Jumaat, 20 Januari 2006

Rindu-Serindu-Serindunya

Dekat seminggu barulah hari nie aku nak mengupdet. Hari nie aku tak nak citer pasal kisah lampau. Sebenarnya idea tengah kering giler..keh keh keh..(alasan jer tu)

Aku tengah kena penyakit rindu nie. Bukan rindu kat parents aku tapi dia yang langsung takde pertalian darah (bukan x boifren gak). Apsal aku tak call jer ek? Entahlah..aku sendiri tak tau. Ego aku tinggi menggalah kot. Dulu tak kira saper salah aku ler yang selalunya beralah. Kekadang aku rasa malas nak pikir apa yang berlaku sebenarnya. Aku tau aku tak sepatutnya kuar ayat ganas menggiler tu. Yerlah tak sangka pulak aku yang terasa giler. Saper yang patut terasa sebenarnya? Aku rasa bersalah tapi aku tak nak mohon maaf sebab aku tau benda tu akan berlaku lagi.

Aku rasa lebih baik camnie. Semoga dengan cara aku mendiamkan diri dapat menenangkan hati dia. Aku tak sanggup nak sakitkan hati dia lagi. Dia maklum dengan kelaseran mulut aku. Tulah padan muka aku, kerna mulut badan binasa.

Tak guna aku mengharap dia memahami keadaan aku. Tak guna gak aku memujuk hati dia. Sebabnya aku tau selepas ini hati dia akan terluka lagi. Ecewaaaah...skema tul ayat aku ek. Maklumlah tengah melayan lagu2 jiwang lah katakan.

Apapun, selamat berhujung minggu sumer. Aku pasti enjoy..Tak sabar pulak nunggukan coti raya cina nie. Panjang tul coti tu. Memo dari HR pun tak mention sambung sampai hujung minggu. Harap2 ada lah hendaknya. Kalau takde pun takper..coti tu pun dah cukup..ayat penyedap rasa tu...

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails