Khamis, 31 Januari 2008

Cerita

Diam tak diam kita kini dah pun di penghujung bulan pertama di 2008. Rupa-rupanya dah 2 minggu jugak aku tak bercerita di sini. Ahh..banyak peristiwa yang berlaku sampaikan aku tak tau kat mana aku nak mulakan.

Bermula dengan cerita sedih...

19hb Januari (Sabtu)..Atok aku meninggal dunia. Di usia 81 tahun dia meninggalkan 10 orang anak, 29 cucu dan 7 orang cicit. Pemergian Atok ditangisi namun diredhai, kerana Atok pergi dengan tenang. 3 hari sebelum meninggal dunia pun setiap kali Atok tidur tangan dia dah siap berkiam, posisi tidurnya pun berubah mengadap kiblat. Semoga roh Atok dicucuri rahmat bersama roh mereka yang beriman..amiin..(aku ingin bercerita panjang tapi aku belum lagi jumpa kekuatan untuk bercerita kenangan manis aku dengan Atok).

20hb Januari (Ahad)...pagi lagi aku terpaksa bertolak balik ke Seremban dari KL. Majlis tahlil malam nie aku tak dapat nak ikut sama. Bapak cuma sampaikan salam dan mohom maaf sebab tak dapat pergi ke Seremban. Aku sedih tapi aku amat memahami. Sebelah hubby pulak berita gembira, bakal menerima adik ipar. Adik ipar aku bertunang. Majlis pertunangan disambut meriah. Muffin pisang yang aku pesan awal2 dan Kak Sya pun tiba awal. Memula aku rasa letih sangat2 mungkin sebab kurang tidur. Ahh..serangan lelah pulak dah tapi aku kena kuat semangat. Aku tak tunjukkan pada sesiapa betapa kurang sihatnya aku masa tu. Majlis yang sepatut bermula seawal jam 3 petang bermula selepas Asar kerana pihak lelaki sangkakan majlis bermula selepas Asar. Salah siapa aku pun tak pasti tapi yang pasti pak mertua aku dah hangin satu badan.

21hb Januari (Isnin)..memang aku sengaja ambil cuti bersama hubby. Ahh..lelah aku teruk dan sesekali aku batuk. Tapi sebab nak tunjuk menantu yang baik, aku tolong kemaskan belakang rumah yang berselerak dek kenduri tu. Terbatuk2 aku buat kerja tapi aku tahankan. Tak teruk mana pun lelah aku nie kata aku dalam hati.

22hb Januari (Selasa)..tah apa malang nasib. Aku bergaduh dengan bos. Aku tengking dia sambil tumbuk meja. Tak pernah aku begitu marah. Mungkin sebab hal2 emosi ditambah dengan ketidak perihatinan bos aku dengan keadaan aku yang kurang sihat nie. Alangkan pelanggan yang sesekali call opis pun leh kenal suara aku yang serak, bos aku depan mata boleh tak tau aku tak sihat. Dah la tu keja yang sepatutnya dah settle dari hari Sabtu (dia leh call hari Isnin konon nak settle) tapi dok tanya kat aku lagi. Sungguh tak baik aku kan? Sure increment aku tak naik or silap langsung takde. Hubby soh aku mintak maaf, aku cakap aku tak leh mintak maaf sebab kalau aku mintak maaf nanti nampak aku nie bersalah. Lagi tinggi ar ego bos aku tu.

23hb Januari (Rabu) ..Hari Thaipusam..tak pegi memana pun cuma tolong settlekan apa yang tak settle di hari kenduri hari tu. (Majlis bertunang patut dijadikan majlis kahwin). Memang penat giler. Bawak anak2 gi jenjalan (dalam kereta jer). Desas desus untuk dapat bonus hebat diperkatakan. Aku rileks jer. Kalau ada Alhamdulillah, kalau takde ..tunggulah tahun depan (ayat penyedap hati jer nei).

24hb Januari (Khamis)..Sengaja aku tambah ambik coti. Sajer nak luangkan masa lebih dengan anak2. Kebetulan pulak Julia dan Lidya kurang sihat. Memamg aku tak dapat nak layan internet langsung kalau dirumah. Boring jer. Kalau tak tu dapat gak sejam dua.

25hb dan seterusnya..macam biasa...sibuk dengan kerja dan aktiviti internet terus kurang. Cuma dapat melawat blog2 kengkawan tanpa meninggalkan sebarang komen.

Hari ini...desas desus pasal bonus kini jadi kenyataan. Walaupun tak banyak, sekurang2nya dapat meringankan beban aku untuk bayar insurans anak2 nanti.

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails