Jumaat, 1 Februari 2008

Wajah baru

Tangan menggatal..lupa banyak step..abih semua link blog yang biasa aku pegi ilang. Padan muka aku. Macam dah takde keja jer. Walhal baru jer tadi customer kata meja aku macam tong sampah. Bos aku pun dah bising. Senang jer aku jawab..no time. Keja paling bohsan aku nak buat..filing. Ada sesapa nak tolong aku tak? hahahahahaha... Dalam taknak banyak paper, account dept. keluar memo soh buat daily report atas arahan pihak berkuasa. hisss..dah ler tak minat buat paperwork..sajer ditambah2 tau.

Pada yang tak nampak link blog korang tu bukan aku sengaja padam ek..aku dah lupa..even chatters box pun aku tak letak dah. Bukan tak suka letak tapi aku rasa 'semak' ar. Kukuh tak alasan aku? heheheeh..

waahh..yang keja KL siok la ek..dah ler Thaipusam cuti, hari nie tambah lagi satu hari cuti ek. Seronok betul korang. Tak kisahler. Aku pun tumpang seronok. Esok aku kena keja sebab nak ganti yang 9hb nie punya coti.

Company tempat aku nie paksa coti dari 6hb sampai ler 12hb sok. Kot time tengah 'berduit' leh gak gi sana sini. Hubby pun tengah dok bersungut tak dapat bonus. Aku buat tak reti jer. Dia tau aku dapat bonus tapi kalau setakat cukup2 untuk bayar insurans anak baik diam jerlah. Aku nak balik lepak KL lelama hubby tak bagi. Kesian kat dia, boring takde orang nak ngadap dia. Susah betul nak gerak bila hubby kureng sihat nie ar.

psssstttt...ada satu berita lagi...esok nantilah aku cerita.

Selamat berhujung minggu yer..

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails