Khamis, 21 Februari 2008

Bila?

First thing first..aku dah lemau nak bercerita selalu kat sini. Nak kata maleh tu taklah sangat sebab kepala otak aku ni selalu dok pikir apa yang aku nak tulis or cerita kat sini. Tapi bila sampai masa aku jadi moody or lebih tepat lagi jadi malas. (mana taknya..dok ralit baca blog orang senyap2..mang ar)..hehehehehehe

Aku rasa sure ramai dah dapat surat..surat apa lagi..surat naik pangkat, surat naik gaji..opis aku nie dok senyap jer..tah ada tah tidak..selalunya dah dapat dah suratnya..agaknya betul ar aku tak naik gaji..tapi kot pasal aku gaduh tu takkan semua pun tak dapat. Sajer ar tu dorang nak bagi suspen. Takperlah ..kot ada rezeki adalah..takde sok..hhmm...sabarjerlah.

Baru2 nie ex-colleague aku anta sms, katanya dia dah benti keja kat KL nun. Sekarang nie dia keja kat Shah Alam. Seronok betul dia..maklumlah dia mang dok kat Shah Alam. Aku telefon dia, ucap tahniah bagai. Dia pun excited jer bercerita dengan aku. Yerlah mana taknya, dah ler dekat dengan rumah. Gaji pulak lebih ditambah dengan pangkat pengurus. Dah memang rezeki dia. Alhamdulillah...aku pun tumpang syukur dengan rezeki yang dia dapat.

Oh..ya..aku pun nak gak tumpang pasal hari mengundi ni. Aku tak ingat dah baper kali aku mengundin tapi last sekali masa aku dok mengandungkan si Julia di tahun 2004. Tak susah pegi mengundi pun. Nak pegi tempat mengundi tak jauh tapi sure ada jer orang tolong bawakkan. Aku pun tak kisah lambang apa yang aku tumpang pegi ngundi tu. Janji aku dapat pegi dengan selamat. Aku dah buat semakan dah..adik aku si bangcik dan abang tak mendaftar. Apa ar dorang nei. Tak kiralah kalau tak suka politik tapi mengundi hak kita..satu undi pun boleh bawa perubahan..ecewahh..macam lagak wakil rakyat ar pulak..hehehehe

Tapi kali nie tak tau ar aku dapat mengundi ke tak. Walaupun di hari Sabtu..belum tentu aku dapat balik ontime untuk mengundi. Patutnya dah dok kat Seremban kena ar buang undi kat Seremban kan? Apsal aku sibuk nak balik KL lak? Ehh..mana leh pikir macam tu..sebahagian besar hidup aku adalah di KL. Mana tau sok sok bila aku dah lama kat Seremban nie barulah aku akan buang undi kat Seremban. Aku dok sini belum pun 10tahun. Eceh..alasan taknak tukar alamat ar tu. Ke mang tak nak tukar? hehehehehe..

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails