Khamis, 15 Mei 2008

saat tak terduga..

Apa yang bakal kalian baca pastinya akan memberikan perspektif yang tak baik pasal aku. Aku dahpun menyedari kesilapan aku tu. Inilah antara pengalaman yang benar2 menyedarkan aku dari terus lena.

Kejadian nie berlaku belum pun lama. Hujung minggu lalu aku balik Pantai sebab memang dah jadi rutin setiap 2 minggu aku pastinya akan balik jumpa parents aku. Hari Sabtu (10/05) tu aku bekerja separuh hari dan separuh hati (memang tak best keja hari Sabtu kan?). Memang terkocoh2 ler time tu. Dah siap makan tengahari dan packing apa yang patut kami pun bertolak.

Ateh adik aku tu memang dah tau aku nak balik. So, takdelah nak surprise apa bagai. Kebetulan pulak hari tu mertua kakak ipar aku meninggal dunia kat Segambut. Hubby dengan alasan tak tau jalan (atau maleh nak pegi). Aku diamkan jerlah kan, kang cakap lelebih aku gak kena marah.

Kitorang sampai Pantai lebih kurang pukul 4 petang. Aku sampai jer bapak dah sound ada sambal ikan bilis petai mak masak. Aku cakapla kat bapak aku lum lapar lagi. Pehtu mak tetiba bisik kat aku, awal tengahari mak dah masak dah tapi bapak sengaja tunggu aku balik nak makan sama. Korang bayangkan time tu dah lewat petang tau dan bapak lum pun makan tengahari. Terus jerlah aku ajak bapak makan. Hah..dua kali tambah bapak aku makan. (malam tu mak cakap depan adik2 lain bapak sengaja makan lambat sebab tunggu anak kesayangan dia balik..bangga aku sekejab..heheehehe)

Aku pun ajak anak2 aku lepak kat depan umah sebab aku tengok ramai bebudak main kat depan, surelah anak2 aku terkinja2 nak kuar dan main sama kan. Depan umah aku tu laman dia taklah besar mana pun. Kecik sesangat tau, ditambah pulak dengan dengan keta bapak, keta sedara yang dok parking kat lagilah sempit jadiknya.

Aku, Ateh dan sorang lagi Anas (isteri duapupu aku Aan) doklah berborak sambil aku dok timang anak si Anas yang baru jer 7 bulan. Dan masa tu jugaklah aku ternampak si Lidya dah tergolek dari buaian papan tapi dia tak nangis. Kuat anak mak nie..kata aku dalam hati. Hubby pun join kat luar tapi dia berdiri tempat lain ar kan takkan dia nak join kitorang dok pok pek.

Teitba si Farah anak sedara aku dok panggil2 aku yang sedap pot pet pot pet nieh.."mak! Lidya mana? tanya si Farah. Bila aku pandang tempat dia dok main, dia takde. Berderau darah aku sekejab. Eh..tadi ada situ. Ahh..sudah mana lak peginya dia nie. Hubby punya muka masa tu dah berubah, suara dia menggigil menahan marah dan sempat dia sound aku "tulah leko nak borak". Aii..dia dok tercegat kat situ buat apa. Maka terjerit2 kitorang dok panggil "Lidya!". Masa nie aku cuba taknak panik..maklumlah aku tengah mengandung kan. Kot panik datang lain lak hal yang timbul.

Bapak kuar dari umah, aku tanya ada tak Lidya masuk umah. Bapak kata dia tak tau sebab dia baru jer selesai sembahyang Asar. Ateh pun dah kecut perut dah..kebetulan pulak baby Amal anak Alang Ateh kena babysit sementara Alang gi Kedah. Ateh bagi si Amal kat bapak untuk mencari si Lidya. Hubby dah pucat lesi. Mak pulak tetiba dah tengking aku tak reti tengok anak. Abih semua yang ada kat rumah aku dok cari si Lidya. Lidya yang hampir berusia 2 tahun tu pulak bukannya pandai sangat bercakap. Abih2 pun..mak, ayah, kakak, susu, atok, acik..antara perkataan yang dia boleh sebut.

Setelah hampir 15 minit dok terjerit2, hubby dah kali ke2 ke belakang rumah, tiba2 cakap 'dah jumpa dah'..Alhamdulillah...berlari aku keluar nak tengok dia. Hubby kata dengan mak aku. Terlupa sekejab yang aku nie mengandung. Nampak jer si Lidya..aku dah tersenyum lebar. Lidya lak dok sebut 'ami..ami (mommy)' kat aku.

Yang berlaku sebenarnya si Lidya nie lalu ikut celah umah yang sorang pun tak perasan dan hubby lak berdiri betul2 tempat Lidya lalu. Tapi aku taknaklah cakap lelebih kot nanti aku gak yang kena sound kan.

Tupun teruk gak aku kena 'bantai' dengan si Bangcik adik bongsu aku tu. Dengan muka dia yang merah padam, sore ngalahkan halilintar.

hah..korang ingat dah abih dah..senja tu kami semua di dapur dan hubby lak baru jer nak pegi mandi. Kat ruang tamu si Lidya sorang2 dia pegi selak pintu nak keluar, dan memang aku dok memerhatikan dia terus jer aku panggil dia..terus jer dia tak jadi sambil berpatah balik ke dapur dengan 2 tangan kat belakang.

Malam tu Bangcik call ajak gi Pizza hut..yeay! sayang gak dia kat aku. Sebab dari petang aku dok mengengek mintak belanja. hehehehe..

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails