Isnin, 7 April 2008

bila kucing tiada, si tikus pun menari..

Selama 3 hari mula hari nie bos aku bercuti..yahoo..sioknyaa!!

yang best bila bos takde..

- dia takkan call opis tanya aku itu ini
- dia tak masuk opis tengok aku keja ke tak
- aku pun tak perlu nak call dia tanya itu ini

tapi yang tak best bila dia takde..

- customer dok call opis tanya dia ke mana
- customer dok call tanya pulak harga barang
- customer dok kaypo tanya dia cuti dengan saper (macamla aku tau)

hari nie aku dok guna telefon baru pasang kat opis..sepatutnya bos punya, aku dok lenjan dulu..hehehehehe

hari nie dapat call dari branch manager lain mintak aku train staff baru dia..siap sound aku tu 'ajar betul2'.. ndak ajer aku sound.. kalau ajar elok2 pun kalau otak staff ko tu bengap..tak dapek den nak nolong doo.. macamler dia tu bagus sangat.. kot yerpun soh ar orang lain ajar. Cakap macam dia pulak bos aku.. ikutkan hati tak hingin aku nak ajar pun.. bukannya masuk dalam appraisal aku pun..

semalam gak best..selain dapat rileks2, aku dapat gak pegi jumpa makcik aku kat Senawang, dia siap masak bihun goreng singapore kegemaran aku. Tapi yang tak best, bila balik umah, ada lak yang tarik muka pehtu siap dok berkurung dalam bilik, konon2 badan rasa tak sihat. Sabar jerlah..

takper takper..hujung minggu nie aku balik Pantai.. tapi tulah nak tunggu hujung minggu rasa lama la pulak..

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails