Jumaat, 6 Januari 2006

Kisah Julia

Kalau semalam aku citer pasal kerenah BangChik adik ke5 aku tu. Hari nie aku nak citer pasal buat hati pengarang jantung kami (aku n hubby), Julia atau nama penuh dia Julia Adriana. Sekarang nie dia dah pun berusia 1tahun 2bulan. Seawal 5bulan dia dah pandai merangkak tapi dia mula bertatih sebaik sahaja menyambut hari lahir dia genap setahun.

Kalau tengok dia..memang takde iras muka aku langsung. Kulit dia putih melepak sedangkan aku berkulit gelap. Muka dia lebih iras ke muka hubby (bikin aku jeles jer). Tapi orang kata kalau anak pompuan ikut muka ayah maknanya sejuklah rumahtangga si ibubapa. Eleh..ayat nak menyedapkan hati maknya ler tu. Tapi harapnya betul ler. Saper yang ndak rumahtangga yang panas yer tak..Yer betul!!

Bila balik dari kerja nampak muka Julia jer terus hilang rasa penat atau stress kerja. Mana taknya, kerenah yang berbagai dibuat dek Julia yang selalu berbakul2 mak mertua sampaikan pada kami tiapkali kami balik dari kerja. Dari memanjat sofa ke grill tingkap yang mengalahkan budak lelaki sampailah ke menari hentak sebelah kaki bila dengar lagu patriotik.

Pehtu bila aku suoh sebut perkataan ‘ayah’ dia akan cakap ‘bapak’. Bila suruh sebut ‘atuk’ tak pulak dia ubah perkataan lain. Bila aku nyanyi lagu ‘twinkle star’ dia pun angkat tangan tinggi dengan dan dia buat seolah2 bintang berkelip tu. Tapi janganlah disuruh buat apapun kalau dia tengah siok tengok iklan di TV. Tak akan dilayannya. Dah pandai dah bila ditanya mana mulut, mana gigi, mana kaki.

Sekarang nie dia dah pandai lak nak ngikut aku gi kerja. Mengengek ler dia sambil menarik kain minta didukung. Aku pun pujuk dia dengan mengumpan dia sebotol air susu. Kekadang menjadik tapi kekadang tu dicampaknya botol susu tu. Ada masa Julia nie mendengar kata tapi kalau bab memanjat memang dia tak boleh dilarang langsung. Aku tunjuk tangan nak pukul ditepisnya tangan aku. Dia langsung tak takut dengan orang. Pernah aku pegi ‘open house’ rumah seorang rakan hubby langsung takde rasa takut.

Dulu aku selalu menangis olok2 depan dia. Nah kau..sekarang giliran dia menangis olok2 dengan aku. Kekadang hubby tertipu dengan lakonan dia tu. Berialah hubby pujuk last2 nengok airmata setitik pun takde. Heheehehe..

Hah kau..baru anak sorang tu. Dah bertambah sok camner ek? Itulah penangan keceriaan rumahtangga yang punya cahayamata. Kekadang tu aku kesian dengan kengkawan hubby yang telah berkahwin bertahun lamanya dan masih belum punya cahayamata. Bermacam usaha dilakukan dek mereka semata2 ingin punya cahayamata sendiri. Semalam aku berborak dengan x-officemate aku dulu kak linda, kesian dia masih belum ada tanda2 dan dia sedang berusaha untuk punya anak. Katanya dulu belum berkahwin orang selalu dok tanya bila nak kahwin, sekarang bila dah berkahwin orang dok sibuk tanya bila nak ada anak pulak.
Aku pun pujuk dengan kata2 semangat supaya dia tak putus asa untuk punya cahayamata.

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails