Khamis, 29 Mei 2008

Tak nak kalah..

Orang yang begini memang terdapat di mana2 atau mungkin aku sendiri kadang kala jadi begini (ntah2 aku mang selalu macam tu)...hehehehe Tajuk cerita tak nak kalah..yerlah maksudnya terlalu besar..ada yang tak boleh tengok orang lain lebih skit (dari segi kebendaan). Orang macam ni jugak langsung tak boleh terima orang yang disangka 'kureng' tetiba berjaya memperolehi sesuatu. Takpun apa sahaja yang orang lain perolehi tu adalah bunyi ala2 macam tak puas hati jer.

Orang macam ni suka sangat nak bercerita tentang apa yang dia dapat sehingga secara tak langsung menyebabkan orang lain rasa dia nie berlagak dengan apa yang dia dapat. Orang begini juga tak boleh nak terima pendapat orang lain walaupun dia tau pendapat orang lain tu tersangatlah benar dan tepat sekali. Orang begini juga selalunya akan memperkecilkan kelebihan orang lain (kes jeles ar tu). Ada sajer yang tak kena dipandangan mata dia bila melihat kelebihan atau kesenangan orang lain.

Ndak2 pulak orang sekeliling memuji (sedangkan mereka nie memerli) lagilah dia berahi nak cerita segala kelebihan dan kesenangan yang dia perolehi (berirama la pulakss..heheehe).

Lagi satu peel orang begini susah betul nak terima kenyataan yang pahit. Yerlah..dalam hal nie semua orang macam tu. Tapi apa yang aku maksudkan yerlah orang begini susah nak terima kenyataan bila orang nak perbetulkan sikap dan perangai dia yang tak baik tu (kes kena sound direct ler tu). Tapi kalau dia berbahasa kat orang tak apa la pulak (kes dah lama tak tengok cermin or lebih tepat lagi tak sedar diri).

Semoga aku dijauhi perangai begini..kalau terjadi pun..moga2 aku sedar diri dan balik ke pangkal jalan.

p/s: malas betul nak dengar torak borak orang begini...out of 100% tu sure 99% dah pusing dah jalan ceritanya.

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails