Selasa, 24 Jun 2008

Amused..




hah..sejak dua menjak nie jari aku makin lama makin berat jer nak menaip cerita ceriti. Bukan sebab aku nie takde cerita tapi sebab dah makin berat kot..hahahahaa (alasan baik punya). Tapi tulah bila tak bercerita rasa tak best la pulak. Kepala otak nie asik la dok mengarang memacam ayat konon2 aku akan taip kat sini. Bila dok depan komputer..lain pulak jadinya. Menggatal jer tangan dok menekan blog orang (dasar kaypo ci tul aku nie).




Rumah mertua aku didatangi 'tetamu' tak diundang. Dulu2 mak mertua aku selalu citer betapa dia penah ada sampai berpuluh2. Dan minat dan sayang dia tu jatuh ler ke anak dara dia. Aku rasa kalau tak 'cantik' sure dia taknaknyalah.




hah..tu dia 5 ekor semuanya..Kata mak mertua aku bila dah besar skit nanti dia nak bagi kat kengkawan dia. Tak koser nak bela banyak2 der. Ibu kucing nya bagusler bersih jer anak2 kucing tu dijilatnya. Comel2 lak tu. Si Lidya dah baper kali dah dok picit2 anak2 kucing nie.


Dulu2 masa anak dara, aku ada gak bela kucing. Masa tu aku tengah sidai kain dan aku dengar anak kucing dok mengiau2. Memula mak tak bagi tapi aku kata aku sanggup bersihkan, mak aku pun said ok. Dua ekor, sekor aku namakan Mon dan sekor lagi Tel (kalau combine jadi ar Montel). Memang tak larat esp. time kucing2 nie terkurung dalam rumah dan pintu bilik air lak tertutup, siaplah pepagi buta sebelum sarapan aku kena mengadap 'pancake' kucing belaan aku tu. Well..sampai sekarang keturunannya ada lagi. Nak ikutkan sebelum aku bela Mon dan Tel, kitorang memang ada kucing2 lain. Aku memang ler sayang dengan kucing tapi atas sebab kesihatan aku jugak aku tak boleh nak rapat dengan kucing.


OK..citer lain lak.


Hari Sabtu hari tu lepas jer aku mandikan Julia dan Lidya..aku lepaskan dorang main kat depan umah. Ada ar budak sebelah umah nie dok main gasing. Aku sound ar kat adik tu..(nama dia Awal)..


'Wal, ko main gasing kayu ker?"

Dak Awal jawab "mana ada lagi kayu punya kak, sekarang semua plastik".

"oh yer ker, Wal bak pinjam jab".

"Eh..akak pandai ke main nie?"

"hahaha..dah lama tak main gak nie..cuba jerlah"


hanya selepas sekali cuba..terus jer menjadi..
(abaikan budak yang terkangkang terkiap tu..)
(dia pun excited tengok gasing tu pusing lelama)
Korang bayangkan ek..pompuan mengandung 7 bulan ..diulang mengandung 7 bulan dengan berkain batik dok main gasing nieh..
Ngam2 aku pas jer gasing nie balik kat Awal..kedua mertua aku pun balik dari pasar..fuhhh..sib baik tak tu harus aku kena sound..
Tu baru gasing jer tu..hahahahahaa..tak sangka skil main gasing tu lum ilang lagi. Dak Awal pun kekaguman tau. Sampaikan si Julia cakap.."mak hebat"..hahahahaha

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails