Isnin, 14 April 2008

bestnyaa..

Hari nie walaupun hari Isnin..yang memang hari paling tak best bagi aku. Tapi disebabkan aktiviti hujung minggu yang menyeronokkan, sampai ke hari nie aku rasa best jer..siokk jer.

Hari Sabtu aku keja..balik keja jer terus terkam lauk kat dapur. (Satu kelebihan dok dengan mertua yang rajin masak..tak yah nak terkocoh2 nak masak time balik keja). Pehtu terus ler siapkan dua orang kanak-kanak riang. Takut hujan akan turun mencurah2 maka kami pun bertolak secepat yang mungkin. Sampai kat highway jer hujan turun lagi lebat dan hubby pun terpaksa berhenti kat R&R Seremban. Aku dah tak sabar dah..elok clear jer aku sound kat hubby cepat2 gerak. Tupun sempat aku cakap.."kot besok nanti awak dah tak menyempat2 nak balik lak". Hubby jawab dengan tegas "sabar"..terkedu aku sekejab.

Masa dah sampai ke highway Serdang, bangcik call..soh terus parking depan umah sebab kat masih hujan lebat, kesian kat bebudak tu nanti kena hujan katanya. Amboii..sayang betul bangcik kat anak2 sedara dia ek.

Sampai kat umah Pantai hujan dah pun reda..tapi rasanya bakal turun lagi. So, aku pun takdelah rasa nak gi pasar malam kat umah uwan aku tu. Aku pun cakap kat bangcik soh dia gi beli jer KFC, sebab si Julia dok la menyebut nak KFC. Bangcik pun tak banyak soal..ok jer. Tapi adik aku yang lagi dua orang tu (si Alang n Ateh) sibuk nak gak pegi pasar malam. Bangcik komen..time ujan pun nak gi gak. Sesekali tak pegi tak boleh agaknya, ndaknya si Ateh tu..seminggu dua kali pasar malam pun nak gak pegi.

Lepas jer Maghrib terus aku ajak bangcik gi beli KFC, bawak ler dua orang anak-anak aku dan si Farah anak Alang. One thingla Bangcik nie..mulut ngalahkan mak nenek bila drive. pok pek pok pek dok marah driver lain. Macam dia sorang jer drive elok. (dia sebenarnya dah lapor sangat2 dah tu yang tak sabar jer tu). Sampaikan aku cakap kat Julia.."leter ar bapak (panggilan anak2 to bangcik) ko nie"..Julia lak selamba jer jawab.."a'ah la bapak nie.." Terus si bangcik senyap sambil mata dok tengok Julia (aku ingat sure dia nampak halus malus anak buah dia tu). Lepas tu ada ar insiden bila bangcik nak ikut jalan shortcut jadi longcut tapi bangcik bagi alasan malam2 mana nampak jalan sangat. Yerlah tu bangcik..kalau dah berangin satu badan..mangler bawak keta macam hampeh jer..

Hah..ko time hujan beli KFC..harus cepat ler habih kan..? Beli yang 21ketul dimakan dek 8 orang dewasa dan 3 orang kanak2..tinggal 3 ketul jer..Sempat pulak aku buat janji dengan bapak nak gi ke Sec. 19 nak gi beli barang bayi dok ada jualan murah tu. Konon nak gi kul 9 pagi. Tapi sebab memasing tido lambat..lepas subuh semuanya liat nak bangun..kesudahannya pegi dah tengahari.

Tak sangka pulak terjumpa kawan lama dan suaminya. Tapi dorang dah siap beratur nak membayar pun. Lagipun katanya dia dah datang hari Sabtu tapi sorang2. Kali kedua datang sebab suami pulak nak beli barang pulak. Aku pun borak lebih kurang jer sebab hati lebih ingat nak beli..nak beli..taulah orang pompuan nie kalau nak beli belah..aii mang ler lupa ingatan. Dah siap beli apa2 yang patut aku cakap kat bapak nak gi tapau nasi campur sebab kat umah takde masak apa2 pun. Bapak pun ok jer..Iyer ler kengkawan..aku pegi dengan mak, bapak, Ateh and Alang..issh..sempit giler ketanya dibuatnya.

Sampai umah pun dah kul 3 petang..mang harus ler perut lapar giler. Dah siap makan, asingkan barang2 saper yang kitorang dah beli tu, aku pun siap2 ler nak balik ke Seremban. Sampai Seremban pun dah 6.30petang.

Begitulah bestnya yang aku rasakan hujung minggu aku..

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails