Rabu, 28 Februari 2007

Tah apa-apa tah..

Tajuk tu berkenaan dengan apa yang bakal tulis..eh tulis ker? Taip daa..Dulu yerlah tulis..Apapun, aku nak berterima kasih pada Kak Lady yang sudi memberikan petua tapi lum sempat jemur, Alhamdulillah..Sakit kat tengkuk dan belakang tu dahpun hilang. Tapi jenuh gak aku letak Yok* kat belakang badan sampai hilang bau minyak wangi aku.

Malam tadi aku join sama tengok WWE (dulu WWF). Dari kecik dulu aku dah tengok pun WWE nie. Paling suka tengok ialah arwah Uwan aku tu. Arwah siap tepuk lantai marahkan beberapa penggusti yang dia anggap jahat sangat. Arwah Uwan boleh kenal saper jahat saper yang baik. Aku pun masih ingat dengan Andre The Giant, Jimmy Superfly (bapak sedara The Rocky..agaknya kot), Roddy Piper, The British Bulldog, The Ultimate Warrior(hidup lagi ke dia nie? dengar citer dia buta, betul ker?).

Rancangan nie memang tak sesuai ditonton bebudak kecik tapi disebabkan aku suka tengok gelagat arwah Uwan tu, aku pun join sama menonton.

Bila semakin dewasa aku dah tak minat nak tengok. Sebab aku anggap dorang tu banyak berlakon dari aksi yang sebenar. Akan tetapi bila dah berkahwin aku terpaksalah join tengok sama dengan hubby. Setiap malam Selasa for sure dia tekan Super Sport (tak ingat channel mana satu ar) dan anak aku si Julia pun join sama. Bila ada darah2 tu, Julia cakap dengan aku..mak aghah(darah). Aku jawab..a'ah..dia kena pukul sampai darah. Then tau2 jer Julia dah terlelap.

Selain tengok gusti nie aku suka jugak tengok rancangan sukan macam bowling(jarang ada live kat TV kecuali Asian Bowling Tour), tennis, luncur ais, dart, pool (jarang dpt tengok sbb hubby kureng minat). Dulu selalu jugak main bowling kat Federal Bowl tu (dah tutup pun). Sekarang nie jarang dapat pegi main pun. Sebenarnya dok tunggu stadium bowling kat Paroi tu siap. Lambat betul nak siapnya. Dari Sukma kat Negeri Sembilan tu sampai sekarang belum gak siap2nya.

Ada jugak rancangan selain rancangan sukan yang aku suka tengok CSI, Super Natural, Heroes (rancangan baru), semua rancangan komedi bahasa Inggeris (My Wife & Kids, Still Standing, Friends, Fraser). Dulu aku suka tengok cerekarama TV3, tapi semenjak kahwin nie jarang betul dapat tengok sebab malam minggu selalunya ada citer best kat Star Movies.

Pendek kata, sejak ada ASTRO aku dah jarang tengok TV1, TV2, TV3 (selalu tengok Buletin Utama n Melodi jer), Channel 9 (tengok mari mengaji pukul 7 selepas citer Mutiara Hati), 8TV selalu tengok citer Korea tapi selalu dorang alihbahasa ke Mandarin ..tak siok ar.

Ugly Betty yang menang Gloden Globe tu best sangat ker? Aku belum dapat tengok pun. Hubby kata lebih kurang citer Betty yang dulu tu...Dia sajer lar tu cakap macam tu, takut nanti aku berebut nak tengok siaran tv.

p/s: terpaksa jugak mengikuti perkembangan bolasepak sebab hubby minat giler bolasepak terutamanya EPL(English Premier League). Lagipun dia peminat setia pasukan Liverpool. Bila aku cakap aku minat Manchester United, sure dia cakap aku minat sebab David Beckham yang kahwin dengan Posh Spice Girl tu (memang pun..hehehehe)

Selasa, 27 Februari 2007

Adoii..

Aku tak tau kenapa dari 2-3 hari lepas belakang dan tengkok rasa sakit. Hubby kata aku tido tak betul. Selalunya lepas 2hari dah ok jer. Letak Amelt* Yok* pun masih tak hilang. Aku tak boleh nak pusing kepala ke kiri, ke kanan menunduk apa tah lagi. Suruh hubby tolong picitkan, taulah tangan orang jantan nie..koreh bertambah sakit jadiknya.

Adeeh..kerja tengah melambak lak tu. Sajer nak cari jalan nak MC ler tu. Kan ker baru jer balik dari coti yang panjang? Dah gatal nak MC lak. Camner nie..adeeehh..dah macam robot jer aku nie.

Hujung minggu ni aku balik KL tapi Ateh cakap kat Kg Lanjut ada kenduri kahwin. Aku dah bagitau kat hubby dah. Hubby kata takperlah balik jerlah. Nanti lepas kenduri tu terus lah balik Somban. Kira ok gak tu. Dah lama aku tak pegi kenduri kendara neih. Sekurang2nya dapat gak jumpa sedara mara yang lama tak jumpa. Aku rasa dorang pastinya nak tengok anak2 aku yang semakin membesar nie.

Cakap pasal anak2. Esok Lidya genap ler 7 bulan. Dok penat menunggu nak bersalin hari tu rupanya dah lebih setengah tahun berlalu. Bulan Julai(28hb) genaplah dia setahun. Aku nak order muffin ehem...ehem..(terbatuk lak heeheheeh). Belum apa2 aku dah berangan dah. Jauh lagi tu, lagi lima bulan tu. Aissh..apa lak lama lagi..pejam celik pejam celik sekejab ler nanti jadinya. Nanti aku jemput ler kengkawan blog..eceh..berangan lagi aku nie. Macam ler menjadi. Takperlah kita rancang jer dulu..sok sok jadilah tu..ehem ehem (sakit tengkuk ker sakit tekak nie? hehehee)

Isnin, 26 Februari 2007

Tag?

Sabarjerlah..baru jer balik dari coti..dah kena tag dek kawan aku yang sorang nie..

Perkara2 pelik tentang aku? Nie yang tak best nie..perkara pelik..kot nanti orang ingat aku pelik lak kang..6 perkara pelik..nasib baik 6 tapi tupun dah kira banyak dah tu..eceh..banyak lak alasan aku nie.

Yang pelik tentang aku..

1. Bila aku melipat kain baju tersangatlah slownya..sebab aku mesti nak pastikan kemasan dan lipatan yang cantik..aku sanggup bukak lipatan kain yang tak cantik dah lipat balik..pelik ker? Macam "monk" bak kata adik aku. Tu lipat baju belum sidai baju tu..aku mesti susun t-shirt dengan t-shirt, pehtu kain, baju2 kecik sederet jer..Pelik gak ker? Tak kot..

2. Bila tengok TV dan membaca janganlah harap aku boleh menyahut orang dok panggil aku. Memang aku dalam dunia aku sendiri. Kekadang tu kena marah dek adik2 kata aku nie pekak.

3. Aku hilangkan rasa marah atau tension dengan membeli barang. Tak kiralah barang tu murah atau mahal aku mesti beli even berus gigi pun aku sanggup beli. Pelik ker kaki shopping nie?

4. Aku suka buat jigsaw puzzle. Aku pernah tak tido sehingga subuh menyiapkan puzzle 1000 keping tu. Sebab tu aku tak beli puzzle, takut nanti aku tak tido untuk siapkan puzzle tu.

5. Aku suka membaca buku novel. Kalau boleh aku mesti nak abihkan hari tu jugak. Aku tak sabar nak tahu penghabisan cerita. Kekadang tu aku boleh baca bab penghabisan dulu tapi dah tak syok ar jadinya.

6. Dulu aku makan nasi mesti berulamkan dengan cili api tapi sejak kena marah dek bapak dan arwah uwan, aku dah tak buat. Tapi baru2 nie aku ambik cili api dalam peti ais, konon nak cili mulut Julia yang dah pandai tunjuk lidah berkesudahan aku buat ulam..kruk krak aku dok sedap mengunyah.

Itulah antara 'kepelikan' pasal aku. Tak pelik kan? Biasa2 jer kan..

Aku nak tag saper ek? To whom that read this entry ar. Acah jer..Sesapa nak buat tu dipersilakan. Aku tak nak paksa. Kesian pulak rasanya kat orang yang kena tag (macam aku) pening nak memikirkan hal2 yang pelik pasal diri sendiri.

Jumaat, 16 Februari 2007

Jom ber'loghat' (bukan lorat ek)

Orang kata sesapa yang dilahirkan di KL nie takde identiti..eh..iyer ker? Takde identiti ayng camner ek? Selamba jer aku nie kan..ntah sapa yang cakap camtu ntah. Ntah2 aku jer yang perasan camtu tak?

Aku suka belajar bahasa loghat negeri2 nie.

Macam kat Melaka dorang tak sebut perkataan yang ada 'r' dihujung..contohnya ayat nie "ulau belingkau atas pagau".

Terengganu lak tambah 'g'..contoh: "makang nasik atas pinggang" tapi bukan semua kan?..kena tanya orang Ganu hal nie.

Kelantan lak "oghe tino" maksud 'perempuan' ler. Lima sen dia tak cakap lima dia cakap 'samah'. Peh tu buah mempelam dia tak cakap 'mempeler' tau tapi buah pauh.

Oghang Utara lak "ayak" tu air, banjir lak bukan banjiak tau..ayak bah. buah kerdas dorang cakap geduak..

Oghang Johor lak ..hah yang nie aku tak pasti sangat..loghat orang Johor nie tak ler ketara sangat rasanya.

Oghang Nogori..banyak 'o' ler apo laie..kopam = kepam..

Oghang Utara di Perak lain lak ceghiter..idok ler teman gheti sangat tapi kalau dengar Mr Os punya lagi..mike taulah kot..tapi aku dengar lain daerah lain lak bunyiknya..susoh juge teman nak ngikut..eceh..


So, sesapa yang rasa orang KL tu konon KLian..asal usul takdelah betul2 KL..cuma sesetengah jer yang betul2 orang KL. Aku? no komen..aku orang Minang..kahkahkahkah..

p/s: macam dah takde idea jer aku nie..(faktanya: memang aku kering idea sesangat dah nie..)

Rabu, 14 Februari 2007

'Raya' (coti) mood already...

Looor..hari nie Valentine day ka? Patutlah hari tu aku nak beli pokok bunga ros tak banyak stock dah..Eceh..sajer ar tu.

Suasana pejabat aku yang sunyi bertambah sunyi, maklumlah keja dengan orang cha ya nun alif nie camtulah jadiknya. Mood raya dah mula terasa. Kalau 10 tahun dulu masa aku keja di HQ, PJ(sebelum pindah ke KL) dorang dah start main 'pakau' dah. Aku pun teruja main sama (contoh tak baik, jangan diikut ek). Sekarang dok Seremban sorang2, main game kat internet ler jawabnya..heheehehehe. Yang pasti hari Jumaat nie sure kitorang keja setengah hari jer.

Aku tengah dok memikirkan camnerlah nak abihkan coti seminggu, minggu depan. Nak gi bercoti pun, fulus nya kureng gitu. Nak ikut makbapak gi Perak pun, hubby tak kasi. Abih tu camno? Hah..apa kata aku gi beraya rumah kengkawan Cina aku tu? Dapat gak anak2 aku angpow nanti..kahkahkahkah

Eh..lupa lak nak citer..yang pasal JBA tu, hari nie pepagi aku sampai opis, paip tu dah pun ditutup. Sesapa yang berhajat nak guna air 'free' memang tak 'dan' ler (termasuk hubby). Hah..camtulah buat kerja. Dalam masa 24jam selepas buat aduan (kali ke2) terus ada tindakan susulan. Jadinya, tak perlulah aku nak tulis surat bagai kepada menteri yang berkenaan.*wink*

Hhmm..apa lagi ek? Oh ya hari Isnin hari tu aku gi dinner ke Melaka. Bukan official dinner ke apa ker. GM aku datang pun pakai selipar jer. Ada gak yang pakai T-shirt (termasuk aku). Jamuan makan yang biasa antara cawangan jer. Sampai umah dekat tengah malam. Masa kat Melaka nak cari Mahkota Parade, bos aku tersalah masuk lorong. Dia masuk lorong bertentangan, nasib baiklah takde kereta masa tu. Patutlah aku tengok naperlah signboard tu mengadap ke lain. Panik aku datang bila nampak kereta menghala ke arah kami, punyalah mengelabah bos aku nak pusing balik. Gila ar bos aku nie..belum apa2 dia dah mabuk dah..Tapi syukur jugak tak jadi perkara buruk kat kami berdua.

Cukuplah cerita aku hari nie. Banyak cerita kang aku tak reti nak berhenti lak kang (alasan orang dah tak tau nak taip apa lagi..hehehehe)

Selasa, 13 Februari 2007

JBA OH JBA(2)

Hah..ni nak citer bahagian kedua...(aku baru telefon tadi)

Aku memang tak puas hati bila disuruh buat laporan polis tu. Aku pun diamkan jerlah. Tapi hati aku jadi bertambah sakit pulak bila tengok air paip keluar memancut. Maklumlah sekarang nie kan nak dekat musim kemarau, bila tengok air bersih memancut keluar camtu..eii geram pulak rasanya.

Jadi, aku pun cuba telefon JBA untuk yang kedua kali atau lebih tepat untuk kali yang terakhir.

JBA: Jabatan Bekalan Air, Selamat Pagi..

Aku: Ya, selamat pagi..

JBA: Ya cik, ada apa2 yang boleh saya bantu cik?

Aku:(Sopannya...lelaki lak tu..) Begini Encik, hari Sabtu hari tu saya ada call bagi tau kedai sebelah nie air paipnya dah memancut keluar. Hari nie dah hari Selasa masih lagi macam tu. Sayanglah air bersih terbuang macam tu jer.

JBA: Ooo..begitu yer cik? Ada meter tak atau kepala pair tembaga tu?

Aku: Itulah masalahnya, kalau ada kepala paip tu boleh jugak saya tolong tutupkan. Lagipun masa saya telefon nombor nie, yang menjawabnya tu suruh saya report polis. Saya cuma jiran jer tapi dia suruh jugak saya report ke balai polis.

JBA: Begini cik, memanglah kena report polis tapi dalam kes nie cik bukan tuanpunya, kesnya jadi lainlah. Lagipun kalau buat report polis, surat laporan tu boleh dijadikan sebagai bukti dan tuanpunya tak perlulah nak membayar untuk meter yang baru. Tapi takper, saya akan maklumkan aduan cik kepada bahagian meter air.

Aku: Suami saya siap cakap nak basuh kereta dia kat sini petang nie. Tak baiklah macamtu kan?

JBA: Hmm...baiknya cik nie (macam perli aku jerkan) Kalau begitu, boleh saya tau alamatnya? Ada signboard tak kat situ?

Aku: Alamatnya..No..Tmn SJ, Seremban. Mmmm..signboard memang takde. Kalau ada, dah tentu saya sendiri yang akan telefon tuanpunya kedai tu. Sayanglah Encik, air bersih terbuang camtu jer.

JBA: Ya, ya..terima kasih perihatin cik.

Aku: Sapa yang bercakap tu.

JBA: Zul..(aku tak dengar sangat nama dia)

Aku: Terima kasih yer Zul (main sebut jer).

JBA: Sama2. Assalamualaikum..

Aku: Wa'alaikumsalam..

Aku rasa lega sangat. Taulah aku bukan semua kat JBA tu seperti yang aku sangkakan. Tapi aku nak tengok tindakan dorang camner pulak. Kita tunggu...

Isnin, 12 Februari 2007

JBA oh JBA..

Pagi Sabtu aku datang kerja dan nampak kedai sebelah yang tak berpenghuni, air paip keluar memancut. Kepala paip dan meternya dah takde. Kena curiklah tu..

Dengan perasaan yang berkobar2, aku masuk opis teruslah cari bil air untuk menelefon JBA. Kira aku seorang yang perihatin ar nieh..(ececeh..) Dah jumpa nombor tu, aku pun dail ler.

JBA: Heloo...

Aku: Selamat pagi (aku tak sure yang jawab tu Islam ke tak), JBA ker?

JBA: Iyer...(macam ndak tak ndak jer jawabnya)

Aku: Saya nak bagitau nie..kedai sebelah air memancut, mungkin kepala paip dan meternya dah kena curik kot.

JBA: Oo..itu cik kena buat laporan polis yer. Report kat polis pasal kecurian tu.

Aku: Tapi saya bukan tuan punya kedai cik..saya cuma jiran..

JBA: Kalau kecurian memang kena report polis dulu.

Aku malas nak cakap panjang dah.

Apa guna tulis dalam bil "UNTUK SEBARANG ADUAN, SILA HUBUNGI ******"

Hari nie aku datang kerja, paip air tu masih lagi tak diperbaiki. Patutker aku yang buat report polis? Bukan JBA ker?

Khamis, 8 Februari 2007

Kantoi..

Aku semalam keluar masa rehat makan tengahari dengan tujuan untuk menggunting rambut. (Hancur impian aku nak berambut panjang sebab hubby dah mula bising terlalu banyak rambut bersepah dalam bilik tidur, sampaikan kat badan Lidya pun kekadang ada rambut aku..isk isk isk)

Salun yang aku biasa pergi tu pulak tutup, terpaksalah aku melintas jalan ke salun yang lain pulak. Aku ingat kot sekejab jerlah. Masa aku duduk tu tengok jam baru pukul 1.30, hhmm..boleh ar nie settle dalam pukul 2.30 (time rehatkan sejam?). Dah tau time kerja boleh pulak menggatal nak cuci sekali. Kejab2 aku tengok jam..Dah siap jer, aku pun bergegas balik tapi sempat lagi pusing2 kepala macam iklan tv tu..hahhhahahaha. Kepala dah rasa ringan sebenarnya..ececeh..

Sampai jer kat opis..tengok kereta bos..adoii..masak aku kena 'basuh' dengan bos nie. Mana taknya, sampai opis jer dah pukul 3..haah kau..macamlah aku nie bos..balik sesuka hati. Tapi nasib baiklah bos tak marah, cuma dia bagi tau hal2 penting lepas tu dia pun keluar.

p/s: jangan diikut begini melainkan anda seorang sahaja bekerja di pejabat..macam aku..hahahaha

Rabu, 7 Februari 2007

Tangisan dalam gembira

Gembira dalam tangisan ker tangisan dalam gembira? Teruk betul bahasa aku sekarang nieh. Tak kisah lah tu. Aku nak kongsi kegembiraan aku bersama semua orang kalau boleh.

Alang adik aku yang beza cuma setahun setengah berumahtangga lebih awal dari aku (dah gatal sangat nak kahwin..mampus aku kena belasah dek Alang kalau dia baca nieh). Dah ada anak pompuan Farah namanya. Umur Farah pun dah 6 tahun. Farah nie pun walaupun dah lama takde adik tapi setakat nak pakaikan pampers memang dia suka nak buat (yang menjadikan aku lagi malas). Farah pun ada gak merungut ayat2 nak kan adik. Yang paling kelakar tu ayat dia "tulah, ayahanda dengan bonda taknak jadi pengantin sebab tulah Kak Yong takde adik lagi". Kesian kan..

Pagi semalam Alang sms aku, "ada dble line, cfm(confirm) ada". Masa tu jugak airmata aku berguguran, bukan sedih tapi teramat gembira. Aku tau betapa Alang dan suami yang memang nak sangat menambah ahli keluarga. Alhamdulillah..usaha mereka berjaya.

Aku tak taulah Farah tu dah tau dia bakal dapat adik atau tidak. Apapun, aku bersyukur dan tumpang gembira untuk Alang.

p/s: masa sampaikan kat hubby this good news, dia ingat aku yang pregnant..sabaujerlah..Lidya tu baru jer 6 bulan..tak beragak hubby nie tau..

Selasa, 6 Februari 2007

Back from coti

Semalam aku dah start keja tapi sebab sibuk (maklumlah kan awal bulan) dengan segala jenis report nak dihantar. Nyampah tul..

Aku nak story pasal balik Pantai Dalam(Pantai yg takde pantai tapi banyak loji IWK..heehehehe) hari tu..

Balik jer bapak lum makan sebab mak dah terbaring lesu dalam bilik. Kesian mak dan kesian kat bapak. Mak demam rupanya. Bapak nie pun satu macamlah tak reti nak buat apa yang patut..kot soh bangcik tapau ker apa ker..(sajerlah tu nak manja dengan anak2).

Aku pun tolong Alang..(tolong tengok jer..hahahaha)

Plan aku nak gi window shopping pun tak menjadi. Dok layan mak..dok urut mak..dok main masak2. Tau2 jer nak balik Seremban dah..

Alih2 si Lidya lak demam..Hari nie panas badannya pun dah kurang..Sib baiklah mertua yang jaga..kalau tak, dah tentu aku kena coti lagi. Dah ler coti Raya Cina dah kena potong 3 hari. Mana lah aku nak pegi rayau coti sampai satu minggu. Bapak dah ada plan dia dah..ada gak ajak aku ikut sama tapi hubby pulak bagi alasan 'fulus' kureng. Adeeh..sure bapak terasa hati nanti.

Hubby ajak gi jenjalan PD (takkan Pantai Dalam, Port Dickson daaa). Orang lain gi jenjalan jauh2, aku gi Port Dickson. Kira oklah tu daripada kena dok umah..lagilah boring giler...giler pun tak boring camnieh..kahkahkah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails