Rabu, 26 Disember 2007

Semalam

Sebenarnya aku dah updet citer semalam. Ntah kenapa masa buat posting line internet tetiba ilang..hangin aku satu badan. Memandangkan hari nie aku tengah bercuti (last coti) aku nak bercerita. Semalam aku tak pegi mana2 kecuali dok umah melayan Lidya yang demam. Ahli keluarga lain lak pepagi lagi dah keluar rumah pegi ke majlis cukur jambul dan tengaharinya lak majlis pertunangan adik sepupu sebelah hubby di Paroi.

Niat dihati memang ler nak pegi tapi memandangkan keadaan Lidya yang asyik menangis jer, rasanya lebih baikla aku dok di rumah jer. Aku ada order muffin pisang dengan kak sya, sebelum nie aku ada order cupcake. Tak sempat nak amek gambar cupcake tu dan nak cerita pasal cupcake tu pun aku sendiri tak rasa. Aku cuma dengar dari mulut orang lain. Jadi kali nie biarlah aku promote muffin pisang kak sya nie.

Bila MIL nampak jer muffin pisang tu terus dia cakap, betapa besarnya muffin tu tak padan dengan harganya yang murah. Kembang dah aku dengar, tak sesia aku order. Peh tu FIL lak cakap boleh ar order untuk bulan depan. Terus jer MIL menyampuk, issh..kalau ipar jauh boleh tolong beli takkan ipar sini tak leh lak. Aku pun iakan jer.










Inilah muffin pisang yang siap bungkus beli dari kak sya.
















Inilak muffin pisang yang aku dah kuarkan dari bungkusan, mmm..bebudak pun suka.










Hah...kalau nak order, order melalui email kak sya di nysya@yahoo.com.


Hari nie lak aku dah kuar pepagi tadi, gi bayar insurans anak2 aku dan gi claim insurans yang masa aku jatuh dulu tu. Sekarang nie aku dok umah melayan 2 kanak2 riang. Alhamdulillah si Lidya pun dah kebah skit dari demamnya.


oh..ya..entri sebelum nie aku ada bersungut pasal tak dapat hadiah di hari jadi..tak elok aku kan? Sebenarnnya masa birthday aku tu, MIL hadiahkan sepasang kain manakala adik ipar aku hadiahkan mug (dia lupa or dia tak buang tanda harga).


inilah hadiah masa besday aku minggu lepas..hubby? dah dia beli kek, kfc n pizza n jemput 2 org rapat aku dah cukup baik dari dia..

Selasa, 18 Disember 2007

Gembiranya

start 14hb ari tu aku coti..sajer ar nak abih kan coti tahun..tinggal 1 hari jer lagi. Bukan takleh nak carry forward, takut nanti tak terhabih lak nanti..hehehehehe (eksennya aku). Bapak dan Bangcik datang ke Seremban kerana aku..(dah eksen perasan pulak tu). Masa tu aku baru jer sampai kat umah adik sepupu aku. Baru jer borak2, bapak call kata nak datang. Aku meloncat kegembiraan la apa lagi kan. Tapi bapak datang dengan bangcik jer. Lepas Maghrib bapak balik ke KL. Lepas Isyak si Ateh lak sampai. Eissh..mentang2 lah KL-Seremban tak sampai sejam perjalanannya.

Sabtu petang hubby anta aku ke rumah adik sepupu aku lagi. Borak2 tak lama, hubby ajak balik, upanya lepas dia anta aku tu terus dia gi beli kek, KFC. Katanya nanti boleh order pizza. wahh..baiknya hubby. Malam tu berkemundanglah lagu2 biasa..yang lebih nanyinya si Julia..Happy Beday untuk mmmaakk..aku tak putus senyuman dibuatnya..Sepatutnya Birthday aku hari Ahad (16hb) tapi sebab hari Ahad mertua aku nak ke Nilai, makanya aku diraikan sehari awal. Tapi happy beb..yerlah kan..sambutan tak meriah mana..ada orang tersayang dah kira yang terbaik dah..(ayat sedapkan hati sebab tak dapat hadiah)

Khamis, 13 Disember 2007

tulah dianya..

Tup tap tup tap..dah lebih seminggu upanya tak updet ceritera ek..malas betul aku nie (straight to the point punya alasan..). Nak kata terlalu banyak cerita taklah sangat tapi macam yang aku kata tadik la kan.."MALAS" punya penangan..dok lompat baca blog orang (sah sah aku kaki kaypo, tinggal x minat nak makan gaji jer dengan keja tu..hehehehehe

Sejak 2-3 hari kebelakangan nie aku dikejutkan dengan beberapa panggilan...

Panggilan 1

Aku: Helo...
Caller: (diam jer)
Aku: Helo..
Caller: (terus jer cakap) awak ada keja berkaitan dengan Johor Bahru tak?
Aku: (heran tapi selamba jer) a'ah..HQ saya kat JB
Caller: Ada tak berurusan dengan Eng..Ib..?
Aku:(dah berkerut dah) takde.. sebab HQ saya kebanyakan Chinese..kenapa?
Caller: (dengan suara sedih) takdelah suami saya nie hah..dok berkawan dengan pompuan lain..pompuan Indon, awak bukan Indon?
Aku: (lurus bendul nak mam..) keturunan Indon tu adalah tapi saya orang Malaysia, IC biru lagi..(sempat nak gurau2 lak)
Caller: Kenapa saya call no. 6157*** forward ke henpon awak?
Aku: (pelik n heran) ntahler..(dengan begitu lurus dan selamba bang***) no. handphone saya 01*-*(*&&&(
Caller: (mengulang no. handphone aku) hhmm..kenapa lak ke no. awak lak ek?
Aku: Cubalah awak call sekali lagi..mana tau kot salah tekan..
Caller: OK Ok mintak mahap yer..
Aku: takper..

Panggilan ke-2

Aku: Helo..
Caller: Yang..kawan awak lum masuk order lagi lah kat PJ
Aku: Iyer ker? Nanti saya tanyakan..

lepas 10 minit..

Aku: Helo..
Caller: Camner yang?
Aku: Dah masuk dah semalam lagi, awak check lah dengan member awak kat PJ tu.
Caller: Ok Ok..

Panggilan 3

Aku: Helo..
Caller: Assalammualaikum..
Aku: Waalaikumsalam..
Caller: Kenal i tak?
Aku: (eleh nak main teka tekuk konon) kenal..suara such a gentleman mestilah i kenal.
Caller: I ingat u tak cam suara i tadi. Apa kabar u? Anak berapa dah? Orang dah ada lesen..
Aku: Alhamdulillah..sihat anak i pun dah 2..two gals
Caller: Alhamdulillah..but must have a boy now (english accent sebedik mat saleh)
Aku: (menyampah dengar dia speaking macam tu, mentang2 dulu arwah bini minah salleh) that will have to wait. My first only 3 n second just only 1year plus. (konon nak lawan lagi kuat slang english)
Caller: Well..i'm glad to hear that..dulu u tu can see but cannot touch
(cepat2 aku menyampuk..):eih..sekarang ni pun macam tu gak but exceptional to my husband..hehehehe
Caller: (gelak besar..)so how was your weight?
Aku: (nie yang aku menyampah nei, asal dah kahwin jer orang tanya pasal weight) of cos not as slim as before but i'm trying to lose some.
Caller: You must take care..take less sugar..i dari dulu sampai sekarang 69kg
Aku:(mang ar ko tu orang kaya, boleh ar beli supliment ke apa ker) Sometimes when we (the mother) put too much concerntrate on our children and to forget how do we look like until someone near us tell us bout it. Eh..how come out of sudden u call me..? (punyalah lama borak baru teringat nak tanya)
Caller: I thought u have this number. I've been using this number for quite sometime, seven years, my dear
Aku: (alamak..kantoi! aku mang dah delete nombor dia nie) eh..apa lak last time u were using 016 kan? but now 019 (serkap jarang jer nieh)
Caller: oh really? I'm using a new handphone and was updating all my numbers from an old diary of mine then I saw your number and just wanted to say hi.
Aku: (dah lebih dari sebut hai pun) so nice of you calling me. Yerlah who am i for you to call kan.
Caller: keep my number..or maybe you can also call me and say hi.
Aku: (yerlah tu..) i will..insya Allah..
Caller: ok..take care..so happy to hear your voice again..
Aku: me too..never thought you would call me (masih nak berbahasa basi..hehehee)

Nota: ketiga-tiga caller adalah orang yang berlainan..
caller panggilan 1 - a lady that suspect the husband main kayu 3
caller panggilan 2 - my hubby keja kat tiles factory tapi beli tiles thru me bcos mine (staff purchase lagi murah)
caller panggilan 3 - an old friend that ..ahh..maleh ar nak citer

Rabu, 5 Disember 2007

5/12..Ulangtahun ke 4

Hari nie (tak ingat masa) lepas waktu Isyak tahun 2003, aku sah jadi isteri orang..


Selepas 4 tahun..2 orang anak perempuan yang comel..rumah bakal siap 2008 nanti..apa lagi ku impikan? Syukur Alhamdulillah.. Semoga hubungan kami suami isteri kekal ke akhir hayat..Amiiiiinnn..Ya Rabbal Alamin...

Isnin, 3 Disember 2007

Poland di hujung minggu..

hhehe..aku bukan gi Poland daa..tapi gi Palong 15, umah Pakngah (adik bapak) aku. Hari Sabtu petang aku gi dengan bapak. Bapak jemput aku kat umah dekat jam 4.00 petang. Hubby tak ikut, atas alasan kesihatan tak mengizinkan. Lebih kurang dekat jam 6 petang kami sampai kat Palong. Tak koser dah aku nak bising-bising, dia dah bagi aku ikut pun dah kira ok ar tuh.

Hampir semua adik beradik bapak kat sana. Dorang dah berpakat nak buat kenduri arwah. Aku pun takde buat apa pun. Sampai kat sana pun aku sibuk dok melayan kerenah si kecik. Tapi kekadang terlepas pandang sebab adik-adik spupu boleh diharap nak menjaga.

Aku memang suka mengusik adik2 sepupu aku. Dorang pulak jenis tak kisah, gelak ajerlah dengan usikan aku. Dorang nei pulak jenis ringan tulang. Mak bapak dorang pun tak payah nak mengarah itu ini. Memasing dah tau apa nak dibuat. Seronok aku tengok dorang nie.

Bergurau, gelak ketawa dan bercerita jadi aktiviti utama kami. Yang paling seronok tentulah si Julia. Dapat berkawan dengan adik-adik sepupu aku yang jugak seronok melayan si Julia dan Lidya.

Tah bila nak berkumpul macam tu lagi. Masa nak balik petang semalam, umi (isteri pakngah) siap tanya, bila nak datang lagi?

Insya Allah, bulan depan kami akan berkumpul lagi tapi kali nie mungkin di rumah atok di KL pulak. Eisshh..tak sabar nak berkumpul lagi nieh....

Khamis, 29 November 2007

Aku dihambat kesibukan..

Hari nie aku 'free' skit. Bos takde, gi product briefing di KL. Eleh..bos aku tu mang selalu tak masuk opis pun. Tapi lega sebab tak payah nak dengar dia tepon aku tanya itu ini.



Hujung minggu nie sepatutnya aku balik ke KL tapi memandangkan bapak dan adik beradik dia dah plan nak ke Palong, terpaksalah aku ikut. Hubby as usual..lots of excuses. Rimas dengan orang yang terlalu ramailah tulah inilah. Aku senang jer..if u don't to go, i go with my sister. She willing to pick me before they proceed to Palong. Hubby pun jadi serba salah. Nak tak nak kenalah dia gagahkan ikut sama.



Lately aku jarang nak bercerita. Takde benda yang nak dikongsikan. Macam biasa pegi keja balik keja tu jerlah. Sampai rumah aku terus letak beg mandikan dua kanak2 riang. Seronok layan dorang. Rasa penat dan tension hilang terus.



Lagipun aku malas nak cerita pasal benda2 yang menyakitkan hati aku. Bukan aku taknak kongsi cerita kat sini. Macam yang aku dok sebut tadila kan, hari2 yang aku lalui biasa2 jer. Takde yang menarik. Titik..



Lagipun petang2 hujan buat aku lagi ler dok terperap jer kat umah. Bila dah terperap tu, antara dua jerlah samada tengok TV atau layan internet. Aku layan internet pun sekejab jer, maklumlah ada dua kanak2 nie pantang nampak aku bukak laptop, hah siaplah datang si kecik dan sikakak dok tekan keyboard. Pada aku layan internet, baik aku gurau dengan kakak n adik. Seronok layan dorang lagi. Mulut kakak dah keletah dah pandai menjawab..boleh..boleh blah..adik lak dengan bahasa tah apa dengan reaksi muka dan mata bersinar dia.



Ini gambar masa hari raya pertama hari tu. Time baik..bukan main lagi peluk tapi time gaduh..aku tolak ko, ko tolak aku.

Selasa, 27 November 2007

Bertukar wajah

Ntah apa kena dengan aku, selepas beberapa tahun barulah kali nie blog aku tukar skit. Tetiba datang mood nak tukar. Kalau tak tu, masuk blog terus jer bercerita. Dah seminggu lebih aku tak bercerita kan?

Semenjak dua nie aku rasa dah tak best jer. Nak kata merajuk tu taklah sangat tapi aku rasa macam dah tak seronok jer. Mungkin sebab aku dihambat dengan macam2 hal kot.

Manusia mana yang tak diuji kan? Tabiat yang aku paling tak suka dalam diri aku sendiri, aku suka memikirkan hal yang tak sepatutnya. Bila2 aku dihimpit masalah atau perasaan yang tak tenteram. Dan bila aku nak sedapkan perasaan aku nie, tanpa disedari aku marah diri aku seolah2 yang langsung tak bersyukur dengan apa yang aku perolehi sekarang.

Bila2 nak motivasikan diri..aku selalu katakan pada diri aku setiap cabaran yang dilalui taklah seteruk mana dibanding dengan orang lain. Syukurlah kerana ujian yang kita hadapi tu untuk menguji kesabaran, keimanan dan ketaqwaan kita. Masa tulah aku sedar bahwa setakat melakukan ibadat wajib tak memadai untuk kita meletakkan hukuman orang lain. Kenapa mesti aku nak rasa tak gembira sedangkan inilah kehidupan terbaik yang dikurniakan olehNya.

Yerlah kan..buat apalah aku nak pikirkan sangat masalah yang aku rasa besar sesangat walhal ada orang lain diluar sana yang menghadapi masalah yang lebih kronik. Contohnya boleh ke tak aku bayangkan jika sekiranya aku ditakdirkan hidup di dunia luar seperti Iraq ker, Palestine ker. Tentu lebih susah kan? Kadang tu bila aku rasa jeles jer dengan orang yang duduk dalam banglo besar kereta sampai 5-6 buah, Eeeiisshh..silap2 dorang tu tak tido malam sebab takut kekayaan dorang tak kekal lama...hehehehehehe.

So, apalah susah sangat kehidupan yang ada sekarang? Aku rasa inilah kehidupan yang TERBAIK..syukur ALHAMDULILLAH...

Jumaat, 16 November 2007

Sibuk lagi..

Minggu nie minggu paling stress. Meja tempat kerja aku berselerak (dari dulu memang pemalas nak wat filing) dengan segala kertas. Bos tak abih2 mengganggu aku, tak dapat cakap depan dia call opis, tanya itu tanya ini. Macamlah aku tak buat kerja yang disuruhnya tu.

Siap cakap lak tu kalau sales this year tak bagus, increment yang dia mintak untuk aku tu mungkin tak dapat. Sabahjerlah. Bagi point pun tah apa-apa, boleh pulak dia cakap macam tu. Kot nak orang buat kerja bagus tip top bagilah point best-best skit, dapatlah gak motivate pekerja dengan lebih bagus lagi. Bos aku nie ingat aku nie dok jer kat opis takde wat apa2. Biasalah kat opis nie ada masa sibuk, ada gaklah masa freenya. aii..susah betul ar orang yang tak dok opis nie paham keadaan orang yang dok opis macam mana.

Ahhh..malas nak citer pasal bos aku nie. Buat penat jari jer menaip cerita pasal dia. Baik lah aku cerita pasal lain. Hati pun tak sakit. Cakap pasal sakit hati nie kan. Aku rasa semua orang yang kerja kat pejabat nie pasti ada sorang dua umat yang mang dia tak leh nak ngam kan? Pehtu pulak ada jer masalah yang dia createkan bagi kita lagi menyampah kat dia. Nak pulak ada jenis yang manis mulut depan kita. Konon concern pasal kita. Tapi kat belakang dia punya kutuk, eeeiiii..kalah mami jarum.

Kalau dah menyampah tu tentulah kerja pun dah jadi tak best ar kan. Nak pulak yang kita menyampah tu pangkat tinggi skit. Hahh..lagiler haru. Dia cuti kita tak kacau, time kita cuti ada jer omelan tak puas hati dia pehtu siap tepon tanya tu tanya nie. Walhal sebelum cuti kita dah cakap dah apa benda yang nak di follow up.

Aku dengan kawan rapat aku dulu penah alami benda nie. Masa tu kami kerja di PJ dan orang yang kami tak ngam tu bukan sebangsa. Perempuan tu dah late 30. (Kita panggil dia CB jerlah ek). Aku tak taulah apa masalah CB nie . Kami berdua nie boleh ngam dengan semua orang kecuali dengan CB nie. Memula tu ingat kami nie yang bermasalah. Tapi makin lama memasing makin meluat dengan CB. Aku tak berhenti kerja tapi kebetulan pulak ada satu kekosongan kat department lain, aku terus mintak transfer department sebab dah tak tahan dengan peel dia. Tinggallah kawan aku yang sorang tu, bising jugak dia. Hari2 sure aku dengar dia komplen pasal peel CB yang suruh dia wat kerja yang bebukan.

Ntah macam mana tah satu hari tu, ada orang tepon bagi tau kawan aku tu dok nangis dalam kereta kat tangan lak dok pegang handphone. Dia dok call mama dia. Aku dah risau, camner lah dia nak drive dengan keadaan macam tu. Aku amek handphone terus bagi tau kat mama dia aku try pujuk kawan aku nie. Hmm..sib baik dia nak dengar cakap aku. Tapi bila aku soh dia masuk opis balik dia taknak. Dah macam histeria dia kata taknak tengok muka CB. Oklah..aku soh dia rileks dulu. Balik umah dan tenangkan fikiran (tak taulah dia balik terus umah ke tak).

Betul2 sejarah. Member datang kerja besoknya terus letak surat beb. Korang nak tau saper taip surat berhenti kerja tu? Aku ler saper lagi. Dah jadi macam tulah barulah GM dia call aku tanya apa masalah. Aku sound jer direct dah jadi macam nie baru nak tanya. Sebelum nie kenapa tak tanya? Hmm..GM pun dah tak kerja situ.

Kalau lah kawan rapat aku nie baca blog nie, aku nak bagi tau dia yang pompuan giler tu masih di situ cuma staff dia bersilih ganti, tak pernah kekal lama. Cakap pun tak pernah nak lembut, kasar nak mampus. Final word is NO CHANGES. Agaknya sampai pencen ler CB macam tu. Jawab tepon memang tak ramah langsung. Macam nak gaduh jer. Macamlah dia sorang jer tension bekerja kat opis. Orang lain pun ada gak tensionnya...hhmmm apa nak buat dah nasib makan gaji memang camtulah.

Selasa, 13 November 2007

Melepas rindu..

Hari Sabtu hari tu aku kerja setengah hari. Takperlah..mungkin belum masa lagi nak balik, aku pujuk diri. Lewat tengahari masa nak balik rumah aku tak banyak cakap. Aku diam jer. Hubby tau aku dok melayan perasaan dan dia pun tak cakap apa-apa. Sampai di rumah pun hubby masih tak cakap apa-apa. Hati aku semakin gundah gulana.

Masa dia dok sedap makan tengahari tu aku beranikan diri tanya kat hubby, sama ada dia sihat atau tidak untuk balik ke KL. Hubby tak kata apa. Tengoklah kang katanya. Sedikit sedih tapi peluang masih ada. Aku pun dia. Lepas dia makan tu aku asyim mengekor jer dia. Last2 hubby cakap, ok gi siap kita balik sekarang. yeay!

Dapat la aku melepas rindu dengan mak bapak. Walaupun sehari semalam, aku rasa gembira. Sampai di KL dah dekat pukul 7 malam. Mak peluk aku, bapak lak cakap hampir 2 bulan tak jumpa. Aku betulkan eeiishh tak sampai sebulan la bapak. Bapak tersenyum. Dia pun rindu kat kitorang ler tu. Kebetulan pulak hari Sabtu tu abangcik (adik bongsu) 'off'. Dia dengan murah hati belanja makan A&W untuk kami semua. Meriah betul..

Yang kelakar masa tengah malam tu Julia mengigau dok panggil "kak yong ooo kak yong" (si Farah, kakak sepupu Julia). Aku tegur Julia "eishh..kak yong tido dalam bilik dia lah". Barulah si Julia senyap. Dah jumpa pun boleh mengigau. hehehehehe

Tengahari Ahad tu aku pegi pulak melawat atuk. Kesian atuk, semakin kurus dan semakin lemah dan mata pulak semakin tak nampak. Kata mak usu (adik bapak yang second last) atuk dah takde selera nak makan. Ada sesekali waktu tengah malam atuk dok panggil arwah uwan suruh buatkan air. Sejak dari hari arwah Uwan pergi, atok hilang semangat. Atuk seolah2 nak menyusul. Atok siap pesan kat mak usu bila dia takde nanti janganlah mak usu adik beradik bergaduh.

Lewat petang Ahad tu jugak aku balik ke Seremban. Hubby punyalah risau keadaan jem kat tol Seremban, masuk ikut jalan Labu. Aku tak kisah malah aku gembira sebab akhirnya dapat jugak aku jumpa mak bapak walaupun hanya sehari semalam..hehhehehe

Selasa, 6 November 2007

Bila tak berjumpa..

Aku bukan anak manja, bukan jugak anak tunggal tapi bila setiap kali peluang untuk menjenguk makbapak terhalang aku pasti jadi gundah gulana. Aku taknak makbapak rasa sedih anak dorang nie seolah2 dah lupa nak menjenguk. Aku paham sangat perangai makbapak, mulut cakap takper tapi hati dorang tu menjeruk rasa.

Aku tau sebab pernah masa Alang masa memula kahwin sebulan sekali pun payah nak jumpa, makbapak asyik merungut kat aku. Duduk dekat2 pun payah nak jenguk dorang. Bila aku bagitau Alang, sampaikan aku dengan Alang gaduh besar pasal dia tak balik tu. Alang ingat aku sengaja buat2 cerita.

Bila dah sampai giliran aku nie. Aku nak pastikan yang aku punya masa untuk jenguk makbapak. Aku tau betapa sunyinya rumah bila semua anak2 makbapak takde. Aku taknak nanti sampai masa aku menyesal dan terkilan sebab tak luangkan masa dengan makbapak. Memanglah zaman moden nie dah ada kemudahan untuk berhubung dengan makbapak. Yang sebenarnya aku nak peluk, aku nak cium makbapak dan kalau boleh aku nak manja2 dengan dorang.

Aku tak tau kat orang lain tapi aku taknak suatu masa nanti aku rasa menyesal dan terkilan sebab tak luangkan masa dengan makbapak.

p/s: baru sebulan tak jumpa aku dah emo dah..tak dapat aku bayangkan bagi mereka yang dapat jumpa makbapak setahun sekali tu..

Rabu, 31 Oktober 2007

Gadis Ayu itu..




Selendang tu aku punya termasuklah rantai hadiah dari FIL masa dia gi ke Sabah hari tu. Baru jer nak masuk umur 3 tahun dah pandai nak bergaya. Pantang nampak aku bersolek ker, dok pakai losyen ker, krim ker sure dia pun sibuk nak join sama..

Camnerlah bila dah besar sok..adeehhh..fenin aku bila memikirkan peel anak aku yang sorang.


Lusa gadis kecik moleh bernama Julia Adriana bakal menyambut hari lahir dia yang ke 3. Tapi keletah dan mulut kalah budak 5 tahun.

Selasa, 30 Oktober 2007

Isshh...aiii

Hari minggu hari tu aku tak jadi balik KL. Plan tertangguh sebab hubby tak sihat. Semalam dan hari nie pun hubby tak pegi keja. Insya Allah hujung minggu nie aku balik kot. Bergantung pada keadaan kesihatan hubby.

Suasana hari raya semakin suram..tapi orang jual lemang masih lagi hangat (nak sambung sampai ke Raya Haji ler tu). Eh..lupa nak tukar caller ringtones dan ringing tone.

Rasa tak sabar pulak nak tengok keadaan si Amal, anak saudara yang baru tu. Kata Alang, baby Amal sekarang nie dah semakin kerap nak menyusu badan. Baby boy mang lah macam tu kan. Tapi aku rasa mana2 baby pun macam tu gak. Alang bagi tau babycot yang dia ambik hari tu masih belum dipasang sebab hubby dia tak reti pasang tanpa manualnya. Hmm..sama jer dengan hubby aku. Dulu masa Lidya baby dulu, dekat 2jam hubby dok menelek last2 aku tolong tak sampai setengah jam dah siap dah.

Baru2 nie pulak bos buat appraisal. Citt..dia terus jer buat komen peh tu letak point. Tak sampai 10minit dia soh aku sign letak komen sekali. Dulu2 aku tak letak komen panjang2. Tapi sebab dia buat macam tu aku pun letak ler komen panjang lebar. Dah datang GM ambik form tu barulah dia nak borak2 dengan aku. Memula tu aku malas nak layan tapi aku rasa inilah peluang aku nak cakap apa yang aku nak cakap. Macam2 lah yang kami borak kan termasuklah hal2 peribadi.

Hmm..baru2 nie dia layan aku baik jer. Dia cakap pun takdela nak marah2 sesuka hati dia. Semua perempuan dalam dunia adalah mak orang, isteri orang dan tak lupa kakak kepada orang lain. Apa perasaan dia kalau mak dia or anak dia kena marah macam yang dia marah aku? sure dia sakit hati kan? Aku pun nak kerja ada ketenangan. Satu ayat yang paling aku sakit hati bila dia cakap "one bright person within your race". Halo..kecerdikan, kepandaian seseorang bukan dari keturunan ok. Aku mang dah agak bangsa bos aku nie jenis pandang bangsa aku yang tak pandai, yang bengap dan pemalas. Aku kenalah keja lagi kuat untuk buktikan kat bos yang tanggapan dia salah. Atau mungkin bos aku nie mang tak pernah dan tak ramai kawan bangsa aku. Mungkin la kot.. Takpun bos aku nie ingat bangsa dia semua yang bagus sampai tak nampak kehebatan bangsa lain. hmmm..lantak ko lah bos.

Rabu, 24 Oktober 2007

Raya dah nak abih..

Alhamdulillah..walaupun cuti lama tapi rasa macam tak cukup pulak cuti raya kali nie. Raya tahun nie giliran kat Seremban. Hubby langsung tak ikut family dia ke kampung di Sri Menanti. Aku lak jenis tak kisah. Tapi aku tau kenapa. Dia takut aku akan mengungkit kenapa rumah sedara dia aku boleh ikut dan rumah sedara mara belah aku dia taknak ikut. Tapi macam biasalahkan sure dorang(belah hubby) ingat aku nie jenis tak campur orang.

Ok..cuti sekolah pulak akan bermula tak lama lagi. Time orang dapat jemputan kenduri kahwin. Time orang bertemu jodoh. Memang kebetulan pulak kali nie baik di sebelah hubby dan sebelah aku, kami masing2 bakal menerima keluarga baru. Belum ler boleh aku nak citer lebih lanjut. Sebab semuanya dalam perancangan sahaja. Insya Allah bila dah segalanya dah confirm dah sahih barulah aku boleh cerita dengan lanjut kat sini.

Apa pun minggu nie aku kena balik ke KL. Ada hal nak dibincangkan dengan bapak. Bapak aku nie selalu ambil ringan dengan semua perkara. Senang nak berunding tapi susah nak meyakinkan tak kiralah apa perkara sekali pun.

Khamis, 11 Oktober 2007

Raya yang menjelang

Sedih pulak rasanya nak pegi keja hari nie. Pagi tadi masa nak pegi keja Julia menangis beria2. Julia demam dan adiknya si Lidya pulak baru jer nak baik. Malam tadi aku dah bagikan obat tapi panas badan dia belum gak reda. hhmm..aku pulak mata dah sepet jer sebelah. Tetiba lak mata aku bengkak. Bila masa aku intai orang lak nie?..intai blog orang ada ar..hehehehhehe

Malam tadi sempat lagi aku gi kedai jual baju kat belakang umah. Beli hadiah untuk mak, bapak serta mertua aku. Nak bagi duit raya mang tak dapat. Sekurang2nya dengan duit gaji yang aku dapat tu boleh la aku beli 2 kain pelekat, 2 kain batik dan 2 tudung. Hubby senyum jer tengok gelagat aku.

Malam tadi jugak aku 'miss' detik bersejarah melihat anak watan Malaysia yang pertama ke Angkasa. Masa tu aku dok sibuk dok tengok kain2 untuk dibeli. ahh..nanti time nak mendarat sok aku tengoklah (ayat penyedap rasa jer nie).

Ramai orang dah start cuti hari nie, aku pulak start cuti esok. Aku bakal mula bekerja 22hb nanti. Wuiiih..lamanya coti..inilah masanya aku nak lepas dendam cuti aku. Cuti tahun nie jadik banyak sebab bulan March ke Mei tu aku dok umah cuti sakit. Balance cuti tahun tinggal 4 hari. Ahh..cukup ar tuh, 2hari untuk bulan November dan 2 hari lagi untuk bulan Disember.

Apapun, aku ucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua rakan2 bloggers tak kiralah sama ada yang ada tinggalkan jejak mahupun yang cuma membaca sahaja. Moga raya tahun kali nie lebih meriah dari yang sebelumnya..Insya Allah

JOM PEGI RAYA!! (ala ala jalan jalan cari makan style Maria Tunku Sabri)

Isnin, 8 Oktober 2007

Lagi murah rezeki..

Semalam MIL n FIL ke KL untuk shopping raya. Aku? Dok umah jaga anak2 ler. Tak koser aku nak pegi tempat yang terlalu sesak dengan orang dengan membawa 2 orang budak kecik yang tak reti diam.

Semalam jugak aku dan hubby pegi bukak puasa kat luar. Kat mana lagi kat Dat. Senawang ler. Dalam hujan ribut tu aku harungi ke Restoran Penang Street. Aku dah target kalu kat restoran tu penuh aku nak ajak hubby pegi kat Secret Recipe. Tapi Alhamdulillah..dapat jugak kami berbuka kat restoran tu walaupun meja dah penuh. Order yang cepat dan senang jer. Nasi goreng dengan telur..heheheheehe

Dah abih makan tak tunggu lelama terus jer balik umah tapi sempat jugak aku menyinggah ke rumah adik sepupu. Hubby lak pegi tapau lauk untuk sahur sementara aku di rumah adik sepupu aku tu. Dah lama tak jumpa adik sepupu aku tu. Macam2lah yang kami bualkan.

Balik umah both in laws belum balik. Dorang balik dekat pukul 11 malam. Alhamdulillah..bertambah lagi baju raya anak2 aku. MIL belikan lagi baju kurung 2 pasang untuk Julia, sepasang untuk Lidya. Adalah lagi baju blaus, t-shirt dan kasut sepasang sorang. Oklah tu kan.

Hhmm...biskut raya belum beli lagi nieh..nak beli kat mana yang best ek?

Khamis, 4 Oktober 2007

Dah start shopping ker?

Hari nie aku amek coti sebab atas permintaan MIL. Dari hujung minggu hari tu dia cakap nak ke Jaya Jusco tapi FIL tak dapat nak penuhi permintaan MIL dengan alasan hujung minggu susah nak dapat parking. "sok kita buatla shopping kompleks sendiri", kata MIL dengan nada merajuk dia. Kesian pulak aku dengar. Jadinya hari nie aku jaga anak2 aku. MIL ajak aku pegi sama. Eisshh..tak dapat der. Mana nak kendong si Lidya mana nak jaga si Julia yang kuat merayau tu. Tak payah ler. Baik dok umah pasang air-cond n zzzzzzzzz..hehehehehe

Aku baru jer kemaskan barang2 yang dah dibeli dek MIL. Siap beli mangkuk tingkat tu. hehehe boleh aku guna untuk bawak bekal nanti. MIL dengan murah hati membeli mainan untuk Julia dan sepasang kasut untuk Lidya. Alhamdulillah..murah rezeki anak2 aku. Tahun nie memasing 2 pasang kasut, termasuk aku...hehehehehehe

Aku nak sangat balik hujung minggu nie ke KL tapi hubby berat nak lepaskan. Macam2 alasan dia bagi. Sejak dia kureng sihat nie, kalau boleh dia nak aku dan anak2 depan mata dia. Kalau orang lain punyalah seronok isteri n anak2 takde depan mata tapi kali nie lain pulak. Nak wat camner kan. Terpaksalah aku akur. Bengang jugak adik2 aku sebab tahun nie aku berbuka puasa dengan dorang 2 kali jer.

Lagi satu hal yang menyedihkan aku ialah tahun nie Abang tak beraya dengan kami. Dia kena lapor diri kat nun jauh kat Kedah. Yer..abang dah dapat lantikan sebagai polis bantuan di Kedah. Kalau nak mintak tukar kena tunggu 2 tahun baru boleh tukar. Dahler kitorang memang takde sedara mara kat sana, kenalah abang sorang2 kat sana.

Malam tadi dia dah bertolak ke Kedah dengan bas. Pagi tadi masa aku call Abang, dia dah sampai kat Alor Setar nak carik transport ke Kuala Kedah. Aku tanya 'ada duit tak?' Bapak hulurkan RM150 katanya. Ehh ..cukup ker duit banyak tu? Kalau tak cukup Abang mintak kat ko lah. Hah..yer aku nie bank cop duit ek. Abang gelak besar dah.

Ahh..Abang aku yang sorang nie, harapnya dapatlah dia balik untuk beraya dengan kami.

Selasa, 2 Oktober 2007

Apa2 yang patut

Borang cuti aku dah isi, bermula 12hb aku akan bercuti. Tup tup company keluar memo opis tutup hari tu, semua staff diminta ambik coti. Yang dah takde cuti lagi for sure hangin satu badan. Lepas tu pulak keluar lagi memo company bagi gaji separuh bulan, eleh..setakat gaji separuh bulan buat apa..baik bagi bonus ker apa ker. Tak kisahlah kan janji raya kali nie aku dapat lama skit kat umah parents aku. Tu yang penting.



Memang la sedih skit sebab aku tak dapat nak join masa raya pertama. Tapi terubat skit sebab aku dapat berlama2an kat umah parents aku. For sure hubby boring jer. Tahun nie for sure bapak tak dapat nak gi mana2, maklumlah ada baby baru kat umah.



Biskut raya belum dibeli lagi neih. Tunggu nak dekat raya baru best beli, sure harga best masa tu. Baju raya anak dah beli dah.



hah nie dia gambar si AMALUDDIN FITRI...


Isnin, 1 Oktober 2007

Orang baru

Alhamdulillah...kurang 2minggu kita bakal menyambut hari raya. Bapak pastinya lagi seronok. Hari raya tahun nie bertambah lagi seorang cucu, lelaki pulak tu.

Malam tadi dekat pukul 11 aku dapat sms dari Alang. Dia dah selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.5kg dengan nama AMALUDIN FITRI. Nama yang dipilih sendiri oleh Farah anak Alang yang sulung berumur 6tahun. Agaknya Farah pilih nama Fitri sebab hadiah hari raya dia dapat adik lelaki kot. Beria2 dia nak nama tu, Alang pun ikutkan jer. Sedap jugak nama tu.

Aku pun tumpang gembira. Berkali2 aku ucapkan tahniah. Alahai..ni yang buat aku tak sabar nak balik tengok anak sedara. Bapak tentulah seronok dah ada 3 cucu perempuan, ke 4 nie hadirlah pulak cucu lelaki. Jangan kata bapak, ahli keluarga lain termasuk aku pun seronok sama.

Khamis, 27 September 2007

Jalan2

Diam tak diam kita dah pun berpuasa 15hari kan? Cepat tul masa berlalu. Peh tu nanti tup tup dah pun ke hari raya kan? Aku dah siok jer dengar lagu raya nie..hehehehehe Malam tadi hubby ajak kuar, gi jenjalan katanya. Takdelah jenjalan ke mana pun. Abih abih pun area Dataran Senawang. Orang dah start ramai shopping baju raya dah. Aku sempat ler sambar sepasang kasut dan tak lupa sepasang untuk si Julia & Lidya. Ingat kot hubby nak tolong bayar, cess hampeh dia buat derk jer. Nyampah aku. Tapi takper, lepas nie taulah aku nak 'tekan' dia beli baju raya anak2 lak.

Aku belum isi borang cuti nie. Tak tau ar baper hari nak ambik. Persiapan raya tahun nie ala kadar jerlah. Tak de nak fancy2 (leh caya ker?)..hehehehe Yang lebih2 pun anak2. Maknya tumpang gembira tengok gelagat anak2 jerlah.

Oh ya, aku lupa nak cerita lah. Adik aku si bangcik dah pun bekerja dengan kerajaan dan tak lupa jugak abang dah dapat tawaran keja dengan kerajaan jugak. Alhamdulillah..semoga rezeki lagi murah selepas nie. Dalam bangcik dok kena perli dengan sepupu yang lain, dapat jugak bangcik keja. Berkat doa makbapak dan adik beradik semua, dapat jugak bangcik dan abang bekerja.

Raya tahun nie lebih bermakna dalam keluarga kami sebab Alang dijangka bersalin 17hb Oktober nie. Bayi lelaki kata doktor. Selepas hampir 6thn mencuba akhirnya Alang mengandung dan bakal melahirkan anak ke2, lelaki lak tu. Tulah rezeki. Alhamdulillah

Selasa, 25 September 2007

Bila hati tak tenang

Lepas Lidya baik jer dari demam, si kakaknya Julia pulak demam. Semalam aku bercuti memang aku dah plan pun sebab nak pegi bayar duit rumah. Hujung minggu tu aku dah agak si Julia pasti akan demam.

Tapi Alhamdulillah..hari nie dia dah ok dah. Lagipun hari nie aku akan berbuka puasa dengan family. Yeay! yeay! family aku turun Seremban. Apa lagi, bukak puasa kat luar ler kan. Baru jer jumpa hari minggu hari tu hari nie jumpa lagi. Oklah tu kan.

Tapi yang sebenarnya aku rasa macam kehilangan jer. Selalu tu aku borak2 dengan dia. Especially bila aku marah, geram (segala perasaan) sure aku luahkan kat dia. Entah kenapa tetiba senyap jer. Esok birthday dia. Aku nak ucapkan kat dia Selamat Hari Lahir pun aku rasa takut. Tak tau kenapa tetiba dia macam 'jauh hati' dengan aku.

Selalunya dia berterus terang jer dengan aku tapi kali nie dia langsung tak nak berhubung dengan aku. (eh..dia taknak ker?) Ker sebab dia busy dengan aturcara hidup? Ntahlah..aku pun kurang pasti. Harapnya bila dia dah baca nie..Aku ucapkan SELAMAT HARI LAHIR yang ke 30. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki dan bahagia sepanjang hayat.

Aku 'rindu' bangat dengan dia.

Khamis, 20 September 2007

Lega skit

Alhamdulillah..Lidya dah pun sihat skit. Tapi perangai lak yang tak oknya. Dia punya 'angin' lagi teruk dari kakak dia lah. Suka suka dia nak melalak, dia melalak pehtu sampai legan lak tu. Bila kena marah skit apa yang ada kat tangan dicampak. Bak kata MIL tu dah baik demam jadik lagi 'brutal'. Takperlah..brutal pun janji dia sihat. Ragam dia tu ada lagi sesikit.

Semalam cuma tinggal bertiga jer (aku, FIL & MIL) yang berbuka puasa. Hubby berbuka puasa dengan kengkawan pejabat dia. Tak kisah ler kan, kira orait ler tu dari berbuka sorang2 pehtu makan maggi jer..hehehehee.

Hari tu masa 3 hari puasa, MIL dah tanya bila nak shopping baju raya anak-anak. Aku cakap masih awal lagi. Nak ikutkan hampir tiap-tiap bulan aku belikan baju baru. Bebudak kan cepat membesar, jadiknya selalu lah kena beli baju baru.

Semalam birthday bapak yang ke 57. Pagi semalam aku call bapak dan nyanyikan lagu 'panjang umur' untuk bapak. Aku ucapkan jugak moga panjang umur dan murah rezeki. Bapak gelak jer. Dia cakap tengah malam tu anak2 bapak yang lain dah nyanyikan lagu 'happy birthday'. Selalunya aku orang pertama yang ucapkan, kali nie aku lak lambat. Takperlah janji aku ingat nak ucap daripada aku langsung tak ingat.

Mungkin balik sana aku nak belikan bapak kek kecik..hhmm nak beli hadiah apa untuk bapak ek? Mungkin tak beli kot. Beli jerlah baju melayu untuk raya nanti. Kalau mak dah belikan takperlah, kira2 tahun nie bapak ada ar extra baju raya. hehehehee

Selasa, 18 September 2007

Kesian tul ar..

Dah nak seminggu puasa aku belum lagi berpeluang berbuka puasa dengan parents aku. Sepatutnya hujung minggu hari tu, tapi dek kerana MIL dan Lidya yang tak sihat maka plan kami tangguhkan. Insya Allah hujung minggu nie dapatlah hendaknya aku berbuka dengan parents aku tu.

Lidya sebenarnya belum sihat betul. Semalam aku terpaksa ambik cuti kecemasan sebab FIL tepon soh aku balik sebab Lidya tak henti2 menangis. Bayangangkan kalau kita yang dewasa kalau sakit perut ditambah pulak dengan demam. Budak kecil apalah yang dia tau cakap, menangis jerlah kejanya. Hari nie giliran hubby lak cuti untuk tengok2kan si Lidya. MIL pun bukannya sihat sangat pun. Tak sampai hati pulak nak biarkan dia terkontang kanting sorang2 menjaga anak aku yang tak sihat tu.

Semalam bawak gi klinik, aku siap mandikan dia. MIL dah tanya, selesa ker badan dia tu kena mandi? Aku diam tapi hubby terus jawab, "Doktor pakar pun ada cakap kalau budak demam, seeloknya bagi mandi takpun jaram dengan kain lembab. Kurang ar panas badan dia. Kot terlalu panas nanti takut lain lak jadinya." MIL pun diam. Sampai di klinik Lidya tak mau dipegang, dia nak merayau dalam klinik tu. 'demam ke tak anak aku nie?' tanya aku dalam hati. Dah jumpa doktor dan ambik ubat, kitorang pun balik. Hubby tanya aku sama ada aku nak balik ke opis or just terus amek cuti. Aku terus cakap nak ambik cuti.

Hari nie Lidya tak cirit birit lagi. Cuma badan dia 'dedar' (panas skit) jer. Harapnya by the time nak balik KL Lidya dah sihat. Pagi tadi pun aku tak bagi makan ubat, aku pesan kat hubby soh bagi bila dia dah bangun tido nanti.

Khamis, 13 September 2007

SALAM RAMADHAN

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUBARAK

DAN SELAMAT BERBUKA PUASA BERSAMA KELUARGA TERSAYANG

Isnin, 10 September 2007

Penat?

Memang penat aku dibuatnya. Tak dapat aku bayangkan nanti bila dah pindah nanti. Eleeehh...bukan penat apa pun. Penat berjalan bukannya penat buat kerja pun..hehehehhee

Bukan pegi mana2 pun. Dok ikut hubby gi tengok rumah contoh kat Matahari Indah tu ler. Hubby cakap dia nak tukar jubin. Yang bakal pemaju letak tu memang tak cantik langsung. Kata hubbylah. Aku tak kisah pun. Yang penting aku dapat dok merasa tinggal di rumah sendiri. Banyak best woo kalau dok sendiri. Yang penting sekali ada lebih 'privacy'. Anak2 boleh tido di bilik sendiri.

Yang paling penting sekali..aku bebas untuk meluahkan apa jua citarasa kat rumah baru tu nanti. Jangkaan siap bulan March tahun depan. Isshh..tak sabar jer rasanya.

Jumaat, 7 September 2007

Hubungan

Sure orang ingat aku dengan adik ipar aku tu tak ngam kan? Sebenarnya hubungan aku dengan adik ipar aku tu boleh dikatakan rapat jugak. Aku tak pernah pun marah hatta menjeling dengan tingkah laku dia. Memanglah dia ada sedikit sebanyak kelakuan yang aku tak suka tapi aku rasa dia pun rasa macam tu jugak kat aku. Kalau dah memasing ada kekurangan tu sendiri mau ingatla kan.

Sebelum kejadian aku marah dia tu, hubungan kami rapat. Aku tau segala luahan hati segala apa yang berlaku pada diri dia tu. Tapi sejak dah ada anak 2 dan dia pulak dah bekerja takdelah dapat aku dengan dia nak berborak macam dulu lagi. Adik ipar aku pulak memang sayangkan anak2 buah dia. Selalu dia bawak ole2 untuk anak2 sedara dia tu.

Aku akui cara aku bahasakan dia tu cara kasar tu buat dia bengang kat aku. Selama aku jadi kakak ipar dia aku tak pernah langsung marah dia. Itulah kali pertama aku marah dia. Mungkin sebab aku terlalu lama bersabar dengan kelakuan dia selama nie dan bila dah terkumpul tu aku jadi hilang sabar.

Macam yang aku dah cakap awal2 tadi memasing ada kekurangan. Selama nie pun aku layan dia sama jer dengan adik2 aku yang lain. Ada ketika aku kecik hati dengan sikap dia tapi aku let go jerlah. Sebabnya aku rasa aku pun ada jugak buat benda yang dia tersinggung.

Nak kata aku menyesal dengan apa yang aku bahasakan pun tak guna. Benda aku dah cakap, tak payah ler nak menyesal. Betul tak? Betull…

Yang penting sekali aku jadikan benda yang berlaku nie aku jadikan sebagai satu pengajaran untuk mendidik anak aku supaya lebih bersopan dijalanraya eh jalanraya lak..berbudi bahasa r..(yolah duuu)

Rabu, 5 September 2007

Hari tu kan (2)

3/9/07- Sampai di Seremban dekat pukul 1. Rileks2 sekejab kat rumah sementara hubby pegi repair hon kereta dia. Dalam pukul 3 hubby ajak gi bank, nak bayar loan kereta katanya pegi makan kat McDonald. Sempat aku singgah ke opis adik sepupu untuk menghantar kari ikan bawal. Lepas tu pegi pulak amek cermin mata hubby kemudian barulah singgah McDonald. Masa tengah makan tu hubby tetiba cakap "seronok kan cuti macam nie?". "Sama2 bawak anak then awak pun dapat spend lebih masa dengan family awak". "Selalu saya ambik cuti awak keja, susah saya nak bawak bebudak nie jenjalan". Aku diam jer. Memang betul cakap dia tu. Selalunya memang aku malas nak ambik cuti, konon nak jimat cuti tahunan. Cuti tahunan aku pun banyak lagi. Lepas nie kalau dia suruh aku ambik cuti, aku ikutkan jerlah.

Lewat petang adik ipar call hubby telepon mintak izin nak bawak Julia pegi jenjalan katanya. Aku terus jer cakap "apa hal?!". Hubby lak jawab "alah..dah dia nak bawak anak buah dia tu, biarlah". Aku geram sebab aku tau sangat perangai adik ipar aku tu. Sampai jer kat rumah aku terus mandikan 2 beradik tu. Sengaja aku siapkan si Lidya dulu. Hati aku memang dah berat nak lepaskan si Julia pegi dengan makcik dia yang langsung tak matang tu. Dah siap jer tetiba MIL soh aku ikut, tak dapek do. Kejab jer kata adik ipar aku tu. Masa tu dah pukul 6. Setau aku lah kan kalau kejab tu maknanya sejam atau 2 jam jer kan? Lepas sejam setengah hubby dah risau dan mula tepon adik dia. Katanya dia di Giant Senawang nak amek duit kejab lagi dia balik. Hhmm..aku tak puas hati aku pulak call. Dekat 20kali aku call langsung dia tak jawab. Hati aku dah mula rasa macam2 risau, geram dan marah. Hubby cakap dia nak pegi cari sekitar Senawang. Pukul 8.30 aku call hubby, tanya jumpa ke tidak. Hubby pulak yang suruh aku call dia kalau2 adik dia balik dulu.

Dekat jam 10 barulah nampak kelibat kereta adik ipar aku tu. Cisss...hati aku dah mula membuak2 rasa marah. Belum sempat dia keluar dari kereta aku dah tanya dah "apsal call tak jawab?". "Handphone tinggal dalam kereta", selamba jer dia jawab. Lagilah aku panas hati, dengan mak ayah dia boleh ar dia tipu macam tu. Aku terus ar dengan suara tinggi "ko pegi mana, abang ko punya risau sampai cari ko kat luar tu, tau tak?" "apa masalah ko nie?". boleh lak dia jawab "takde apa". Lagilah aku berangin. "dah tu dah nampak akak call berpuluh kali, apsal taknak call balik?". "Ko kata ko nak gi amek duit kejab. Kejab dekat kul 10 baru balik".

Dia pun senyap, mata dah berair, pehtu dia call hubby dan bagi tau dia dah sampai kat umah. Hah..boleh lak dia call. Peh tu terus dia masuk bilik, tak keluar dah. Sempat lagi aku cakap "nak kata bangang, terpampang gambar amek diploma".

Tak lama lepas tu hubby pun balik, terus aku cakap "Sorilah yang, saya marah adik awak". And please no more next time, this is last ok. Hubby diam.

Itulah citer hari Isnin..yang menjahanamkan rasa mood gembira bercuti aku. Aku ingat dah abih dah..Hah..petang semalam buat aku lagi geram dengan adik ipar aku tu.

Masa on the way balik umah hubby tanya aku kalau-kalau makcik dia ada call handphone aku ke tak. Kebetulan pulak handphone aku tu baterinya dah kong. Hubby soh aku tepon kat umah jer nanti. Sampai di umah terus jer aku call makcik hubby tu (makteh). Mak teh terus jerlah cakap "mak teh mintak nombor handphone ko kat adik (ipar) ko tadi tapi dia cakap no. ko takde dalam handphone dia". Terus berapi telinga aku mendengarnya. Suka suki jer dia cakap takde eh. Sebelum nie yang aku dok call handphone dia puluh2 kali tu, takde. OO..dendam ek. Aku nak tengok sejauh mana dia nak wat camtu. Lantaklah. Tak boleh kena tegur langsung, semedang jer nak kena 'slowtalk'. Lepas nie kot jatuh longkang dan aku nampak sorilah aku nak tolong (sampai ker hati?). Nak kata umur belasan tapi dah 24tahun dah. Aku nak tengok sejauh mana dia nak dendam dengan aku. Tunggujerlah citernya.

Selasa, 4 September 2007

Hari tu kan..

Sehari sebelum merdeka (30/08)

Aku dok sibuk dengan kerja ..terkejar dengan month end closing la katakan. Tak sempat pun nak posting ucapan Hari Merdeka untuk semua rakyat Malaysia. Tak kisahlah kan.

Malam merdeka (9.30) alamak..baru teringat belum call Kak Sya nak tanya penghantaran cupcake. Aku order cupcake dengan Kak Sya sempena hari pertunangan adik sepupu hubby. Tengah call tetiba si Lidya terjerit2 ...aii sebelum nie elok jer dok main2 nampak aku pegang handphone memasing dah buat hal. Sabarjerlah. Tak cakap lama pun dengan Kak Sya sebab terpaksa nak melayan kerenah si kecik.

Detik 12 malam..langsung tak ingat apa2, sebab aku dah terlelap. Hubby pun macam tu jugak. Hhmm..kalau tak tu, dapat gak tengok bunga api kat luar umah.

Hari merdeka..(31/8)..pagi lagi dah kena siapkan anak2 aku untuk pegi ke rumah adik sepupu hubby. Tak de benda yang dapat aku tolong pun. Tak de orang yang sudi tolong jagakan si Lidya pagi tu. Majis bermula seawal jam 3.30 petang. Hmm..hubby dah bising..cupcake yang aku order tu belum sampai. Aku call Kak Sya katanya dah on the way..ada satu perkataan omputeh aku sebut "flyover for pedestrian"..apa barang bagi landmark macam tu sekali. Kahkahkah..nak cakap omputeh konon...cakap jerlah 'jejambat' kan ker senang. Sorry yer kak sya bagi direction pun tunggang terbalik. Hah..aku dah jumpa kak sya..lawa orangnya tak nampak 40an langsung..takde mekap tercalit dah cantik..inikan pulak kalau pakai mekap sure lagi comei. Malu aku..yerlah aku macam makcik makcik jer. Dah bersalam dengan Kak Sya, tak abih2 kak sya nie tau..dok mintak maaf..adoooiii..tak cukup dengan tu dia anta email. Sib baik dia tak anta sms, kalau dia anta sms, harus aku tepon dia.

Lewat petang tu, majlis pun berakhir aku tengok cupcake yang aku order..dah takde..fuhh lega sib baik aku awal2 dah simpan sebahagian dalam kereta. Ada jugak mulut2 yang bertanya order kat mana? Baper RM? Aku jawab ala kadar jer. Tanya jer buat apa? (kata aku dalam hati) Part paling menyampah tu kan..bila auntie hubby cakap "cupcake nie ko dgn wife ko sponsor ker? Tima kasihlah banyak". . Aku tengok muka hubby, langsung tak cakap apa2, dia mengangguk jer. Hampeh punya orang..aku yang order, aku yang kuar modal, dia lak dapat nama. Dia share modal bersungut and memekak masa cupcake lambat sampai tu adalah. Menyampah aku.

Malam tu kakak ipar aku nak balik ke Taman Melawati, esok ada kenduri di rumah mertua dia. Aku pun sedekah cupcake yang memang aku sengaja simpan untuk aku bawak ke KL esok.


Sehari selepas merdeka (1/9)
Pagi lagi aku dah bangun..excited sebenarnya nak siap balik ke KL. Lagipun hubby dah pesan sebelum pegi keja soh siap2 apa yang patut sebab nak kuar umah awal. Yerlah takut jalan jem.
Dekat kul 3 petang barulah bertolak dari Seremban, aku bawak baki cupcake. Sampai KL dekat kul 4. Semua ada kat rumah, baru balik dari kenduri kahwin kata mereka. Aku pun keluarkan cupcake yang aku bawak dari Seremban. Aku bagi kat mak usu masa aku nak pegi pasar malam. Aku pegi pasar malam beli ikan bawal sebab nak mintak mak masakkan kari ikan bawal untuk adik sepupu aku.

Hari minggu (2/9)
Pepagi aku ajak bapak pegi Pasar Tani. Eh..ada kupon free untuk pengunjung ar. Dapatlah kupon dalam RM18, abis dok beli benda makan jer. Ingat kot nak pegi Subang Parade tapi memasing macam malas jer. Kebetulan bangcik off (lupa nak citer, bangcik aku dah keja dah dengan kerajaan) day, tetiba bangcik bersuara "Ngah, semua ada nie boleh ar malam nie kita gi Muara (Pel. Klang) makan seafood". Aku pun ok kan ajer. Maklumlah..abangcik nak belanja makan. Sebelum nie dorang pegi aku tak dapat nak ikut.

Lepas maghrib masing2 pun bersiap, hubby lak tetiba cakap tak nak ikut. Not feeling well katanya. Hubby nie betul2 foul ar. Suka suki jer cakap tak nak ikut. Tapi bapak pujuk dan akhirnya dia pun ikut. Lagipun aku dengan hubby sama cuti, kitorang dah plan nak balik ke Seremban pagi esok.

Yang tak best tu..boleh pulak tersesat. Tempat tu kat North Port tapi kami ke West Port pulak. Adeeehh...Dekat sejam tersesat. Sabarjerlah. Masa sampai tu ada lak penyanyi dangdut. Boleh pulak si Lidya goyang2 badan. Sengaja adik ipar aku bawak si Lidya (aku rasa dia sajer nak gunakan Lidya maklumlah..penyanyi tu seksi..siap buat goyang gerudi ala2 Inul lagi) konon katalah nak bawak Lidya berjoget.

Apapun..memang sedar dan segar ar makanan dia.

Semalam (3/9)
Aku dan hubby sama2 terlewat bangun. Gara2 bebudak kurang kasih sayang bak kata bangcik memekak tergelak2 tepi rumah. Dekat tengahari barulah kitorang bertolak.

bersambung...(eceh..ala2 drama tv pulak)

Rabu, 29 Ogos 2007

Hamba Cinta..

Hari tu aku menonton rancangan 'anak2ku' di Channel 8 (eh 8 ker 24 ek..ah..x kisahler). Anak2 aku termasuk si Lidya yang baru setahun jagung pun nampak Aznil pun tergelak2 dah. Kuat tul 'aura' Aznil nieh. Masa tuh Aznil tanya bebudak yang berumur 9-11 tahun. Dia tanya pasal cinta. Kelakar betul jawaban bebudak tuh. Bila dia tanya maksud cinta monyet ada yang jawab masa bercinta dia bawak monyet. Bila dia tanya maksud hamba cinta ada yang jawab dia bercinta bawak hamba tapi ada yang jawab betul. Macamlah Aznil tanya kat bebudak nie tapi semuanya berkisarkan cinta.

Hmm...indah kan dunia cinta? Bestkan dunia cinta? Kalau tak, takkan keluar pantun..

nasi lemak buah bidara,
sayang selasih hamba lurutkan,
buang emak buang saudara,
sayang kekasih hamba turutkan.

dari mana punai melayang,
dari paya turun ke padi,
dari mana datang sayang,
dari mata turun ke hati.

tanjung katong airnya biru,
tempat mandi si cantik jelita,
sama sekampung lagikan rindu,
inikan pula jauh dimata.

Kenapa sanggup lupa jasa makbapak hanya kerna cinta? Kalau ada orang bagi nasihat dianggap musuh cinta. Demi menjaga hati tersayang sanggup pulak melukakan hati orang tua. Sedangkan orang tua kitalah yang menjaga kita hatta seekor nyamuk pun susah nak hinggap ditubuh kita. Nak jaga hati kekasih punya pasal kita sanggup tak berduit. Adduuuhh..hebat betul penangan cinta nie. Kena mesti jadi mak turut? Kenapa mesti nak tunjuk yang kita nie pecinta yang hebat? issshhh..takkan perempuan jer kot, lelaki takde ker?

Selasa, 28 Ogos 2007

HAPPY BIRTHDAY MAK

Semalam 27hb Ogos genaplah hari lahir mak yang ke 59.

Pagi2 aku call Ateh dan nyanyikan lagi "panjang umur" untuk mak. Aku tak belikan mak apa2 sebab sebelum aku dah pun belikan mak dompet di MidValley bulan lepas.

Apa yang pasti mak gembira bila aku call dan ucapkan dia selamat. Dan macam biasalah mak akan berpesan seperti mana mak2 yang lain. "jangan tinggal sembahyang, jangan lupa solat" (sama jer maksudnya kan?). Aku lak jawab "yer mak, insya Allah Angah tak lupa".

Aku ingat lagi masa aku kecik dulu. Aku tak suka dengan perangai mak yang suka berleter dan garang sesangat. Apa yang ada kat tangan (getah paip, rotan, hanger, kayu or ranting) memang takleh nak lepas ler. Cuma sekali mak jeran nak pukul, aku pernah pengsan bila mak libas aku dengan kain batik yang dia pegang. Sejak tu mang dia tak guna kain dah tapi benda lain dia balun jer..hehehehe (anak dia nie 'baik' sangat masa keciknya pehtu 'rajin' lak tu) hehehehe..

Bila dah meningkat dewasa mak dah kurang nak pukul sebab dia pun dah tak larat nak pukul2 nie..hahahahaha.. Aku ingat lagi masa umur aku 23 tahun, mak dah mula tanya aku bila aku nak berumah tangga. Keadaan jadi lebih parah bila adik aku si Alang dah berkahwin. Mak siap cakap aku "anak dara tiang para". Aduiihh..bukan takat mak dah masa tu, semua makcik2, arwah uwan pun dah bising. Aku masih dengan sikap selamba dan rileks jer. (rasanya aku dah citer benda nie tapi tak ingat mana satu).

Sekarang nie hubungan kami anak-beranak rapat. Berkongsi kisah dan cerita. Banyak petua dan nasihat mak berikan. Masa aku mengandung cakaplah nak makan apa, pastinya mak akan sediakan. (ni yang buat aku rindu mak nie). Aku kadang2 ungkit kisah lama bila mak selalu lebihkan abang. Dengan pantas mak akan jawab, "ko takde anak jantan, sok dah ada ko taulah". Aku diam. Betul kata mak tu aku belum punya anak lelaki. Bila difikirkan mungkin anak2 lelaki dilebihkan sebab mereka inilah yang bakal pelindung mak bila suami mak takde. Tapi zaman sekarang aku tengok anak perempuan pun boleh apa jadi pelindung mak mereka.

Tak kisahlah tu..Yang penting aku sentiasa doakan agar mak sihat dan panjang umur dan dimurahkan rezeki. ammmiiiiiiinnnnnn....

Selasa, 21 Ogos 2007

Hmm..cantik sangat ker?

Petang semalam masa on the way balik rumah dalam kereta sudah pastinya kami mendengar radio ERA. Macam biasa lah si Linda On yang bercakap. Tetiba telinga aku mendengar pasal peminat pernah marah kat Syanie sebab rapat sangat dengat Hans (rancangan 'minggu bersama Hans').

Lepas tu si Linda On nie dok call ler si Hans dan Hans dok lah explain panjang lebar yang dia kenal Syanie nie dari masa sekolah lagi. Lepas tu pulak Hans bekerja dengan Nizarman Production dan tentulah hubungan mereka rapat. Kesian Syanie kata Hans.

Peh tu tetiba jer aku cakap kat hubby.."kesian Hans, muka hensem pun susah nak dapat carik calon isteri". Aku siap sambung ayat skema.."untung tau awak yang, tak hensem dapat bini cantik (aku ler)." Peh tu aku lak yang ketawa berdekah2. Hubby muka toya jer. Nyampah tul. Konon nak jadik serius aku cakap "baik awak ngaku yang saya nie memang cantik".

Hubby cuma senyum jer. Dia pun cakap dengan suara perlahan sangat (orang pekak sure tak dapat dengar).."iyaa..cantik"

Peh tu aku cakap.."ala yang nie..orang nak meriahkan suasana ar. Bukan betul pun (ayat cover line)". Tapi memang aku harap sangat dia cakap aku cantik..sori ar dia bukan jenis nak puji aku, abih2 pun dia cakap..ok ar tu. Hampeh jer.

Susah sangat ker nak cakap bini cantik? (ker memang sebab dah kahwin nie aku dah tak cantik..wuaaaa..)

Jumaat, 10 Ogos 2007

Tak tension sangat

Aku dah risau dah sebab dah lebih seminggu tak bercerita kat blog nieh. Kan aku dah janji pada diri aku sendiri yang aku mesti bercerita selalu di sini.

Pada yang meninggalkan kata2 semangat dan nasihat pasal adik ipar aku tu, terima kasih aku ucapkan.

Aku tak tau ar sama ada apa yang pak mertua aku buat tu menjadi ke tak. Pak mertua aku tu telah cuba cara tradisional. Tapi kan malam tadi adik ipar aku balik ke rumah belum pun pukul 10. Aku mengambil kesempatan perli adik ipar aku tu "hai..tak salah tengok jam ker?"(jahatkan mulut aku?)..dia cuma gelak sahaja.

Esok aku akan balik ke KL. Esok sepatutnya aku keja setengah hari tapi Negeri Sembilan coti ..dapat ler balik awak dengan hubby. Yeay!! Tak tu nak tunggu hubby abih keja barulah dapat balik.

Esok malam nak buat besday untuk Lidya. Aku tak panggil ramai pun. Panggil adik2 sepupu yang dok dekat dengan umah dan mak sedara aku. Last minute pun, hari Rabu lewat petang barulah hubby soh aku buat jer kat umah parents aku. Berasap gak tapi nasib baik adik aku yang tengah sarat mengandung sudi menghulur bantuan membelikan barang2 makanan ringan untuk bebudak tu nanti. Kek pun nanti aku beli kat KL.

Ada cerita kelakar neih...ingat tak aku citer pasal hubby salah masuk kad hari tu? Ianya terjadi lagi..kah kah kah kah.. Tapi kali nie bukan nak masukkan kad ke mesin ATM tapi masa nak isi minyak, hubby nak bagi kad Bonusli*k tapi terbagi kad ATM dia. Macam biasa ar kan, dia bagi alasan kad ATM dia n kad Bonusl*nk dia tu sama warna. Kali nie takdelah aku nak sound lelebih aku cuma gelak jerlah. Budak yang keja situ pun gelak takkan lah aku nak serius lak.

Khamis, 2 Ogos 2007

Tension ar

Hhmm..Lidya Camelia dah pun mencecah usianya setahun. Kalau mak hubby nak buat majlis hari lahir macam Julia dulu, aku tak kisah tapi aku taknak keluar duit sesen pun. Yerlah..aku tau sepatutnya kena ar ikut tapi kalau dah lebih separuh modalnya aku yang keluarkan dan ‘kredit’nya dapat kat orang lain baik tak payah.

Aku ingat lagi masa nak sambut jamuan hari lahir Julia tahun lepas, dada aku rasa macam nak pecah jer. Yerlah..mana taknya, jamuan dibuat dikatakan sempena majlis ‘open house(dibuat dalam bulan raya). Masa tu ‘fulus’ memang dah kureng (paham2la time raya). Tapi aku berusaha keluarkan duit walaupun masa tu aku dah beritahu hubby aku taknak buat majlis hari lahir Julia lagipun Julia bukannya pandai lagi mengenai sambutan sebegitu.

Kali nie pulak dia dok menanya buat ke tak majlisnya sebab katanya cucunya yg no.2 (anak akak ipar) tak buat bulan May jadi dia nak tumpang. Aku buat tak reti sebab aku dah bagi tau kat hubby aku nak wat kat umah aku sendiri (tak besar pun takper tapi hati tak sakit). Hari nie dah hari Khamis hubby masih mendiamkan diri. Huk tak hek pun tak. Mungkin dia pun dah takde mood nak buat sebab mak dia pun tak sihat. Lidya pulak batuknya belum jugak sembuh. Aku risau tengok Lidya batuk mengokol macam tu, takut kot dia kena asma nanti. (Keinginan nak meyambut besday di rumah parents aku tetap aku nak buat.)

Malam tadi adik sepupu aku datang ke rumah. Berborak sejam dua pehtu masa nak balik dia cakap mertua aku macam tak suka dia datang jer. Katanya masa nak salam orang tua tu tarik muka. Aahh..muka orang tak sihat kata aku pada dia (cover line). Aku tak heran pun sebabnya ini bukan kali pertama orang cakap macam tu kat aku. Adik2 aku, kawan2 aku rata2 yang datang kali pertama bila diajak ke rumah untuk sekali lagi for sure dorang akan bagi bermacam alasan. Dan akhirnya barulah dorang mengaku dorang tak sedap hati bila kedatangan dorang disambut muka 14 dek orang lain. Nak wat camner kan..dah bukan rumah aku kot rumah aku lain ar citernya.

Malam tadi jugak ayah mertua meminta bantuan hubby dan aku untuk menasihatkan anak dara bongsu dia. Ahh..tu lagi satu problem. Anak gadis yang berumur 24 tahun yang terlalu ingin kebebasan dan mahu ibubapa yang ‘sporting’ memahami kehendak dia. Adik ipar aku nie hampir setiap malam pulang ke rumah selepas waktu tengah malam (teringat masa aku solo dulu). Tapi dalam keadaan aku memang lain dari adik ipar aku tu, kemana aku pergi even blind date pun aku bagi tau bapak. Kadang tu bapak datang jemput aku kat Mid Valley pukul 11 lebih sebab aku dah seriau dengan blind date aku tu. Blind date aku lak sure lagi takut bila tengok bapak jemput dengan Wira putih sebab dorang ingat bapak aku polis…Hahahahahaha….

Aku malas nak masuk campur hal adik ipar aku tu. Tapi aku kesian pulak dengan ayah mertua aku tu. Masa dia cakap2 suara dia bergetar jer..tak taulah kot dia menahan marah atau sedih. Apa pendapat kengkawan? Should I or shouldn’t memberi nasihat or kata dua kat adik ipar aku tu?

Jumaat, 27 Julai 2007

Musim Demam..

Belum pun aku sembuh dari batuk dan selsema, anak2 aku dah terkena dah. Berat rasa nak pegi keja bila melihat Julia dan Lidya tak sihat. Bukan aku sengaja tak nak jaga anak2 aku tu. Tapi aku terpaksa, minggu lepas aku dah cuti lepas tu pulak aku cuti sakit 2 hari. Alih2 nie anak2 aku lak demam. Rekod kedatangan kerja aku di tahun nie memang tak cantik langsung.

Sedangkan selama nie aku memang susah nak cuti melainkan aku dah rancang untuk bercuti (kalau tak, camner cuti tahun aku nak dihabiskan). Kebaikan bila anak2 dijaga dek uwan mereka nielah tak risau. Kalau hantar kat nurseri ker atau ke pengasuh dah tentu aku dicop mak yang teruk. Sanggup pegi keja sedangkan anak2 perlukan perhatian saat dorang kurang sihat.

Hari nie harapnya aku dapat balik cepat. Aku tak sampai hati nak biarkan mertua aku tu melayan kerenah anak2 aku yang tak sihat tu. Hubby pun tak boleh nak cuti sebab sebelum nie dia dah cuti sakit selama 2 hari. Ahhh..tension tension.

Tadi masa breakfast aku ada tanya kat hubby nak buat ke tidak birthday si Lidya hari Ahad nie. Boleh dia cakap dia tak tau nak buat macam mana. Inilah dia orang lelaki. Dah tak reti tu mulut tak ringan nak bertanya itu ini. Buat selamba dia jer. Walhal aku siang2 dah bagitau aku nak buat majlis hari lahir lidya di rumah makbapak aku kat Pantai Dalam tu. Tapi hubby boleh lak cakap kalau boleh taknak panggil ramai sangat orang. Takde buat apa2 perancangan tetiba cakap taknak jemput ramai orang. Eeeeiii..bikin panaih betul ar.

Aku lak ingat nak wat minggu depan pun x dapat sebab mak dan Ateh akan mengikut rombongan ke Cameron Highlands dan Padang Besar. Minggu lagi satu ler jawabnya aku buat nanti. Hmm..aku pun takdelah nak buat besar2 pun. Panggil jer bebudak yang dekat2 rumah untuk makan kek dan bagikan kat dorang jajan. Dah ler.. Umur 1thn apalah sangat. Dah besar skit macam Julia tu ok ar kot.

Apapun, selamat berhujung minggu dan pada yang tak sihat macam aku..rajin2 makan ubat tau.

Rabu, 25 Julai 2007

Kembali lagi..

Apala nak jadi dengan blog aku nie. Dulu-dulu orang berblog aku pun sibuk nak berblog, bila dah ada blog dah malas pulak nak bercerita. Aku harus meminta maaf dengan rakan2 blog yang tertanya2 dengan khabar aku. Aku nie memang ler jenis ‘hangat2 taik ayam’. Memula jer semangat hah lepas tu dah hilang rasa semangat.

Banyak betul cerita yang tertinggal. Aku berjanji pada diri aku sendiri, aku akan cuba menulis seberapa kerap yang mungkin. Semua nie gara2 aku sibuk selepas 2.5 bulan cuti. Setiap perkara yang berlaku pada diri nie kepala dah ligat berputar untuk menulis dan bercerita diblog aku nie. Tapi tulah penyakit ‘m’ pun dah bersarang, antara penyakit yang aku benci tapi selalu hinggap (alasan tak konkrit sungguh).

Dua minggu lepas bos pegi company trip ke Kg Tok Senik, Langkawi. Dia balik dari sana belikan aku 2 coklat import. (Ingat gak dia kat aku nie).


Minggu lepas masa hari keputeraan Yam Tuan (hari Khamis) aku tambah cuti sehari Jumaat, apa lagi balik KL ler. Seronok? Mestilah.. Yang paling memenatkan tapi menyeronokkan bila hari Jumaat tu aku, Ateh dan Alang dan 5 orang kanak2 pegi Mid Valley. Seorang bayi (anak aku) 2 orang kanak2 bawah 3 tahun (sorang anak aku sorang lagi anak yang Ateh babysit) anak Alang lak umur 5 tahun. Kitorang pegi naik komuter dari Pantai Dalam. YA Allah..sarat dan tak larat dibuatnya..tapi tulah..dah lama tak kuar ramai2. Yang kelakar tu si Alang tengah sarat mengandung 7 bulan (setelah hampir 5 tahun mencuba akhirnya berjaya) baru jer sampai Mid Valley dah tanya bila nak balik. Sabarjerlah.

Pehtu Abang (abang kami yang sulung) telepon dia dah sampai kat Mid Valley (fuh..selamat, dia ar dia tolong dukung Lidya si kecik anak aku tu). Kitorang ada bawak stroller, bergilir budak2 tidor dalam stroller tu. Dari yang paling kecik sampailah si Farah yang berumur 6 tahun (kalau aku muat, aku pun nak masuk dalam tu hehehehehe).

Sampai rumah semua dah ‘flat’ dah. Julia elok lak perangai dia. Tak banyak ragam pun, bila mintak dukung jer aku cakap kaki aku sakit, terus dia cakap dia nak jalan. Bagus betul dia. Petang Sabtu gi pasar malam pun dia tak mintak dukung.

Hari Ahad aku balik ke Seremban singgah kat umah Wancu di Kg Lanjut, Sepang. Badan aku dah rasa lain macam tapi sebab dah berkumpul ramai2 tu aku tahankan lagi. Lepas tu pulak pegi makan kat Alson Klana hubby nak belanja sebagai meraikan berjaya memiliki rumah. (Alhamdulillah..rezeki kami dapat jugak beli rumah di Matahari Indah, Senawang tu).

Sekarang nie dok menunggu hari (28hb) untuk sambutan hari lahir lidya yang pertama. Tapi tulah..si Lidya nie belum gak pandai jalan. Setakat menapak 2-3 langkah pehtu dia merangkak.. Malas macam mak dia kata mak aku..adalak aku nie malas..(sikit malas tu adalah muahahahaaha) Ingat nak tempah muffin n cup cake kat Kak Sya. Tapi memasing dok senyap jer nieh. Buat ke idak jamuan besday si Lidya nieh? Aku dah sound awal2 kat hubby aku nak buat kat umah parents aku di Pantai Dalam nun. Dia senyap jer. Kalau dorang nak wat kat Seremban, ongkosnya 100% hubby ar tanggung. Takkanlah aku nak tanggung ongkosnya di 2 tempat kan?
Tapi hari Sabtu nie lak aku kena keja..waduh waduh..
p/s: bos aku awal2 dah amek coti sebab besday dia pun di hari yang sama..mencik ar!!

Jumaat, 8 Jun 2007

Citer patah kaki n patah hati..

Hai..hai..Aku cuba berkali2 untuk cuba bercerita bagaimana aku terjatuh dari tangga di Plaza Ampangan. Aku tak tau bagaimana nak gambarkan perasaan aku masa tu tapi aku amat bersyukur bila anak kecil yang aku dukung tak apa2. Malah dia masih tidur ketika aku dah pun ter’tonggeng’ atas lantai.

Ketika aku jatuh tu ada pasangan suami isteri yang membantu aku. Aku tak dapat ingat rupa dan nama mereka tapi aku sentiasa mendoakan agar mereka sentiasa dirahmat. Masih ada lagi rupanya orang yang sudi membantu tanpa mengenal antara satu sama lain.

Sepatutnya sepanjang dua bulan aku di rumah boleh lah aku menjengok2 alam blog tapi walaupun talian internet masih ada namun pcnya pulak tiada. Adik ipar aku telah membawa pcnya tu ke pejabat tempat dia bekerja.

Yang paling tak dapat aku lupakan selepas seminggu aku dibedah dan aku terjatuh lagi ketika menunggu giliran untuk berjumpa doktor. Gara2 tak reti nak imbangkan diri menggunakan topang ketiak. Semua orang memandang dan hubby lak aku membebel memarahi aku yang tidak mahu menggunakan kerusi roda yang disediakan pihak hospital. Kot lah nak tolong nie tak, tengok jer aku peh tu barulah dia hulurkan tangan dan tanya kot aku boleh bangun ke tidak. Malu, sedih, geram bercampur2 perasaan aku masa tu.

Selepas kejadian jatuh itu membuatkan aku lebih takut untuk memijak dan berlatih berjalan. Aku hanya mula berjalan setelah 3 minggu aku asyik merangkak sehinggakan aku diperli dek mak mertua dan hubby yang anak aku si Lidya yang berusia 9 bulan itu akan berjalan dulu sebelum aku mula langkah. Nasib baiklah, aku dah berjalan Lidya baru pandai berdiri. Kalau tak, dah tentu teruk aku kena ejek.

Sejak pada jatuh tu jugaklah setiap kali aku ke hospital pastinya aku gunakan kerusi roda, maklumlah takut jatuh lagi. Tak pepasal jer nanti aku coti panjang lagi..hehehehe (sempat lagi nak melawak aku nie).

Dalam keadaan yang susah nak berjalan tu pun aku masih boleh pergi melawat rumah contoh di Matahari Indah, ehem..ehem..NBK, tak lama lagi kita berjiran taman ler ek.Sepanjang aku bercoti tu aku rasa terkilan skit sebab harapan nak balik dan duduk di rumah makbapak aku tak tercapai. Tapi takdelah aku langsung tak dapat balik, Cuma dapat dok seminggu jer. Coti dua bulan lebih tapi dapat balik sana seminggu jer. Bersungut gaklah adik2 aku tu. Aku lagilah ‘beng’ tapi tulah janji dapat gaklah aku balik walaupun tak sampai seminggu.

Dah ler wat masa nie. Aku nak citer panjang2 bukannya pandai pun. Main taip jer peh tu tak de nak check balik kot ada salah eja ke apa ker. Nanti kita citer lagi ek..

Dalam dok fobia dan trauma boleh lagi aku gi panjat tangga hingga ke tiga tingkat…hehehehe..kenalah berani kot nanti sampai bebila pun aku tak berani nak naik turun tangga.

Isnin, 21 Mei 2007

KEMBALI BLOGGING..

WUIHHH...Bukan takat habuk dan sawang dah nie.. tahlah tak tau la nak kata apa..

"adakah kehilangan lebih 2 bulan dirasai?" eceehh..perasan jer aku nie. Aku kembali bekerja hari nie. Dalam dok sibuk menangkap (catch-up) semua keja tertinggal sempat lagi aku berblog.

Banyak betul cerita yang aku tertinggal. Aku masih belum berpeluang me'longkai' semua blog kengkawan. Nantilah dulu. So many things to do. Work comes first. Speaking London lagi aku. Pada yang tau tu, taulah kan. Yang tak tau tu..aku baru kembali bekerja setelah bercuti sakit. Sakit apa? Aku kemalangan..jatuh tangga hingga menyebabkan buku lali aku patah. Alhamdulillah masa tu aku dok dukung Lidya si baby tembam tu tak apa2. Ketika jatuh ke lantai dia masih nyenyak tido.

Nantilah bila ada masa nanti aku bercerita panjang. Aku sibuk sesangat sekarang nie.

Khamis, 1 Mac 2007

Petang semalam..

Petang semalam masa hubby jemput kat ofis..

Hubby: Gaji lum masuk ar..Minyak keta nak nak abih lak tu

Aku: (nak mintak tolong bayarkan ler tu..) Mana awak tau lum masuk? Awak dah check ker?

Hubby: Member saya yang cuti hari nie cakap lum masuk..

Aku: Kang kat Shell kang awak check ler. Saya pun nak amek duit gak nie.

Di Shell..

Aku: Dah agak dah pun tak boleh nak kuarkan duit.

Hubby: Apsal lak?

Aku: Hari nie ada auto debit, bank block ar kad saya.

Hubby pulak masukkan kad dia.."hah kan tak ada, siap tulis nie.."KAD TAK BOLEH DIBACA"

Mata aku menjeling monitor mesin ATM kemudian aku dah gelak2 sambil tanya "gaji awak masuk dalam kad Bonuslink ek?"

Hubby: Eh..salah la pulak..(sambil tukarkan dengan kad yang betul dan pusing keliling) Sib baik takde orang..

Tak lama lepas tu ada sorang dua datang dengan tujuan yang sama dan hubby masih di mesin ATM sempat pulak dia berseloroh.."lambat pulak mesin nie buat keja"

Aku selamba jerlah sound dia "dah lah yang, awak jangan nak cover line, kang saya heboh kat satu kedai takpun kat orang belakang awak". Tupun aku sempat sambar aiskrim Mini.

Masa nak bayar kat kaunter aku cakap kuat2 kat adik kaunter tu.."dik, orang nie kan(tunjuk hubby) nak kuar duit masukkan kad Bonuslink". Adik tu terus gelak..

Korang ingat dah abih kat situ..masa kat mesin pam minyak tu aku cerita kat adik pembantu pam petrol. Adik tu pun gelak jugak.

Dalam kereta masa nak balik sempat lagi aku cakap "hah..ambik kau..cukup2 taruk aku bagi", sambil aku gelak. Hubby tengah mood baik tu. Maklumlah baru dapat gaji kan.

Orang lelaki nie ego dia mana boleh lari kan. So, dia masih nak cover tu. Mempertahankan yang dia tak perasan warna kad ATM dia dan kad Bonuslink tu hampir sama.

Aku selamba gak lah cakap.."awak tu pakai cermin mata tau".

Hubby last2 cakap, "takper2, sok2 time dia sok, hah..taulah saya nak buat".

Aku masih lagi dengan sikap yang suka menjawab nie dengan selamba jer cakap.."alaa yang, ini bukan kali pertama tau. Sebelum nie awak masukkan kad ATM awak terbalik peh tu awak salahkan MBB yang taknak terima kad lain selain kad dorang, ingat tak?"

Hubby diam..mengiyakan la tu.

Anyway, janji aku dapat balas dendam kat hubby. Bukan selalu dapat kenakan dia. Aku pun takut gak nie. Tapi tak pernah pulak aku masukkan salah kad. Cuma pernah aku tak ingat nombor PIN tu ada ar.

Rabu, 28 Februari 2007

Tah apa-apa tah..

Tajuk tu berkenaan dengan apa yang bakal tulis..eh tulis ker? Taip daa..Dulu yerlah tulis..Apapun, aku nak berterima kasih pada Kak Lady yang sudi memberikan petua tapi lum sempat jemur, Alhamdulillah..Sakit kat tengkuk dan belakang tu dahpun hilang. Tapi jenuh gak aku letak Yok* kat belakang badan sampai hilang bau minyak wangi aku.

Malam tadi aku join sama tengok WWE (dulu WWF). Dari kecik dulu aku dah tengok pun WWE nie. Paling suka tengok ialah arwah Uwan aku tu. Arwah siap tepuk lantai marahkan beberapa penggusti yang dia anggap jahat sangat. Arwah Uwan boleh kenal saper jahat saper yang baik. Aku pun masih ingat dengan Andre The Giant, Jimmy Superfly (bapak sedara The Rocky..agaknya kot), Roddy Piper, The British Bulldog, The Ultimate Warrior(hidup lagi ke dia nie? dengar citer dia buta, betul ker?).

Rancangan nie memang tak sesuai ditonton bebudak kecik tapi disebabkan aku suka tengok gelagat arwah Uwan tu, aku pun join sama menonton.

Bila semakin dewasa aku dah tak minat nak tengok. Sebab aku anggap dorang tu banyak berlakon dari aksi yang sebenar. Akan tetapi bila dah berkahwin aku terpaksalah join tengok sama dengan hubby. Setiap malam Selasa for sure dia tekan Super Sport (tak ingat channel mana satu ar) dan anak aku si Julia pun join sama. Bila ada darah2 tu, Julia cakap dengan aku..mak aghah(darah). Aku jawab..a'ah..dia kena pukul sampai darah. Then tau2 jer Julia dah terlelap.

Selain tengok gusti nie aku suka jugak tengok rancangan sukan macam bowling(jarang ada live kat TV kecuali Asian Bowling Tour), tennis, luncur ais, dart, pool (jarang dpt tengok sbb hubby kureng minat). Dulu selalu jugak main bowling kat Federal Bowl tu (dah tutup pun). Sekarang nie jarang dapat pegi main pun. Sebenarnya dok tunggu stadium bowling kat Paroi tu siap. Lambat betul nak siapnya. Dari Sukma kat Negeri Sembilan tu sampai sekarang belum gak siap2nya.

Ada jugak rancangan selain rancangan sukan yang aku suka tengok CSI, Super Natural, Heroes (rancangan baru), semua rancangan komedi bahasa Inggeris (My Wife & Kids, Still Standing, Friends, Fraser). Dulu aku suka tengok cerekarama TV3, tapi semenjak kahwin nie jarang betul dapat tengok sebab malam minggu selalunya ada citer best kat Star Movies.

Pendek kata, sejak ada ASTRO aku dah jarang tengok TV1, TV2, TV3 (selalu tengok Buletin Utama n Melodi jer), Channel 9 (tengok mari mengaji pukul 7 selepas citer Mutiara Hati), 8TV selalu tengok citer Korea tapi selalu dorang alihbahasa ke Mandarin ..tak siok ar.

Ugly Betty yang menang Gloden Globe tu best sangat ker? Aku belum dapat tengok pun. Hubby kata lebih kurang citer Betty yang dulu tu...Dia sajer lar tu cakap macam tu, takut nanti aku berebut nak tengok siaran tv.

p/s: terpaksa jugak mengikuti perkembangan bolasepak sebab hubby minat giler bolasepak terutamanya EPL(English Premier League). Lagipun dia peminat setia pasukan Liverpool. Bila aku cakap aku minat Manchester United, sure dia cakap aku minat sebab David Beckham yang kahwin dengan Posh Spice Girl tu (memang pun..hehehehe)

Selasa, 27 Februari 2007

Adoii..

Aku tak tau kenapa dari 2-3 hari lepas belakang dan tengkok rasa sakit. Hubby kata aku tido tak betul. Selalunya lepas 2hari dah ok jer. Letak Amelt* Yok* pun masih tak hilang. Aku tak boleh nak pusing kepala ke kiri, ke kanan menunduk apa tah lagi. Suruh hubby tolong picitkan, taulah tangan orang jantan nie..koreh bertambah sakit jadiknya.

Adeeh..kerja tengah melambak lak tu. Sajer nak cari jalan nak MC ler tu. Kan ker baru jer balik dari coti yang panjang? Dah gatal nak MC lak. Camner nie..adeeehh..dah macam robot jer aku nie.

Hujung minggu ni aku balik KL tapi Ateh cakap kat Kg Lanjut ada kenduri kahwin. Aku dah bagitau kat hubby dah. Hubby kata takperlah balik jerlah. Nanti lepas kenduri tu terus lah balik Somban. Kira ok gak tu. Dah lama aku tak pegi kenduri kendara neih. Sekurang2nya dapat gak jumpa sedara mara yang lama tak jumpa. Aku rasa dorang pastinya nak tengok anak2 aku yang semakin membesar nie.

Cakap pasal anak2. Esok Lidya genap ler 7 bulan. Dok penat menunggu nak bersalin hari tu rupanya dah lebih setengah tahun berlalu. Bulan Julai(28hb) genaplah dia setahun. Aku nak order muffin ehem...ehem..(terbatuk lak heeheheeh). Belum apa2 aku dah berangan dah. Jauh lagi tu, lagi lima bulan tu. Aissh..apa lak lama lagi..pejam celik pejam celik sekejab ler nanti jadinya. Nanti aku jemput ler kengkawan blog..eceh..berangan lagi aku nie. Macam ler menjadi. Takperlah kita rancang jer dulu..sok sok jadilah tu..ehem ehem (sakit tengkuk ker sakit tekak nie? hehehee)

Isnin, 26 Februari 2007

Tag?

Sabarjerlah..baru jer balik dari coti..dah kena tag dek kawan aku yang sorang nie..

Perkara2 pelik tentang aku? Nie yang tak best nie..perkara pelik..kot nanti orang ingat aku pelik lak kang..6 perkara pelik..nasib baik 6 tapi tupun dah kira banyak dah tu..eceh..banyak lak alasan aku nie.

Yang pelik tentang aku..

1. Bila aku melipat kain baju tersangatlah slownya..sebab aku mesti nak pastikan kemasan dan lipatan yang cantik..aku sanggup bukak lipatan kain yang tak cantik dah lipat balik..pelik ker? Macam "monk" bak kata adik aku. Tu lipat baju belum sidai baju tu..aku mesti susun t-shirt dengan t-shirt, pehtu kain, baju2 kecik sederet jer..Pelik gak ker? Tak kot..

2. Bila tengok TV dan membaca janganlah harap aku boleh menyahut orang dok panggil aku. Memang aku dalam dunia aku sendiri. Kekadang tu kena marah dek adik2 kata aku nie pekak.

3. Aku hilangkan rasa marah atau tension dengan membeli barang. Tak kiralah barang tu murah atau mahal aku mesti beli even berus gigi pun aku sanggup beli. Pelik ker kaki shopping nie?

4. Aku suka buat jigsaw puzzle. Aku pernah tak tido sehingga subuh menyiapkan puzzle 1000 keping tu. Sebab tu aku tak beli puzzle, takut nanti aku tak tido untuk siapkan puzzle tu.

5. Aku suka membaca buku novel. Kalau boleh aku mesti nak abihkan hari tu jugak. Aku tak sabar nak tahu penghabisan cerita. Kekadang tu aku boleh baca bab penghabisan dulu tapi dah tak syok ar jadinya.

6. Dulu aku makan nasi mesti berulamkan dengan cili api tapi sejak kena marah dek bapak dan arwah uwan, aku dah tak buat. Tapi baru2 nie aku ambik cili api dalam peti ais, konon nak cili mulut Julia yang dah pandai tunjuk lidah berkesudahan aku buat ulam..kruk krak aku dok sedap mengunyah.

Itulah antara 'kepelikan' pasal aku. Tak pelik kan? Biasa2 jer kan..

Aku nak tag saper ek? To whom that read this entry ar. Acah jer..Sesapa nak buat tu dipersilakan. Aku tak nak paksa. Kesian pulak rasanya kat orang yang kena tag (macam aku) pening nak memikirkan hal2 yang pelik pasal diri sendiri.

Jumaat, 16 Februari 2007

Jom ber'loghat' (bukan lorat ek)

Orang kata sesapa yang dilahirkan di KL nie takde identiti..eh..iyer ker? Takde identiti ayng camner ek? Selamba jer aku nie kan..ntah sapa yang cakap camtu ntah. Ntah2 aku jer yang perasan camtu tak?

Aku suka belajar bahasa loghat negeri2 nie.

Macam kat Melaka dorang tak sebut perkataan yang ada 'r' dihujung..contohnya ayat nie "ulau belingkau atas pagau".

Terengganu lak tambah 'g'..contoh: "makang nasik atas pinggang" tapi bukan semua kan?..kena tanya orang Ganu hal nie.

Kelantan lak "oghe tino" maksud 'perempuan' ler. Lima sen dia tak cakap lima dia cakap 'samah'. Peh tu buah mempelam dia tak cakap 'mempeler' tau tapi buah pauh.

Oghang Utara lak "ayak" tu air, banjir lak bukan banjiak tau..ayak bah. buah kerdas dorang cakap geduak..

Oghang Johor lak ..hah yang nie aku tak pasti sangat..loghat orang Johor nie tak ler ketara sangat rasanya.

Oghang Nogori..banyak 'o' ler apo laie..kopam = kepam..

Oghang Utara di Perak lain lak ceghiter..idok ler teman gheti sangat tapi kalau dengar Mr Os punya lagi..mike taulah kot..tapi aku dengar lain daerah lain lak bunyiknya..susoh juge teman nak ngikut..eceh..


So, sesapa yang rasa orang KL tu konon KLian..asal usul takdelah betul2 KL..cuma sesetengah jer yang betul2 orang KL. Aku? no komen..aku orang Minang..kahkahkahkah..

p/s: macam dah takde idea jer aku nie..(faktanya: memang aku kering idea sesangat dah nie..)

Rabu, 14 Februari 2007

'Raya' (coti) mood already...

Looor..hari nie Valentine day ka? Patutlah hari tu aku nak beli pokok bunga ros tak banyak stock dah..Eceh..sajer ar tu.

Suasana pejabat aku yang sunyi bertambah sunyi, maklumlah keja dengan orang cha ya nun alif nie camtulah jadiknya. Mood raya dah mula terasa. Kalau 10 tahun dulu masa aku keja di HQ, PJ(sebelum pindah ke KL) dorang dah start main 'pakau' dah. Aku pun teruja main sama (contoh tak baik, jangan diikut ek). Sekarang dok Seremban sorang2, main game kat internet ler jawabnya..heheehehehe. Yang pasti hari Jumaat nie sure kitorang keja setengah hari jer.

Aku tengah dok memikirkan camnerlah nak abihkan coti seminggu, minggu depan. Nak gi bercoti pun, fulus nya kureng gitu. Nak ikut makbapak gi Perak pun, hubby tak kasi. Abih tu camno? Hah..apa kata aku gi beraya rumah kengkawan Cina aku tu? Dapat gak anak2 aku angpow nanti..kahkahkahkah

Eh..lupa lak nak citer..yang pasal JBA tu, hari nie pepagi aku sampai opis, paip tu dah pun ditutup. Sesapa yang berhajat nak guna air 'free' memang tak 'dan' ler (termasuk hubby). Hah..camtulah buat kerja. Dalam masa 24jam selepas buat aduan (kali ke2) terus ada tindakan susulan. Jadinya, tak perlulah aku nak tulis surat bagai kepada menteri yang berkenaan.*wink*

Hhmm..apa lagi ek? Oh ya hari Isnin hari tu aku gi dinner ke Melaka. Bukan official dinner ke apa ker. GM aku datang pun pakai selipar jer. Ada gak yang pakai T-shirt (termasuk aku). Jamuan makan yang biasa antara cawangan jer. Sampai umah dekat tengah malam. Masa kat Melaka nak cari Mahkota Parade, bos aku tersalah masuk lorong. Dia masuk lorong bertentangan, nasib baiklah takde kereta masa tu. Patutlah aku tengok naperlah signboard tu mengadap ke lain. Panik aku datang bila nampak kereta menghala ke arah kami, punyalah mengelabah bos aku nak pusing balik. Gila ar bos aku nie..belum apa2 dia dah mabuk dah..Tapi syukur jugak tak jadi perkara buruk kat kami berdua.

Cukuplah cerita aku hari nie. Banyak cerita kang aku tak reti nak berhenti lak kang (alasan orang dah tak tau nak taip apa lagi..hehehehe)

Selasa, 13 Februari 2007

JBA OH JBA(2)

Hah..ni nak citer bahagian kedua...(aku baru telefon tadi)

Aku memang tak puas hati bila disuruh buat laporan polis tu. Aku pun diamkan jerlah. Tapi hati aku jadi bertambah sakit pulak bila tengok air paip keluar memancut. Maklumlah sekarang nie kan nak dekat musim kemarau, bila tengok air bersih memancut keluar camtu..eii geram pulak rasanya.

Jadi, aku pun cuba telefon JBA untuk yang kedua kali atau lebih tepat untuk kali yang terakhir.

JBA: Jabatan Bekalan Air, Selamat Pagi..

Aku: Ya, selamat pagi..

JBA: Ya cik, ada apa2 yang boleh saya bantu cik?

Aku:(Sopannya...lelaki lak tu..) Begini Encik, hari Sabtu hari tu saya ada call bagi tau kedai sebelah nie air paipnya dah memancut keluar. Hari nie dah hari Selasa masih lagi macam tu. Sayanglah air bersih terbuang macam tu jer.

JBA: Ooo..begitu yer cik? Ada meter tak atau kepala pair tembaga tu?

Aku: Itulah masalahnya, kalau ada kepala paip tu boleh jugak saya tolong tutupkan. Lagipun masa saya telefon nombor nie, yang menjawabnya tu suruh saya report polis. Saya cuma jiran jer tapi dia suruh jugak saya report ke balai polis.

JBA: Begini cik, memanglah kena report polis tapi dalam kes nie cik bukan tuanpunya, kesnya jadi lainlah. Lagipun kalau buat report polis, surat laporan tu boleh dijadikan sebagai bukti dan tuanpunya tak perlulah nak membayar untuk meter yang baru. Tapi takper, saya akan maklumkan aduan cik kepada bahagian meter air.

Aku: Suami saya siap cakap nak basuh kereta dia kat sini petang nie. Tak baiklah macamtu kan?

JBA: Hmm...baiknya cik nie (macam perli aku jerkan) Kalau begitu, boleh saya tau alamatnya? Ada signboard tak kat situ?

Aku: Alamatnya..No..Tmn SJ, Seremban. Mmmm..signboard memang takde. Kalau ada, dah tentu saya sendiri yang akan telefon tuanpunya kedai tu. Sayanglah Encik, air bersih terbuang camtu jer.

JBA: Ya, ya..terima kasih perihatin cik.

Aku: Sapa yang bercakap tu.

JBA: Zul..(aku tak dengar sangat nama dia)

Aku: Terima kasih yer Zul (main sebut jer).

JBA: Sama2. Assalamualaikum..

Aku: Wa'alaikumsalam..

Aku rasa lega sangat. Taulah aku bukan semua kat JBA tu seperti yang aku sangkakan. Tapi aku nak tengok tindakan dorang camner pulak. Kita tunggu...

Isnin, 12 Februari 2007

JBA oh JBA..

Pagi Sabtu aku datang kerja dan nampak kedai sebelah yang tak berpenghuni, air paip keluar memancut. Kepala paip dan meternya dah takde. Kena curiklah tu..

Dengan perasaan yang berkobar2, aku masuk opis teruslah cari bil air untuk menelefon JBA. Kira aku seorang yang perihatin ar nieh..(ececeh..) Dah jumpa nombor tu, aku pun dail ler.

JBA: Heloo...

Aku: Selamat pagi (aku tak sure yang jawab tu Islam ke tak), JBA ker?

JBA: Iyer...(macam ndak tak ndak jer jawabnya)

Aku: Saya nak bagitau nie..kedai sebelah air memancut, mungkin kepala paip dan meternya dah kena curik kot.

JBA: Oo..itu cik kena buat laporan polis yer. Report kat polis pasal kecurian tu.

Aku: Tapi saya bukan tuan punya kedai cik..saya cuma jiran..

JBA: Kalau kecurian memang kena report polis dulu.

Aku malas nak cakap panjang dah.

Apa guna tulis dalam bil "UNTUK SEBARANG ADUAN, SILA HUBUNGI ******"

Hari nie aku datang kerja, paip air tu masih lagi tak diperbaiki. Patutker aku yang buat report polis? Bukan JBA ker?

Khamis, 8 Februari 2007

Kantoi..

Aku semalam keluar masa rehat makan tengahari dengan tujuan untuk menggunting rambut. (Hancur impian aku nak berambut panjang sebab hubby dah mula bising terlalu banyak rambut bersepah dalam bilik tidur, sampaikan kat badan Lidya pun kekadang ada rambut aku..isk isk isk)

Salun yang aku biasa pergi tu pulak tutup, terpaksalah aku melintas jalan ke salun yang lain pulak. Aku ingat kot sekejab jerlah. Masa aku duduk tu tengok jam baru pukul 1.30, hhmm..boleh ar nie settle dalam pukul 2.30 (time rehatkan sejam?). Dah tau time kerja boleh pulak menggatal nak cuci sekali. Kejab2 aku tengok jam..Dah siap jer, aku pun bergegas balik tapi sempat lagi pusing2 kepala macam iklan tv tu..hahhhahahaha. Kepala dah rasa ringan sebenarnya..ececeh..

Sampai jer kat opis..tengok kereta bos..adoii..masak aku kena 'basuh' dengan bos nie. Mana taknya, sampai opis jer dah pukul 3..haah kau..macamlah aku nie bos..balik sesuka hati. Tapi nasib baiklah bos tak marah, cuma dia bagi tau hal2 penting lepas tu dia pun keluar.

p/s: jangan diikut begini melainkan anda seorang sahaja bekerja di pejabat..macam aku..hahahaha

Rabu, 7 Februari 2007

Tangisan dalam gembira

Gembira dalam tangisan ker tangisan dalam gembira? Teruk betul bahasa aku sekarang nieh. Tak kisah lah tu. Aku nak kongsi kegembiraan aku bersama semua orang kalau boleh.

Alang adik aku yang beza cuma setahun setengah berumahtangga lebih awal dari aku (dah gatal sangat nak kahwin..mampus aku kena belasah dek Alang kalau dia baca nieh). Dah ada anak pompuan Farah namanya. Umur Farah pun dah 6 tahun. Farah nie pun walaupun dah lama takde adik tapi setakat nak pakaikan pampers memang dia suka nak buat (yang menjadikan aku lagi malas). Farah pun ada gak merungut ayat2 nak kan adik. Yang paling kelakar tu ayat dia "tulah, ayahanda dengan bonda taknak jadi pengantin sebab tulah Kak Yong takde adik lagi". Kesian kan..

Pagi semalam Alang sms aku, "ada dble line, cfm(confirm) ada". Masa tu jugak airmata aku berguguran, bukan sedih tapi teramat gembira. Aku tau betapa Alang dan suami yang memang nak sangat menambah ahli keluarga. Alhamdulillah..usaha mereka berjaya.

Aku tak taulah Farah tu dah tau dia bakal dapat adik atau tidak. Apapun, aku bersyukur dan tumpang gembira untuk Alang.

p/s: masa sampaikan kat hubby this good news, dia ingat aku yang pregnant..sabaujerlah..Lidya tu baru jer 6 bulan..tak beragak hubby nie tau..

Selasa, 6 Februari 2007

Back from coti

Semalam aku dah start keja tapi sebab sibuk (maklumlah kan awal bulan) dengan segala jenis report nak dihantar. Nyampah tul..

Aku nak story pasal balik Pantai Dalam(Pantai yg takde pantai tapi banyak loji IWK..heehehehe) hari tu..

Balik jer bapak lum makan sebab mak dah terbaring lesu dalam bilik. Kesian mak dan kesian kat bapak. Mak demam rupanya. Bapak nie pun satu macamlah tak reti nak buat apa yang patut..kot soh bangcik tapau ker apa ker..(sajerlah tu nak manja dengan anak2).

Aku pun tolong Alang..(tolong tengok jer..hahahaha)

Plan aku nak gi window shopping pun tak menjadi. Dok layan mak..dok urut mak..dok main masak2. Tau2 jer nak balik Seremban dah..

Alih2 si Lidya lak demam..Hari nie panas badannya pun dah kurang..Sib baiklah mertua yang jaga..kalau tak, dah tentu aku kena coti lagi. Dah ler coti Raya Cina dah kena potong 3 hari. Mana lah aku nak pegi rayau coti sampai satu minggu. Bapak dah ada plan dia dah..ada gak ajak aku ikut sama tapi hubby pulak bagi alasan 'fulus' kureng. Adeeh..sure bapak terasa hati nanti.

Hubby ajak gi jenjalan PD (takkan Pantai Dalam, Port Dickson daaa). Orang lain gi jenjalan jauh2, aku gi Port Dickson. Kira oklah tu daripada kena dok umah..lagilah boring giler...giler pun tak boring camnieh..kahkahkah

Rabu, 31 Januari 2007

Memang tak patut..!!

Pagi tadi masa nak pegi keja, aku dan hubby borak2..

Akak Timah (bukan nama sebenar) yang kita jumpa hari tu sebenarnya baru balik cuti 2bulan. Dia keguguran.

aku: Loor..kesiannya dia..

Itulah 1st time sebab anak2 yang ada sekarang bukan anak2 kandung. Mak betul bebudak tu tinggalkan dorang for another man.

aku: Bebudak tu comel2 ar yang..ikut muka saper ek?

Dengar citer mak bebudak tu lawa macam muka Fauziah Latiff.

aku: Ramai naa orang ngorat, tu yang dia tersangkut kot.

Kalau jadi kat saya, anak2 ikut saya.

aku (dalam hati) : aku nie kategori lawa ker kategori pompuan gatal?

Masa makan tengahari tadi..

aku: Yang, tadi awak cakap pasal kalau saya ikut orang lain. Awak maksudkan saya lawa ar ek?
(perasannya aku)

Eh..takdelah..bukan tulah maksud saya..

Aku: Itu kalau saya buat hal tapi camner lak kalau awak yang buat hal?

Amek sorang satu ar (hubby sengih2)

Aku: Banyak songeh..awak buat hal, amek sorang satu..saya buat hal awak amek semua..

Lagi panjang sengih hubby kat aku..

Aku? Geram jugak. Sebab jawapan dia tu memang tak adil.

p/s: topik yang memang tak sepatutnya ditimbulkan...

Selasa, 30 Januari 2007

Tak malas dah..

Hari nie aku tak malas dah..Sebab esok last aku bekerja..hahahahaha..(bukan berhenti keja tau) Aku ambik cuti sehari tapi cuti empat hari yang aku dapat. Aku dapat ler bermalasan di rumah mak dan bapak. Aku nak rayau2 sekitar KL <- leh caya ker nieh?

TAPI

No shopping at MidValley...
No shopping at any place at all...

BUT WHY???

Because NO MONEY loooor..
(kan ker nak meng'0'kan utang peh tu nak start saving)

Adeeeehhh...peritnya rasa bila terpaksa 'bajet' betul..

Isnin, 29 Januari 2007

Malasnya aku..

Hari nie aku jadi malas..

Malas nak buat kerja...
Bonus entah kapan jadi nyata..

Malas nak buat kerja..
Asyik dok bercerita dengan kawan pasal insiden semalam..

Malas nak buat kerja..
'Monday Blues' kononnya..

Malas nak buat apa-apa..
Sebab apa?

Sebab aku memang nie PEMALAS..hahahaahaha :D

Rabu, 24 Januari 2007

Tersepit..

Beberapa minggu lalu aku telepon Ateh (adik aku no.4), berbual kosong termasuk pasal Abang, Mak, Bapak dan Bangcik. Kemudian cerita pasal aku..macam biasa, pastinya aku bersungut mengenai hubby yang macam tak suka jer bila nak balik KL. Tetiba pulak Ateh cakap.."Ko tu Ngah kat umah nie bukan main lagi laser ko kan. Tapi bila balik ke Seremban tu macam *tut* masuk dalam". Ateh sambung lagi "Abang kau tu kenal ko bukan sehari dua tau". "Kau tak sedar dalam diam kau dah buat mak bapak terasa dengan perangai kau tu".

Aku terdiam. Aku kelu seribu bahasa. Memang aku akui dulu sebelum berkahwin aku seorang yang suka cakap lepas. Aku cuba tanya berulang kali dengan Ateh apa yang aku dah buat sampaikan mak bapak terasa dengan aku. "ko fikirlah sendiri", kata Ateh. Puas dah aku fikir, kepala aku ligat rewind segala benda yang pernah aku cakap masa aku balik hari tu. Aku jadi buntu lepas tu aku menangis. Aku mengadu dengan kawan rapat aku, Ez. Kata Ez, tanyalah bapak sendiri. Tapi aku tau, bapak takkan mengaku dan tak mungkin akan berterus terang.

Aku betul2 tersepit di antara hubby dan keluarga aku. Beginikah hidup sebagai isteri dan anak yang selalu dalam keadaan tersepit antara suami dan ibubapa?

Selasa, 23 Januari 2007

Hutang '0'

Tahun nie aku taknak toleh belakang lagi..Aku bertekad dan berazam untuk menyimpan. Kalau dulu aku tak kisah sangat pasal simpanan sebab aku tau masa aku pencen nanti aku dah ada duit KWSP, Insurans, Anuiti. Tapi bila difikirkan balik, kalau dah tua nanti lagilah banyak duit nak pakai, yerlah umur dah meningkat tahap kesihatan pun tentulah menurun. Takkan nak harap anak2 menghulur.

Tapi untuk menyimpan kenalah pastikan aku nie tak ada hutang, betul tak? Macam mana nak simpan duit kalau ada banyak hutang yang belum dilangsaikan. Aku tanamkan azam dan tekad tahun ni adalah tahun untuk aku melangsaikan segala hutang piutang. Bila hutang semua dah langsaikan aku akan pastikan menyimpan duit tunai yang lebih yang bukan untuk masa tua tapi untuk duit persiapan raya (raya tahun nie pertengahan bulan Oktober..cepat tu). Aku dah bajet, kebanyakan hutang pun akan langsai selewat2nya bulan Ogos.

Aku memang tidak boleh nak mengharap hubby sorang. Dia sendiri selalu mintak bantuan dari aku.(macamlah aku ni banyak duit)

Tahun ini juga adalah tahun untuk aku berkata 'tidak' pada sebarang 'hutang'. Sebenarnya dari tahun lepas lagi aku dah mula untuk berjimat cermat. (Eh..mana lak..hari tu aku pegi Mid Valley dan aku 'terbeli' (boleh ker perkataan 'ter'?) alat mengurut <-kantoi).

Insya Allah..ini janji pada diri aku sendiri..

p/s: Doakan aku berjaya melupuskan hutang dan berjaya menyimpan..

Isnin, 22 Januari 2007

Bekalan?

Hubby : Yang, awak siap jerlah..kang awak sorang jer tapau, saya dah makan kat kanting
Aku: Ok

Hari nie lunch aku dengan hanya nasi separuh, 2 ketul pegedil, sesudu tougeh dan secawan kerang dengan harga empat hinggit..diulang empat hinggit. Aku mengomel pada hubby..

Hubby: Senang jer..lepas nie kita bawak bekal, takyah ler awak nak ngomel camnie
Aku: Bekal?
Hubby: Kena ar bangun awal skit, tak yah nak masak banyak2 satu jenis lauk pun dah cuku dah. Nasi sejuk pun boleh kalau awak taknak masak nasi pepagi tu.
Aku: Bila nak start? Time gaji ek..awak beli ar lauk untuk seminggu bekal..

Takdelah chance aku nak sama2 lunch dengan hubby. Ehek..ehek (mengadanya aku)

Tapi bila difikirkan..lebih banyak kebaikannya..Yerlah hubby dapat merasa masakan air tangan aku hari2. Hubby pun tak yah nak cepat2 keluar time lunch semata2 nak lunch sama dengan aku. Eleh..dari dulu aku dok sarankan dia buat derk jer. Hah..sekarang tengok kengkawan ramai yang dah buat..dia pun dah sibuk nak buat jugak. Kenapa mesti nak ikut kawan? Time aku cakap taknak didengar nya? (dengar buat tak dengar ler tu).

Aku nak tengok dia beli tak nanti lauk pauk untuk bekalan tu nanti..Tungguuuu....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails