Selasa, 26 Februari 2008

Mencari kekuatan

Hujung minggu berlalu dengan riangnya. Aku bukan ajer rasa seronok tapi gembira sebab dapat melepaskan rasa rindu dendam kat mak dan bapak.

Orang tua-tua ada berkata, jangan terlalu gembira kerana akibatnya tentu sebaliknya. Dari hari Isnin lagi aku takde mood, hati aku macam tau-tau jer apa nak berlaku.

Hari nie aku rasa teramat sedih..asal tangan nie menaip jer. Airmata aku turun dengan laju sekali. Aku terpaksa berhenti banyak kali nak menaip.

Aku tak pentingkan diri tapi kadang-kadang aku ‘terpaksa’. Takkan aku sajer yang terpaksa nak memahami keadaan orang lain tapi orang lain tu langsung tak nak paham.

Roda hidup berputar..sampai masa orang lain tu akan merasa apa yang aku rasa sekarang nie. Aku tak mintak, doakan pun tidak tapi itulah hukum alam yang pasti.


p/s: aku masih cuba untuk memahami sikap dan perangai orang lain yang kononnya baik tapi hatinya penuh rasa syak wasangka dan kebencian yang mendalam..

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails