Jumaat, 17 Februari 2006

Citer jerlah..

Walaupun kemalasan melanda diri..aku gagahkan diri rajinkan jari jemari nie menaip untuk menghupdet..ecewaahh..skema tul ayat aku kan.

Aku nak citer pasal tempat keja aku lak. Start bulan March nanti akan bermulalah jadual kerja baru. Korang jangan ler gelakkan aku nie. Aku taulah sekarang nie even yang kerja ngan gomen (tak lupa cikgu n cikgi peh tu yang kerja ngan bank) tak kerja hari Sabtu dah. Setelah sekian lama menanti akhirnya tercapai gaklah impian aku untuk menikmati hujung minggu yang panjang skit. Tapi..ada gak tapi tu..eeeii macam tak bersyukur jer aku nie kan. Yerlah..hari selang Sabtu aku still kena keja. Boring ar..

Tapi aku dengar jadual baru adalah bersifat sementara. Kalau ok, diorang teruskan kalau tak ok..go back the way it was. Ceh..tak aci ar camtu. Tapi aku dah tanamkan tekad untuk menikmatinya sementara ada (ayat nak sedapkan hati jer tu).

Hari nie aku masuk keja lambat skit. Aku gi check-up. Alhamdulillah..ibu (aku ler) dan baby yang dikandungnya ok. Kandungan aku dah pun berusia 4 bulan. Lagi 5 bulan aku akan bersalin. Jadual check-up akan datang bulan depan lak. Dapat free sample susu Anm*m dan baby diapers tadi. Sempat lagi aku singgah opis TnG (Touch n Go) untuk menukar kepada kad baru.

Aku pegi hari nie pun sebab hubby dapat MC sejak dari hari Selasa hari tu. Esok pun hubby masih lagi MC. Dah 2 specialist dia jumpa. Doktor pun dah periksa seluruh badan segalanya ok. Mungkinkah hubby dah terkena Sindrom Couvade seperti yang tertulis dalam salah satu majalah yang aku baca tu. Ada gak aku tanyakan kat doktor, dia kata kemungkinan besar jugak. Sindrom tu hanya akan berakhir setelah bayi dilahirkan. Alahai..ciannya hubby, aku bersalin lagi 5 bulan. Maknanya selama 5 bulan nie lah dia akan loya2, muntah2, kegatalan kulit, masalah penghadaman makanan dsb. Takperlah Yang oiii..bersabarlah. Anggaplah ia sebagai salah satu cabaran untuk menjadi suami dan ayah yang sabar dan penyayang. Ececeh..ayat membodek bukan main lagi kau..

Hari Rabu (15/2/06) hari tu bapak dan mak gi jemput Abang aku yang baru kuar dari Pusat Serenti. Tapi sampai hari nie aku belum berpeluang nak bercakap dengan Abang aku tu. Takperlah..esok aku mungkin balik KL, boleh ar aku jumpa dan berborak dengan Abang. Aku kurang yakin Abang dah betul2 bersih dari najis dadah. Sebabnya? Ini bukan kali pertama dia kuar dari Pusat Serenti pun. Dah kali ke-3 dah. Masa muda dia dah habih begitu jer. Dulu aku pernah nasihatkan dia malah masa dia kat dalam pusat tu pun aku lah yang paling rajin mengirim surat kepada Abang. Macam2 nasihat dan luahan kasih sayang aku sebagai adik pada dia. Aku benar2 berharap inilah kali terakhir dia. Semalam aku bertanyakan hal Abang kat Ateh. Ateh kata dia tengah sembahyang. Alhamdulillah..harapnya dia betul2 nak berubah.

Apapun..Selamat Berhujung Minggu Buat Semua...!!

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails