Jumaat, 16 Mei 2008

keletah si Lidya






Tak dapat aku bayangkan kalau betul2 la Liyda hilang hari tu.
Dia semakin nakal..
Kakak keletah bercakap tapi Lidya pulak dari segi tingkah laku. Ada keja yang dia buat dalam diam. Tetapi dia suka kalau aku bercakap dengan dia tapi bila dia balas cakap..aku dah terngaga. Sepatah perkataan pun aku tak paham. cikuca..ciku..aaa...apetah....pening aku dibuatnya.
Dia lasak..sampaikan mak mertua aku cakap dia nie sepatutya jadi lelaki tak padan dengan nama dia yang cantik LIDYA CAMELIA.
Ada lesung pipit dia pipi kanan..barisan gigi yang tak jongang sebab aku tak ajar dia hisap punting kosong.
Walaupun dia kurang cerah dari kakaknya tapi dia manis..(mana ada mak yang nak kata segala kekurangan anak dia kan..hehehehe).

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails