Isnin, 17 Mac 2008

Bikin panasss...

Berangin betul aku dibuatnya...kat opis takde chance nak berinternet sebab banyak sangat benda kena buat..nak pulak tepon tak henti2 berbunyi...buat kat umah..asik dc jer..aku nak komplen pasal line umah tu noisy pun bukan line tepon aku..sakit tul hati aku dibuatnya...

aku nak ler berkongsi cerita pasal aku gi mengundi kat sekolah lama aku (sekolah rendah), memang kureng ler orang sebab aku pegi tu dah tinggal kurang setengah jam nak tutup.

aku nak ler gak berkongsi cerita pasal aku bersalam dengan YB baru (Nurul Izzah) masa kenduri kahwin sedara jauh (jauh ker?) kat Pantai Dalam. Lawa gak si YB baru nie. Nampak sangat dia letih tapi tak pakai mekap mang ayu jer muka dia.

aku nak ler gak berkongsi cerita pasal Bangcik masa hantar abang ke Pudu Raya dengan yang mulut dia dok memaki drebar len yang tak berhemat depan anak2 aku dan tetiba dia terus senyap bila Julia (macam sound) cakap 'lailahaillahmuhammadrasulullah'. hehehhee

aku nak ler gak berkongsi cerita pasal sana sini orang cerita pasal politik (macam dah basi) tapi tak abih2 orang dok cerita. Kejanya bila nak mula?

akhir sekali..tetiba aku dapat panggilan bila seorang rakan kerja (dah pencen) untuk sampaikan berita sedih anak dia yang telah pergi mengadap Ilahi kerana kemalangan motor..aku turut menangisi permergian arwah E-1 namanya. Semoga rohnya disamping orang2 yang beriman..amiiin..buat Abg Rosli rakan aku tu, tabahlah hati dengan dugaan ini..

itulah dia cerita yang nak aku kongsi..tapi rasanya dah basiiii...sebab internet asik dc...(ecehhh..berirama la pulak)

p/s: tahniah to kak sya atas kejayaan anak dia dapat keputusan cemerlang dlm SPM n tak lupa jugak to NBK with the new job offer..

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails