Selasa, 7 Februari 2006

Coti Lama Punya Citer

Wuihh...seronoknya coti seminggu..sampai naik muak aku dok umah dibuatnya. Aku sepatutnya menghabihkan coti seminggu tu kat umah parents aku. Tapi dek kerana hubby yang kekononnya boring dok Seremban lelama tanpa anak bini terpaksalah aku ikut dia balik Seremban. Geram pun ya gak..sebab saper suoh dia tak amek coti peh tu mengengek boring tido sorang2. Mulut aku dengan selamba jer sound "time tak sihat baruler nak hingat anak bini, tidak tu enjoy sakan." Senyap terus dia.

Tapikan ada sesuatu terjadi sebelum aku balik ikut hubby ke Seremban. Suspenla jugak. Masa tu dah lewat malam tiba2 ajer Julia menangis kuat. Mak n Bapak pun terjaga sama dengarkan tangisan Julia. Memula tu aku ingatkan Julia kembung perut tapi bila dah nampak Julia mata terpejam dan jari pulak dok menunding ke satu arah. Takde lain yang aku ingat cuma bacaan ayat2 suci kemudian aku hembuskan ke umbun2 tak lupa jugak aku picit ibu jari kakinya. Tak lama lepas tu barulah Julia tido dengan nyenyak.

Esok paginya..masa nak mandikan si Julia aku nampak ada kesan lebam dikedua2 kakinya. Hhhmm..puas aku dok pikir bila masa Julia nie jatuh atau terhantuk benda keras. Bila aku tekan kesan lebam tu tak pulak Julia menangis kesakitan. Tetiba jer Ateh bersuara..tu pekena pelesit ler tu. Aku citer hal tu kat hubby masa kat highway. Aku pun tunjuk kat hubby kesan lebam kat kaki Julia. Hubby diam jer.

Kesan lebam tu dah kurang hari nie. Julia pun dah tak nangis macam hari tu cuma dia mengengek nak susu jer.

Aku sebenarnya maleh nak percaya pasal benda halus malus nie tapi entahlah..

Kalau korang caya tak?

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails