Khamis, 29 Jun 2006

Nak watcamner..

Aku memang nak sangat citer pasal opismate aku yang seringkali 'membakar darah' jer. Tapi aku pikir..lagi aku tulih lagi sakit hati nanti. Dia nie bukan sebangsa tapi bangsa yang kita kenali sebagai yang lebih bijak, lebih rajin dari bangsa aku. Nak kata aku terkejut tu takdelah sangatkan. Jadinya, aku amek keputusan untuk tidak berciter pasal dia dalam blog aku. Bak kata orang Nogori tu kan..mengabihkan boreh yo..

Bermula dari minggu ini setiap 2minggu aku kena gi check-up. Sebelum nie doktor scan kata baby dah berpusing. So, kali nie surelah doktor nak tengok sama ada baby dah pusing balik or not. Risau gak nie. Tapi nasib baik hubby ada..family pun doakan aku selamat..Memang time2 camnie sokongan hubby n family penting buat aku.

Dulu masa aku mengandungkan Julia..due date pun dah over...dorang ler dok sibuk tanya itu ini. soh aku 'potong' jer. Amboi..dorang nie dah lupa ker..yang mengandung tu aku..tentulah aku lagi risau. Tapi doktor kata aku ok..aku pun rileks jerlah..(tapi takut n seriau tu takleh nak cakap dah)

Aku rasalah kan..semua ibu yang pernah mengandung..sure ingat kandungan pertama dorang camner. Maklum pengalaman baru jadi ibu mengandung. The feeling tu takleh nak diciterkan dengan kata2 (cewaaahh..). Hanya mereka yang mengalaminya yang tahu perasaan tu.

Aku 'enjoy' time mengandung nie..semua adik2 termasuk abang aku sibuk dok pegang perut aku nak rasa pergerakan baby dalam perut aku. Dorang memang suka betul kekadang tu dorang gelak besar bila rasa baby dalam perut bergerak. Yang paling seronok tu of coslah abang aku yang tua tu. Sebabnya masa aku mengandungkan Julia, dia langsung tak berpeluang nak pegang.

Alhamdulillah....abang dah banyak berubah. Tapi kami tetap risau..takut dia kembali ke tabiat lamanya. Aku harap perubahan nie berkekalan..insya Allah. Yang paling menggembirakan..bapak dan mak aku. Yerlah..parents mana yang suka anak dia terlibat dengan najis dadah kan. Mungkin abang dah insaf dan menghargai sokongan keluarga dia. Umur abang pun dah nak masuk ke 34 dah..dah sibuk nak cari girlfriend. Tapi mungkin dia sedar dia dah banyak ketinggalan..dia taklah serius nak mencari pun. Sekarang nie dia dok sibuk nak amek lesen memandu. Dok sibuk buat macam2 kerja untuk bayar kursus memandu tu.

Okaylah..cukuplah kat sini..'mak buyung' nie dah penat menaip..dia nak sambung buat keja opis lak..nanti kita sambung citer..adios..

Isnin, 26 Jun 2006

eh..iyer ke?

Di hari Sabtu lalu, aku balik PDKL (heeheehee..kat mana tu?). Lawatan rutin tapi selepas nie aku akan balik hanya untuk berpantang nanti. Aku tak pegi pun melawat atok aku. Bukan tak sempat, tapi keadaan cuaca tak mengizinkan (alasan jer). Sepatutnya hubby kena pegi ke kenduri doa cukur jambul sepupunya di Gombak tapi dia beralasan aku tak larat. (marah betul aku kat hubby bila dia beralasan pada parents dia cenggitu..nanti apa pulak kata in-law kat aku)

Pagi tadi Alang tepon..

Alang: Assalmualaikum..

Aku: Wa'alaikumsalam..

Alang: Dah beranak lum?..hehehehehehe

Aku: Belum daa..due date pun lambat lagi..tunggu jerlah..ishh..ko ni tak sabar ar..

Alang: Aku tengok perut ko besar semacam jer tu sebab ar aku ingat ko dah beranak



Aku: Ajaran mana ko dapat nie?..asal perut besar jer, hah..cepat ler beranak..



Alang: Eh..orang biasanya..mengandung kali kedua sure perut dia lagi kecik dari yang pertama tau..ko tu lain lak jadiknya..



Aku: Agaknya aku nie lain dari yang lain kot..hahahahahahaha



Alang: Perasan!! Hhmm..oklah aku ada keja skit nie..nanti kita citer lagik..



Aku: Hah..yerlah..nanti kita citer lagik..Assalammualaikum..bye



Lepas jer letak tepon..aku pun terfikir..eh..betul ker camtu? Betul ker..mengandung kali kedua nie perut tu patutnya kecik dari yang pertama?..hai..memacam ler teori adik aku yang sorang nie.

Jumaat, 23 Jun 2006

Lamanya..

Alahai..kesian blog aku nie..dah lebih seminggu tak berupdet. Nak kata malas, tak gak..nak kata takde mood..habih sumer blog lain aku redah..hhhmm..Dahler tak lama lagi aku nak coti bersalin dua bulan..Pada yang dok tertanya2 bila due date..hah untuk kesekian kalinya, aku nak bagi tau tarikh due bersalin aku pada 26hb Julai nie..(hah..wirawan..ingat ek..kot nanti org dah bersalin dok tanya2 gak..tak dapek den nak nolong)

Hari tu dah gi check up..Alhamdulillah..segalanya ok tapi doktor cakap baby aku dah pusing balik kepala kat atas lak..alaaa..ni yang tak best nie..but then doktor cakap ada masa lagi untuk dia pusing ke kedudukan asal iaitu kepala ke bawah. Iskk..harapan aku biarlah dia pusing ke arah kedudukan yang betul. Takper..cool down..aku tak leh nak gabra sangat..nanti lain lak jadiknya.

Semalam dengan hari nie bos aku takde, dia bercoti. Yeay! tapikan dia ada ker takde ker sama jer. Almaklumlah bos aku pun bukannya lekat kat opis nie. Konon gi carik sales ler tu. Eleh macamlah aku tak tau orang buat sales nie camner. Lagipun aku pernah ler gi makan kat satu restoran nie dan tak disangka2 'terberjumpa' bos dengan awek dia. Eeii..main tuduh jer aku nie ek..tapi aku tak tuduh tau sebabnya aku memang kenal isteri dia. Hari tu masa Tahun Baru Cina aku gi umah dia dan hubby pun cakap kat aku "eh..yang kita jumpa hari tu, bukan isteri dia". Eii..sib baikler dia cakap time dalam kereta. Tak kisahler tu, bos aku pun bukan Islam. Lagipun itu hal peribadi dia..aku tak nak amek tau langsung. heeheehehe

Oklah..cukup dulu sampai sini..aku nak gi 'longkai' blog lain. Lagipun aku nak citer pasal opismate aku yang selalu betul buat aku hangin satu badan. Orang kata time mengandung nie takleh nak marah orang sangat takut nanti terkenan. Tu sebabler aku maleh nak citer pasal opismate aku nie. Kalau aku citer, aku rasa korang pun mesti berangin macam aku gak.

Rabu, 14 Jun 2006

Lek ar..

Tajuk utk hari nie tapi citer nie dah basi..

Anak aku si Julia yang baru berumur 1thn 7bln dah pandai loyar buruk..

Salah aku jugak..

Minggu lepaih MIL tengah kemas bilik, Julia pun sibuk mengemas sampaikan MIL bising marah kat dia.

Then aku pun panggil Julia.."kakak..meh sini meh"..

Julia pun datang kat aku..then aku cakap "pi cakap kat Wan tu..Lek ar Wan"..

Tanpa lengah Julia pun gi masuk bilik dan cakap "Lek ar Waa.." Wan dia dengar jer, lagiler berangin n marah dia.."eeii..budak nie den lesing kang, lek ar...lek ar"..hehehehee

Sekarang nie tiap kali aku marah dia jer..mula ar dia cakap "lek..lek ar mak"..Adeeh..padan ler muka aku..

Hujung minggu hari tu aku balik ke Pantai Dlm dgn adik2 sepupu..dorang siok jer dengar dia cakap.."lek..lek ar..k"

Nak wat camno..time nie ler memang seronok dia cakap apapun kecuali 'mencarut'.

p/s: Ayat baru aku ajar.."tak rock ar"..

Khamis, 8 Jun 2006

Biasanyalah kan..

Bila seorang isteri dicerai dek sang suami..yang dikata, yang dikutuk tentunya sang isteri. Dikata sang isteri tak pandai jaga suami, curang, ego dan macam2 lagi.

Bila seorang anak berlaku biadap, sang ibu dipersalahkan dulu.."tulah tu budak tu, mak bapak dia tak ajar dia agaknya"..mak jugak kena ek..

Bila sang perempuan mengandung tanpa nikah, dikata "tulah dia pompuan bodoh, terlalu mudah percaya kat lelaki"..

Bila perempuan muda berkahwin lelaki lebih tua yg layak digelar bapak, "alaa..pompuan tu mata duitan"..

TAPI

Bila lelaki buat hal jer.."alaaa..biasalah orang lelaki..camtulah perangainya"..

DAN

Yang bercerita lebih2 pun orang PEREMPUAN jugak..

abih tu camno?

boleh tukar tak?


tak kot..

Isnin, 5 Jun 2006

Perlukah?

Masa aku belum berkahwin dulu selalu gak kengkawan opis (yang dah kahwin) beri aku nasihat yang macam2. Ada yang soh aku jangan beritahu berapa gaji aku, ada yang cakap jangan dok serumah dengan mertua tak kurang yang soh aku jangan percaya 100% suami dan tak kurang juga yang menyuruh aku membuat akaun simpanan yang tidak diketahui dek suami nanti.

Tapi itu tak menjadikan aku takut menempuh alam rumahtangga (tipu..menggelabah pun ada). Nasihat mereka mungkin berdasarkan pengalaman sendiri ataupun pengalaman dari orang lain. Bila hari perkahwinan dah nak dekat lagi banyak masalah kengkawan (yg dah berkahwin) timbul. Tapi ada jugak kengkawan yang nasihatkan aku supaya jadi isteri yang baik, yang taat dan setia pada suami. Aku hargai segala nasihat dan petua mereka itu.

Tapi yang membuat aku rasa terkilan sangat tu sampai sekarang hubby belum pun menukar penamaan untuk KWSPnya. Macamlah aku nie ndak sangat duit tu. Aku tak kisah langsung tapi kenapa mesti dia taknak letak nama hatta nama anak dia sendiri. Bila ditanya, dia tanya kat aku balik, sama ada aku dah tukar atau tidak. Sejak tu aku tak nak lagi sebut hal tu. Buat aku sakit hati jer. Bila dah geram tu, aku cakap kat dia aku soh tukar bukan sebab aku nie mata duitan tapi untuk masa depan anak2 dia jugak. Then aku cakap lagi, aku memang tak heran dengan duit KWSPnya sebab aku awal2 dah pun membeli insurans nyawa yang lebih tinggi nilainya dari duit KWSPnya tu. Aku katakan lagi aku memang dah lama bersedia dengan segala kemungkinan. Tapi apakah persediaan yang dia tinggalkan untuk aku dan anak? Hah..masa nie dia dah diam dah..(aku nie kalau part menjawab mmg terer).

Suami sepatutnya sediakan segala bekalan untuk sebarang kemungkinan tapi kalau dia tak buat, janganlah berdiam diri. Buatlah sesuatu supaya kita (isteri) tak susah di kemudian hari. Tak kisahler nak beli insurans ker, buat akaun rahsia ker..terpulanglah asalkan apabila terjadi sesuatu yang tak diingini, kita dah bersedia.

p/s: tepuk dada, tanya selera...

Khamis, 1 Jun 2006

Geng..

Baru jer 3 hari lepas aku dpt sms dari X classmate aku, dia selamat dah bersalin anak ke 5. Anak yang diinginkan iaitu anak lelaki. Sebab sebelum nie dia dah ada 3 anak perempuan dan sorang lelaki. Sekurang2 sorang hero tu ada kawan nak bermain katanya. Aku cuba call sampai sekarang tak dapat. Mungkin dia dah balik kampung atau masih di hospital aku sendiri tak pasti. Aku masih tertunggu2 kot dia sms aku atau call aku untuk beritahu dia dah balik umah atau di kampung. Aku doakan dia selamat dan sihat hendaknya.

Ex-classmate aku nie nama dia Sarah[bukan nama sebenar], dulu satu geng masa kitorang di Tingkatan 3. Selain dia ada lagi 2 orang. Sampaikan kami combinekan nama masing2 untuk dapatkan nama geng kami. Tapi setelah keputusan SRP (sekarang PMR) kami perolehi, masing2 tercampak ke kelas yang berlainan di Tingkatan 4.

Setiap kali aku berborak dengan dia pasti terselit kisah dia buat lawak. Lawak tu bukan yang dibuat2 dek Sarah nie. Aku nak share dengan korang kes lawak tu. Setiap kali waktu rehat sudah pastinya kami berempat akan bercerita, bergosip ..pok pek pok pek. Entah macam mana tetiba aku cakap dengan diorang yang aku risau tentang peperiksaan SRP yang bakal kami tempuh tak lama lagi. Mula ar si Miah[pun bukan nama sebenar] dan si Siti[sama gak aku tak letak nama betul] menyatakan nak buat sembahyang hajat. Si Sarah nie pun sibuk sama ar nyatakan pasal kerisauan dia.

Entah camner satu hari tu, Miah dan Siti bertanyakan sama ada boleh atau tidak untuk pergi ke rumah aku. Selalunya rumah Miah yang jadik tempat persinggahan. Aku pun rasa seronok sebab dorang tak pernah pun nak datang ke rumah aku. Aku kata ok jer. Aku pun tanya kat Miah

"kenapa tetiba jer nak datang umah aku lak?"
Miah pun cakap, "nak ajar si Sarah sembahyang".
"hah! Sarah tak tau sembahyang ker?" aku memang terkejut giler mendengarnya.
"Kalau dia tau, takkan dia mintak kita ajar" jawab Miah.
"bila korang nak datang?" aku tanya Miah.
"hari nie lepaih abih sekolah, boleh?" Miah jawab.

"ok, set"..kata aku dengan rasa seronoknya. Almaklumlah kengkawan nak datang umah 1st time la katakan. Mestilah aku kata ok jer. Sampai dirumah jer, kami mengisi perut kami dulu. Lepaih tu aku pun keluarkan telekong yang biasa aku pakai dan beberapa pasang telekong lain. Kami pun siap2 berwuduk. Itupun aku sempat tanya pada Sarah sama ada dia tau atau tidak berwuduk. Sarah selamba jer cakap

"Itu memangler aku tau"

Aku, Miah dan Siti pun memulakan sesi pelajaran pada Sarah.

"Mulakan dengan niat sembahyang, kuat2 tau kitorang nak dengar", kata Miah pada Sarah. Sarah dengan megah menjawab

"Eleh..kacang jer tu" dan terus kepada membaca niat...

"NAWAITUSAUMA...

Tak sempat habis baca aku, Miah dan Siti dah terbaring tergolek2..gelakkan Sarah. Sarah dengan selamba jer cakap,

"Wei, janganler gelak wei..aku baca salah ker?

Terus aku cakap, "Bacaan tu betul tapi itu untuk puasa ar..kahkahkah

Kesian Sarah tak pepasal jer kena gelak dek kawan baik sendiri. Tapi itu tak menjadikan dia lemah untuk belajar sembahyang. Malah kini dia amek pengajaran untuk mengajar anak2 dia sembahyang dari umur mereka di peringkat sekolah rendah lagi.

Setiap kali aku citerkan pada Sarah hal nie sure dia akan gelak sama. Lepas tu mula ar kitorang sibuk nak ulang semula zaman sekolah kami.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails