Selasa, 4 Mac 2008

bila aku 'bebas'

Sejak 2 menjak nie hubby extra caring jer dengan aku. Kadang tu bukan aku sajer jadi tak larat tapi mengada jer lebih, hubby tolong aku tengokkan bebudak tu. Ahh..leganya..kain baju dah siap diangkat pehtu lak dia gak yang lipat, pinggan mangkuk siaplak berbasuh..fuhh..mang ler manja sungguh aku nie. Kot teragak nak makan itu ini..cakap jerlah sure hubby dengan segera tunaikan.

Tak ku sangka 'keterlewatan' itu rupanya ada kehadiran. Yer aku mengandung anak ke 3, bakal lahir hujung bulan Ogos nie. Kengkawan yang tau biasalah, ucapan tahniah dari diorang tapi ada juga memperli aku. Ada jugak ayat2 "nak lawan aku ker?". Tak kurang juga gelakkan aku. Sabarjerlah..Betul ar kata kak lady, tiap-tiap tahun ler bapak aku dapat cucu..hehehehe

Tipulah aku kalau aku katakan aku tak mengharap baby boy kali nie. Tapi aku taknak letak harapan yang terlalu tinggi. Kot nanti aku jugak yang kecewa. Biar apa pun dia nanti, semoga segalanya selamat seperti sebelum nie..

Sebenarnya dari sehari ke sehari aku nak cerita tapi kali nie aku tak pasti dan aku check pun lambat. Kalau sebelum nie lepas jer aku check sendiri selang seminggu dua aku dah gi buat check up kat spital. Tapi kali nie selang sebulan barulah aku pegi check up. Dah scan dan doktor pun kata ok barulah aku berani nak cerita kat sini.

Ada jugak beberapa muka yang tak berapa gembira tapi aku tak pedulikan tu semua. Yang penting sekarang nie aku gembira dan aku lebih cool dari yang sebelum-sebelum nie. Takde nak marah2 lagi dah. Mang cool sesangat. Cuma satu jerlah aku tak tahan..rasa loya dan muntah nie. Masa aku mengandung si kakak ngan lidya takde langsung rasa loya n muntah nie. So, sekarang ni merasalah aku loya2 n muntah tu.

p/s: itulah dia citer yang tak berapa gempak tu..

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails