Rabu, 25 Januari 2006

Kalau dah rezeki...

Hari nie tak de membosankan aku. Mood coti menjadik2 sekarang nie. Kot orang cina yang takde mood nak kerja tak per gak...yerlah dorang kan dah nak raya. Aku pun tersampuk gak ler. Tapi aku bukan mood raya, mood coti daa...

Semalam bos aku beli 2kotak limau untuk aku dan sorang lagi staff tu. Peh tu lak datang supplier nie bawak lagi 2kotak. Yeay...rezeki ler aku dapat bawak balik 2 kotak limau. Muaahahah..Tapi mak mertua aku komplen la..masam katanya. Huh..bos aku kasi tak ikhlas ler tu sebab tu limau tu masam. Hah..yerlah tak bersyukur lak aku nie ek. Orang dah bagi tu dah kira ok ler gak..tul tak?

Semalam gak adik aku si Ateh bagi tau..kawan lama Eddie datang umah bawak hadiah perkahwinan aku. Eh..alahai..dah 2 tahun kahwin still ada hadiah kahwin lagi ker? Tulah rezeki namanya tu..tul tak? Malam tu Eddie call bagi tau pasal hadiah tu. Selamba jer aku cakap "apasal ko tak tunggu aku anak 5 jer?" Kesian Eddie tak pepasal "termakan dalam" ek? Eddie kata dia kirim kat abang dia tapi abang dia tak pegi tulah sebabnya hadiah tu tersadai jer kat umah. Oooo..itu macam punya citer rupanya. Orait lah tu. Kata dia tak sedap hati nengok hadiah tu tak sampai kat tangan aku. Pulak..tak kisah ler asalkan dia ikhlas nak bagi. Aku pun berterima kasih kat dia sebab sekurang2nya dia masih ingat gak kat aku. Saper nak tolak rezeki beb. Aku pun tak tau apa hadiah nya. Balik KL sok barulah dapat tau apa hadiahnya. Ateh kata kenalah aku sendiri yang bukak kalau nak tau apa hadiahnya. Hhhmm..tak perlah nanti aku balik KL aku bukak lah hadiah tu.

Hujung minggu hari tu lak mak mertua aku gi ke Nilai 1. Dia belikan aku kain sepasang. Alhamdulillah...dah memang rezeki aku. Sebelum tu lak hubby bawak gi makan kat Sushi King di JJ S2. Hah ..tu rezeki untuk aku yang tak putus2 datang. Syukur aku untuk yang kesekian kalinya ke atas limpahan rezeki dariNya.

Start minggu depan aku mungkin tak menghupdet apa2 citer. Maklumlah umah parents aku tu dah takde internet connection. Insya Allah, kalau ada nanti aku cuba2 lah updetkan. Ecewahh..macamlah ramai sangat yang baca blog aku nie ek. Takper sesekali nak pasan...tak salah..tul tak? Betulll......

Selasa, 24 Januari 2006

Risaunya...

Aku tengah takde mood nak menulis tapi ada mood nak menaip..boleh ker camtu? Ahh..bantai lah..

Well, aku tengah risau memikirkan keadaan hubby. Dia mungkin kena BRONKITIS (betul ker ejaan nie?). Dia pegi hospital buat full check-up. Aku risau sebab impian untuk aku menghabiskan coti seminggu dengan parents aku mungkin tak kesampaian. Nyampah tul ar.. Aku dah lama tak balik jumpa diorang. Dah tentu mak, bapak dan adik badik len len tu rindu dengan Julia. Nak kata diorang rindu kat aku, tiap kali balik diorang terpa Julia dulu especially bapak. Kot kalau bapak terpa aku harus aku pun terperanjat giler. Sebab bapak mana pernah tunjuk rasa rindu dia kat aku. Ececehh...konon2 ler tu.

Hisshh..mintak2lah hubby cepat baik. Hati aku sebenarnya berbunga riang. Hubby sekarang nie dah mula kurang merokok (mungkin sebab sakit yang dia hadapi sekarang). tulah...yang buruk berlaku tak semestinya memberi kesan negatif. Wuiii..berfalsampah lak aku nei. Tapi memang betul pun. Mungkin benda nie nampak tak baik tapi sekurang2nya hubby dah amek inisiatif untuk kurang merokok. Mana tau, lepaih nei dia terus benti..yeay..sioknya Fat Choy (pinjam dari iklan TM)..hahahahaha

Kandungan aku dah masuk ke Trimester ke-2 dah. Rasa loya tu kekadang datang gak tapi tak macam sebelum nie. Alhamdulillah...last week masa gi check up, doktor kata semuanya ok..harapnya semuanya berjalan dengan baik sampai hari aku bersalin nanti.

Kalau balik KL boleh ar buat BBQ lagi, heh heh heh...panggil sumer adik badik sepupu peh tu ajak diorang tong2 untuk BBQ tu nanti. Kalau orang cina dok celebrate Raya diorang, aku lak amek kesempatan nie untuk buat family gathering. Kira ok ler tu. Merapatkan tali sillaturrahim la katakan. Tapi ndak ker diorang berkumpul. Cuba jerlah.

Jumaat, 20 Januari 2006

Rindu-Serindu-Serindunya

Dekat seminggu barulah hari nie aku nak mengupdet. Hari nie aku tak nak citer pasal kisah lampau. Sebenarnya idea tengah kering giler..keh keh keh..(alasan jer tu)

Aku tengah kena penyakit rindu nie. Bukan rindu kat parents aku tapi dia yang langsung takde pertalian darah (bukan x boifren gak). Apsal aku tak call jer ek? Entahlah..aku sendiri tak tau. Ego aku tinggi menggalah kot. Dulu tak kira saper salah aku ler yang selalunya beralah. Kekadang aku rasa malas nak pikir apa yang berlaku sebenarnya. Aku tau aku tak sepatutnya kuar ayat ganas menggiler tu. Yerlah tak sangka pulak aku yang terasa giler. Saper yang patut terasa sebenarnya? Aku rasa bersalah tapi aku tak nak mohon maaf sebab aku tau benda tu akan berlaku lagi.

Aku rasa lebih baik camnie. Semoga dengan cara aku mendiamkan diri dapat menenangkan hati dia. Aku tak sanggup nak sakitkan hati dia lagi. Dia maklum dengan kelaseran mulut aku. Tulah padan muka aku, kerna mulut badan binasa.

Tak guna aku mengharap dia memahami keadaan aku. Tak guna gak aku memujuk hati dia. Sebabnya aku tau selepas ini hati dia akan terluka lagi. Ecewaaaah...skema tul ayat aku ek. Maklumlah tengah melayan lagu2 jiwang lah katakan.

Apapun, selamat berhujung minggu sumer. Aku pasti enjoy..Tak sabar pulak nunggukan coti raya cina nie. Panjang tul coti tu. Memo dari HR pun tak mention sambung sampai hujung minggu. Harap2 ada lah hendaknya. Kalau takde pun takper..coti tu pun dah cukup..ayat penyedap rasa tu...

Sabtu, 14 Januari 2006

Updateler nie..

Hah..tajuk tu aku tujukan kat sorang tu. (Kalau stakat copy n paste lirik lagu tu kan...maleh den nak cito..*sambil mata jeling kat wirawan).

Update nie pengganti hari Senin nanti. Aku coti. Tak gi memana pun. Sajer nak amek coti tahun baru. Sebenarnya hubby yang ajak amek coti pun. Dia amek sampai hari Selasa. Katanya nak bermalas-malasan kat umah. Dia kan tak sihat. Dah siap beli 2-3 VCD sempena coti kami. Apsaller aku tak amek hari Selasa gak..ahh..hubby nyer coti yang dia amek tu coti dari last year. Aku mana ada coti last year. Memang company tempat aku keja nie tak kasi simpan coti. Tiap2 tahun coti mesti dihabiskan dalam tahun tu gak. Nyampah tul ler.

Takper..sok sok aku coti dua bulan bergaji..hehehehee..tapi masa tu sebulan lebih tak leh nak kuar umah..maklumler dalam pantang..cet..sabarjerlah..its ok janji cotiler gak. Apa la aku nie tak abih2 citer pasal coti..time keja banyak tau lak mulut merungut..keja banyak..time dok rileks tu tak lak membising..hisshh..apa la nak jadi dengan aku nie..ok dah..taknak citer pasal coti lagi dah..

Dolu2 kan ada bas mini. Bas mini masa tukan diseragamkan warna pink. Memang kelakar kaler dia kan? Ini antara pengalaman aku naik bas mini. Tiap2 pagi kami (aku dan adik aku Alang) tunggu bas mini no. 38 or 39 ke opis kami di PJ.

Kebetulan awal pagi tu kami dapat naik bas mini no. 39 yang tak ramai orang. Alaah..time tu hari Sabtu memangler tak ramai orang. Sebab kebanyakan orang keja kat PJ keja 5 hari seminggu jer. Tapi tempat keja aku nie sampai la sekarang nie masih tetap nak beroperasi sampai hari Sabtu.

Dalam perjalanan tu, pemandu bas mini nie tanyalah kat setiap penumpang turun kat mana. Sampai kat turn kami, aku dan alang memang tak perasan dia tanya kat kitorang. Dia tanya pandang cermin pandang belakang. So, aku dan Alang ingatkan dia tanya kat orang belakang kami. Lagiler kami buat derk jer. Peh tu tetiba dia jerit..'woi orang tanya dia buat tak tau lak". Aku dan Alang pandang diri masing2. Heran lak kami naper dia marah camtu. Aku pun jawabler kitorang turun kat Sec.14. Aku ingatkan dia dah okay ler.

Rupa2nya member tu tak puas hati. Membebel2 tak tahu ntah apa bijik butir. Tapi ada ayat yang aku dengar tu buat aku betul2 tak puas hati. Dia cakap "Ingat muka lawa tu lawa sangat ker?" "Sombong tak tentu pasal". Laa..bila masa pulak aku dengan Alang perasan lawa nie..Hati aku dah mula membara, sambil dalam hati aku kata Eh..pakena dengan driver nie? Apa yang dia tak puas hati lagi nie. Tak habis situ..dia sambung ntah apa dia cakap.

Sampai jer kat bas stop sec. 14 aku dengan alang siap2 nak turun. Aku pun amek kesempatan cakap "Pasal muka kitorang nie memang lawa lah, kitorang nie sombong". Punyalah driver tu bengang..dia mencarut balik kat kitorang. Aku dengan Alang buat derk jer. Lantaklah..aku dah geram dengan segala rungutan driver tu. Macam bagus jer.

Alang cakap aku nie berani sangat nak menjawab. Kalau dibuatnya dia turun belasah kitorang ntah camner ler agaknya. Aku cakap aku tak kisah, aku akan tendang *tut* dia sebelum sempat dia angkat tangan belasah kitorang. Alang cuma geleng kepala jer kat aku.

Sejak pada hari tu. Aku memang tak naik lagi dah bas tu. Driver bas mini tu pun memang cam kat aku. Tiap kali dia nampak aku kat bus stop kalau dia nampak kitorang sure dia akan pandang tajam kat kitorang. Alang marah kat aku sebab aku taknak naik bas tu. Ahh..aku cakap banyak lagi bas mini lain kita boleh naik. Konon2 mogok ler tu tak nak naik bas tu. Tapi mogok aku cuma tahan tak sampai sebulan sebab time tu memang susah nak dapat bas ke PJ. Mana taknya, bas kecik tu selalu jer penuh, padat macam tin sardin jer.


Tu semua dah tinggal kenangan dah. Sekarang nie dah ada LRT peh tu Intrakota dah tukar jadik RapidKL lak. Aku pun dah tak dok kat KL. Gi keja pun hubby yang hantarkan.

Cuma sesekali bila balik KL tu, bila nak ke Midvalley atau KLCC, aku akan naik komuter takpun LRT.

Khamis, 12 Januari 2006

Mood..

Aku bukan takde mood nak berciter tapi mood aku nie. Aku tengah risau pasal hubby. Hissh..bukan pasal perangai hubby ler. Perangai dia ok jer. Nothing odd for me to notice..ecewah mencaruting omputeh lak aku. Yang membuatkan aku takde mood ialah pasal kesihatan dia sejak aku disahkan mengandung nie. Kekadang bila difikirkan balik, rasa kelakar pun ada gak. Mana taknya, masa aku mengandung kali pertama belum sempat aku masuk hospital dia dah masuk dulu. Siap kena tahan dok wad dua hari sebab dia kena bedah dipipinya tu. Peh tu sekarang nie dah lain lak citernya. Dia macam orang semput lak. Tapi tahun lepas tak pulak dia camtu. Kebetulan atau suratan..eh..macam tajuk lagu pulak. Dia takde selera nak makan tapi cepat jer rasa lapar.

Memang setiap hari makan tengahari kami akan makan bersama. Tapi semalam dia tak larat, aku pun ndak taknak kenalah makan sorang2. Hari nie dia nak gi check-up nak tengok apa yang tak kena, katanya nak gi buat ECG ..ntah aku pun tak tau ECG tu apa ker bendanya. Alah..yang pasang wayar satu badan tuler. Harapnya dia takde apa2. Dengan keadaan meloya nie aku jadi tak larat nak memikirkan hal2 yang tak baik.

Malam tadi aku tido disebelah sambil bisik kat dia, "Dulu masa ngandung kan si Julia, Ayang yang sakit, sekarang nie mengandung pun Ayang sakit gak." aku sambung lagi, "Orang kata kalau camtu maknanya husband kita sayang kat kita." Hubby cuma senyum. Kira ok ler tu..Tak banyak sikit dapatler aku hiburkan hati dia. Dia pun tau aku cuma nak sedapkan hati dia. Aku nak urut dia tapi kederat (kudrat) kureng ler. Dia pun paham dengan keadaan aku sekarang nie.

Hari nie aku tak lunch dengan dia lagi. Tapi takperlah sebab pukul 11.30 pagi tadi hubby dah bawakan lunch utk aku. hehehehe...hari nie makan best. McDonald ler apa lagi. Makan sorang pun makan sorang lah janji makanan aku sedapz gitu. Tambahan lak aku dapat memo gaji kuar awal (minggu depan). Seronokyaaa..aku tapi aku takut ler. Seronok sebab dapat gaji awal takut sebab nanti duit cepat habih. Nak tunggu hujung bulan Februari dah mencungap takpun menganga jer. Insya Allah...aku pun dah tak macam dulu. Takdelah nak shopping macam dulu. Sekarang nie aku kena jimat cermat untuk bakal adik Julia nie...cewahh..look who's talking..

Okaylah ek..tekak aku dah rasa lain macam jer nie hah..sekarang nie asal lepaih makan jer tekak aku mulalah rasa nak muntah. Tak makan kang lapar la pulak..bila dah makan camnielah jadiknya..sabarjerlah..Agaknya betul ler kata orang tu bukan semua pengalaman mengandung tu sama jer.

Jumaat, 6 Januari 2006

Kisah Julia

Kalau semalam aku citer pasal kerenah BangChik adik ke5 aku tu. Hari nie aku nak citer pasal buat hati pengarang jantung kami (aku n hubby), Julia atau nama penuh dia Julia Adriana. Sekarang nie dia dah pun berusia 1tahun 2bulan. Seawal 5bulan dia dah pandai merangkak tapi dia mula bertatih sebaik sahaja menyambut hari lahir dia genap setahun.

Kalau tengok dia..memang takde iras muka aku langsung. Kulit dia putih melepak sedangkan aku berkulit gelap. Muka dia lebih iras ke muka hubby (bikin aku jeles jer). Tapi orang kata kalau anak pompuan ikut muka ayah maknanya sejuklah rumahtangga si ibubapa. Eleh..ayat nak menyedapkan hati maknya ler tu. Tapi harapnya betul ler. Saper yang ndak rumahtangga yang panas yer tak..Yer betul!!

Bila balik dari kerja nampak muka Julia jer terus hilang rasa penat atau stress kerja. Mana taknya, kerenah yang berbagai dibuat dek Julia yang selalu berbakul2 mak mertua sampaikan pada kami tiapkali kami balik dari kerja. Dari memanjat sofa ke grill tingkap yang mengalahkan budak lelaki sampailah ke menari hentak sebelah kaki bila dengar lagu patriotik.

Pehtu bila aku suoh sebut perkataan ‘ayah’ dia akan cakap ‘bapak’. Bila suruh sebut ‘atuk’ tak pulak dia ubah perkataan lain. Bila aku nyanyi lagu ‘twinkle star’ dia pun angkat tangan tinggi dengan dan dia buat seolah2 bintang berkelip tu. Tapi janganlah disuruh buat apapun kalau dia tengah siok tengok iklan di TV. Tak akan dilayannya. Dah pandai dah bila ditanya mana mulut, mana gigi, mana kaki.

Sekarang nie dia dah pandai lak nak ngikut aku gi kerja. Mengengek ler dia sambil menarik kain minta didukung. Aku pun pujuk dia dengan mengumpan dia sebotol air susu. Kekadang menjadik tapi kekadang tu dicampaknya botol susu tu. Ada masa Julia nie mendengar kata tapi kalau bab memanjat memang dia tak boleh dilarang langsung. Aku tunjuk tangan nak pukul ditepisnya tangan aku. Dia langsung tak takut dengan orang. Pernah aku pegi ‘open house’ rumah seorang rakan hubby langsung takde rasa takut.

Dulu aku selalu menangis olok2 depan dia. Nah kau..sekarang giliran dia menangis olok2 dengan aku. Kekadang hubby tertipu dengan lakonan dia tu. Berialah hubby pujuk last2 nengok airmata setitik pun takde. Heheehehe..

Hah kau..baru anak sorang tu. Dah bertambah sok camner ek? Itulah penangan keceriaan rumahtangga yang punya cahayamata. Kekadang tu aku kesian dengan kengkawan hubby yang telah berkahwin bertahun lamanya dan masih belum punya cahayamata. Bermacam usaha dilakukan dek mereka semata2 ingin punya cahayamata sendiri. Semalam aku berborak dengan x-officemate aku dulu kak linda, kesian dia masih belum ada tanda2 dan dia sedang berusaha untuk punya anak. Katanya dulu belum berkahwin orang selalu dok tanya bila nak kahwin, sekarang bila dah berkahwin orang dok sibuk tanya bila nak ada anak pulak.
Aku pun pujuk dengan kata2 semangat supaya dia tak putus asa untuk punya cahayamata.

Khamis, 5 Januari 2006

Macam2 Ragam..

Tahun baru sudah bermula. Hari persekolahan pun dah bermula kan? Seronok melihat telatah kanak2 sekolah. Terkenang pulak hari persekolahan aku yang dah lama aku tinggalkan.
Mesti bermacam ragam kerenah bebudak sekolah nie kan? Terutamanya yang baru memasuki dunia persekolahan rendah. Hhhmm..seronok jadi kanak2 nie kan? Takde masalah yang perlu difikirkan. Hah..yerlah tu masa kecik2 dulu asyik dok ingat nak cepat besar. La nie dok sibuk nak pusing balik masa lak. Zaman takde masalah saper yang taknak beb..heeheheehe

Hari nie aku nak berkongsi kisah. Kisah berkenaan seseorang yang amat rapat dengan aku. Seorang yang terlalu sensitif dan kadangkala suka menyakat aku dengan kata2 yang kekadang buat aku bengang giler dengan dia. Dulu masa keciknya akulah yang terpaksa korbankan masa bermain kerana terpaksa menjaga dia. Dia tak lain tak bukan adik aku yang kelima Abang Chik.

Abg Chik dah pun berusia 22 tahun bakal menyambut hari lahir ke 23 pada Oktober akan datang. Abang Chik yang ketinggian menjangkau 6kaki 2inci. Antara yang tertinggi dikalangan adik beradik sepupu yang lain. Aku taknak citer pasal dia sekarang. Tapi aku nak citer pasal kerenah yang dia buat semasa dia mula masuk ke sekolah rendah.
Memang kami adik-beradik tak pernah ke sekolah tadika termasuklah Abang Chik. Masa mak belikan dia baju seragam sekolah, alatulis dan segala barang keperluan sekolah, aku tengok dia excited ler sesangat..

Okay, beza umur aku dengan dia 9 tahun. Huh..jauh gak beza umur tu tapi dia cukup tak suka kuar dengan aku..konon katanya jatuh saham dia. Eleh..takkan diorang takleh nak beza adik beradik kot. Tapi kalau dah adik aku tu tinggi menggalah camnerlah orang nak tau dia tu adik aku kan. Eh..eh sudah lari citer lah aku nie..ok sambung lik

Abang chik nie beruntung betul. Maklumlah..dia yang paling muda selepas arwah adik yang bongsu meninggal so segala perhatian memang ler tertumpah kat abang chik. Time sekolah rendah dia sorang2 jer. Kehidupan kami sekeluarga pun taklah susah sangat.

Masa hari pertama dia di sekolah rendah..bapak temankan dia. Huh..aku dulu kenalah sorang2 carik sendiri kelas aku..Yerlah time tu abang aku sekolah pagi akulak sekolah petang. Dokla termanggu aku kat tangga tak tau nak gi kelas mana satu. Eh..aku dok citer pasal adik aku tetiba lak nak citer pasal aku ..pekehal ler aku nie..

Ntah camner hari ke3 bapak tugaskan aku lak gi temankan dia. Maklumlah masa tu aku dah sekolah menengah sesi pagi. Nak taknak kenalah aku gi ke sekolah rendah yang juga merupakan sekolah lama aku tu. So, aku pun dok ler berdiri kat depan kelas nengok dia. Aku senyum kat dia. Dia langsung tak balas. Kebetulan lak masa tu MR ‘T’(toilet) dah macam memanggil2 lak. Aku apa lagi, menapak ler ke arah toilet. Tak sampai lima tapak aku dok dengar orang jerit "Angah!!!". Bila aku toleh Abang Chik dah keluar kelas dengan airmata bertakung. Loor..apalak nie kata hati aku. "Meh sini!!" sambil ditariknya tangan aku dan disuroh berdiri betul2 kat depan pintu kelas. Terkepit2 aku dok menahan nak ke tandas. Dia taknak aku hilang dari pandangan dia. Ekleh Angah nak gi toilet ler , dia boleh buat derk. Adalah sorang pakcik nei sound Bangcik."Budak lelaki pun nak nangih ker?" Wuihh..ditolehnya kepala pandang pakcik tu siap jeling ko. Aku senyum jerlah kat pakcik tu.
Terpaksa la aku berdiri kat depan pintu dengan muka kelat nak mampus. Perut yang memulas pun hilang dengan perangai dia.

Selang 2minggu lepaih tu bapak citer lak. Belum sempat bapak mati enjin kereta Abang Chik dah sound kat bapak tak yah teman dia lagi. Abang Chik ada ramai kawan. Amboi..eksen ko yer.

Bila aku citer benda nie kat Abang Chik sure dia sengih2 peh tu kang dia angkat kaki ca alif but sebab tak tahan nak dengar kisah2 perangai dia yang lain2 tu. Banyak tul kerenah abang chik masa kecik nei tau. Nantilah bila ada masa nanti aku citer. Macamlah aku nie baik sesangat masa kecik dulu ek..heheheheehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails