Jumaat, 22 Februari 2008

Tengah rajin..

Sementara aku dok melangut nie..baiklah aku tulis apa2 yang patut. Al maklumlah esok kan ker hujung minggu. Tapi aku kena kerja r. Bos aku best ar..tak yah kerja. Tapi dia kena gi ke KL. Memo pun dah kuar semua staff harus pegi while my chinese bos tu sure ar wajib pegi. Aku..pegi gak KL tapi balik jumpa makbapak ler...hehehehe.

Dah lama tak jumpa makbapak. Masa coti panjang Raya Cina tu aku kat Somban nie hah. Bosan giler aku dibuatnya. Pegi JJ kat S2 tu pun hubby dah bersungut sebab setengah jam cari parking tak dapat. Dah round JJ tak sampai setengah jam dia dah ajak balik. Memang membakar jer aku dibuatnya. Memang aku sound direct jer ar. Lenkali kalau aku nak pegi jenjalan dengan orang lain jangan ngada2 nak tepon soh aku balik cepat ke apa ke.

Semalam aku tepon adik aku si Alang, mintak dia jumpa aku sebab aku dah windu dengan anak dia si Amal. Member pun tak sampai hati, terus kata ok. Borak2 kosong kejab tetiba Alang citer, betapa bertuahnya member opis hubby dia (Chinese) strike nombor ekor. Haloo!! bertuah menang nombor ekor untuk yang bukan Islam tu yerlah. Untuk yang beragama Islam bertuah apa ker namanya..HARAM. Aduiii...Alang Alang..dengar orang dapat duit 20k nombor ekor bukan main lagi dia. Alang sure nyesal citer kat aku. Pok pek pok pek mulut aku cakat tu bahagian kawan ko..rezeki ko..ada tapi ko jer tak nampak. Ngalahkan ustazah pulak aku pok pek pok pek.

Pepagi buta tadi member (Chinese) sambil cakap pasal keja sempat lak selit pasal benda 'ong tak ong' nie. Kebetulan dia punya IC dengan no. keta hubby sama lak. Konon2 aku cakapla no. nie ada ong. Member pun tanya lah no. IC aku. Eh..nombor IC aku lak dekat2 jer dengan no. keta dia yang 3 digit dan IC anak dia. Member aku kata ar hubby dia selalu tambah angka 7 depan no. keta tu. Eh..aku lak dengan gatal mulut soh tukar no. lain. Waah..punyalah excited member aku nie. Beria2 dia nak beli. Aku dah suspen..buatnya tak naik nombor tu harus aku kena maki nanti. Baru jer aku bebel dengan si Alang pasal nie, tetiba aku lak pepandai soh orang beli. Nilah dia cakap tak serupa bikin...ahahahahaha..

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails