Khamis, 12 Januari 2006

Mood..

Aku bukan takde mood nak berciter tapi mood aku nie. Aku tengah risau pasal hubby. Hissh..bukan pasal perangai hubby ler. Perangai dia ok jer. Nothing odd for me to notice..ecewah mencaruting omputeh lak aku. Yang membuatkan aku takde mood ialah pasal kesihatan dia sejak aku disahkan mengandung nie. Kekadang bila difikirkan balik, rasa kelakar pun ada gak. Mana taknya, masa aku mengandung kali pertama belum sempat aku masuk hospital dia dah masuk dulu. Siap kena tahan dok wad dua hari sebab dia kena bedah dipipinya tu. Peh tu sekarang nie dah lain lak citernya. Dia macam orang semput lak. Tapi tahun lepas tak pulak dia camtu. Kebetulan atau suratan..eh..macam tajuk lagu pulak. Dia takde selera nak makan tapi cepat jer rasa lapar.

Memang setiap hari makan tengahari kami akan makan bersama. Tapi semalam dia tak larat, aku pun ndak taknak kenalah makan sorang2. Hari nie dia nak gi check-up nak tengok apa yang tak kena, katanya nak gi buat ECG ..ntah aku pun tak tau ECG tu apa ker bendanya. Alah..yang pasang wayar satu badan tuler. Harapnya dia takde apa2. Dengan keadaan meloya nie aku jadi tak larat nak memikirkan hal2 yang tak baik.

Malam tadi aku tido disebelah sambil bisik kat dia, "Dulu masa ngandung kan si Julia, Ayang yang sakit, sekarang nie mengandung pun Ayang sakit gak." aku sambung lagi, "Orang kata kalau camtu maknanya husband kita sayang kat kita." Hubby cuma senyum. Kira ok ler tu..Tak banyak sikit dapatler aku hiburkan hati dia. Dia pun tau aku cuma nak sedapkan hati dia. Aku nak urut dia tapi kederat (kudrat) kureng ler. Dia pun paham dengan keadaan aku sekarang nie.

Hari nie aku tak lunch dengan dia lagi. Tapi takperlah sebab pukul 11.30 pagi tadi hubby dah bawakan lunch utk aku. hehehehe...hari nie makan best. McDonald ler apa lagi. Makan sorang pun makan sorang lah janji makanan aku sedapz gitu. Tambahan lak aku dapat memo gaji kuar awal (minggu depan). Seronokyaaa..aku tapi aku takut ler. Seronok sebab dapat gaji awal takut sebab nanti duit cepat habih. Nak tunggu hujung bulan Februari dah mencungap takpun menganga jer. Insya Allah...aku pun dah tak macam dulu. Takdelah nak shopping macam dulu. Sekarang nie aku kena jimat cermat untuk bakal adik Julia nie...cewahh..look who's talking..

Okaylah ek..tekak aku dah rasa lain macam jer nie hah..sekarang nie asal lepaih makan jer tekak aku mulalah rasa nak muntah. Tak makan kang lapar la pulak..bila dah makan camnielah jadiknya..sabarjerlah..Agaknya betul ler kata orang tu bukan semua pengalaman mengandung tu sama jer.

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails