Isnin, 27 Februari 2006

Ok jer..

Hari nie aku dah isi form cuti tiga hari untuk minggu depan, aku nak jaga Julia sebab in-laws aku akan bercuti ke Sarawak. Aku suka gak jaga Julia, maklumlah aku selalu balik lewat petang..tak terasa lama aku berulit dengan Julia dia dah nak tido. Time cuti nielah aku akan menghabiskan masa bersama anak tersayang. Ecewaahh...

Hubby lak berkira2 nak amek coti. Kesian gak nengok dia. Hubby tu dah lah tak sihat peh tu asik MC jer tetiba lak kena amek coti. Takut apa lak kata bos dia. Jadinya, aku pun suoh dia amek cuti sehari jer. Dia tak amek cuti pun tak leh gak nanti in-laws aku tu balik sure hubby yang kena gi jemput kat airport kan. Lagipun bulan Julai nanti dia kena amek cuti sebab time tu aku nak bersalin dah. Aku akan berpantang di rumah parents aku atas permintaan mak aku yang nak menjaga aku dalam pantang nanti. Aku lagilah suka..heh heh heh heh

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails