah..(tapi takut n seriau tu takleh nak cakap dah)

Aku rasalah kan..semua ibu yang pernah mengandung..sure ingat kandungan pertama dorang camner. Maklum pengalaman baru jadi ibu mengandung. The feeling tu takleh nak diciterkan dengan kata2 (cewaaahh..). Hanya mereka yang mengalaminya yang tahu perasaan tu.

Aku 'enjoy' time mengandung nie..semua adik2 termasuk abang aku sibuk dok pegang perut aku nak rasa pergerakan baby dalam perut aku. Dorang memang suka betul kekadang tu dorang gelak besar bila rasa baby dalam perut bergerak. Yang paling seronok tu of coslah abang aku yang tua tu. Sebabnya masa aku mengandungkan Julia, dia langsung tak berpeluang nak pegang.

Alhamdulillah....abang dah banyak berubah. Tapi kami tetap risau..takut dia kembali ke tabiat lamanya. Aku harap perubahan nie berkekalan..insya Allah. Yang paling menggembirakan..bapak dan mak aku. Yerlah..parents mana yang suka anak dia terlibat dengan najis dadah kan. Mungkin abang dah insaf dan menghargai sokongan keluarga dia. Umur abang pun dah nak masuk ke 34 dah..dah sibuk nak cari girlfriend. Tapi mungkin dia sedar dia dah banyak ketinggalan..dia taklah serius nak mencari pun. Sekarang nie dia dok sibuk nak amek lesen memandu. Dok sibuk buat macam2 kerja untuk bayar kursus memandu tu.

Okaylah..cukuplah kat sini..'mak buyung' nie dah penat menaip..dia nak sambung buat keja opis lak..nanti kita sambung citer..adios..

Isnin, 26 Jun 2006

eh..iyer ke?

Di hari Sabtu lalu, aku balik PDKL (heeheehee..kat mana tu?). Lawatan rutin tapi selepas nie aku akan balik hanya untuk berpantang nanti. Aku tak pegi pun melawat atok aku. Bukan tak sempat, tapi keadaan cuaca tak mengizinkan (alasan jer). Sepatutnya hubby kena pegi ke kenduri doa cukur jambul sepupunya di Gombak tapi dia beralasan aku tak larat. (marah betul aku kat hubby bila dia beralasan pada parents dia cenggitu..nanti apa pulak kata in-law kat aku)

Pagi tadi Alang tepon..

Alang: Assalmualaikum..

Aku: Wa'alaikumsalam..

Alang: Dah beranak lum?..hehehehehehe

Aku: Belum daa..due date pun lambat lagi..tunggu jerlah..ishh..ko ni tak sabar ar..

Alang: Aku tengok perut ko besar semacam jer tu sebab ar aku ingat ko dah beranak



Aku: Ajaran mana ko dapat nie?..asal perut besar jer, hah..cepat ler beranak..



Alang: Eh..orang biasanya..mengandung kali kedua sure perut dia lagi kecik dari yang pertama tau..ko tu lain lak jadiknya..



Aku: Agaknya aku nie lain dari yang lain kot..hahahahahahaha



Alang: Perasan!! Hhmm..oklah aku ada keja skit nie..nanti kita citer lagik..



Aku: Hah..yerlah..nanti kita citer lagik..Assalammualaikum..bye



Lepas jer letak tepon..aku pun terfikir..eh..betul ker camtu? Betul ker..mengandung kali kedua nie perut tu patutnya kecik dari yang pertama?..hai..memacam ler teori adik aku yang sorang nie.

Jumaat, 23 Jun 2006

Lamanya..

Alahai..kesian blog aku nie..dah lebih seminggu tak berupdet. Nak kata malas, tak gak..nak kata takde mood..habih sumer blog lain aku redah..hhhmm..Dahler tak lama lagi aku nak coti bersalin dua bulan..Pada yang dok tertanya2 bila due date..hah untuk kesekian kalinya, aku nak bagi tau tarikh due bersalin aku pada 26hb Julai nie..(hah..wirawan..ingat ek..kot nanti org dah bersalin dok tanya2 gak..tak dapek den nak nolong)

Hari tu dah gi check up..Alhamdulillah..segalanya ok tapi doktor cakap baby aku dah pusing balik kepala kat atas lak..alaaa..ni yang tak best nie..but then doktor cakap ada masa lagi untuk dia pusing ke kedudukan asal iaitu kepala ke bawah. Iskk..harapan aku biarlah dia pusing ke arah kedudukan yang betul. Takper..cool down..aku tak leh nak gabra sangat..nanti lain lak jadiknya.

Semalam dengan hari nie bos aku takde, dia bercoti. Yeay! tapikan dia ada ker takde ker sama jer. Almaklumlah bos aku pun bukannya lekat kat opis nie. Konon gi carik sales ler tu. Eleh macamlah aku tak tau orang buat sales nie camner. Lagipun aku pernah ler gi makan kat satu restoran nie dan tak disangka2 'terberjumpa' bos dengan awek dia. Eeii..main tuduh jer aku nie ek..tapi aku tak tuduh tau sebabnya aku memang kenal isteri dia. Hari tu masa Tahun Baru Cina aku gi umah dia dan hubby pun cakap kat aku "eh..yang kita jumpa hari tu, bukan isteri dia". Eii..sib baikler dia cakap time dalam kereta. Tak kisahler tu, bos aku pun bukan Islam. Lagipun itu hal peribadi dia..aku tak nak amek tau langsung. heeheehehe

Oklah..cukup dulu sampai sini..aku nak gi 'longkai' blog lain. Lagipun aku nak citer pasal opismate aku yang selalu betul buat aku hangin satu badan. Orang kata time mengandung nie takleh nak marah orang sangat takut nanti terkenan. Tu sebabler aku maleh nak citer pasal opismate aku nie. Kalau aku citer, aku rasa korang pun mesti berangin macam aku gak.

Rabu, 14 Jun 2006

Lek ar..

Tajuk utk hari nie tapi citer nie dah basi..

Anak aku si Julia yang baru berumur 1thn 7bln dah pandai loyar buruk..

Salah aku jugak..

Minggu lepaih MIL tengah kemas bilik, Julia pun sibuk mengemas sampaikan MIL bising marah kat dia.

Then aku pun panggil Julia.."kakak..meh sini meh"..

Julia pun datang kat aku..then aku cakap "pi cakap kat Wan tu..Lek ar Wan"..

Tanpa lengah Julia pun gi masuk bilik dan cakap "Lek ar Waa.." Wan dia dengar jer, lagiler berangin n marah dia.."eeii..budak nie den lesing kang, lek ar...lek ar"..hehehehee

Sekarang nie tiap kali aku marah dia jer..mula ar dia cakap "lek..lek ar mak"..Adeeh..padan ler muka aku..

Hujung minggu hari tu aku balik ke Pantai Dlm dgn adik2 sepupu..dorang siok jer dengar dia cakap.."lek..lek ar..k"

Nak wat camno..time nie ler memang seronok dia cakap apapun kecuali 'mencarut'.

p/s: Ayat baru aku ajar.."tak rock ar"..

Khamis, 8 Jun 2006

Biasanyalah kan..

Bila seorang isteri dicerai dek sang suami..yang dikata, yang dikutuk tentunya sang isteri. Dikata sang isteri tak pandai jaga suami, curang, ego dan macam2 lagi.

Bila seorang anak berlaku biadap, sang ibu dipersalahkan dulu.."tulah tu budak tu, mak bapak dia tak ajar dia agaknya"..mak jugak kena ek..

Bila sang perempuan mengandung tanpa nikah, dikata "tulah dia pompuan bodoh, terlalu mudah percaya kat lelaki"..

Bila perempuan muda berkahwin lelaki lebih tua yg layak digelar bapak, "alaa..pompuan tu mata duitan"..

TAPI

Bila lelaki buat hal jer.."alaaa..biasalah orang lelaki..camtulah perangainya"..

DAN

Yang bercerita lebih2 pun orang PEREMPUAN jugak..

abih tu camno?

boleh tukar tak?


tak kot..

Isnin, 5 Jun 2006

Perlukah?

Masa aku belum berkahwin dulu selalu gak kengkawan opis (yang dah kahwin) beri aku nasihat yang macam2. Ada yang soh aku jangan beritahu berapa gaji aku, ada yang cakap jangan dok serumah dengan mertua tak kurang yang soh aku jangan percaya 100% suami dan tak kurang juga yang menyuruh aku membuat akaun simpanan yang tidak diketahui dek suami nanti.

Tapi itu tak menjadikan aku takut menempuh alam rumahtangga (tipu..menggelabah pun ada). Nasihat mereka mungkin berdasarkan pengalaman sendiri ataupun pengalaman dari orang lain. Bila hari perkahwinan dah nak dekat lagi banyak masalah kengkawan (yg dah berkahwin) timbul. Tapi ada jugak kengkawan yang nasihatkan aku supaya jadi isteri yang baik, yang taat dan setia pada suami. Aku hargai segala nasihat dan petua mereka itu.

Tapi yang membuat aku rasa terkilan sangat tu sampai sekarang hubby belum pun menukar penamaan untuk KWSPnya. Macamlah aku nie ndak sangat duit tu. Aku tak kisah langsung tapi kenapa mesti dia taknak letak nama hatta nama anak dia sendiri. Bila ditanya, dia tanya kat aku balik, sama ada aku dah tukar atau tidak. Sejak tu aku tak nak lagi sebut hal tu. Buat aku sakit hati jer. Bila dah geram tu, aku cakap kat dia aku soh tukar bukan sebab aku nie mata duitan tapi untuk masa depan anak2 dia jugak. Then aku cakap lagi, aku memang tak heran dengan duit KWSPnya sebab aku awal2 dah pun membeli insurans nyawa yang lebih tinggi nilainya dari duit KWSPnya tu. Aku katakan lagi aku memang dah lama bersedia dengan segala kemungkinan. Tapi apakah persediaan yang dia tinggalkan untuk aku dan anak? Hah..masa nie dia dah diam dah..(aku nie kalau part menjawab mmg terer).

Suami sepatutnya sediakan segala bekalan untuk sebarang kemungkinan tapi kalau dia tak buat, janganlah berdiam diri. Buatlah sesuatu supaya kita (isteri) tak susah di kemudian hari. Tak kisahler nak beli insurans ker, buat akaun rahsia ker..terpulanglah asalkan apabila terjadi sesuatu yang tak diingini, kita dah bersedia.

p/s: tepuk dada, tanya selera...

Khamis, 1 Jun 2006

Geng..

Baru jer 3 hari lepas aku dpt sms dari X classmate aku, dia selamat dah bersalin anak ke 5. Anak yang diinginkan iaitu anak lelaki. Sebab sebelum nie dia dah ada 3 anak perempuan dan sorang lelaki. Sekurang2 sorang hero tu ada kawan nak bermain katanya. Aku cuba call sampai sekarang tak dapat. Mungkin dia dah balik kampung atau masih di hospital aku sendiri tak pasti. Aku masih tertunggu2 kot dia sms aku atau call aku untuk beritahu dia dah balik umah atau di kampung. Aku doakan dia selamat dan sihat hendaknya.

Ex-classmate aku nie nama dia Sarah[bukan nama sebenar], dulu satu geng masa kitorang di Tingkatan 3. Selain dia ada lagi 2 orang. Sampaikan kami combinekan nama masing2 untuk dapatkan nama geng kami. Tapi setelah keputusan SRP (sekarang PMR) kami perolehi, masing2 tercampak ke kelas yang berlainan di Tingkatan 4.

Setiap kali aku berborak dengan dia pasti terselit kisah dia buat lawak. Lawak tu bukan yang dibuat2 dek Sarah nie. Aku nak share dengan korang kes lawak tu. Setiap kali waktu rehat sudah pastinya kami berempat akan bercerita, bergosip ..pok pek pok pek. Entah macam mana tetiba aku cakap dengan diorang yang aku risau tentang peperiksaan SRP yang bakal kami tempuh tak lama lagi. Mula ar si Miah[pun bukan nama sebenar] dan si Siti[sama gak aku tak letak nama betul] menyatakan nak buat sembahyang hajat. Si Sarah nie pun sibuk sama ar nyatakan pasal kerisauan dia.

Entah camner satu hari tu, Miah dan Siti bertanyakan sama ada boleh atau tidak untuk pergi ke rumah aku. Selalunya rumah Miah yang jadik tempat persinggahan. Aku pun rasa seronok sebab dorang tak pernah pun nak datang ke rumah aku. Aku kata ok jer. Aku pun tanya kat Miah

"kenapa tetiba jer nak datang umah aku lak?"
Miah pun cakap, "nak ajar si Sarah sembahyang".
"hah! Sarah tak tau sembahyang ker?" aku memang terkejut giler mendengarnya.
"Kalau dia tau, takkan dia mintak kita ajar" jawab Miah.
"bila korang nak datang?" aku tanya Miah.
"hari nie lepaih abih sekolah, boleh?" Miah jawab.

"ok, set"..kata aku dengan rasa seronoknya. Almaklumlah kengkawan nak datang umah 1st time la katakan. Mestilah aku kata ok jer. Sampai dirumah jer, kami mengisi perut kami dulu. Lepaih tu aku pun keluarkan telekong yang biasa aku pakai dan beberapa pasang telekong lain. Kami pun siap2 berwuduk. Itupun aku sempat tanya pada Sarah sama ada dia tau atau tidak berwuduk. Sarah selamba jer cakap

"Itu memangler aku tau"

Aku, Miah dan Siti pun memulakan sesi pelajaran pada Sarah.

"Mulakan dengan niat sembahyang, kuat2 tau kitorang nak dengar", kata Miah pada Sarah. Sarah dengan megah menjawab

"Eleh..kacang jer tu" dan terus kepada membaca niat...

"NAWAITUSAUMA...

Tak sempat habis baca aku, Miah dan Siti dah terbaring tergolek2..gelakkan Sarah. Sarah dengan selamba jer cakap,

"Wei, janganler gelak wei..aku baca salah ker?

Terus aku cakap, "Bacaan tu betul tapi itu untuk puasa ar..kahkahkah

Kesian Sarah tak pepasal jer kena gelak dek kawan baik sendiri. Tapi itu tak menjadikan dia lemah untuk belajar sembahyang. Malah kini dia amek pengajaran untuk mengajar anak2 dia sembahyang dari umur mereka di peringkat sekolah rendah lagi.

Setiap kali aku citerkan pada Sarah hal nie sure dia akan gelak sama. Lepas tu mula ar kitorang sibuk nak ulang semula zaman sekolah kami.

Isnin, 29 Mei 2006

Tumpang gembira

Semalam ikut hubby pegi Seremban Parade. Ada bowling tournament inter dept di tempat keja dia. Hubby dah lama tak main bowling..almost setahun lebih. Last sekali main last year. Dia menang di tempat kedua. Dan semalam dia menang tempat kedua lagi (bahagian individu). Dah tiga tahun berturut2 dia menang tempat kedua. Katanya ketiga ke atas berpeluang masuk bertanding 'inter industry' lak. Tapi kali nie dia kata dia taknak pegi lagi dah..nak bagi peluang pada orang lain katanya (macam tak caya jer nie).

Semalam jugak lah hubby bawak balik hamper dan 2 trophy. Satu trophy bahagian individu manakala satu lagi untuk juara department. Aku tumpang gembira untuk hubby. Lepaih tu kitorang gi makan ker McD ler apa lagi. Dah makan kami pun balik umah. Hubby maleh nak kemana2 sebab dia nak tengok 'live' bolasepak Myteam vs Malaysia team. Tahniah ler pada pasukan Malaysia menang. Tak dapat aku bayangkan muka Sebegeth Singh kalau Myteam menang. Lagi eksen ler muka2 orang kuat Myteam tu kan? Walau apapun pasukan Myteam patut berbangga sebab dalam masa sebulan dah jadi pasukan yang baik. Aku tak tengok sangat perkembangan Myteam nie tapi sekurang2nya aku tumpang gembira dan bangga ada pihak begitu perihatin nak menaikkan taraf bolasepak tanahair kita. Cewaaahh...koyo jer aku nie kan.

Dah cukup ler pasal bolasepak nie. Sekarang nie selain orang dok sibuk citer pasal bolasepak 'worldcup', orang dah start citer pasal Akademi Fantasia 4. Tak lupa jugak realiti hiburan yang lain seperti Mentor dan One In A Million. Meriah gitu.. Aku tumpang jadi penonton jer. Nak join undi2 nie..mintak maaf jerlah. Baik aku anta sms tanya khabar kengkawan aku len.

Ada sesapa dah demam mengundi ker? Selamat mengundi yer. Jangan sampai bajet lari sudah ler..hehehhehehehe

Rabu, 24 Mei 2006

Genap seminggu..

Kesian blog aku nie..dah seminggu aku tak updet..takper..takper mari kita ikuti perbualan suami isteri nie..

Para pelakon: anak berumur setahun lebih dan sepasang suami..
lokasi: rumah
suasana: malam

anak: mak..mak nak kong(dukung)

mak(tgh sarat mengandung anak kedua): alahai..mak tak larat ler nak dukung..

anak: maakk nak kong(dukung)

mak: isshh..ayah ko nie tau 'bu*t*ngkan' mak jer..tak kesian tengok mak nie..

tetiba sang ayah menjawab: tak sengaja..

direct jer mak jawab: dah tau tak sengaja kenalah bertanggungjawab (sambil dukung anak)

moral of the story: ???? (aku pun tak paham..asalkan blog nie berupdet udah ler..hahahahahaha)

Rabu, 17 Mei 2006

Terasa Sikit Jer..

Malam Isnin tu mak mertua(MIL) tanya something kat hubby, aku kat dlm bilik tak berapa dengar sangat. So, aku tanyalah kat hubby apa yang mak dia dok tanya. Hubby kata mak dia tanya boleh atau tidak aku cuti or balik cepat esok (Selasa) sebab dia ada hal persatuan WInya tu. Aku tak jawab, aku diam jer.

Pagi Selasa masa tengah bersarapan tu MIL tanya kat aku. Siap cakap tak dapat pun takperlah. Mungkin dia paham aku nie tak boleh nak sesuka hati jer nak amek coti or balik cepat sesuka hati aku jer. Aku cakapler aku cuba mintak kebenaran kat boss aku tu.

Dan aku pegi ofis macam biasa. Bila bos aku masuk jer, aku terangkan keadaan aku. Sememangnya coti setengah hari tak dibenarkan langsung dek company tempat keja aku nie. Nasib baikler bos aku memahami situasi aku. Aku call hubby dan suoh dia jemput aku balik. Makanya aku bercuti ler semalam. Kebetulan pulak adik ipar aku pun coti gak. Tapi MIL tak yakin anak dara dia yang berumur 23tahun boleh diharap untuk menjaga si Julia.

Lewat tengahari masa MIL nak kuar dia tinggalkan duit skit dan pesan kat adik ipar aku kot kitorang nak kuar. Tapi adik ipar aku ada cakap dia nak kuar gi nengok wayang. So, aku cakap ar dekat adik ipar aku tu kalau dia dah ada plan tak yah ler tunggu aku, aku tak kisah (maleh nak kuar sebenarnya). But then adik ipar aku kata dia takde ar nak tengok wayang sangat pun. So, lewat petang lepas Asar kami pun kuar ke Seremban Parade. Macam biasa, Julia memangnya tak reti dok diam, ada jer tempat dia nak explore. Letih betul aku dibuatnya. Sempat ler aku shopping baju untuk Julia.

Balik rumah dekat time Maghrib, semua pun ada dirumah termasuk hubby. Julia pun senang jer tido, penat agaknya gi berjalan.

Yang buat aku terasa sikit tu (sikit ker?, ntahler) MIL cakap kat Julia, "Apsal Julia tak beli baju tido? Asik beli baju jalan jer, baju tido Julia banyak dah tak muat". Masa tu aku kat ruang tamu, dok ngadap tv dengan hubby. Aku dengar dengan jelas dan aku tau dia cakap tu tujukan kat aku. Aku cakap perlahan (hanya hubby yang dengar), "baju tido Julia tu ayah dia lak beli, asik mak jer beli..tak acilah". Hubby diam jer. Mungkin dia tau aku terasa or mungkin dia malas nak jawab.

Jumaat, 12 Mei 2006

Pasal Bola Sepak

Aku copy dari citer lama dulu sempena dengan Piala Dunia yang baru nie yer..

Eh..macam tak caya jer kan di hari Wesak nie aku sempat lagi berinternet. Aku tumpang di bilik adik ipar aku nie. Sajer jer sebab Julia tengah tido dengan hubby kat bilik nun. Otak pun tengah berfikir ligat pasal hal nie. Jadiknya, sebelum aku lupa aku terus jer updet. hehehehehe

Hhmm..tak lama lagi akan bermula perlawanan bola sepak yang sememangnya dinanti dek ramai peminat bola sepak. Hubby tak terkecuali. Selama sebulan akan datang nie hubby akan bermula dengan jam locengnya.

Aku? Aku tak minat sangat dengan bola sepak nie. Tapi pada tahun 2002 aku pernah bercuti semata2 nak tengok perlawanan underdog pilihan aku Cameroon berlawan tapi aku tak ingat lawan dengan pasukan yang mana satu.

Baru2 nie aku menonton National Geographic. Sememangnya kalau takde citer menarik di Astro aku pastinya menekan butang2 no. 50 (Discovery Channel) dan 52 (National Geographic). Hari tu aku tonton mengenai sejarah bermulanya bola sepak. Hahh..pada yang minat bola sepak pastinya kenal dengan Pele takpun Diego Maradona. Barulah sekarang aku tau sebenarnya ada bintang yang amat terkenal sebelum mereka nie iaitu Arthur Fredeinbech. Si Arthur inilah sebenarnya perintis kepada bintang2 bola sepak terkenal di Brazil. Kerana dulunya bola sepak di Brazil hanya dikhususkan kepada orang kulit putih. Tapi si Arthur nie adalah berdarah campuran (mak dia berkulit hitam).

Baru aku tau jugalah dari mana datangnya perkataan ADIDAS. Ianya adalah singkatan nama dari pembuat atau pereka kasut dari Jerman, Adi @ Adolf Dassler. Dari tontonan itu jugalah bila aku bertanya dengan hubby, dia sendiri tak tau. Aku dengan megahnya berkata pada dia bahwa amat penting bagi seseorang yang meminati bola sepak mengetahui sejarah bola sepak ini. Cewaaah..mulalah aku nak berlagak nie. Dan aku kata lagi pada dia bahawa perintis kepada bola sepak nie ialah bermula dengan Kelab Bola Sepak Sheffield di England. Hubby tersenyum dengan gelagat aku bila aku cerita benda tu semua kat dia. Mungkin dia tau aku cuba nak 'lebih' dari dia kot. Tak kisahlah..janji aku rasa seronok dan bangga.

Lagi satu, barulah aku tau kenapa Jerman memenangi perlawanan bola sepak pada tahun 1954 ketika menentang pasukan pilihan Hungary..ianya kerana buatan kasut ciptaan Adidas tu sendiri.

Sekarang nie aku rasa 'lebih' berpengetahuan pasal bola sepak dari hubby aku sendiri. Hhmmm..kali nie aku rasa aku nak join ar tengok tapi aku dah sarat..larat ker aku nanti? Takperlah..baca surat khabar takpun tengok internet dah cukup ler.

Khamis, 11 Mei 2006

Bosan ar..

Lagi lama aku tak menulis dalam blog nie, lagi malas pulak rasanya. Kekadang tu dok melanguk dok intai blog orang lain, bila rajin tinggalkan komen kalau tak, buat derk jer.

Nak kata dah kering idea tu taklah jugak tapi rasa malas tu memang ada. Esoklak coti kan, nak balik Pantai Dalam hari Sabtu kena keja. Terpaksalah kena tunggu sampai habis keja Sabtu nie. Itupun entah jadi entahkan tidak sebab hubby tak sihat. Sejak aku mengandung yang kedua nie kesihatan hubby pulak yang lebih teruk dari aku. Sakit perutlah, rasa sesaklah. Kesian gak nengok dia. Dari awal mengandung sampai dah masuk 7 bulan nie, hubby ler yang lebih teruk dari aku. Kekadang tu aku senyum tapi lebih simpati tengok dia. Pagi tadi terjaga tengok muka dia..tidur dalam senyuman, ntah apalah yang dia dok mimpi tu.

Ada orang dah tanya bila nak bersalin. Nak bagi hadiah ker? (mata jeling kat wirawan) hehehee..Tarikh duenya 27hb Julai..Dulu masa mengandung si Julia due date 22 October ‘04 tapi terlajak sampai 2 Nov. Tak taulah kali nie awal ker lambat. Tunggu jerlah. Check-up bulan lepas ok jer. Insya Allah moga2 bulan nie pun sama gak.

Selamat Bercuti panjang ....

Rabu, 3 Mei 2006

Duka dibalas Ceria

Sepanjang awal minggu lepas aku tak habis2 dilanda perasaan sedih, geram dan marah. Tapi semua tu terubat bila aku dapat berjumpa dengan mak dan bapak. Horayyy!!

Hari ceria itu bermula dengan..

Sabtu - Aku bersiap2 sebelah petang sebab awal pagi di ofis Ateh beritahu Wancu (Nenek saudara) menjemput ke majlis tahlil arwah Tokcu di rumahnya di Salak. Kebetulan malam nie ada perlawanan bolasepak NS Naza vs Pahang, so aku mintak hubby hantarkan jer. Memula mak mertua aku cakap adik ipar aku tukar syif kerja semata2 nak ajak aku ke stadium. Nasib baiklah aku tak batalkan rancangan ke Salak sebab adik ipar aku tukar syif bukan pasal bolasepak tapi sebab dia ada dinner di tempat kerja. Hubby rasa bersalah dan takut dikata dek sedara mara aku yang dia lebih mementingkan bolasepak berbanding majlis tahlil (memang pun..aku berani cakap dalam hati jer) tapi aku cakap lah pepandailah aku cover line dia. (Sok2 kenalah hubby cover line aku lak..hehehehe)

Selesai majlis tu aku ikut bapak balik. Macam biasa ar..bapak suka pasang kaset or lagu kuat2. Selalunya bapak pasang lagu Elly Nor & Nas Atea tu. Ntah naper kali nie lagu lain lak. Memula tu aku tak perasan, dah lelama tu barulah aku perasan..suara bapak ar nyanyi. Tak semena2 macam ada suis gelak ketawa ditekan aku gelak terkekek dengar suara. Bapak pun gelak sama. Kata bapak kengkawan dia rakam suara dia masa dia dok layan lagu2 yang dia nyanyi. Maka dengan itu aku jadi pengkritik tak bertauliah kepada bapak. Mak yang selalunya tido pun join sama..tapi join gelak jerlah. Heheheehe.. Ntah naper aku rasa perjalanan dari Salak ke Pantai Dalam tu lama sangat. Pasal dengar lagu yang bapak nyanyikan tu kot..hahahahhaha Jangan mare bapak..

Ahad - Hubby janji akan sampai awal pagi. Koyo jer dia. Lewat tengahari tu barulah dia sampai. Terlajak tido katanya. Yerlah yang...lenkali toksah janjiler. Buat jerih jer. Takde plan nak kemana2 pun. Memula tu ingat nak ajak Ateh gi umah 'mak' (mak sedara) sebab aku nak booking tukang urut masa dalam pantang nanti. Mana tau, Ateh gi kuar dengan kawan dia, aku nak gi sorang2 tak reti jalannya. Terpaksalah tangguh ke esok hari (sib baik ar coti lagi). Tengah malam rasa lapar ar pulak, sib baik Abang dah belikan maggi. Makan maggi ler aku, tapi hubby sibuk nak makan gak. Aku soh jer dia habiskan maggi aku tu. (maleh nak masak lain)

Isnin - Pagi lagi pak mertua dah call cakap lepaih Maghrib kang ada gathering kat umah mak teh hubby. Heran gak aku naper pak mertua call henpon aku..ooo patut ar..henpon hubby tak on lagi. So, lepaih Zohor aku pun siap2 ler nak balik ke Seremban..singgah gi umah Atok dulu. Alhamdulillah..Atok ok cuma mata dia semakin rabun. Dalam dok berborak tu..hujan ler pulak..kenalah tunggu hujan reda. Elok jer hujan reda..kami pun cepat2 bertolak. Sampai jer ke rumah, aku siapkan Julia pakai baju baru yang mak mertua belikan. Dah siap terus lak ke umah mak sedara hubby, tempat family gathering tu. Ada satu insiden..baju Julia ada tercalit kotor skit sampaikan mak mertua cakap dengan kuat "abih kotor baju baru den baru boli"..iskk..tersentap aku jab. Ndak2 pulak ada sepasang mata memandang aku dengan pandangan yang aku kurang pasti..sama ada pandangan kesian or pandangan sinis. ahhh..lantak ar..aku buat derk jerlah.

Semalam hujan lebat dan petir. Tepon opis rosak. Jadiknya, segala panggilan secara otomatik pegi ke henpon bos aku...hehehehehe hangin jer bos aku..membebel2 dia pasal semua call ke henpon dia.

Khamis, 27 April 2006

Bukan kawan lagi..

Aku tak sedih tapi aku geram..terlalu geram dengan sikap manusia yang tau berjanji tapi dia mungkir untuk kesekiankalinya. Sakit hati, geram, marah bercampur baur dengan sikap kawan sorang nie.

Aku pun silap jugak kerna terlalu percaya dengan cerita kepayahan hidup dia. Rupa2nya dia nie nak menagih simpati bercerita tentang hidupnya yang susah tu. Tau2 jer dia dah pasang satu lagi. Inilah dia sikap manusia yang tak tau nak bersyukur dengan segala nikmat Allah SWT bagi dia. Segala nasihat aku dulu dia buat tak reti. Bila dah susah begitu teruk barulah dia tersedar. Tapi kesedaran itu timbul terlalu lambat.

Kenapa begitu? Umur bukan muda lagi sudah pun menghampiri separuh abad. Aku kini langsung hilang kepercayaan terhadap dia. Hatta dia bercakap benar sekalipun tak mungkin aku percaya.

Kawan begini lebih baik tidak diakui kawan lagi.

Maaf kawan...kau dah hancurkan segala kepercayaan. Tolong? Tak mungkin aku mahu menolong atau memahami kawan seperti kau!!

Selasa, 25 April 2006

Sedih...

aku tengah sedih giler nie...

rasa macam nak lari jer...

rasa nak amek coti lelama..

ahhh..tak sabar rasanya coti panjang nie..

nak merajuk ar camnie...

tapi saper nak pujuk?

Isnin, 24 April 2006

Dulu & Kini..

Dulu...member ajak gi shopping or clubbing, ok set.. no prob..
Kini...nak jumpa member pun payah

Dulu...time gaji jer..apalagi, shopping ar.
Kini...time gaji jer..daipers, susu anak..shopping ar tu

Dulu..citer dgn member pasal pakwe tu kan pakwe nie kan
Kini.. my hubby itu my anak ini..

Dulu..barang make-up branded ajer..
Kini..make-up pun jarang daaa

Dulu..gi keja bapak hantar
Kini..gi keja hubby hantar..hahahaa

Dulu..manja mak bapak
Kini..manjakan anak2 but still manja makbapak..heh heh heh

Dulu..tido sorang2
Kini..tido bertiga nak masuk empat (hubby & anak2 ar)

Dulu..rindu kat pakwe time tak jumpa (kes cinta jarak jauh)
Kini..rindu kat makbapak (kes dok jauh dgn makbapak ar nie)

Dulu..nak gi mana2 selamba jer
Kini..nak gi mana2 mintak izin hubby

Dulu..jarang merajuk
Kini..jarang merajuk & hubby pun jarang nak pujuk..(nyampah!!)

Dulu dan kini...hhmmm..sungguh berbeza..hehehehehe
Tak suka? Ehh..mana leh tak suka..

Sudah berubahkan aku kini? Eh..takdelah..aku tetap yang sama..
Aku dah pilih hidup cenggini..Alhamdulillah...taklah seteruk mana..

Kengkawan len camner ek? Macam aku gak ker?

Selasa, 18 April 2006

Citer..

Macam biasa..hari ini hari paliiiiing takde mood nak wat kerja. Sampaikan toke kedai makan pun tegur aku macam takde mood. Ntahler..hari nie aku rasa berdebar2 jer. Orang dolu-dolu kata (orang dolu2 kata tau bukan aku), maknanya ada orang dok ngumpat takpun satu hal besar bakal berlaku. Orang dok ngumpat aku tak kisah sangat..tapi part yang pasal satu hal besar tu buat aku serba tak kena. Semoga dijauhkan segala perkara buruk hendaknya.

Malam minggu hari tu aku gi nengok perlawanan bola sepak NS Naza vs Penang E&O. Tuah kehadiran ibu mengandung dan anaknya membuatkan NS Naza menang 2gol. Hehehehe...perasan jer aku nie. Alhamdulillah cuaca malam tu tak terlalu sejuk ataupun panas. Tak larat aku melayan Julia. Kejab2 nak turun tangga. Rasa nyesal pun ada gak. Tapi aku tak leh nak bersungut dengan hubby. Sebab awal2 lagi hubby dah sound dah..kot nanti aku gak yang tak larat jaga Julia. Memang betul pun. Hubby pegi gak tapi dia kat tempat lain, aku lak kat tempat berbumbung. Alaa..tiket free pun. Tapi rasanya lepas nie aku taknak pegi dah. Serik nak jaga Julia yang langsung tak reti nak dok diam masa kat stadium tu. (Malam nie ada game lagi..aku taknak pegi sebab nak tengok citer Korea kat 8tv tu)

Hubby keja hari Ahad hari tu..OT katanya. Lewat petang dia rileks kejab peh tu dia ajak teman kuar gi potong rambut. Abih aku nie takkan nak melangut kot. alaaa..lelaki potong rambut kejab jer bukan nak cuci pun. Ikut gaklah. Singgah ke McDonald dulu, aku kepingin makan burger. Sampai ke McD, dah tak tau nak order burger mana satu lak. Julia macam biasalah, dia mesti nak kentang goreng. Kitorang makan kat situ jer. Hubby dah tarik muka dah tapi sebab isteri mengandung punya pasal, layan jerlah. Layanan istimewa time mengandung nie. Dia nak marah pun tak jadi marah. Aku jer yang selalu merajuk dengan dia. Muahahaaha (gelak jahat sudah mari).

Hujung minggu aku kena gi check-up. Harapnya semua ok, takde masalah. Insya Allah. Esok genap 6 bulan usia kandungan nie. Ramai cakap perut aku nampak kecik jer dibandingkan masa aku mengandungkan si Julia. Ehh..yerker? Ntah2 sebab badan aku nie besar gedabak kot sebab tulah perut nie nampak kocik kot. hehehehehe...Apapun, yang penting baby dan maknya sihat tanpa apa ada masalah..Aminnn..

Jumaat, 14 April 2006

Lamaran

Aku dah lebih seminggu jadi mem besar setiap kali naik kereta. Mana taknya, pintu depan tu dah rosak, aku kena duduk belakang. Hubby belum sempat nak pegi baiki. Lagi lambat lagi bagus..lagi lama ler aku berangan jadik mem..hehehehe

Hujung minggu nie dan minggu depan aku tak dapat balik KL. Boring.. :( Ahh..tak kisah ler tu. Lagipun dua minggu berturut2 sebelum nie aku dah balik dah.

Okay, seperti yang aku katakan semalam aku nak bercerita. Cerita ni dah berlaku hampir tiga tahun dulu. Saat aku dan si dia menghadapi masalah yang menyebabkan kami tak berhubungan selama sebulan. Dia tidak menghubungi aku dan aku pun begitu. Sedangkan ketika itu aku mengharap panggilan dari si dia. Aku pun tak tau kenapa tetiba kami dilanda krisis hingga menyebabkan masing2 tak mahu mengalah.

Aku amat peramah maka tak hairan aku senang berkawan dengan sesiapa. Namun setiap kali itulah aku rasa bersalah terhadap si dia. Agghh..lantaklah dia bukan suami aku untuk menyatakan hak dia..itulah fikiran aku ketika itu. Ketika aku hampir untuk menjalin dengan orang lain aku pastinya teringatkan si dia. Fikiran aku melayang sama ada kami masih lagi dianggap pasangan bercinta atau tidak.

Ini tak boleh jadik nie..lantas di suatu hari aku menelefon si dia. Tujuan aku menelefon dia pun bukan inginkan kepastian tapi aku dah buat keputusan. Aku tak ingin ada perasaan bersalah lagi. Aku inginkan noktah dalam hubungan yang tak berkesudahan.

Ketika dia menjawab di hujung talian. Hatiku jadi berdebar. Aku jadi tak tentu arah. Namun aku kuatkan semangat. Aku harus kuat untuk demi hati dan perasaan aku sendiri. Terus sahaja aku katakan pada sidia aku tak nak ada apa2 kaitan dengan si dia. Dia dihujung talian mendiamkan diri. Aku tak tau apa perasaan dia tapi yang pasti air mata ini tak semena2 mengalir deras. Aku cuba memanggil nama si dia tapi suara aku tersekat.

Secara tetiba itulah dia menyatakan betapa dia masih mengasihi dan meyayangi aku. Aku katakan sudah terlambat untuk itu. Kenapa dia tak cuba menghubungi aku kalau dia merindui aku, kalau dia masih kasih dan sayang pada aku? Setiap pertanyaan itu tak terjawab oleh sidia. Aku jadi geram tapi aku sebenarnya masih menyayangi dia. Agghh..ego masing-masing menyebabkan kami begini.

Entah macam mana ketika itu jugalah aku mengajak dia (kalau dia sudi) bersama aku, mak dan adik2 ke Genting Highlands. Terus sahaja dia setuju.
Di Genting Highlands, selepas makan malam. Dia mengajak aku turun ke bawah. Aku keberatan tapi kerana aku amat merindui dia, aku menurut sahaja.

Di saat aku terpandang dia..dia tersenyum lebar. Kami berbual seperti biasa seolah2 tiada apa2 yang berlaku antara kami. Secara tiba2 dia memegang tangan aku..dia menyatakan ingin mengahwini aku dan ketika itulah dia menghulur sebuah kotak comel ke tangan aku. Ketika itulah air mata ini mengalir..bukan sedih, tapi terharu. Dia bersungguh rupanya. Ada seorang lelaki Cina dan mesin-mesin minuman menjadi saksi kami.

Orang lain melamar dengan cincin tapi si dia melamar dengan sepasang anting2. Lain dari yang lain. Dan kini kami telah melayari alam perkahwinan yang bahagia selama lebih 2 tahun. Dan tak lama lagi kami bakal menimang cahayamata ke 2. Semoga ikatan kami kekal selamanya..Amin Ya Rabbal Alamin.

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU SEMUA :)..

Khamis, 13 April 2006

Ringkasan..

Sesekali teringat atau terkenang kisah dolu2 best gak kan? Tapi bukan ar citer sedih, citer yang membuatkan kita tersenyum sendiri (silap2 orang ingat kita angau kalau nampak kita senyum sorang2). Citer sedih buat kita hilang mood buat apa, yer tak?

Start dari semalam bos aku bercoti panjang sehingga hari esok. Lusalak aku off keja. Walaupun bos coti aku masih kena gak buat kerja. Nak mengular pun tak dapat sebab ada jer panggilan telefon tanyakan bos aku tu. Bos aku bercoti ke Phuket, ada pesta air kat sana. Hampir setiap tahun dia akan amek coti di tarikh yang sama. Yang tak best tu..tepon bimbit dia tak bawak sama. Jadiknya, ramai ler yang call opis nie tanya mana bos aku. Aku cakap jerlah dia coti luar Malaysia. Tak bawak handphone dia sama.

Pagi nie nak gi keja Julia dah buat peel. Dia pegang kain aku nak ikut. Selalunya dia tak macam tu. Tapi bila aku cakap aku nak pegi keja, cari duit untuk dia, terus dia diam. Lega rasanya dia paham apa yang aku cakap. Julia pun dah pandai mintak tengok karton. Aduss..kekadang bila aku dok tengok citer sedap, dia datang..maaak..nak aton (katon)..sabarjerlah. Peh tu bila tukar taknak tengok pulak tu. Dia nak tengok rancangan BARNEY tu jer. Katon len dia taknak. Kenalah aku carik VCD BARNEY untuk dia.
Yang lagi seronok tu tiap kali aku berbaring, dia akan selak baju tunjuk perut sambil cakap "bb, hai bb", peh tu dia akan cium perut aku tanda sayang. Tak taulah sok bila dia dah ada adik tentu dia akan buat hal. Maklumlah, sebelum nie orang dok bagi perhatian kat dia. Bila dah ada adik, orang bagi perhatian kat adik dia pulak, dah tentu dia akan cemburu. Harapnya Julia tak macam tu. Aku ada gak cakap kat dia, tak lama lagi dia ada adik. Kena sayang adik tau. Mengangguk ajer dia macamlah paham apa yang aku cakap kat dia. Ehh..tapikan kalau dia tak paham selalunya dia akan tanya "Hah?", cakaplah berulang kali pun dia tetap akan cakap "Hah?" peh tu dia senyum. Taulah aku yang dia betul2 tak paham pehtu dia sajer buat camtu bagi kita fedup nak cakap benda yang sama.

Dah ler citer pasal Julia nie..aku sebenarnya nak citer pasal lain. Tapi ntah macam mana terciter pasal Julia pulak. Nantilah aku citer.

Isnin, 10 April 2006

Teringat

Masa tu aku baru sahaja mendirikan rumahtangga. Permohonan bertukar cawangan dah pun diluluskan cuma menunggu masa yang sesuai. Sementara itu kenalah aku berulang dari Seremban ke KL. Letih betul rasanya kerana terpaksa bangun seawal pagi untuk mengejar komuter ekspress pukul 6.30pagi.

Ada sahaja teman sekerja yang ingin membelanja aku makan. Dalam pada tu ada juga hari yang aku terpaksa makan sendirian. Peristiwa makan tengahari sendirian inilah menjadi kenangan yang tak akan aku lupakan.

Ketika tu aku mengikut rakan sekerja (bukan Islam) untuk keluar makan tengahari. Aku ingatkan mereka semua hendak ke kedai makan kepunyaan orang Islam. Rupa2nya mereka hendak makan makanan yang tidak halal. Nasib aku memang baik kerana kedai makan yang mereka pergi tu bersebelahan dengan kedai makanan halal. Aku keseorangan ke kedai makan tersebut kerana tak seorang dari mereka nak ikut aku ke kedai sebelah. Sakit betul hati aku dibuat dek mereka. Ajak aku pergi makan tengahari tapi diorang pegi ke kedai yang aku tak boleh pegi. Eeeiii..geram betul aku dibuatnya.

Walaupun hati geram tapi perut aku tetap jugak merasa lapar. Tak punya pilihan lagi terpaksa jugaklah aku masuk kedai makan tu keseorangan, dahlah tu aku sorang jer perempuan. Apalah nasib. Kalau ikut rasa hati memang aku nak blah jer dari situ dan carik kedai lain. Tapi memandangkan masa tu kengkawan makan kat kedai sebelah, aku pun buat selamba jerlah. Aku pun pesanlah air limau sejuk dan nasi campur. Sambil menyuap tu ada pulak seorang lelaki yang agak berumur masuk ke kedai tersebut. Lelaki berumur nie aku rasa pelanggan tetap kot. Sesekali dia berbual dengan tuan punya kedai tersebut. Tapi telinga aku menangkap satu ayat yang buat aku meluat sesangat, katanya dia nak menambah satu lagi cawangan. Eeeii..tak padan dah tua, sibuk nak menambah cawangan aku kutuk dia dalam hati. Aku pun tak nak tunggu lama selesai jer menikmati juadah terus aku ke kaunter bayaran.

Tuan punya kedai tu pandang muka aku sambil tersenyum. Apa hal pulak dia nie pandang aku semacam lak nie, kata hati aku. Dia cakap dengan kuat sambil tersenyum kat orang tua tu, "Dah ada orang bayar, Dik". Tak dapat aku bayangkan reaksi muka aku kat tuan kedai tu. "hah, dah ada orang bayar?" terus aku cakap terima kasih tanpa melihat muka orang tua tu dan jalan secepat yang mungkin.

Nasib baik kawan2 di kedai sebelah pun dah selesai makan, tanpa berlengah aku terus ikut diorang. Heran diorang tengok aku gelabah semacam. Diorang tanya aku apsal aku gelabah semacam. Aku citerlah apa yang berlaku kat diorang. Tetiba member sorang nie cakap, "Hayoo..sudah kahwin pun saham tinggi lagi ka?". Terus semua pun gelakkan aku.

Aku tak citer langsung hubby pasal kejadian tu. Sehinggalah satu hari tu, mulut gatal aku nie sendiri tercerita kat dia. Dengan nada yang tinggi hubby cakap, "naper abang tak tahu hal nie?". "Hah?, yer ker? tak pernah citer kat Ayang ker?". Peh tu terus jer aku cakap, "oo..yerlah..sebab taknak Ayang risau masa tu". Fuh..lega sib baik dia diam. Memang sejak kejadian tu pun aku tak berani lagi jejak kaki kat kedai tu ataupun makan sorang2. Aku pastikan aku kuar makan berteman..

Mungkin orang tua tu tak tau yang aku nie dah berkahwin. Dan aku pun ntah naper tak pulak berani nak berkata apa2. Mungkin sebab aku sorang2 jer masa tu. Kalau ada kawan dah pasti aku lebih berani. Lagipun tak lama lepas tu aku dah pun berpindah bekerja di Seremban ni. Lagi seronok sebab sekarang nie setiap hari aku kuar makan tengahari dengan hubby.

Khamis, 6 April 2006

Kabare?

Bz..bz..bz..nak jengok blog orang lain pun tak leh..Biasalah awal bulan memang camtulah, sok nanti aku coti bersalin 2bulan sok tak taulah opis nie camner jadiknya..
Apalah yang aku nak citer nie. Takde yang menarik yang nak diciterkan di sini. Malam minggu tu aku gi pasar malam sambil tu sempat gak aku melawat atok aku. Aku tak bawak Julia disebabkan hari dah malam dan Julia kan baru nak baik demam. Ingat kot nak pegi hari Ahad lepas makan tengahari ntah camner aku terlelap sampai pukul tiga petang. Lepaih tu hubby dah ajak balik Seremban. Langsung tak jadi la aku nak pegi. Kenalah tunggu minggu lagi satu.

Hari Isnin hari tu aku dan hubby kan bercuti. So, hubby pepagi lepaih subuh dah bukak Astro dah. Aku apalagi sambung buat taik mata ler. Julia pun sama gak ler. Lewat petang barulah terhegeh2 nak bawak Julia jenjalan. Tak kemanapun, bawak dia gi Giant Senawang tu jer. Peh tu singgah McDonald tapau burger peh tu jelang Maghrib dah balik umah dah.

Aku takde mood nak berciter tapi jari jemari halus malus (perasan nak mam***)nie dok menaip gak. Entahlah..sejak kebelakangan nie aku rasa bosan jer. Tak taulah kot sebab aku mengandung ker. Ada masalah ker aku nie? Biasalah..mana ada manusia yang tak ditimpa masalah. Masalah kewangan, masalah tempat kerja, masalah dengan suami/isteri (yang berkahwin) dan macam2 lagi ler. Takde masalah tak meriahler hidup. Setiap masalah yang timbul itulah yang mengajar kita menjadi lebih matang. Betul tak? Betul!!! Eceeewaaah..looks whose talking now.

Aku selalu gak jadik pendengar setia masalah kawan2 aku hadapi. Dan macam biasalah aku akan bagi nasihat atau sokongan. Kekadang tu ada yang sampai cakap kat aku, "ko nie macam kaunselor aku la " Dan2 tu gak aku cakap, "kenalah aku charge ko fee untuk setiap luahan ko kat aku"..hehehehehe

Sekarang nie aku dok memikirkan nasib adik kesayangan aku si Ateh nie. Umur bakal mencecah 29tahun (aku berkahwin umur nie), masih single. Boyfren? Boifren dia tinggalkan dia kerana status kami. Ya..hanya kerana bapak aku seorang pemandu, x boifren dia malu. Punyalah lama bercinta, alih2 alasan itu yang dia gunakan untuk tinggalkan adik aku tu. X boifren dia tu dah kahwin dah pun. Aku pernah citer pasal Ateh nie dalam entri2 yang dulu. Kekadang tu aku mengusik Ateh, Sultan Selangor n Pak Lah single tu..cubalah ngorat. Gelak besar Ateh dibuatnya. Mak pun tersenyum sama. Bapak lak pujuk hati ateh, bapak tak kisah selagi hidup bapak akan tanggung ateh seadanya.

Aku selalu doakan dia semoga cepat bertemu jodoh dengan orang yang ikhlas sayangkan dia dan tak lupa juga tak kisah pada darjat.

Jumaat, 31 Mac 2006

Apo leh wat?

Semalam (Khamis) aku amek coti kecemasan. Tapi aku sebagai pekerja yang sangat berdedikasi (leh caya ker nie?), aku datang ke opis dulu. Bos ada cakap naper aku tak call jer cakap aku nie emergency leave? Aku cakaplah aku ada benda penting nak wat (koyo jer aku masa tu). Bos pun diam..

Aku bukan apa, kalau tak kerana Julia demam kuat aku takkan suka2 nak amek coti kecemasan nie. Kesian nengok Julia..dengan air hingus dok meleleh, suara yang serak ditambahlak dengan badan yang panas..takkanlah aku nak biar jer dia dengan mak mertua aku tu. Nielah masa nak tunjuk jadi ibu mithali..(koyo lagi..sabarjerlah).

Esok aku off kerja. Lewat tengahari tu aku akan balik KL. Yeayy...balik kampung jumpa bapak dan mak tercinta..tak lupa nak menjenguk atok aku yang semakin lama semakin lemah. Peh tu pulak mungkin aku nak singgah pegi nengok kawan aku yang baru bersalin awal bulan hari tu. Dah janji nak melawat..kenalah pegi kan?

Hari Isnin lak aku coti. Kita 'jumpa' nanti hari Selasa..itupun kot aku leh masuk internet ler.

Apapun...SELAMAT MENIKMATI COTI HUJUNG MINGGU SEMUA!!! DAAAAA....

p/s: Julia dah okay dah cuma dia batuk jer..(lagi skrempeng ler anakku)

Rabu, 29 Mac 2006

Kena sabar ker?

Hari nie pegi kerja dalam kerisauan. Mana taknya, Julia demam dan batuk. Malam tadi dia menangis sampai termuntah2. Seawal jam 4 pagi aku terjaga dan merasa badan dia, panas sikit peh tu terdengar dia macam mengeluh. Alaa..kesiannya dia. Aku kejutkan hubby dan katakan Julia demam. Hubby terus terjaga dan merasa badan dia. Katanya tidak.tapi lepas tu dia merasa badan Julia lagi. Dan tetiba lak Julia terbatuk. Hah..barulah hubby nak percaya. Naluri keibuan mana leh challenge..betul tak? (eksen la pulak..hehehee)

Pagi tadi dengan mata terpejam Julia terbatuk lagi siap tepuk dada sendiri. Alahai..tak pandai kecik gelagat macam orang besar lak. Balik kerja nanti aku nak bawak dia gi klinik. Badan Julia pun taklah panas sangat, aku ingat kang nak beli ubat batuk jer sebab badan dia taklah panas sangat.

Dahler aku nak citer pasal tempat kerja aku lak..Sebelum nie tempat keja aku nie hanya ada bos aku dan aku jer. Peh tu bos amek sorang salesman..sekarang nie dah masuk enam bulan dia kerja kat sini. Memula tu aku rasa dia nie ok jer. Tapi lama kelamaan aku naik meluat dan meyampah pulak dengan dia nie. Kekadang tu hilang gak sabar dengan dia (rasanya bukan kekadang..selalu ar). Dahler aku nie tengah mengandung..orang kata pompuan mengandung takleh meluat, benci or meyampah dengan orang lain takut nanti terkenan muka dia. Macam mana aku nak bersabar dengan dia pun aku tak taulah.

Aku bagi contoh satu kejadian nie ek..Adalah satu borang nie dah siap diisi dek customer, so bos arahkan dia buat satu salinan sebelum borang tu dihantar ke main office di JB. Mesin fotostat dah rosak masa tu so, bos arahkan dia buat petang tu gak di mana2 kedai fotostat sebab besok tu aku nak courier segala benda dokumen yang berkaitan so boleh ar dihantar sama. Keesokan harinya aku ingatkan kot dia nak bagi dokumen tu kat aku. Dia buat derk jer. Sampaikan aku terpaksa ingatkan dia borang tu mesti ada kat tangan aku sebelum pukul 3.30 petang. Dia pun iakan ajer. Pukul 3.15 dia balik opis dengan borang tu, aku pun senyum nak ameklah. Adaker patut dia cakap dia belum fotostat. Aku pun tanyalah.."Kenapa masa on the way ke opis nie u tak fotostat?" Tau tak dia jawap apa.. "Nolah I just want to let u know that the document is with me and I nak pegi fotostat now". Kan ker dah jadi 2 kali kerja tu..just call bagi tau dah ler nie tak sanggup balik opis semata2 nak bagi tau aku. Tu baru satu tu..belum yang lain2 lagi. Aku ada cakap kat bos pasal benda nie..aku ingatkan kot bos tak caya kat aku..Rupa2nya dia pun cakap dia alami apa yang aku alami. Bos nie pun ngok ngek ntah sapa suruh amek orang cam dia pun aku tak tau. Bos bagi alasan katanya dia nie walaupun lurus bendul, dia seorang yang rajin bekerja. Yerlah..salesman kan selalunya suka curi tulang. Konon kata gi jumpa customer tapi melencong ke tempat lain.

Ada satu lagi hal masa hari Isnin hari tu aku masuk opis lambat pasal kena jaga Julia sementara mak mertua aku gi check-up. Dalam pukul sebelas dia call opis dan dah tentulah aku yang jawab, dia cakap "Eh..hani u ada kat opis ar?" Aku dengan selamba jawab "kalau I takde, I boleh jawab your call ker?". Peh tu dia cakap "Ya orr..sorri ar". Aku tak tau lah apa dia nak pikir pasal aku masa tu. Aku dah tak peduli pun.

Isnin, 27 Mac 2006

Dah Scan dah..

Hujung minggu berlalu tanpa apa2 aktiviti yang menarik. Pagi lagi dah siap2 pegi check-up. Alhamdulillah..segalanya ok ajer..takde masalah. Baby dalam kandungan pun okay. Aku tanya doktor baby gal or boy? Nampaknya Julia bakal punya adik yang sama jantinanya. Yeayy...aku bakal dapat baby gal lagi.

Yang kelakar tu..rata2 yang menengok bentuk perut aku nei kata aku bakal dapat boy. Sebenarnya naluri aku kuat katakan baby nie pun boy gak. Tapi kuasa Allah SWT mengatasi segalanya. Aku bakal terima baby gal lagi. Hubby kata ok lah tu..katanya sok time dorang kahwin tak yah kuar banyak belanja. Sabarjerlah bila dengar hubby cakap camtu.
Dari pagi sampailah ke petang Julia pun gembira sakan. Mana taknya pagi ikut kami ke hospital peh tu sebelah petang kitorang bawak dia gi Mcdonald dah tu lak sebelah malamnya pak mertua aku bawak dia gi kedai.

Pagi tadi dia bangun happy jer...siap berjoget2 lagi. Maklumlah tidurnya cukup, makannya kenyang..camtulah dia. Walaupun agak susah nak suapkan dia makan nasi, aku cuba usahakan dia makan roti atau kekadang tu dia makan kentang goreng. Besok pulak aku kena gi keja lambat sebab mak mertua aku nak gi check-up.

Sebelum tido malam tadi pulak sempat tolong adik ipar aku taipkan surat transfer. Entah betul entahkan tidak..lantaklah. Aku main hentam kromo jer. Itupun sebab dia dah janji nak belanja aku makan Sushi King. Aku sebenarnya tak kisah tapi kalau dia yang dah janji tu aku ok jerlah. Mana leh tolak rezeki beb..nak nak time pregnant nie..hehehehehe

Minggu nie aku balik KL..yeay..yeay balik kampung. Bapak tentu kerinduan kat anak kesayangan dia nie. Ker aku yang rindu giler kat bapak & mak? Tak kiralah tu janji minggu nie dapat balik jumpa diorang.

Hari Isnin depan hubby ajak amek coti..dia dah booking WRESTMANIA 22 kat Astro tu. Aku tak minat sesangat nak nengok tapi aku lebih pada nak amek coti sebab nak luangkan masa yang lebih pada Julia. Aku nak nengok sempat ker hubby nengok sebab rancangan tu start kul 7pagi..ntah2 dok sedap sambung mimpi tak..ehehehehehe Tengoklah nanti.

Khamis, 23 Mac 2006

Sengkuang Punya Pasal..

Disebabkan bekalan air takde kat kawawan Seremban Jaya menyusahkan hubby dan aku nak carik kedai makan. Kebanyakan kedai makan yang bukak kedai makan orang Cina. Sabarjerlah..Walaupun camtu dapat gak kitorang makan kat satu kedai makan Melayu. Fuh..lega rasanya. Lepaih makan aku ternampak lak buah sengkuang. Terus aku tingat dulu time sekolah ada orang jual sengkuang potong disapu dengan kuah warna merah peh tu ditabur kacang. Nyumm..nyumm terus terliur aku dibuatnya. Tanpa berlengah terus aku capai sebijik. Peh tu aku dok terpikir, mana nak carik kuah merah tu? Yang aku ingat cuma rasa jer. Takper..takper dulu pernah beli tapi dah lupa lak jenamanya. Aku pun carikla kuah tu kat kedai runcit sebelah. Takdela pulak. Camner nie buah sengkuang dah dibeli kuahnya takde.
Aku pun cakap kat hubby aku nak carik kat Giant Senawang. Sure adanya. Hubby lak tanya kalau takde camner pulak? Cariklah sampai jumpa.

Petang balik kerja tu aku dah peringatkan hubby dah. Tapi lupala pulak anak sedara sepupu hubby baru kuar hospital tu belum dilawat. Takper..balik umah dulu kata hubby.
Sampai jer kat rumah terus bersiap apa2 yang patut peh tu terus gi umah adik sepupu hubby dekat Lavender Heights. Anak sedara sepupu hubby tu baru jer setahun dah kena operate..terbayang dimata dia terbaring menahan sakit lepas dibedah. Hhh..sampai jer kat umah adik sepupu hubby tu kitorang tengok anak dia macam biasa jer. Macam tak kena bedah. Alhamdulillah..pembedahahan tak memberi kesan sampingan yang teruk pada budak tu.

Kitorang pun tak delah nak berborak panjang lebar, mintak diri balik (konon kata nak balik tapi sebenarnya kepala otak aku nie dok ingat kuah merah tu).
Sampai jer kat Giant tanpa berlengah terus ler aku carik kuah merah tu. Hahahaha...dengan bangganya aku dapat gak carik kuah merah tu. Dan kuah tu namanya Taucu Manis daa...Dan aku telah menikmati sampaikan aku sanggup tak makan nasi malam tadi.
Dan pagi nie aku siap bawak bekal tu. Tak patut betul aku kan? Tak kisahlah..asalkan aku tak kempunan macam dalam citer Batu Belah Batu Bertangkup tu sudah..kahkahkahkahkah..giler ker apa aku nie..? Mungkin tidak..!!

Isnin, 20 Mac 2006

Apa sajerlah..

Sejak kebelakangan nie aku sibuk dengan kerja aku. Aku nak buat persediaan awal sebelum aku cuti bersalin kelak. Bos ada minta aku carikan kerani sambilan seawal bulan Julai nanti. Hari tu aku ada tanya sorang kawan Cina pasal hal nie. Tetiba lak suami dia tak bagi. Sekarang nie ada sorang calon, Cina gak tapi tak taulah kot dia nak ke tidak. Nanti aku cubalah tanya kat dia dua ke tiga hari lagi.

Hujung minggu berlalu tanpa apa2 aktiviti yang menarik pun. Lewat petang bawak Julia jenjalan ke padang bola Rahang. Kebetulan masa tu ada perlawanan bolasepak. Belum apa2 Julia dah jerit GOL!. Julia semakin hari semakin lasak. Setiap kali selepas mandi punya seksa nak pakaikan dia baju. Terpaksalah aku acah atau ugut nak pegi jenjalan dan tinggalkan dia, barulah dia nak pakai baju. Kekadang tu terlintas kat fikiran, nie baru satu tak lama lagi bertambah..camner ek?

Semalam hubby cakap dia rasa semput balik. Aku bukan tak nak ambik tau tapi perangai dia yang langsung taknak dengar cakap aku buat aku geram sesangat. Agaknya orang lelaki memang camtu, bila dah kahwin, cakap isteri nie bagai angin lalu jer kat dia. Bila kita cakap tu dia buat derk jer..tapi bila dah jadi benda tak baik katalah kita nie tak sayang mulut cakap yang bebukan. Walhal dia dah sedia maklum betapa bahayanya menghisap rokok. Dulu boleh ar..umur masih muda..kederat atau tenaga masih kuat. Sekarang nie umur dah semakin meningkat tenaga dan antibodi pun dah kureng. Tapi masih nak tunjuk lagak...ego betul!
Payah nak citer pasal perangai orang lelaki nie tau. Tapi aku tak katalah aku nie baik sangat. Kekadang tu hubby pun beng jugak dengan perangai aku nei. Kekadang tu aku pun degil gak (eh..kekadang ker?). Tak kisahlah..yang penting kami masih baru dalam alam rumahtangga dan pastilah ada yang kureng itu ini. Time cintan cintun dulu pun memasing control macho(hubby) dan ayu (akuler) gitu.

Dan yang paling penting sekali ialah kami berdua senantiasa beringat dan menginginkan kebahagiaan yang berkekalan..INSYA ALLAH..AMIIIINNNNN...

Isnin, 13 Mac 2006

Memacam hal..

Hari Sabtu hari tu genap 100 hari Uwan dan genap seminggu Tokcu meninggal dunia, seorang lagi warga tua yang aku panggil Nek Tua meninggal dunia. Nek Tua merupakan kakak atok yang paling tua. Nek Tua meninggal dunia sebaik sahaja kami selesai mengadakan kenduri tahlil untuk arwah Uwan. Sekali lagi atok kesedihan yang amat sangat. Barulah aku tahu kenapa penglihatan atok semakin kabur. Bapak kata hampir setiap malam atok menangisi pemergian arwah uwan. Tak lupa jugak atok senantiasa memeluk dan mencium pakaian arwah uwan. Sedihnya bila mendengar citer dari bapak.

Ok..dah..aku tak boleh ar nak citer pasal atok aku nie. Sebak giler aku dibuatnya. Anyway, malam tadi aku tido lambat sebab Julia taknak tido. Bila dah mengengek tak jalan, dia tampar muka aku. Adoi..sabarjerlah..bila tanya nak susu..dia geleng kepala. Kesudahannya dekat pukul 2 barulah dia lelap. Pagi tadi masa aku pegi kerja pun Julia tak bangun-bangun. Hah..tulah tido lambat lagi.

Perut aku semakin kelihatan sekarang nie. Maklumlah dah nak masuk minggu yang ke 21 dah. Jadual pemeriksaan minggu depan. Doktor kata dah boleh tengok dah sama ada baby boy or baby girl. Hubby kata tengok jerlah..boy or girl tetap anak. Well, aku pun tak kisah jugak. Yang penting sekali baby tu nanti sihat begitu jugak maknya. Tapi kekadang tu rasa takut tu timbul gak..maklumlah dulu masa 1st time aku tak tau camner sakitnya..hah..bila dah tau rasa sakit tu yang rasa takut tu. Harapnya takde masalah..aminn...

Khamis, 9 Mac 2006

Coti yang tak coti...

Aku tak tau nak mulakan dari mana. Penatnya terasa sampai ke hari nie ko. Anyway, aktiviti2 sepanjang aku coti tu mempercepatkan masa coti aku berlalu.

Sabtu(4/3) - Sepatutnya aku balik KL jumpa parents aku tapi dibatalkan sebab minggu lagi satu nak kena balik jugak. Lewat petang hubby ajak gi beli buah2an lepas tu bawak Julia pusing2 area Seremban. Bernyanyi2 riang ler si Julia sebab bawak dia jenjalan.

Ahad(5/3) - Pepagi lagi dah siapkan Julia untuk teman hubby menghantar parents dan adik dia ke KLIA. Sempat gi menyinggah umah adik sepupu dekat Nilai. Ingat kot nak nengok MELODI kat umah dia, umah dia takde lak elektrik. Lewat tengahari balik umah kejab, terus siapkan Julia untuk ke besday party kat Seremban. Berborak2 dengan sedara-mara hubby sampai petang. Peh tu gi lak umah Mak Teh, mak sedara hubby berborak lagi sampai malam...(berborak jer aku nie..no wonder lepaih tu rasa mulut mcm tak terkatup dah..heheheehe). Pukul 10 malam jer semua termasuk aku gak dah terlelap.

Isnin(6/3) - Lepaih Subuh dapat panggilan dari Alang(adik) bagi tau atok sedara aku Tok Cu di Nilai meninggal dunia. Terpaksalah hubby settlekan kerja kat opis setengah hari. Kami gi melawat Wan Cu lepas waktu Zohor. Masa sampai kat umah Wan Cu, semua orang dah balik sebab pengebumian dah pun selesai. Petang tu jugak hubby bagi tau nak ke opis semula sebab tertinggal geran kereta untuk direnew esok pagi. Aku pun dengan izin hubby tinggal kat umah Wan Cu sehingga kenduri tahlil selesai. Mama (mak sedara aku) tumpangkan aku balik umah. Itupun dah lewat malam sebab kenduri tahlil dibuat selepas waktu Isyak.

Selasa(7/3) - Masih bercuti tapi disebabkan rumah dah 2 hari tak terkemas. Inilah hari aku mengemas, membasuh kain kotor termasuk melipat kain baju yang berbakul. Baru sehari jadi surirumahtangga dah terasa penat giler. So, to all full time housewives..wa tabik spring pada u all. Lewat petang lagi sekali kami ke KLIA untuk menjemput parents hubby yang baru balik dari Sarawak. Kesian Julia..memula sampai ke KLIA dia melekap jer dengan aku tapi tak sampai 5 minit dia dah berjoget tengah2 tempat menunggu. Malu? Budak kecik mana reti malu..aku ler segan skit.

Semalam pun aku masih bercuti sebab kesian kat mak mertua yang baru balik dari Sarawak. Aku dok jaga Julia. Julia bukan manja betul dia dengan aku. Yerlah punyalah lama aku bercuti hanya semata2 menghabiskan masa dengan dia. Sempat lagi bawak Julia gi potong rambut sebab bila aku potong rambut Julia nie tak retilah nak dok diam. Bila aku masuk salun peh dudukkan dia..terus senyap pun. Aku suoh amoi gunting rambut depan Julia peh tu trim ler di tepi kiri kanan tapi amoi tu kata kalau trim kiri n kanan nanti lagi rambut tepi akan lagi terconget. Aku pun iakan jerlah kata amoi tu. Itupun mak mertua aku menanya napet tak trim....aku pun terangkan panjang lebar. Mak mertua aku cakap..alah suoh dia buat layer jer ..mesti bolehnya..Maleh aku nak citer dah. Terus aku tutup mulut. Hmm..sabarjerlah..

Hari nie aku start kerja...adoi ai..punyalah banyak benda nak kena settle. Ini nak kena follow-up..itu nak kena buat..tapi sempat lagi aku berblog. Ececeh...mana taknya, punyalah lama aku tinggalkan blog kesayangan nie...sampai dah bersawang jadiknya.

Oklah..aku takleh lelama nie..aku terpaksa chow..bos pun dah call banyak kali. Tak habih2 tanya itu ini..naik nyampah lak aku jadinya. Tapi itulah namanya kerja..taknak rasa nyampah doklah umah ngadap anak2. Bukan taknak tapi keadaan memaksa aku bekerja untuk membantu kewangan hubby. Wuihhh..melalut pakebenda aku nie. Nantilah bila ada masa aku akan citer panjang lagi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails