Isnin, 10 April 2006

Teringat

Masa tu aku baru sahaja mendirikan rumahtangga. Permohonan bertukar cawangan dah pun diluluskan cuma menunggu masa yang sesuai. Sementara itu kenalah aku berulang dari Seremban ke KL. Letih betul rasanya kerana terpaksa bangun seawal pagi untuk mengejar komuter ekspress pukul 6.30pagi.

Ada sahaja teman sekerja yang ingin membelanja aku makan. Dalam pada tu ada juga hari yang aku terpaksa makan sendirian. Peristiwa makan tengahari sendirian inilah menjadi kenangan yang tak akan aku lupakan.

Ketika tu aku mengikut rakan sekerja (bukan Islam) untuk keluar makan tengahari. Aku ingatkan mereka semua hendak ke kedai makan kepunyaan orang Islam. Rupa2nya mereka hendak makan makanan yang tidak halal. Nasib aku memang baik kerana kedai makan yang mereka pergi tu bersebelahan dengan kedai makanan halal. Aku keseorangan ke kedai makan tersebut kerana tak seorang dari mereka nak ikut aku ke kedai sebelah. Sakit betul hati aku dibuat dek mereka. Ajak aku pergi makan tengahari tapi diorang pegi ke kedai yang aku tak boleh pegi. Eeeiii..geram betul aku dibuatnya.

Walaupun hati geram tapi perut aku tetap jugak merasa lapar. Tak punya pilihan lagi terpaksa jugaklah aku masuk kedai makan tu keseorangan, dahlah tu aku sorang jer perempuan. Apalah nasib. Kalau ikut rasa hati memang aku nak blah jer dari situ dan carik kedai lain. Tapi memandangkan masa tu kengkawan makan kat kedai sebelah, aku pun buat selamba jerlah. Aku pun pesanlah air limau sejuk dan nasi campur. Sambil menyuap tu ada pulak seorang lelaki yang agak berumur masuk ke kedai tersebut. Lelaki berumur nie aku rasa pelanggan tetap kot. Sesekali dia berbual dengan tuan punya kedai tersebut. Tapi telinga aku menangkap satu ayat yang buat aku meluat sesangat, katanya dia nak menambah satu lagi cawangan. Eeeii..tak padan dah tua, sibuk nak menambah cawangan aku kutuk dia dalam hati. Aku pun tak nak tunggu lama selesai jer menikmati juadah terus aku ke kaunter bayaran.

Tuan punya kedai tu pandang muka aku sambil tersenyum. Apa hal pulak dia nie pandang aku semacam lak nie, kata hati aku. Dia cakap dengan kuat sambil tersenyum kat orang tua tu, "Dah ada orang bayar, Dik". Tak dapat aku bayangkan reaksi muka aku kat tuan kedai tu. "hah, dah ada orang bayar?" terus aku cakap terima kasih tanpa melihat muka orang tua tu dan jalan secepat yang mungkin.

Nasib baik kawan2 di kedai sebelah pun dah selesai makan, tanpa berlengah aku terus ikut diorang. Heran diorang tengok aku gelabah semacam. Diorang tanya aku apsal aku gelabah semacam. Aku citerlah apa yang berlaku kat diorang. Tetiba member sorang nie cakap, "Hayoo..sudah kahwin pun saham tinggi lagi ka?". Terus semua pun gelakkan aku.

Aku tak citer langsung hubby pasal kejadian tu. Sehinggalah satu hari tu, mulut gatal aku nie sendiri tercerita kat dia. Dengan nada yang tinggi hubby cakap, "naper abang tak tahu hal nie?". "Hah?, yer ker? tak pernah citer kat Ayang ker?". Peh tu terus jer aku cakap, "oo..yerlah..sebab taknak Ayang risau masa tu". Fuh..lega sib baik dia diam. Memang sejak kejadian tu pun aku tak berani lagi jejak kaki kat kedai tu ataupun makan sorang2. Aku pastikan aku kuar makan berteman..

Mungkin orang tua tu tak tau yang aku nie dah berkahwin. Dan aku pun ntah naper tak pulak berani nak berkata apa2. Mungkin sebab aku sorang2 jer masa tu. Kalau ada kawan dah pasti aku lebih berani. Lagipun tak lama lepas tu aku dah pun berpindah bekerja di Seremban ni. Lagi seronok sebab sekarang nie setiap hari aku kuar makan tengahari dengan hubby.

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails