Rabu, 22 Februari 2006

apalah dayaku

Hujung minggu hari tu aku balik KL jumpa parents aku. Bapak punyalah ceria tengok anak dia nie balik. Maklumlah memula tu aku cakap aku balik minggu lain, alih2 terpacul lak muka aku kat muka pintu tentulah dia happy sakan.

Yang paling seronok tu kan...kitorang semua dok berkumpul kat dapur, Julia mintak diangkat, aku pun angkat dia letak dia ataih meja. Bukan main seronok lagi dia. Keletah dia buat kami betul2 terhibur. Mana taknya, bila aku tanya mengantuk camner dia buat menguap siap tutup mulut lagi. Pehtu tunjuk diri dia saper dijawabnya kakak..amboi dah tau dah dia akan ada adik tak lama lagi. Yang buat aku betul2 tak tahan nie, Julia pantang dipuji cantik..dok mula ar dia cari cermin..dengan muka poyo dan konon2nya cantik tu dia pun ngadap cermin..tak leh tahan aku dibuatnya.

Petang Ahad tu rasa berat pulak nak balik Seremban. Takperlah..bukannya aku takkan balik lagi. Minggu depan aku balik ar. Dah termaktub perjanjian antara aku dan hubby setiap 2 minggu sekali kami mesti balik KL. Kecuali jika ada hal yang tak dapat dielakkan maka kami tangguhkan ke minggu lain pulak. Alhamdulillah..hubby seorang yang pegang pada janji, tak pernah pulak dia merungut atau beri alasan untuk kami tidak balik berjumpa parents aku tu. Dalam pada tu aku tak sempat nak melawat atok aku. Bapak cakap semenjak Uwan meninggal dunia, atok macam dah hilang arah. Betapa atok yang dulunya begitu sihat tetiba pulak nak mandipun kena orang tolong. Ahh..betapa dalamnya cinta Atok pada arwah Uwan. Sedih tapi aku kagum melihat kekuatan cinta yang mendalam Atok. Begitu jugakah cinta hubby kat aku? Hhmm..harapnya begitulah hendaknya.

Aku sebenarnya tengah pening kepala nie. Ayah mertua aku akan ke Sarawak untuk meeting, mak mertua aku pun nak ikut, memang aku tak kisah. Tapi nak bawak Julia itu yang memeningkan tu. Kalau setakat bawak jenjalan balik hari aku no hal tapi kalau sampai ke Sarawak tu..adusss. Hubby pun kalau boleh tak bagi Julia pegi. Apapun tunggu jerlah keputusan Ayah nanti. Takkan aku nak ikut..memang tak termasuk dalam bajet langsung. Nanti tak pepasal jer bajet untuk bakal baby nie melayang.

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails